Responsive Ad Slot

Showing posts with label Gerakan Ekonomi Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Gerakan Ekonomi Malaysia. Show all posts

222 Pelajar HIV Positif, Perkembangan Yang Membimbangkan – NGO

 

KUALA LUMPUR 3 Julai 2025 – NGO Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) menyatakan kebimbangan pada perkembangan semasa berkaitan pendedahan laporan seramai 222 orang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang disahkan positif HIV.


Menurut Presiden GEM, Dr Armin Baniaz Pahamin, statistik tersebut cukup membimbangkan dan ia seharusnya menjadi amaran nasional agar segera bertindak.


GEM memandang berat laporan Buletin TV3 bertarikh 1 Julai 2025 yang mendedahkan seramai 222 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) disahkan positif HIV sepanjang tahun lalu, dengan majoriti mereka berusia antara 18 hingga 19 tahun.


Statistik ini amat membimbangkan, dan wajar dijadikan amaran nasional terhadap situasi kesihatan awam serta keruntuhan nilai moral dalam kalangan generasi muda.


Armin berkata bahawa masalah ini menggambarkan kegagalan sistem pendidikan dan institusi sosial dalam menyampaikan pendidikan kesihatan termasuk kesihatan seksual.


Fenomena ini bukan sekadar masalah perubatan, tetapi turut mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan institusi sosial dalam menyampaikan pendidikan kesihatan seksual yang berkesan serta nilai-nilai akhlak yang mendalam.


Golongan pelajar seharusnya menjadi tonggak masa depan negara, bukan terjerumus ke dalam kancah risiko jangkitan penyakit berbahaya seperti HIV/AIDS.


Isu ini bukan semata-mata soal kesihatan, tetapi merupakan krisis kepimpinan sosial dan nilai yang memerlukan tindakan holistik dan tegas oleh semua pihak – termasuk kerajaan, institusi pendidikan, keluarga, dan masyarakat. Katanya.


Dalam pada itu, beliau mencadangkan beberapa tindakan perlu segera dilakukan antaranya pendidikan seksual bersepadu berlandaskan agama dan budaya sebagai subjek wajib di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi.


Kementerian Kesihatan dan KPT harus berganding bahu untuk melaksanakan program saringan HIV berkala, kaunseling dan pendidikan pencegahan di semua IPT.


Mobilisasi komuniti ibu bapa dan NGO dalam memperkukuh sistem sokongan terhadap pelajar yang berisiko. Tambah beliau.


Selain daripada itu, GEM berpendapat keajaan juga perlu menubuhkan pusat intervensi awal dan kaunseling di setiap universiti dan kolej termasuk penguatkuasaan terhadap gejala seks bebas, aktiviti tidak bermoral serta penjualan kondom dan ubat perangsang secara terbuka.


Kehilangan generasi muda kepada krisis seperti HIV bukan sahaja merugikan negara dari segi modal insan, tetapi turut mencerminkan kelemahan dasar dan pelaksanaan sistem sokongan sosial.


Kita perlu segera bertindak sebelum kerosakan menjadi tidak terkawal. Tegasnya.

Baru-baru ini, media melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu bahawa seramai 222 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikesan menghidap jangkitan HIV pada usia seawal 18 hingga 19 tahun pada tahun lepas.


Rekod menunjukkan sebanyak 1,091 jangkitan HIV direkodkan dalam kalangan pelajar IPT bagi tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024. @politiko.my

Artikel in pertama dikeluarkan di 
https://politiko.my/222-pelajar-hiv-positif-perkembangan-yang-membimbangkan-ngo

Aliran Keluar Pelaburan Asing, Membimbangkan – NGO

KUALA LUMPUR, 30 Jun 25 – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Ekonomi Malaysia mendakwa prestasi Bursa Malaysia makin merosot dengan pelaburan asing bergerak keluar dalam tempoh lima minggu berturut-turut adalah petanda membimbangkan.


Presidennya, Dr. Armin Baniaz Pahamin berkata, secara keseluruhan, aliran keluar bersih pelaburan asing melebihi RM2.4 bilion dalam masa kurang dua bulan.

“Ini merupakan satu angka yang membimbangkan dan menandakan kehilangan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap prospek Malaysia,” katanya, dalam satu kenyataan.


Armin berkata, trend pelabur asing ‘angkat kaki’ dari pasaran tempatan yang bukan berlaku dalam vakum sebaliknya mencerminkan pelbagai kegagalan dasar dan kelemahan institusi yang makin ketara.


Antara yang dibangkitkan adalah dasar fiskal yang tidak konsisten dan tidak mesra perniagaan berikutan ketidaktentuan dalam pelaksanaan cukai, perbelanjaan kerajaan yang boros, serta ketidaktelusan peruntukan fiskal melemahkan minat pelabur.

Selain itu, berlaku ketidakpastian hala tuju ekonomi negara berikutan tiada pelan strategik jangka panjang yang jelas untuk memulihkan keyakinan pelabur selepas pandemik dan krisis geopolitik.


“Retorik politik melebihi reformasi sebenar, laungan reformasi oleh kerajaan hanya tinggal slogan, dengan prestasi institusi masih lemah dan rasuah masih berleluasa.

“Kegagalan menstabilkan ringgit dan kawalan kos sara hidup dengan nilai ringgit kekal lemah pada sekitar RM4.75 berbanding USD, manakala kadar inflasi makanan dan bahan asas terus meningkat.


“Realiti ekonomi bertentangan dengan retorik kerajaan,” tambahnya.

Pihaknya juga terkejut dalam keadaan itu, ketika pelabur asing menarik diri dan pasaran saham melemah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mendakwa kononnya pentadbirannya telah “menyelamatkan RM20 bilion.”


“Namun, dakwaan ini tidak disertakan dengan sebarang angka rasmi atau laporan audit, sekaligus dilihat sebagai cubaan untuk mengaburi mata rakyat daripada hakikat sebenar bahawa ekonomi negara sedang kehilangan momentum.


“Retorik sedemikian amat membimbangkan, kerana ia membayangkan satu pentadbiran yang terpisah daripada realiti pasaran dan keperluan mendesak rakyat dan pelabur,” tambahnya lagi. @politiko.my

Artikel ini pertama di keluarkan di https://politiko.my

SEKRETARIAT ORANG MELAYU PLATFORM PEMERKASAAN EKONOMI DAN PENYATUAN POLITIK BANGSA


SEKRETARIAT ORANG MELAYU ADALAH PLATFORM STRATEGIK PEMERKASAAN EKONOMI DAN PENYATUAN POLITIK BANGSA


Penubuhan Sekretariat Orang Melayu oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir tepat pada masanya ketika bangsa Melayu berdepan cabaran yang semakin kompleks, khususnya dalam bidang ekonomi dan politik. Dalam lanskap sosioekonomi yang berubah pesat, penumpuan terhadap agenda memperkukuh kedudukan ekonomi Melayu adalah satu keperluan mendesak, bukan sekadar untuk menjamin kesejahteraan komuniti ini, tetapi untuk memastikan kestabilan serta kemakmuran jangka panjang negara.


Dari sudut ekonomi, jurang ketidakseimbangan pemilikan aset dan penyertaan orang Melayu dalam sektor bernilai tinggi masih nyata, walaupun telah enam dekad merdeka. Tanpa pendekatan baharu yang lebih tersusun dan bersifat kolektif, usaha untuk memperkasakan ekonomi Melayu berisiko terus berdepan stagnasi. 


Walaupun ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.1% pada tahun 2024, ketidakseimbangan pengagihan kekayaan antara etnik masih berterusan. Data menunjukkan bahawa kadar pemilikan ekuiti korporat Bumiputera hanya mencapai 18.4% setakat tahun 2020, jauh di bawah sasaran 30% yang ditetapkan sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan . Lebih membimbangkan, hanya 7% syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dimiliki oleh Bumiputera. 


Tambahan pula, jurang pendapatan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera semakin melebar, terutamanya di kawasan luar bandar . Majoriti tenaga kerja Bumiputera masih tertumpu dalam sektor separa mahir dan berkemahiran rendah, yang menyumbang kepada ketidakseimbangan pendapatan antara kaum .


Pemilikan tanah merupakan satu lagi indikator penting kekuatan ekonomi. Pemilikan tanah turut memperlihatkan ketidakseimbangan yang membimbangkan. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti penduduk negara, pemilikan tanah komersial dan industri dalam kalangan orang Melayu, khususnya di kawasan bandar utama, masih rendah. Walaupun dasar Tanah Rizab Melayu berjaya memastikan pemilikan dalam sektor pertanian, penglibatan orang Melayu dalam pemilikan hartanah komersial dan kawasan bernilai tinggi masih jauh ketinggalan, sekali gus menghadkan potensi pembinaan kekayaan di kawasan pertumbuhan ekonomi utama.


Sekretariat ini berpotensi menjadi pemacu kepada pembentukan dasar pembangunan ekonomi yang bersifat inklusif, berasaskan data dan keberkesanan strategi intervensi. Ia juga menyediakan landasan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan, pendidikan berteraskan kemahiran masa hadapan, serta jaringan sokongan bagi memperkasa usahawan Melayu dalam era digital dan globalisasi.


Lebih signifikan, dalam suasana politik yang semakin terpecah-belah, Sekretariat Orang Melayu membawa naratif penting iaitu keperluan untuk menyatukan bangsa di bawah satu payung menjelang Pilihan Raya yang akan datang. Statistik menunjukkan peratusan keluar mengundi dalam kalangan orang Melayu semakin menurun dalam pilihan raya-pilihan raya terkini, menzahirkan kebimbangan terhadap penyertaan politik bangsa. 

 

Sejarah telah membuktikan bahawa perpecahan undi Melayu hanya melemahkan suara kolektif bangsa dan membuka ruang kepada ketidakstabilan politik serta menggugat dasar-dasar afirmatif yang menjadi tunjang pembangunan ekonomi Bumiputera.


Pilihan Raya bukan sekadar pertarungan kuasa, tetapi juga pertarungan untuk menentukan hala tuju dasar ekonomi dan sosio-politik negara. Dengan wujudnya satu platform seperti Sekretariat ini, yang bersifat neutral dan memperjuangkan kepentingan Melayu tanpa keterikatan kepada parti politik tertentu, peluang untuk membina satu konsensus nasional dalam kalangan orang Melayu menjadi lebih realistik. 


Perpaduan bangsa di bawah satu wadah bukan sahaja penting untuk kemenangan politik, tetapi lebih signifikan lagi untuk menjamin kemampanan ekonomi jangka panjang.


Kita perlu insaf bahawa kekuatan sesuatu bangsa tidak bergantung hanya pada jumlah populasinya, tetapi pada keupayaan untuk bertindak secara kolektif dalam memperjuangkan agenda bersama. Inisiatif ini harus disambut sebagai satu langkah strategik, bukan sekadar reaksi emosional, tetapi sebagai respons rasional terhadap realiti semasa yang menuntut kesatuan fikrah dan tindakan.


Memperkasa ekonomi bangsa adalah membina kekuatan negara. Menyatukan orang Melayu di bawah satu payung adalah menjamin masa depan Malaysia yang stabil, adil dan makmur.


DR ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

 


 

THE MALAY SECRETARIAT: A STRATEGIC PLATFORM FOR ECONOMIC EMPOWERMENT AND POLITICAL UNITY


The establishment of the Malay Secretariat by YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad comes at a critical juncture as the Malay community faces increasingly complex challenges, particularly in the economic and political spheres. In a rapidly evolving socio-economic landscape, the imperative to strengthen the financial position of the Malays is no longer merely aspirational; it has become an urgent necessity to safeguard not only the well-being of the community but also the long-term stability and prosperity of the nation.


From an economic perspective, disparities in asset ownership and participation in high-value sectors remain stark, despite more than six decades of independence. Without a new, structured, and collective approach, efforts to uplift the economic standing of the Malay community risk stagnation.


Although Malaysia recorded a commendable GDP growth of 5.1% in 2024, the wealth distribution gap between ethnic groups persists. Recent data reveals that Bumiputera equity ownership in the corporate sector stood at only 18.4% as of 2020, falling far short of the 30% target set by the New Economic Policy (NEP). Even more concerning is that only 7% of publicly listed companies on Bursa Malaysia are owned by Bumiputera interests.


Furthermore, the income gap between Bumiputera and non-Bumiputera communities continues to widen, especially in rural areas. A significant proportion of the Bumiputera workforce remains concentrated in semi-skilled and low-skilled sectors, contributing to structural economic disparities and entrenching inter-ethnic income inequality.


Land ownership, another critical indicator of economic strength, reveals similar imbalances. Although Malays constitute the majority of the population, recent data suggest that Malay ownership of commercial and industrial land remains disproportionately low. While Malays hold substantial shares of agricultural land through Malay Reserved Land policies, their participation in high-value real estate sectors, particularly in urban commercial zones, lags significantly behind, limiting wealth creation opportunities in burgeoning economic hubs.


The Malay Secretariat has the potential to catalyse the formulation of a new, inclusive economic development policy framework — one that is data-driven and strategic in its interventions. It can provide a vital platform to enhance access to financing, promote future-ready education and skills development, and build supportive networks to empower Malay entrepreneurs in the digital and global economy.


More significantly, amid an increasingly fragmented political landscape, the Malay Secretariat carries a vital narrative: the urgent need to unify the Malay community under a single banner in anticipation of the forthcoming general election. Statistics have shown a declining voter turnout among Malay voters in recent electoral cycles, raising serious concerns about political participation and representation.

 

History has demonstrated that the fragmentation of the Malay vote only weakens the collective voice of the community, paving the way for political instability and undermining the affirmative action policies that have been fundamental to the economic advancement of the Bumiputera.


Elections are not merely contests for political power; they are battles to define the economic and socio-political direction of the nation. The existence of a neutral platform such as the Malay Secretariat, committed to championing Malay interests without partisan affiliations, creates a real opportunity to forge a national consensus among Malays.


Unity under a single umbrella is not only crucial for political victory; it is even more essential for ensuring sustainable economic empowerment in the long run.


We must recognise that the strength of a nation does not solely depend on the size of its population, but on its ability to collaborate in pursuit of shared aspirations. This initiative must therefore be embraced as a strategic response, not an emotional reaction, to the current realities that demand a convergence of thought and action within the Malay community.


Empowering the economy of the Malay community is a cornerstone for building a strong nation. Uniting the Malays under a single banner is key to securing a stable, just, and prosperous Malaysia.


Dr. Armin Baniaz Pahamin
President, Malaysia Economic Movement | Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM)



Ugutan dari negara Islam bakal menggugat ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah


Ekonomi Malaysia tidak mungkin terjejas dengan ugutan dari Amerika Syarikat dan negara Eropah walaupun perdagangan barangan dan perkhidmatan diantara Amerika Syarikat dan Malaysia dianggarkan berjumlah $78.3 bilion pada 2022. Ugutan dari Amerika Syarikat dan Eropah adalah retorik semata-mata. Amerika Syarikat dan negara Eropah amat memerlukan peperangan seperti di Palestin dan di Iraq semasa peperangan teluk untuk manfaat dan kepentingan ekonomi mereka. Malaysia tidak seharusnya tunduk kepada ugutan dan telunjuk negara barat tetapi harus merapatkan saf bersama negara-negara Islam untuk kepentingan hal ehwal dan ekonomi negara-negara Islam seperti mana negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Barangan import dari Amerika Syarikat ke Malaysia pada 2022 ialah $18.2 bilion, naik 20.0 peratus ($3.0 bilion) daripada 2021 dan naik 42 peratus daripada 2012. Barangan Eksport dari Malaysia ke Amerika Syarikat berjumlah $54.2 bilion pada 2022, turun 3.3 peratus ($1.9 bilion) daripada 201 bilion. 

Import Perkhidmatan Amerika Syarikat ke Malaysia dianggarkan $3.4 bilion pada 2022, 18.4 peratus ($525 juta) lebih daripada 2021, dan 32 peratus lebih besar daripada paras 2012. Eksport perkhidmatan ke Amerika Syarikat dari Malaysia dianggarkan $2.5 bilion pada 2022, 11.4 peratus ($258 juta) lebih daripada 2021, dan 52 peratus lebih besar daripada paras 2012. Import perkhidmatan terkemuka dari Amerika Syarikat ke Malaysia adalah dalam sektor perkhidmatan kewangan, perjalanan, dan profesional serta perkhidmatan pengurusan. 

Pelaburan langsung asing (FDI) Amerika Syarikat di Malaysia (saham) berjumlah $13.2 billion pada 2022, peningkatan 4.6 peratus daripada 2021. Pelaburan langsung Amerika Syarikat di Malaysia diterajui oleh syarikat perkilangan, perdagangan borong dan induk bukan bank. FDI Malaysia di Amerika Syarikat (saham) berjumlah $1.1 bilion pada 2022, meningkat 3.8 peratus daripada 2021. Pelaburan langsung Malaysia di A.S. diterajui oleh sektor pembuatan, perdagangan borong, dan perkhidmatan profesional, saintifik dan teknikal. 

Dengan jumlah FDI Amerika Syarikat di Malaysia yang tinggi serta perdagangan yang rancak, tidak mungkin Amerika Syarikat dapat melaksanakan apa-apa ugutan terhadap Malaysia. Ugutan mereka hanyalah retorik.

Tetapi jika negara Islam bersatu, ugutan dari negara-negara Islam terhadap Amerika Syarikat dan Eropah akan lebih menggugat kestabilan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah. Negara-negara Islam di bawah OIC menguasai 17.79% gabungan KDNK dunia dari segi pariti kuasa beli.

Pada tahun 1981 Malaysia pernah memperkenalkan dasar ‘Buy British Last’, atau dasar pandang ke timur dengan menjadikan hampir kesemua barangan dan perkhidmatan dari Britain sebagai pilihan terakhir. Polisi ini telah menjejas ekonomi Britain dengan kerugian beratus juta hanya dalam tempoh beberapa bulan. Pada tahun 1994, Malaysia sekali lagi memulaukan barang dan perkhidmatan Britain. Kesannya, dianggarkan banyak syarikat British yang alami kerugian berbilion-bilion pound dan hampir 25,000 orang rakyat Britain hilang pekerjaan hanya dalam jangka masa pendek sehingga Menteri Perdagangan Britain, Richard Needham dan 20 orang ahli perniagaan British terpaksa membuat lawatan sehingga 4 hari ke Malaysia untuk memperbetukkan keadaan.

Jika negara-negara Islam bersatu dan mengamalkan perdagangan terhad dengan Amerika Syarikat dan negara Eropah, ekonomi mereka akan lebih terjejas dan tiada negara yang akan mendapat manfaat.    

Pada masa yang sama, pemulihan ekonomi negara perlu dipandu bukan sahaja dari segi dasar tetapi lebih penting dari perlaksanaan dan tadbir urus. Ekonomi Malaysia perlu di pandu dengan memperkenalkan industri baru dan memperkasa sektor-sektor dan industri tertentu yang bakal menjana pendapatan kepada negara pada jangka masa pendek dan panjang melalui wawasan yang jelas. Peruntukan untuk sektor-sektor dan industri yang diperkenalkan dan yang dipilih perlu di pantau rapat dan di sediakan dengan peruntukan yang cukup supaya sektor dan industri ini boleh dibangunkan untuk manfaat ekonomi kita pada masa hadapan.  

Ketidakstabilan politik dan keberkesanan kerajaan bukan sahaja menjejas matawang Ringgit Malaysia tetapi juga keseluruhan ekonomi negara dan masalah ini dibebankan kepada rakyat melalui kenaikan harga, barangan dan kos sara hidup.

Kebergantungan Malaysia kepada bekalan import menjejas teruk ekonomi negara dan nilai matawang Malaysia. Malaysia perlu mengambil tindakan yang efektif untuk memperbaik punca masalah utama negara selain dari menamatkan harga siling ayam dan subsidi yang lebih membebankan rakyat.  

Armin Baniaz PahaminPresiden Gerakan Ekonomi Malaysia

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/10/1169013/pm-akui-terima-ugutan-mula-diserang-kerana-pertahan-palestin  

Lawatan tapak untuk mendapatkan maklumbalas bekalan air di Kota Bharu

 Sambil kami memberi taklimat Gerakan ekonomi pejuang dari rumah ke rumah, kami juga menemuramah penduduk tempatan untuk memahami sendiri masalah bekalan air dan bagaimana perigi boring dapat membantu.

Di sesetengah rumah, bekalan air masih terganggu walaupun bekalan air melalui perigi boring.
Bekalan air dari kerajaan memang bermasalah dan selalu terganggu. Bekalan air dari telaga boring pula juga mempunyai masalah tersendiri kemungkinan perigi tidak cukup dalam wallahualam. Kami perlu kaji selidik solusi
terbaik
untuk mengatasi masalah bekalan air.

Menyantuni penduduk Kampung Dusun Muda


Selepas berjumpa dengan pasukan Pejuang di PDM Kampung Dusun Muda, kami menyantuni penduduk berdekatan. Kami berjalan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan Parti Pejuang dan menawarkan program ekonomi Pejuang untuk membantu penduduk yang memerlukan pekerjaan dan kemahiran.
Rombongan kami terdiri dari Ali Nordin (Ayah Ali) selaku penyelaras parlimen pejuang Koa Bharu, Faizul Hisham atau lebih dikenali sebagai Abe Joe merangkap Timbalan Penyelaras parlimen pejuang Kota Bharu, Muhammad Ahzan selaku Setiausaha Parlimen Pejuang Kota Bharu, Che Aminah Marican Penerangan Kota Bharu, Norasikim Yusuf Penyelaras Pejuanita Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Muhammad Khairul (nickname Kai) unit media, Rosli Abdullah Biro Ekonomi Kota Bharu, Emir Rostam Ketua Unit Sukarelawan Kota Bharu, Wan Azira Ketua Unit Pacaba, Muhammad Ansori Unit tugas tugas khas, Zuelina Hanim Ketua Data center dan beberapa jentera-jentera lain (minta maaf Kalau tertinggal nama).
Kami di terima baik oleh penduduk kampung Dusun Muda terutamanya apabila mereka faham niat kami untuk menghulurkan bantuan dengan menyediakan joran melalui penempatan kerja, dan latihan kemahiran tanpa memerlukan apa apa kos atau bayaran. Kami juga cuba untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan dan bantuan khidmat nasihat untuk peniaga.
Kami berhasrat untuk membantu penganggur di Kota Bharu melalui program Gerakan Ekonomi Pejuang InnSya Allah.
Armin Baniaz Pahamin
Pimpinan Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia Parti Pejuang Tanahair

#pejuangkelantan







 

SASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN

 KENYATAAN MEDIA

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA

PARTI PEJUANG TANAHAIR MENSASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN

Kajang, 2 Januari 2022. Parti Pejuang Tanahair mensasar untuk membantu 100,000 penganggur dan usahawan melalui program gerakan ekonomi Pejuang yang dilancarkan pada 19 Disember 2021.

Gerakan ekonomi Pejuang merupakan satu program yang menggerakkan semua jentera-jentera parti untuk membantu masyarakat yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan dan membantu komuniti bisnes dan usahawan dengan mendigitasikan perniagaan atau kemahiran mereka serta menyediakan platfom pemasaran dan latihan. Sasaran utama kami adalah kepada golongan B40 terbawah.

Kami telah berjaya mendigitasikan lebih 2,000 kemahiran melalui program GIG, mendaftar 2,000 perniagaan dan memberi penempatan kerja kepada lebih 1,000 orang terutamanya di negeri Kelantan, Selangor dan Perak dan bercadang untuk menggerakkan jentera parti di seluruh Malaysia untuk membantu lebih ramai masyarakat.

© all rights reserved
made with by templateszoo