Responsive Ad Slot

Mengapa Petronas Buang Pekerja Ketika Syarikat Luar Tambah Pelaburan – NGO

Mengapa Petronas Buang Pekerja Ketika Syarikat Luar Tambah Pelaburan – NGO
KUALA LUMPUR, 28 Jun 25 – Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia Dr Armin Baniaz Pahamin mempersoalkan hala tuju ekonomi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya lebih mengutamakan pelabur asing berbanding syarikat tempatan.
Katanya, situasi semasa yang menyaksikan Petronas dilapor akan membuang 5,000 kakitangannya bertentangan dengan laporan syarikat Shell yang mengumumkan akan menambah pelaburan lebih RM9 bilion di negara ini.
Beliau menyifatkan situasi Petronas yang semakin melemah sebagai ironi, tatkala pelabur asing yakin dengan potensi Malaysia.
“Petronas bukan sekadar syarikat, tetapi institusi nasional yang banyak menyumbang kepada negara. Namun kini, hasil keuntungan menurun, beban dividen semakin berat, dan lebih 5,000 rakyat hilang kerja,” katanya, dalam satu kenyataan.
Beliau turut mempersoalkan mengapa pelaburan berbilion ringgit lebih banyak datang daripada luar, sedangkan Petronas sendiri dilihat terhad peluangnya untuk berkembang.
Tambah Armin, kerajaan seolah-olah lebih meraikan pelaburan asing berbanding membela nasib pekerja tempatan.
“Kerajaan perlu jelaskan pelan jangka panjang untuk menyelamatkan Petronas daripada menjadi ‘mesin ATM’, serta pelan pemulihan untuk ribuan pekerja yang terkesan,” tegas beliau.
Negara katanya memerlukan kerajaan yang menjaga syarikat milik negara dan pada masa sama gigih seperti menarik pelaburan asing, demi kestabilan ekonomi dan masa depan rakyat.
Awal bulan ini, Perdana Menteri menerusi kenyataan berkata, Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Perkembangan itu dimaklumkan selepas Anwar Ibrahim menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Global Shell, Wael Sawan bersama delegasinya. Politiko.my

Retorik Penjimatan RM20 Bilion: Realiti Hutang Negara Semakin Membimbangkan - Politiko.my

Retorik Penjimatan RM20 Bilion: Realiti Hutang Negara Semakin Membimbangkan - Politiko.my
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
Kuala Lumpur, 28 Jun 2025. Pada pertengahan tahun 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pentadbirannya telah berjaya “menyelamatkan” negara daripada menanggung tambahan hutang sebanyak RM20 bilion.
Beliau menyandarkan kenyataan tersebut kepada pengurangan kadar pinjaman tahunan kerajaan, iaitu daripada RM100 bilion kepada RM80 bilion. Namun begitu, kenyataan ini menimbulkan pelbagai persoalan apabila diteliti dalam konteks kedudukan fiskal sebenar negara.
Secara zahir, pengurangan jumlah pinjaman tahunan mungkin kelihatan positif, tetapi angka ini hanya mewakili sebahagian kecil daripada gambaran keseluruhan.
Hakikatnya, jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan telah terus meningkat kepada RM1.632 trilion pada tahun 2024, meningkat jauh daripada RM1.17 trilion pada hujung tahun 2022.
Ini bermakna bahawa sepanjang pentadbiran Datuk Seri Anwar, jumlah hutang negara sebenarnya meningkat lebih RM400 bilion, walaupun kadar pinjaman tahunan dikurangkan.
Lebih membimbangkan, kadar hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kekal tinggi, iaitu sekitar 70 peratus bagi tahun 2023 dan 2024.
Ini menunjukkan bahawa struktur fiskal negara tidak mengalami pembaikan yang ketara, dan negara masih berada dalam kedudukan fiskal yang rapuh dan berisiko tinggi.
Tambahan pula, jika diteliti dari sudut perundangan, had statutori hutang negara telah dinaikkan kepada 65 peratus daripada KDNK sejak tahun 2021 bagi membolehkan perbelanjaan tambahan semasa pandemik.
Kini, dengan hutang berada pada tahap hampir menyamai atau berpotensi melebihi had ini (jika mengambil kira liabiliti luar bajet dan jaminan kerajaan), negara berada dalam kedudukan yang semakin sempit dari segi ruang fiskal dan keupayaan berbelanja secara berhemah.
Kenyataan Perdana Menteri mengenai penjimatan RM20 bilion juga tidak mengambil kira hutang tersembunyi, seperti liabiliti luar bajet, komitmen pembayaran pembiayaan swasta (PFI), serta jaminan korporat yang ditanggung oleh entiti kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Contohnya, Pembinaan PFI Sdn Bhd sahaja menanggung lebih RM50 bilion hutang, namun ia tidak dikira sebagai sebahagian daripada hutang rasmi negara. Maka, jika semua liabiliti ini diambil kira secara menyeluruh, gambaran hutang negara adalah jauh lebih serius daripada yang dibentangkan kepada rakyat.
Lebih mendesak lagi ialah bagaimana kerajaan menangani defisit dan beban fiskal. Kerajaan dilihat semakin bergantung kepada pemindahan beban kewangan kepada rakyat.
Pelaksanaan peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), pengenalan cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai barangan mewah (LVT), serta pengurangan subsidi bahan api dan elektrik, semuanya menunjukkan bahawa rakyat kini menanggung kesan langsung daripada kegagalan kerajaan mengurus fiskal dengan efisien.
Apa yang lebih mengecewakan ialah kekurangan ketelusan dalam tadbir urus kewangan negara. Tiada pelaporan menyeluruh mengenai kos pembayaran faedah hutang tahunan, komitmen luar jangka, atau penilaian keberkesanan langkah penjimatan kerajaan.
Malah, kenyataan Perdana Menteri kononnya pentadbiran beliau berjaya mengurus hutang dengan cekap dilihat sebagai tidak berpijak pada fakta sebenar.
Hakikatnya, tiada reformasi fiskal yang menyeluruh telah dilakukan. Pengurangan defisit yang diumumkan bukan datang daripada penstrukturan semula kewangan negara, tetapi semata-mata daripada kutipan cukai tambahan dan pemotongan subsidi.
Ini adalah strategi sementara yang menekan rakyat tanpa menyelesaikan punca sebenar ketidakseimbangan fiskal negara.
Sebagai rumusan, Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) ingin menegaskan beberapa perkara penting:
Pertama, jumlah hutang negara telah meningkat secara drastik, bukan menurun seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri.
Kedua, dakwaan penjimatan RM20 bilion adalah bersifat separuh benar dan mengelirukan rakyat, kerana ia tidak mengambil kira pertambahan hutang keseluruhan dan liabiliti tidak langsung.
Ketiga, tiada reformasi struktur fiskal yang dilaksanakan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap pinjaman.
Keempat, rakyat kini menjadi mangsa kepada kegagalan fiskal kerajaan, melalui kenaikan cukai dan pemotongan subsidi asas.
Kelima, tahap ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan dalam mengurus hutang masih lemah dan perlu dipertingkatkan dengan segera.
Oleh itu, GEM menyeru kerajaan agar menghentikan retorik politik yang mengelirukan rakyat. Apa yang diperlukan sekarang bukanlah permainan angka, tetapi satu pelan fiskal jangka panjang yang mampan, telus dan adil kepada semua lapisan rakyat.
Negara memerlukan reformasi sebenar, bukan sekadar helah statistik untuk menutup kelemahan pentadbiran.
Dr Armin Baniaz Pahamin – Presiden, Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM)

Artikel ini pertama dikeluarkan di https://politiko.my/retorik-penjimatan-rm20-bilion-realiti-hutang-negara-semakin-membimbangkan

Sabil Jumaat Siri Ke-45 | 27 Jun 2025


Sabil Jumaat Siri Ke-45 | 27 Jun 2025

Alhamdulillah, program Sabil Jumaat diteruskan lagi buat minggu ke-45. Kali ini, sebanyak 270 pek makanan telah berjaya disediakan dan diagihkan kepada jemaah serta komuniti setempat di dua lokasi: Masjid Al-Hidayah dan Masjid Jamek Sungai Penchala.
Sabil jumaat telah menjadi rutin. Setiap minggu saya menanti hari jumaat untuk melaksanakan amanah agihan dan sebagai wasilah untuk mengingati arwah Pok, yang telah meninggalkan kami hampir dua tahun lalu. Semoga pahala kecil daripada sedekah ini diterima Allah dan disampaikan kepada beliau, insya-Allah.
Menu minggu ini ialah🍛 Nasi Minyak, 🥘 Kerutuk Daging, 🥗 Acar dan 🌶️ Sambal. Masakan yang menyelerakan ini ditempah khas daripada Saudara Wadi dari Kedai Makan WNW, yang sentiasa memastikan kualiti terbaik untuk para penerima.
Agihan kali ini merupakan hasil sumbangan ikhlas dari rakan-rakan alumni Haji Felda 2024 yang budiman: Hajjah Aini, Haji Nasa Siti, Juaita, Ruhaiza, Norlela, Marshitaqh, Sapurah, Fazli Jaja, Athiqah, dan Wanisyf. Turut menyumbang sahabat saya Hazri, ibu saya dan saya sendiri.
Semoga setiap suapan yang diterima menjadi asbab rahmat dan keberkatan kepada semua penyumbang. Tolong doakan agar usaha kecil ini terus diberi kekuatan dan istiqamah, demi berkongsi rezeki pada setiap hari paling mulia, hari Jumaat.

#sabiljumaat 







SEKRETARIAT ORANG MELAYU PLATFORM PEMERKASAAN EKONOMI DAN PENYATUAN POLITIK BANGSA


SEKRETARIAT ORANG MELAYU ADALAH PLATFORM STRATEGIK PEMERKASAAN EKONOMI DAN PENYATUAN POLITIK BANGSA


Penubuhan Sekretariat Orang Melayu oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir tepat pada masanya ketika bangsa Melayu berdepan cabaran yang semakin kompleks, khususnya dalam bidang ekonomi dan politik. Dalam lanskap sosioekonomi yang berubah pesat, penumpuan terhadap agenda memperkukuh kedudukan ekonomi Melayu adalah satu keperluan mendesak, bukan sekadar untuk menjamin kesejahteraan komuniti ini, tetapi untuk memastikan kestabilan serta kemakmuran jangka panjang negara.


Dari sudut ekonomi, jurang ketidakseimbangan pemilikan aset dan penyertaan orang Melayu dalam sektor bernilai tinggi masih nyata, walaupun telah enam dekad merdeka. Tanpa pendekatan baharu yang lebih tersusun dan bersifat kolektif, usaha untuk memperkasakan ekonomi Melayu berisiko terus berdepan stagnasi. 


Walaupun ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.1% pada tahun 2024, ketidakseimbangan pengagihan kekayaan antara etnik masih berterusan. Data menunjukkan bahawa kadar pemilikan ekuiti korporat Bumiputera hanya mencapai 18.4% setakat tahun 2020, jauh di bawah sasaran 30% yang ditetapkan sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan . Lebih membimbangkan, hanya 7% syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dimiliki oleh Bumiputera. 


Tambahan pula, jurang pendapatan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera semakin melebar, terutamanya di kawasan luar bandar . Majoriti tenaga kerja Bumiputera masih tertumpu dalam sektor separa mahir dan berkemahiran rendah, yang menyumbang kepada ketidakseimbangan pendapatan antara kaum .


Pemilikan tanah merupakan satu lagi indikator penting kekuatan ekonomi. Pemilikan tanah turut memperlihatkan ketidakseimbangan yang membimbangkan. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti penduduk negara, pemilikan tanah komersial dan industri dalam kalangan orang Melayu, khususnya di kawasan bandar utama, masih rendah. Walaupun dasar Tanah Rizab Melayu berjaya memastikan pemilikan dalam sektor pertanian, penglibatan orang Melayu dalam pemilikan hartanah komersial dan kawasan bernilai tinggi masih jauh ketinggalan, sekali gus menghadkan potensi pembinaan kekayaan di kawasan pertumbuhan ekonomi utama.


Sekretariat ini berpotensi menjadi pemacu kepada pembentukan dasar pembangunan ekonomi yang bersifat inklusif, berasaskan data dan keberkesanan strategi intervensi. Ia juga menyediakan landasan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan, pendidikan berteraskan kemahiran masa hadapan, serta jaringan sokongan bagi memperkasa usahawan Melayu dalam era digital dan globalisasi.


Lebih signifikan, dalam suasana politik yang semakin terpecah-belah, Sekretariat Orang Melayu membawa naratif penting iaitu keperluan untuk menyatukan bangsa di bawah satu payung menjelang Pilihan Raya yang akan datang. Statistik menunjukkan peratusan keluar mengundi dalam kalangan orang Melayu semakin menurun dalam pilihan raya-pilihan raya terkini, menzahirkan kebimbangan terhadap penyertaan politik bangsa. 

 

Sejarah telah membuktikan bahawa perpecahan undi Melayu hanya melemahkan suara kolektif bangsa dan membuka ruang kepada ketidakstabilan politik serta menggugat dasar-dasar afirmatif yang menjadi tunjang pembangunan ekonomi Bumiputera.


Pilihan Raya bukan sekadar pertarungan kuasa, tetapi juga pertarungan untuk menentukan hala tuju dasar ekonomi dan sosio-politik negara. Dengan wujudnya satu platform seperti Sekretariat ini, yang bersifat neutral dan memperjuangkan kepentingan Melayu tanpa keterikatan kepada parti politik tertentu, peluang untuk membina satu konsensus nasional dalam kalangan orang Melayu menjadi lebih realistik. 


Perpaduan bangsa di bawah satu wadah bukan sahaja penting untuk kemenangan politik, tetapi lebih signifikan lagi untuk menjamin kemampanan ekonomi jangka panjang.


Kita perlu insaf bahawa kekuatan sesuatu bangsa tidak bergantung hanya pada jumlah populasinya, tetapi pada keupayaan untuk bertindak secara kolektif dalam memperjuangkan agenda bersama. Inisiatif ini harus disambut sebagai satu langkah strategik, bukan sekadar reaksi emosional, tetapi sebagai respons rasional terhadap realiti semasa yang menuntut kesatuan fikrah dan tindakan.


Memperkasa ekonomi bangsa adalah membina kekuatan negara. Menyatukan orang Melayu di bawah satu payung adalah menjamin masa depan Malaysia yang stabil, adil dan makmur.


DR ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

 


 

THE MALAY SECRETARIAT: A STRATEGIC PLATFORM FOR ECONOMIC EMPOWERMENT AND POLITICAL UNITY


The establishment of the Malay Secretariat by YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad comes at a critical juncture as the Malay community faces increasingly complex challenges, particularly in the economic and political spheres. In a rapidly evolving socio-economic landscape, the imperative to strengthen the financial position of the Malays is no longer merely aspirational; it has become an urgent necessity to safeguard not only the well-being of the community but also the long-term stability and prosperity of the nation.


From an economic perspective, disparities in asset ownership and participation in high-value sectors remain stark, despite more than six decades of independence. Without a new, structured, and collective approach, efforts to uplift the economic standing of the Malay community risk stagnation.


Although Malaysia recorded a commendable GDP growth of 5.1% in 2024, the wealth distribution gap between ethnic groups persists. Recent data reveals that Bumiputera equity ownership in the corporate sector stood at only 18.4% as of 2020, falling far short of the 30% target set by the New Economic Policy (NEP). Even more concerning is that only 7% of publicly listed companies on Bursa Malaysia are owned by Bumiputera interests.


Furthermore, the income gap between Bumiputera and non-Bumiputera communities continues to widen, especially in rural areas. A significant proportion of the Bumiputera workforce remains concentrated in semi-skilled and low-skilled sectors, contributing to structural economic disparities and entrenching inter-ethnic income inequality.


Land ownership, another critical indicator of economic strength, reveals similar imbalances. Although Malays constitute the majority of the population, recent data suggest that Malay ownership of commercial and industrial land remains disproportionately low. While Malays hold substantial shares of agricultural land through Malay Reserved Land policies, their participation in high-value real estate sectors, particularly in urban commercial zones, lags significantly behind, limiting wealth creation opportunities in burgeoning economic hubs.


The Malay Secretariat has the potential to catalyse the formulation of a new, inclusive economic development policy framework — one that is data-driven and strategic in its interventions. It can provide a vital platform to enhance access to financing, promote future-ready education and skills development, and build supportive networks to empower Malay entrepreneurs in the digital and global economy.


More significantly, amid an increasingly fragmented political landscape, the Malay Secretariat carries a vital narrative: the urgent need to unify the Malay community under a single banner in anticipation of the forthcoming general election. Statistics have shown a declining voter turnout among Malay voters in recent electoral cycles, raising serious concerns about political participation and representation.

 

History has demonstrated that the fragmentation of the Malay vote only weakens the collective voice of the community, paving the way for political instability and undermining the affirmative action policies that have been fundamental to the economic advancement of the Bumiputera.


Elections are not merely contests for political power; they are battles to define the economic and socio-political direction of the nation. The existence of a neutral platform such as the Malay Secretariat, committed to championing Malay interests without partisan affiliations, creates a real opportunity to forge a national consensus among Malays.


Unity under a single umbrella is not only crucial for political victory; it is even more essential for ensuring sustainable economic empowerment in the long run.


We must recognise that the strength of a nation does not solely depend on the size of its population, but on its ability to collaborate in pursuit of shared aspirations. This initiative must therefore be embraced as a strategic response, not an emotional reaction, to the current realities that demand a convergence of thought and action within the Malay community.


Empowering the economy of the Malay community is a cornerstone for building a strong nation. Uniting the Malays under a single banner is key to securing a stable, just, and prosperous Malaysia.


Dr. Armin Baniaz Pahamin
President, Malaysia Economic Movement | Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM)



KERTAS NASIHAT CSO: ANCAMAN TERSELINDUNG TERHADAP KEDAULATAN DAN IDENTITI ASEAN


KUALA LUMPUR, 5 JUN 2025
— Sekretariat Tanahair menzahirkan kebimbangan yang amat serius terhadap Kertas Nasihat bertajuk “Our ASEAN: Peoples At The Core” yang telah dikemukakan kepada Pengerusi ASEAN 2025. Walaupun kertas ini kelihatan memperjuangkan hak asasi manusia dan pembangunan inklusif, di sebaliknya tersembunyi satu agenda yang membimbangkan, iaitu satu percubaan halus untuk mencabar asas fundamental yang membentuk ASEAN sebagai sebuah komuniti yang berdaulat, stabil dan bermaruah.


Di sebalik retorik progresif yang diketengahkan, kertas ini membawa tuntutan-tuntutan yang bertentangan dengan realiti sosio-budaya serta aspirasi rakyat Asia Tenggara. Cadangan untuk memisahkan agama daripada urusan kenegaraan, normalisasi penuh agenda LGBTQIA+, desakan menghentikan penggunaan bahan api fosil secara drastik serta usaha menubuhkan badan kehakiman supranasional ASEAN adalah langkah-langkah yang bukan sahaja tidak selari dengan keperluan sebenar rantau ini, malah memperlekehkan sensitiviti budaya, nilai agama dan keperluan pembangunan negara-negara anggota.

Gerakan sebegini yang cuba memaksakan nilai-nilai liberal Barat ke atas Asia Tenggara tanpa mengambil kira norma, budaya dan tradisi tempatan adalah satu bentuk baharu penjajahan nilai. Penjajahan ini, walaupun tanpa menggunakan kekerasan, tetap berbahaya kerana ia menyerang terus ke akar umbi identiti bangsa, budaya dan kedaulatan kita. ASEAN diasaskan atas prinsip menghormati kedaulatan negara, tidak campur tangan dalam urusan dalaman dan konsensus serantau. Prinsip-prinsip ini telah menjadi asas kepada kestabilan, keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh rantau ini selama lebih lima dekad.

Apa yang lebih membimbangkan ialah saranan untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN tanpa penilaian objektif dan teliti terhadap kesiapsiagaan institusi serta ekonominya. Cadangan ini dilihat lebih dipacu oleh sentimen politik semata-mata, tanpa mempertimbangkan kesan jangka panjang terhadap integrasi serta keberkesanan ASEAN sebagai sebuah blok serantau yang kukuh dan bersatu. ASEAN tidak boleh dijadikan medan ujikaji kepada idealisme kosong mahupun boneka kepada arus globalisasi tanpa sempadan yang boleh menghakis identiti tempatan.

Sekretariat Tanahair menolak sekeras-kerasnya segala bentuk cubaan untuk mengubah jati diri budaya, agama dan sosio-politik Asia Tenggara. Kami dengan tegas menolak sebarang usaha untuk memaksa campur tangan pertubuhan luar dalam urusan dalaman ASEAN serta menentang sebarang agenda terselindung yang berpotensi mengancam kedaulatan dan kestabilan negara-negara anggota.

Sehubungan itu, kami menyeru Kerajaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 untuk terus berpegang teguh kepada prinsip-prinsip pengasas ASEAN. Malaysia mesti berani mempertahankan kepentingan nasional dan serantau daripada sebarang tekanan halus yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia atau pembangunan lestari yang melampau. Masa depan ASEAN mesti dibina atas asas realiti rantau ini sendiri, berlandaskan budaya, agama dan nilai kita, dan bukannya berasaskan model asing yang tidak menghormati identiti serta aspirasi rakyat Asia Tenggara.

Sekretariat Tanahair turut menggesa semua negara anggota ASEAN agar bersatu dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah rantau ini. Kita mesti memperkukuhkan prinsip ‘ASEAN Way’ yang berasaskan konsensus, menghormati kedaulatan negara serta menjunjung tinggi keunikan budaya dan nilai setiap bangsa. ASEAN bukanlah medan percubaan untuk ideologi asing. ASEAN adalah rumah kita, benteng terakhir yang mempertahankan jati diri dan masa depan rakyat Asia Tenggara.
 
DR ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Setiausaha Agung - Sekretariat Tanahair

CSO ADVISORY PAPER: A HIDDEN THREAT TO ASEAN SOVEREIGNTY AND IDENTITY

KUALA LUMPUR, 4 JUNE 4, 2025. Sekretariat Tanahair expresses its deep concern over the recently submitted Advisory Paper titled “Our ASEAN: Peoples At The Core” presented to the Chair of ASEAN 2025. Although the paper purports to champion human rights and inclusive development, it conceals a far more troubling objective: a calculated attempt to undermine the fundamental pillars that have long defined ASEAN as a sovereign, stable, and dignified regional community.

Beneath the veneer of progressive rhetoric, the paper presents proposals that sharply conflict with the socio-cultural realities and collective aspirations of Southeast Asia. Its calls for the separation of religion from state affairs, the full normalisation of the LGBTQIA+ agenda, the abrupt termination of fossil fuel reliance, and the establishment of a supranational judicial authority within ASEAN are neither realistic nor sensitive to the cultural values, religious traditions, and developmental needs of its member states.

Movements such as these, seeking to impose liberal Western ideologies onto Southeast Asia without regard for indigenous norms and customs, represent a new form of value imperialism. This form of ideological colonisation, although lacking military force, is no less insidious as it directly attacks the cultural, spiritual, and sovereign foundations of the region. ASEAN was built upon the principles of respect for national sovereignty, non-interference in domestic affairs, and consensus-based diplomacy. These principles have served as the cornerstone of peace, stability, and regional harmony for more than five decades.

Particularly concerning is the recommendation to grant Timor-Leste full ASEAN membership without a thorough and objective assessment of its institutional and economic readiness. Such a move appears driven more by political expediency than by careful consideration of its long-term impact on the cohesion and effectiveness of ASEAN as a unified bloc. ASEAN must not become a testing ground for hollow idealism nor a pawn in the agenda of borderless globalisation that seeks to erode the identities of its member nations.

Sekretariat Tanahair unequivocally rejects any attempt to alter the cultural, religious, and socio-political fabric of Southeast Asia. We firmly oppose any external interference in ASEAN’s internal affairs and categorically reject covert agendas that threaten the sovereignty and stability of its member states.

In this regard, I call upon the Government of Malaysia, as Chair of ASEAN 2025, to remain unwavering in upholding the founding principles of ASEAN. Malaysia must have the courage to defend national and regional interests against subtle pressures disguised as the pursuit of human rights or extreme sustainability demands. The realities of its peoples must shape the future of ASEAN, grounded in their cultures, their faiths, and their values, rather than by foreign frameworks that fail to respect the region’s identity and aspirations.

Sekretariat Tanahair also urges all ASEAN member states to stand united in defending the sovereignty and dignity of Southeast Asia. We must reinforce the ‘ASEAN Way’, founded on consensus, mutual respect for national sovereignty, and the preservation of our rich cultural and civilisational heritage. ASEAN must never be reduced to a laboratory for foreign ideologies. It is our home, the final bastion that safeguards the identity and future of the peoples of Southeast Asia.

DR. ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Secretary-General Sekretariat Tanahair


CADANGAN CHONG CHIENG JEN UNTUK 30% EKUITI PETRONAS: SATU ANCAMAN SERIUS TERHADAP KEDAULATAN EKONOMI, PERLEMBAGAAN NEGARA DAN SEMANGAT PERSEKUTUAN


Oleh: Dr. Armin Baniaz Pahamin - Setiausaha Agung, Sekretariat Tanahair

Kuala Lumpur, 30 Mei 2025 — Sekretariat Tanahair mengecam keras kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Pengerusi DAP Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, YB Chong Chieng Jen, yang mendesak agar Kerajaan Negeri Sarawak diberikan 30% pegangan ekuiti dalam Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Cadangan ini bukan sahaja bertentangan dengan asas Perlembagaan dan undang-undang negara, malah merupakan ancaman terang-terangan terhadap kedaulatan ekonomi nasional serta semangat federalisme yang menjadi asas penubuhan Malaysia.

PETRONAS adalah entiti strategik negara yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144) dan kekal sebagai aset milik penuh Kerajaan Persekutuan. Sebagai pemegang amanah kekayaan negara, PETRONAS diberi mandat eksklusif untuk mengurus dan mengawal semua sumber petroleum negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Kedudukan strategik ini telah membolehkan PETRONAS menjadi penyumbang utama kepada hasil negara, dengan sumbangan lebih 20% kepada pendapatan tahunan kerajaan. Kejayaan dan keunggulan PETRONAS turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, apabila disenaraikan dalam Fortune Global 500, di mana pada tahun 2025, PETRONAS menduduki kedudukan ke-167, menjadikannya satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam kelompok syarikat terbesar dunia berdasarkan pendapatan tahunan. Pencapaian ini mencerminkan kekuatan dan daya saing PETRONAS dalam industri minyak dan gas global, serta peranannya yang kritikal dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Cadangan untuk menyerahkan 30% ekuiti PETRONAS kepada mana-mana negeri bukan sahaja akan menghakis keupayaan fiskal kerajaan pusat, tetapi juga membuka jalan kepada perebutan kuasa antara negeri, seterusnya mengancam kestabilan politik dan ekonomi negara. Tindakan ini berpotensi mengundang fragmentasi kuasa yang merosakkan kerangka federalisme dan menggugat kedaulatan ekonomi Malaysia.

Lebih membimbangkan, YB Chong Chieng Jen bukanlah tokoh asing dalam barisan politikus yang mempunyai sejarah panjang mengeluarkan kenyataan berbaur anti-nasionalis, mempersoalkan institusi-institusi Persekutuan dan dasar-dasar nasional. Beliau pernah mempertikai keputusan Mahkamah Persekutuan, menyoal kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, serta secara konsisten mencabar hak-hak istimewa Bumiputera yang dilindungi oleh Perlembagaan. Di bawah agenda politik sempit yang diselubungi retorik "hak negeri", beliau sebenarnya berusaha melemahkan kuasa pusat dan membuka ruang kepada penghakisan keutuhan nasional. Kenyataan beliau kali ini hanyalah satu lagi episod dalam siri cubaan sistematik untuk merobek asas kenegaraan Malaysia.

Sekretariat Tanahair melihat cadangan ini bukan sahaja sebagai satu pencabulan terhadap Perlembagaan Persekutuan, malah satu bentuk pengkhianatan terhadap semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menuntut kesatuan dan kerjasama erat antara negeri dan Persekutuan. Tambahan pula, pengiktirafan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai aggregator tunggal gas di Sarawak yang dilakukan tanpa pembaharuan undang-undang yang sewajarnya mencetuskan dualisme kuasa dalam pengurusan sektor tenaga nasional. Ini bukan sahaja menimbulkan ketidaktentuan dasar, malah mengancam keyakinan pelabur dan melemahkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan strategik.

Malaysia memerlukan kepimpinan yang tegas, dasar yang konsisten dan perpaduan yang kukuh — bukannya permainan politik sempit yang membahayakan masa depan negara. Sekretariat Tanahair menyeru seluruh rakyat Malaysia serta pimpinan kerajaan untuk menolak sekeras-kerasnya desakan songsang ini. PETRONAS mesti kekal sebagai simbol kedaulatan ekonomi nasional, milik penuh seluruh rakyat Malaysia, dan tidak sesekali dikompromi oleh agenda politikus oportunis seperti YB Chong Chieng Jen. 

******************************************************************************

ENGLISH.


YB CHONG CHIENG JEN’S DEMAND FOR 30% PETRONAS EQUITY: A DIRECT THREAT TO MALAYSIA’S ECONOMIC SOVEREIGNTY, CONSTITUTIONAL ORDER, AND FEDERAL UNITY

Kuala Lumpur, 30 May 2025 — Sekretariat Tanahair strongly condemns the irresponsible statement made by YB Chong Chieng Jen, Chairman of DAP Sarawak and State Assemblyman (ADUN) for Padungan, who demanded that the Sarawak State Government be granted a 30% equity stake in Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Such a proposal is not only in direct violation of the Federal Constitution and national laws, but it also poses an outright threat to Malaysia’s economic sovereignty and undermines the very foundations of federalism upon which this nation was built.


PETRONAS is a strategic national entity established under the Petroleum Development Act 1974 (Act 144), wholly owned by the Federal Government. As the trustee of the nation's wealth, PETRONAS has been entrusted with the exclusive mandate to manage and control all petroleum resources in Malaysia, in the interest of all Malaysians. This strategic role has positioned PETRONAS as a cornerstone of the nation’s revenue, contributing over 20% annually to federal coffers. Its global success is further underscored by its inclusion in the Fortune Global 500, where in 2025, PETRONAS ranked 167th, standing as Malaysia’s sole representative among the world’s largest corporations by revenue. This achievement reflects PETRONAS' resilience, competitiveness in the global oil and gas sector, and its critical role in driving Malaysia’s economic growth.


The proposal to allocate a 30% stake in PETRONAS to any state government would not only severely compromise the federal government’s fiscal capabilities but would also open the floodgates to interstate power struggles, potentially destabilizing Malaysia’s political and economic landscape. Such a move risks fragmenting the delicate federal structure and eroding the nation’s economic sovereignty.


More troublingly, YB Chong Chieng Jen is no stranger to controversy. He has a long history of making statements that challenge the authority of national institutions and question fundamental pillars of the Federal Constitution. He has previously criticized decisions of the Federal Court, questioned Islam’s status as the religion of the Federation, and consistently undermined the special position of the Bumiputera enshrined in the Constitution. Cloaked under the rhetoric of “state rights,” his real agenda appears to be the systematic weakening of federal authority and the dismantling of national unity. His latest proposal is merely the latest episode in a series of calculated moves aimed at destabilizing the foundation of the Malaysian state.


Sekretariat Tanahair views this demand as not only a violation of the Federal Constitution but also a betrayal of the spirit of the Malaysia Agreement 1963 (MA63), which calls for unity and cooperation between the states and the Federation. Furthermore, the recognition of Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) as the sole aggregator of gas in Sarawak, without the necessary legislative reforms, has already introduced dangerous dualism in the governance of the national energy sector. This situation creates policy uncertainty, undermines investor confidence, and threatens Malaysia’s standing as a strategic investment destination.


Malaysia requires firm leadership, consistent policies, and unwavering unity, not narrow political games that endanger the nation’s future. Sekretariat Tanahair calls upon all Malaysians and the national leadership to unequivocally reject this reckless and regressive demand. PETRONAS must remain a symbol of national economic sovereignty, wholly owned by the people of Malaysia, and must not be compromised by the opportunistic agendas of political figures like YB Chong Chieng Jen.


DR ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Secretary General - Sekretariat Tanahair




© all rights reserved
made with by templateszoo