Responsive Ad Slot

Slider

NAJIB RAZAK BOLEH BEBAS - AZLIANA ADNAN


NAJIB RAZAK BOLEH BEBAS JIKA BERJAYA MENDAPAT PENGAMPUNAN DARI YDPA.
Oleh: Wan Azliana Wan Adnan
1. Hari ini, 31/3/2023 Permohonan semakan DSNR ditolak. Keputusan oleh Panel 5 Hakim Mahkamah Persekutuan secara Majoriti 4-1 dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, 3 Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan seorang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan menentang.
2. Dengan penolakan permohonan semakan ini, DSNR akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahun.
3. Walaubagaimanapun jika berjaya mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, DSNR akan dibebaskan.
4. Pada 23/8/2022 Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir dan DSNR pada hari yang sama menjalani hukuman penjara. Pada 2/9/2022 Petisyen untuk mendapatkan pengampunan telah difailkan.
5. Diharap YDPA akan menolak petisyen tersebut kerana kes ini telah dibicarakan secara adil. Malah keputusan semakan pada hari ini telah membuat keputusan bahawa tiada “bias” (berat sebelah) atau “breach of natural justice” (prinsip keadilan asasi)
6. Mahkamah telah membuat keputusan. Bukan sekali tetapi beberapa kali dibeberapa peringkat, iaitu bicara kes di Mahkamah Tinggi, Rayuan di Mahkamah Rayuan dan juga Rayuan di Mahkamah Persekutuan. Jumlah keseluruhan Hakim yang mendengar adalah 14 orang. Seorang hakim Mahkamah Tinggi, 3 orang hakim Mahkamah Rayuan, 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan. Dan hari ini keputusan semakan 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan.
7. Yang Arif Datuk Vernon Ong semasa membaca keputusan berkata “He (Najib) was the author of his own misfortune. The review application should be, and hereby, dismissed,".
8. Ingatkan kembali kesalahan DSNR. DSNR telah disabitkan dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana syarikat tersebut pada 28/6/2020.
9. Kes pendakwaan terhadap DSNR telah bermula pada 4/7/2018 dan akhirnya hari ini 31/3/2023 selesai sudah segala proses Mahkamah bagi DSNR.
10. DSNR harus membayar denda RM210juta. Kerajaan Perpaduan Madani harus dengan segera menuntut bayaran tersebut dari PM6 🇲🇾.
11. Sabitan dan hukuman terhadap DSNR memberi pengajaran, peringatan serta pencegahan kepada pemimpin politik dan masyarakat bahawa NO ONE IS ABOVE THE LAW.
1
( Hide )
  1. Terdapat pelbagai dakwaan dan pertikaian awam yang melibatkan DATUK YIP KUM FOOK di kawasan Kepong, terutamanya berkisar tentang peranan kepimpinannya dalam organisasi tempatan.

    TUDUHAN DAN KONTROVERSI UTAMA
    Pertikaian Pengurusan Kuil: Beliau telah menghadapi kritikan yang ketara mengenai jawatannya sebagai pengerusi Kuil Sam Nak Keng di Kepong. Dakwaan daripada beberapa ahli komuniti dan sami termasuk dakwaan salah urus kewangan dan "penipuan" yang berkaitan dengan urusan kuil.

    Tindak Balas Politik dan Komuniti: Laporan telah timbul selama ini mengenai rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Kepong, dengan beberapa sumber mendakwa beliau "ditolak" oleh kumpulan komuniti Cina tertentu disebabkan oleh insiden yang melibatkan penghinaan terhadap sami Buddha.

    Kedudukan Perundangan dan Profesional: Walaupun terdapat dakwaan ini, DATUK YIP KUM FOOK ialah seorang pengamal undang-undang yang terkenal dan telah memegang pelbagai jawatan berprofil tinggi, termasuk berkhidmat sebagai bekas pemimpin MCA (Persatuan Cina Malaysia) di kawasan Gombak dan Kepong.

    Penting untuk diperhatikan bahawa walaupun tuduhan ini telah muncul dalam pelbagai catatan blog dan laman berita komuniti seperti 1Media.my dan blog komuniti tempatan, banyak daripada dakwaan ini adalah sebahagian daripada pertikaian tempatan yang telah lama berlarutan dan telah tertakluk kepada cabaran atau penafian undang-undang oleh wakilnya.

    Dari Mr. Ng Beng Hock, Kepong

    ReplyDelete

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo