Responsive Ad Slot

Slider

UMNO Sudah Tiada – Dr Mahathir

 

Oleh Mahdzir Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti UMNO sudah tiada lagi dan gugur daripada perjuangan asalnya. Beliau menyatakan demikian dalam hantaran terbarunya menerusi applikasi twitter semalam.

Dakwanya, UMNO tidak ada lagi dan apa yang wujud kini adalah ‘bangkai’ yang diperalat untuk menyelamatkan pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.

“Apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya,” katanya.

Dr Mahathir melontar perkara itu sebagai mengulas ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung kebimbangan parti itu sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.

Dalam mesyuarat itu juga, UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Bagi Mahathir, keputusan MKT itu bertentangan dengan Perlembagaan UMNO Perkara 3.3 yang menyebut UMNO parti membela kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata, sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenarkan.

“Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis.

“Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.

“Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO,” soal beliau.

Justeru. Beliau mengajak orang UMNO sedar bahawa UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. – malayadaily.com

***********************************************************************

MAHDZIR IBRAHIM ialah Pengarang di portal MalayaDaily.com. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi arminbaniaz.com

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo