Responsive Ad Slot

Slider

Proklamasi Orang Melayu

Proklamasi Orang Melayu

1. Secara keseluruhan hanya 65% rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 berbandingkan dengan 98% rakyat bukan Melayu yang keluar mengundi. 35% rakyat berbangsa Melayu tidak mengambil kisah soal pemilihan wakil rakyat.

2. Sebahagian besar yang keluar mengundi ini, keluar mengundi untuk mendapat sogokan wang kecil berjumlah RM100-RM500 setiap seorang.

3. Matlamat utama Proklamasi Orang Melayu ialah untuk menimbul kesedaran dan mendorong lebih ramai orang-orang Melayu untuk mengambil kisah tanggung jawab mereka untuk keluar mengundi. Tanggung-jawab untuk menyedarkan orang-orang Melayu ini perlu di pikul bersama oleh semua pemimpin-pemimpin Melayu merentasi kepentingan politik.

4. Saya amat kecewa dengan tindakan kerajaan menghalang inisiatif murni Sekretariat Tanahair untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tanggung-jawab mereka terhadap Negara.

5. Untuk pelancaran proklamasi ini, empat dewan dengan kapasiti hanya 300 hadirin telah membatalkan tempahan yang telah pun dibayar di atas arahan tangan ghaib. Majlis tertutup kecil dengan jemputan rasmi hanya 80 hadirin telah di labelkan sebagai perkauman. 

6. Inikah yang di namakan demokrasi oleh kerajaan Perpaduan?

7. Orang-orang Melayu tidak sedar kejahilan mereka dalam melaksanakan tanggung jawab untuk keluar mengundi atau mengundi pemimpin yang memberi wang sogokan akan merugikan mereka pada jangka masa panjang.

8. Ini telah terbukti melalui statistik dengan jumlah pegangan ekuiti orang Melayu yang kecil dan semakin merosot, jumlah tanah rizab melayu yang semakin pupus. Jumlah kemiskinan yang tertinggi dan semakin besar di tanah Melayu, adalah orang-orang Melayu. 

9. Dengan Lafaz Bimimillah, saya Armin Baniaz Pahamin seorang warganegara berbangsa Melayu menandatangani Proklamasi ini.

10. Marilah orang-orang Melayu bersama, bersatu membina bangsa kita. Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Orang Melayu


Berikut adalah Proklamasi yang di tandatangani.


PROKLAMASI ORANG MELAYU 

  1. Orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini. Gerai-gerai kecil mereka pun sudah diambil orang.
  2. Mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka. 
  3. Nasib orang Melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka. 
  4. Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri. 
  5. Parti Melayu atas nama Agama, Bangsa dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri. 
  6. Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu. 
  7. Lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini pun bakal terlepas dari tangan mereka. 
  8. Masa depan Melayu kini amat gelap. Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka. 
  9. Pemulihan bangsa Melayu hanya akan Berjaya jika mereka kembali bersatu. 
  10. Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan. 
  11. Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri. 
  12. Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Negara.

Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini. 





0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo