Responsive Ad Slot

Showing posts with label M Madani Sahari. Show all posts
Showing posts with label M Madani Sahari. Show all posts

APA SEBENARNYA "MAI AFTERMARKET APP" ATAU "APLIKASI AFTERMARKET" INSTITUT AUTOMOTIF MALAYSIA?

YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohammad Najib bin Tun Hani Abdul Razak telah melancarkan aplikasi "MAI Aftermarket App" di Pekan pada 25 May 2015 di majlis Gegar Autoria tetapi tidak ramai yang tahu sebenarnya apakah aplikasi MAI aftermarket itu?

Aplikasi MAI Aftermarket terbahagi kepada dua aplikasi iaitu CarBengkel dan MAGIS. CarBengkel merupakan aplikasi baru berteraskan teknologi GPS, PUSH dan teknologi mudah alih bertujuan untuk memudahkan pemilik kereta untuk mendapatkan perkhidmatan servis dengan harga paling berpatutan. Ciri ciri aplikasi CarBengkel akan di terangkan dengan lebih lanjut. MAGIS pula merupakan sistem pengurusan bengkel berasaskan awan pintar. 

MAI CEO, Madani Sahari menerangkan ciri-ciri CarBengkel kepada Timbalan Menteri Kewangan

Aplikasi CarBengkel melalui teknologi GPS membolehkan pemilik kereta untuk mendapatkan perkhidmatan servis atau baik pulih kereta dimana-mana sahaja ia berada. 

Pihak Institut Automotif Malaysia (MAI) faham masalah-masalah yang dihadapi oleh pemilik kereta untuk menyelenggarakan kereta mereka dari segi masa, bajet dan juga untuk mencari bengkel yang bertauliah. 
© all rights reserved
made with by templateszoo