Responsive Ad Slot

Tiong tak layak pegang portfolio pelancongan dan budaya


 
Tiong tak layak pegang portfolio pelancongan dan budaya

Oleh Armin Baniaz Pahamin
PENJELASAN mudah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berhubung kontroversi video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 mempamerkan sikap tidak peka seorang menteri.
Walaupun dinyatakan bahawa video tersebut hanyalah montaj ringkas dan lebih banyak kandungan akan diperkenalkan kemudian, alasan ini tidak boleh diterima dan menunjukkan sikap kurang sensitif terhadap agama dan identiti kebangsaan.
Islam adalah agama rasmi Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, elemen yang mencerminkan warisan Islam, termasuk seni bina masjid yang menjadi lambang keindahan budaya dan keimanan umat Islam di negara ini, tidak sepatutnya diabaikan dalam mana-mana usaha promosi pelancongan.
Kegagalan untuk mengetengahkan elemen ini bukan sahaja menunjukkan kekurangan penghargaan terhadap identiti Islam Malaysia tetapi juga berisiko memberikan gambaran yang tidak seimbang kepada pelancong asing.
Isu ini bukan tentang “mempolitikkan” perkara kecil seperti yang didakwa oleh Menteri, tetapi lebih kepada tanggungjawab moral dan profesional seorang pemimpin untuk memahami, menghormati, dan mempromosikan warisan negara secara inklusif dan adil.
Mengabaikan aspek Islam dalam promosi pelancongan negara menunjukkan kekurangan wawasan strategik dan rasa hormat terhadap sensitiviti rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.
Kami mendesak kerajaan untuk menukar Menteri Pelancongan dan Budaya kepada seorang pemimpin Melayu Islam yang lebih peka kepada sensitiviti rakyat.
Ini bukan kali pertama Tiong mengenepikan budaya dan adat melayu dan serta agama islam dalam pentadbiran beliau.
Tiong juga dilihat lebih tertumpu kepada tarikan budaya Cina seperti perayaan Tahun Baru Cina, seni bina tokong, dan makanan tradisional Cina, sementara warisan Melayu-Islam sering kali dipandang sepi atau sekadar diberi perhatian minimum.
Sebagai Menteri, Tiong dilihat kurang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu, terutama dalam bahan promosi pelancongan.
Sebaliknya, terdapat laporan bahawa bahan-bahan promosi lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris atau Mandarin, yang tidak mencerminkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Dalam beberapa ucapan dan inisiatif kementerian, pendekatan Tiong dilihat tidak mengimbangi kepelbagaian budaya Malaysia secara inklusif.
Penekanan terhadap satu warisan budaya tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti Islam dan Melayu adalah amat mengecewakan, terutama dalam konteks mempromosikan identiti Malaysia secara keseluruhan.
Tiong sebelum ini mengkritik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan.
Kritikan ini telah mencetuskan kemarahan rakyat kerana seolah-olah beliau lebih mengutamakan warisan budaya Cina berbanding kepentingan nasional.
Seorang menteri harus bertanggungjawab memastikan semua inisiatif kementerian menghormati dan memartabatkan sentimen Melayu-Islam, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti rakyat Malaysia.
Justeru, kami juga mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan kembali sama ada Tiong yang tidak memahami sensitiviti agama dan budaya majoriti wajar memegang portfolio penting sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pelancongan yang melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

King Sing gagal imbangi budaya Malaysia – Armin

 King Sing gagal imbangi budaya Malaysia – Armin

Oleh Shawaliah Hadir - 9 January 2025
KUALA LUMPUR – Penjelasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung video promosi tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 hanya kenyataan ‘mudah’ yang tidak boleh diterima.
Menurut Setiausaha Agung Tanahair, Armin Baniaz Pahamin alasan yang diberikan oleh menteri itu menggambarkan kepekaannya terhadap sensitiviti agama dan identiti kebangsaan.
“Islam adalah agama rasmi Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, elemen yang mencerminkan warisan Islam termasuk seni bina masjid yang menjadi lambang keindahan budaya dan keimanan umat Islam di negara ini tidak sepatutnya diabaikan dalam mana-mana usaha promosi pelancongan.
“Kegagalan untuk mengetengahkan elemen ini bukan sahaja menunjukkan kekurangan penghargaan terhadap identiti Islam Malaysia tetapi juga berisiko memberikan gambaran yang tidak seimbang kepada pelancong asing,” katanya menerusi kenyataan.
Malah Armin berkata, dalam isu lain, King Sing dilihat kurang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu dan gagal mengimbangi kepelbagaian budaya Malaysia secara inklusif terutama dalam bahan promosi pelancongan.
“Penekanan terhadap satu warisan budaya tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti Islam dan Melayu adalah amat mengecewakan, terutama dalam konteks mempromosikan identiti Malaysia secara keseluruhan.
“Datuk Seri Tiong sebelum ini mengkritik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan. Kritikan ini telah mencetuskan kemarahan rakyat kerana seolah-olah beliau lebih mengutamakan warisan budaya Cina berbanding kepentingan nasional.
“Seorang menteri harus bertanggungjawab memastikan semua inisiatif kementerian menghormati dan memartabatkan sentimen Melayu-Islam, selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti rakyat Malaysia,” jelasnya.
Dalam pada itu, King Sing hari ini berkata, video montaj TMM 2026 berdurasi 41 saat yang hangat diperkatakan sejak semalam kerana tidak mempamerkan masjid bukan video rasmi yang akan digunakan untuk tujuan promosi.
Sebaliknya, beliau berkata, video tersebut hanya digunakan untuk majlis perasmian logo TMM 2026 yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, King Sing mengakui tidak berpuas hati dengan video promosi TMM 2026 dan telah mengarahkan ia dibuat semula.
Sementara itu, Armin menegaskan, isu yang dibangkitkan itu bukan usaha untuk mempolitikkan video TMM 2026 sebaliknya pertikaian yang sepatutnya ditunjukkan oleh pemimpin untuk memahami, menghormati dan mempromosikan warisan negara secara inklusif dan adil.
Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan semula jawatan King Sing dan menggantikan peneraju Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kepada pemimpin Melayu Islam. – MalaysiaGazette

Institusi Diraja Dihina? Peristiwa Hitam yang Menggugat Malaysia!

Institusi Diraja Dihina? Peristiwa Hitam yang Menggugat Malaysia!

Oleh: Armin Baniaz Pahamin


Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini mencatat satu lagi peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia. Peristiwa ini bukan sahaja menggugat tatakelola dan integriti pengurusan tertinggi negara, tetapi juga boleh dianggap sebagai satu penderhakaan yang amat serius terhadap Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Institusi Diraja Malaysia.


Isu yang melibatkan Dato’ Sri Najib Tun Razak bukanlah sekadar soal individu, tetapi mencerminkan persoalan yang lebih besar – iaitu soal integriti dan akauntabiliti kerajaan. Tindakan yang seolah-olah mempermainkan serta mengabaikan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bukan sahaja satu penderhakaan, tetapi juga satu penghinaan yang tidak boleh diterima dan amat memalukan negara di mata rakyat serta dunia.


Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu segera dibubarkan. Perdana Menteri, para Menteri, serta kakitangan kerajaan dan ahli politik yang terlibat dalam menyembunyikan atau tidak melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas tindakan mereka.


Mereka yang menafikan hak rakyat dengan menyembunyikan Titah Adendum Tuanku tidak layak untuk terus memegang tampuk kepimpinan negara mahupun menjadi wakil kepada rakyat. Sebagai pemimpin, sikap bertanggungjawab adalah asas utama yang tidak boleh dikompromi.


Individu-individu ini perlu segera meletakkan jawatan, dihadapkan ke muka pengadilan, dan dihukum sekeras-kerasnya. Tindakan tegas seperti ini adalah penting untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran negara serta mengembalikan integriti kerajaan. Seorang pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab tidak boleh bertindak secara sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi dengan membelakangkan undang-undang serta kehendak rakyat.


Malaysia tidak boleh berkompromi dengan pelanggaran prinsip asas yang mendasari demokrasi dan sistem berperlembagaan negara ini. Langkah yang tegas dan berani perlu diambil untuk memastikan maruah negara dipulihkan serta mengekalkan kedaulatan undang-undang.

Perhimpunan Solidariti Najib: Lambang Pelbagai Makna


Perhimpunan Solidariti Najib: Lambang Pelbagai Makna

Oleh: Armin Baniaz Pahamin

Jangan salah tafsir. Kehadiran ribuan individu dalam Perhimpunan Solidariti Najib hari ini membawa pelbagai harapan, emosi, dan niat yang berbeza-beza, mencerminkan spektrum pandangan rakyat terhadap isu yang sedang berlangsung.

Bagi sebahagian yang hadir, mereka percaya bahawa Dato’ Sri Najib Tun Razak telah dianiaya dan memerlukan keadilan yang sewajarnya. Sokongan ini tidak semestinya bermaksud menerima segala tindakannya, tetapi lebih kepada tuntutan agar proses perundangan dijalankan dengan adil, telus, dan tidak berat sebelah.

Ada juga yang hadir untuk menuntut ketelusan dalam menangani isu adendum tambahan yang didakwa diketepikan oleh pihak kerajaan. Mereka bimbang bahawa kegagalan untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 mencerminkan pelanggaran serius terhadap sistem perlembagaan negara.

Sebaliknya, terdapat kelompok yang hadir dengan niat berbeza – untuk memastikan bahawa keadilan ditegakkan dengan sepenuhnya, tanpa kompromi. Mereka ingin menyaksikan prosiding mahkamah dijalankan mengikut lunas undang-undang, tanpa campur tangan politik, dan berharap agar sesiapa yang bersalah dihukum sewajarnya.

Namun, ada juga individu yang menyertai perhimpunan ini atas keyakinan bahawa tindakan kerajaan semasa bertentangan dengan titah Diraja, yang mereka anggap sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap kedaulatan Institusi Diraja Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan.

Apa jua niat dan pendirian mereka, satu perkara yang tidak boleh dinafikan adalah perhimpunan ini melambangkan semangat demokrasi yang subur di Malaysia. Ia mencerminkan hak rakyat untuk menyuarakan pandangan, berbeza pendapat, dan menyatakan solidariti – hak-hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, marilah kita terus menghormati prinsip demokrasi ini. Perbezaan pendapat adalah kekuatan, bukan kelemahan, asalkan ia disampaikan dengan aman, tanpa provokasi, dan demi kepentingan masa depan negara tercinta.


Sokong perhimpunan 6 Januari bukan bermakna menyokong Najib Tun Razak tidak bersalah



Sokong perhimpunan 6 Januari bukan bermakna menyokong Najib Tun Razak tidak bersalah

Oleh Armin Baniaz Pahamin


PELBAGAI komen serta pendapat berlegar di media sosial dan di dalam banyak grup sembang berkaitan Perhimpunan Solidariti untuk Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perkara ini wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak.


1.⁠ ⁠Isu Utama: Kedaulatan Undang-Undang, Bukan Soal Kesalahan Jenayah.

Perlu ditekankan bahawa isu yang diperdebatkan ini bukan lagi mengenai sama ada Najib bersalah atau tidak. Perkara itu telah dimuktamadkan melalui proses perundangan. Beliau telah disabitkan atas kesalahan jenayah, dan hukuman telah dijatuhkan berdasarkan fakta dan bukti yang dibentangkan di mahkamah.


Namun, selepas melalui proses perundangan yang sah, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) XVI telah menggunakan kuasa prerogatif baginda untuk memberikan pengampunan dan mengurangkan hukuman kepada tahanan rumah melalui Lembaga Pengampunan dan adendum tambahan. Ini adalah hak mutlak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


2.⁠ ⁠Penegasan Istana Negara mengenai Hak Pengampunan YDPA. Pengumuman terkini daripada Istana Negara telah memperkukuhkan fakta bahawa hak memberikan pengampunan kepada mana-mana individu adalah hak eksklusif Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang pengampunan yang diberikan adalah berdasarkan kuasa prerogatif baginda sebagai Ketua Negara, dan keputusan ini wajib dihormati oleh semua pihak, tanpa pengecualian.


Hak ini telah ditegaskan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab baginda untuk memastikan keadilan dan keseimbangan dalam pelaksanaan undang-undang di negara ini. Justeru, sebarang dakwaan bahawa kerajaan semasa tidak mematuhi titah YDPA mengenai pengampunan Najib adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat Malaysia.


3. Dakwaan Ketidakpatuhan terhadap Titah YDPA. Apa yang menjadi persoalan kini adalah sejauh mana prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dihormati. Jika titah YDPA mengenai pengampunan Datuk Seri Najib diabaikan, ini bukan sahaja satu penghinaan terhadap institusi raja, tetapi juga melanggar asas keadilan dan undang-undang negara.


Keputusan YDPA tidak sepatutnya dipandang ringan, apatah lagi diingkari. Baginda mewakili simbol keadilan tertinggi negara, dan sebarang pelanggaran terhadap titah baginda adalah ancaman terhadap kestabilan institusi demokrasi kita.


4.⁠ ⁠Pengampunan: Kes Anwar Ibrahim sebagai Precedent. Perkara ini juga membawa kepada persoalan besar: jika pengampunan yang diberikan kepada Datuk Seri Najib boleh dihalang atau diabaikan, maka pengampunan yang diberikan kepada individu lain, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga sewajarnya dinilai semula dan dicabar atas dasar yang sama. Prinsip keadilan mesti diterapkan secara konsisten tanpa mengira latar belakang politik atau personaliti.


5.⁠ ⁠Perhimpunan Solidariti: Menegakkan Prinsip Keamanan dan Keadilan.

Perhimpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’, yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari di hadapan Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya, bertujuan untuk menuntut penghormatan terhadap prinsip kedaulatan undang-undang. Beberapa pihak, termasuk PAS, telah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan ini, menyifatkan ia sebagai usaha untuk menegakkan keadilan yang sama rata tanpa mengira latar belakang politik.


Namun, ada juga kritikan yang menyifatkan tindakan ini sebagai usaha untuk meraih manfaat politik. Apa pun pandangan yang dilontarkan, hakikatnya, keadilan mesti ditegakkan tanpa pilih kasih, dan penghormatan terhadap keputusan institusi tertinggi negara adalah tanggungjawab bersama.


6.⁠ ⁠Menghormati Prinsip Keadilan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memastikan bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh institusi tertinggi negara, khususnya YDPA, dihormati dan dilaksanakan dengan adil. Keberadaan Perhimpunan Solidariti ini bukan sekadar untuk menyokong individu tertentu, tetapi untuk memastikan bahawa prinsip keadilan, penghormatan terhadap institusi raja, dan kedaulatan undang-undang terus menjadi tunjang kepada pentadbiran negara.


Marilah kita semua menilai isu ini dengan bijaksana dan berpandukan fakta, bukan emosi. Keadilan bukan milik individu, tetapi hak setiap rakyat Malaysia. Kita wajar berdiri teguh atas prinsip yang melindungi hak semua, tanpa mengira siapa mereka atau apa latar belakang mereka. Menyokong Perhimpunan Solidariti Najib bukan bermakna menyokong Najib tidak melakukan jenayah tetapi keadilan yang telah diberikan kepada Najib oleh YDPA XVI.


Artikel ini pertama disiarkan di https://bebasnews.my

Himpunan Solidariti Najib – Menjunjung Prinsip Undang-undang



Beberapa perkara ini wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak.

1. Isu Utama: Kedaulatan Undang-Undang, Bukan Soal Kesalahan Jenayah. Perlu ditekankan bahawa isu yang diperdebatkan ini bukan lagi mengenai sama ada Datuk Seri Najib bersalah atau tidak. Perkara itu telah dimuktamadkan melalui proses perundangan. Beliau telah disabitkan atas kesalahan jenayah, dan hukuman telah dijatuhkan berdasarkan fakta dan bukti yang dibentangkan di mahkamah.

Namun, selepas melalui proses perundangan yang sah, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) XVI telah menggunakan kuasa prerogatif baginda untuk memberikan pengampunan dan mengurangkan hukuman kepada tahanan rumah melalui Lembaga Pengampunan dan adendum tambahan. Ini adalah hak mutlak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Penegasan Istana Negara mengenai Hak Pengampunan YDPA. Pengumuman terkini daripada Istana Negara telah memperkukuhkan fakta bahawa hak memberikan pengampunan kepada mana-mana individu adalah hak eksklusif Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang pengampunan yang diberikan adalah berdasarkan kuasa prerogatif baginda sebagai Ketua Negara, dan keputusan ini wajib dihormati oleh semua pihak, tanpa pengecualian.

Hak ini telah ditegaskan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab baginda untuk memastikan keadilan dan keseimbangan dalam pelaksanaan undang-undang di negara ini. Justeru, sebarang dakwaan bahawa kerajaan semasa tidak mematuhi titah YDPA mengenai pengampunan Datuk Seri Najib adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh rakyat Malaysia.

3. Dakwaan Ketidakpatuhan terhadap Titah YDPA. Apa yang menjadi persoalan kini adalah sejauh mana prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dihormati. Jika titah YDPA mengenai pengampunan Datuk Seri Najib diabaikan, ini bukan sahaja satu penghinaan terhadap institusi raja, tetapi juga melanggar asas keadilan dan undang-undang negara.

Keputusan YDPA tidak sepatutnya dipandang ringan, apatah lagi diingkari. Baginda mewakili simbol keadilan tertinggi negara, dan sebarang pelanggaran terhadap titah baginda adalah ancaman terhadap kestabilan institusi demokrasi kita.

4. Pengampunan: Kes Anwar Ibrahim sebagai Precedent. Perkara ini juga membawa kepada persoalan besar: jika pengampunan yang diberikan kepada Datuk Seri Najib boleh dihalang atau diabaikan, maka pengampunan yang diberikan kepada individu lain, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga sewajarnya dinilai semula dan dicabar atas dasar yang sama. Prinsip keadilan mesti diterapkan secara konsisten tanpa mengira latar belakang politik atau personaliti.

5. Perhimpunan Solidariti: Menegakkan Prinsip Keamanan dan Keadilan. Perhimpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’, yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya, bertujuan untuk menuntut penghormatan terhadap prinsip kedaulatan undang-undang. Beberapa pihak, termasuk PAS, telah menyatakan sokongan terhadap perhimpunan ini, menyifatkan ia sebagai usaha untuk menegakkan keadilan yang sama rata tanpa mengira latar belakang politik.

Namun, ada juga kritikan yang menyifatkan tindakan ini sebagai usaha untuk meraih manfaat politik. Apa pun pandangan yang dilontarkan, hakikatnya, keadilan mesti ditegakkan tanpa pilih kasih, dan penghormatan terhadap keputusan institusi tertinggi negara adalah tanggungjawab bersama.

6. Menghormati Prinsip Keadilan: Sebagai rakyat Malaysia, kita harus memastikan bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh institusi tertinggi negara, khususnya YDPA, dihormati dan dilaksanakan dengan adil. Keberadaan Perhimpunan Solidariti ini bukan sekadar untuk menyokong individu tertentu, tetapi untuk memastikan bahawa prinsip keadilan, penghormatan terhadap institusi raja, dan kedaulatan undang-undang terus menjadi tunjang kepada pentadbiran negara.

Marilah kita semua menilai isu ini dengan bijaksana dan berpandukan fakta, bukan emosi. Keadilan bukan milik individu, tetapi hak setiap rakyat Malaysia. Kita wajar berdiri teguh atas prinsip yang melindungi hak semua, tanpa mengira siapa mereka atau apa latar belakang mereka. Menyokong Perhimpunan Solidariti Najib bukan bermakna menyokong Najib tidak melakukan jenayah tetapi keadilan yang telah diberikan kepada Najib oleh YDPA XVI.

Armin Baniaz Pahamin
Aktivis Politik

© all rights reserved
made with by templateszoo