Responsive Ad Slot

Ziarah warga uzur di Kota Bharu

 Di beberapa rumah yang kami ziarah, mereka kurang sihat jadi kami hanya singgah di muka pintu dan meluangkan sedikit masa untuk mendengar keluhan dan rintihan mereka. Ramai yang tidak dapat mencari rezeki kerana uzur dan masalah kesihatan. Kami mengambil maklum dan catat semua masalah rakyat.

Kalau mempunyai keupayaan, tentunya kami ingin membantu semua. Tolong doakan semoga misi kami untuk membantu rakyat diberkati. Allah huakbar.

Lawatan tapak untuk mendapatkan maklumbalas bekalan air di Kota Bharu

 Sambil kami memberi taklimat Gerakan ekonomi pejuang dari rumah ke rumah, kami juga menemuramah penduduk tempatan untuk memahami sendiri masalah bekalan air dan bagaimana perigi boring dapat membantu.

Di sesetengah rumah, bekalan air masih terganggu walaupun bekalan air melalui perigi boring.
Bekalan air dari kerajaan memang bermasalah dan selalu terganggu. Bekalan air dari telaga boring pula juga mempunyai masalah tersendiri kemungkinan perigi tidak cukup dalam wallahualam. Kami perlu kaji selidik solusi
terbaik
untuk mengatasi masalah bekalan air.

Carian untuk menaja perigi boring di Kota Bharu

 Kak Yah membesarkan anaknya berusia 32 tahun yang mengalami penyakit down syndrome. Diantara faktor yang merumitkan lagi keadaan Kak Yah apabila bekalan air ke rumah beliau sering terganggu. Kami melawat kawasan rumah persekitaran untuk memahami dengan lebih mendalam masalah bekalan air. Hampir semua rumah-rumah telah memasang perigi boring.

Kami sanggup membantu komuniti keluarga asnaf yang tidak mempunyai perigi boring dan amat memerlukan bekalan air untuk mengurangkan beban mereka.

Santuni rakyat untuk dapat maklumbalas

 Kami juga melawat Kak Ani yang berasal dari Bachok tetapi dan berpindah dan menetap di kota Bharu. Kami menerangkan inisiatif Gerakan ekonomi Pejuang supaya kami dapat membantu anak-anak dan warih warah Kak Ani yang memerlukan bantuan yang kami sediakan di bawah Gerakan ekonomi pejuang. Jirannya yang kebetulan berada di situ juga tertarik dengan program yang kami sediakan. InnSya Allah kami akan bantu semua.

Bantuan kepada wanita kurang upaya

 Sayu sebentar apabila kami singgah ke rumah yang di diami oleh beberapa wanita kurang upaya. Mereka tidak boleh bekerja dan bergantung kepada bantuan.

Golongan kurang upaya ini memerlukan bantuan. Kalau ada yang bermurah hati untuk menderma, boleh menghubungi Pengerusi Pertubuhan Muamalat Badan Amal Kelantan, Tuan Nor Alinordin di talian 0105045296. Beliau sentiasa menjaga kebajikan orang kurang upaya atau (OKU).

Alhamdulillah dapat membantu rakyat

 Kami terus mengantuni setiap rumah di kampung Dusun Muda. Kami berjalan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan Parti Pejuang dan menawarkan program ekonomi Pejuang untuk membantu penduduk yang memerlukan pekerjaan dan kemahiran.

Sebak bila mendengar perkongsian seorang emak yang menyuruh dua orang anak lelakinya yang telah tamat sekolah berhijrah menaiki bas pergi ke Pulau Pinang untuk mencari kerja disana. Kami memaklumkan isi program kami yang menawarkan pekerjaan sambil menyerahkan borang permohonan yang amat ringkas untuk kami membantu mendapatkan penempatan kerja.
Sebak hati kami apabila melihat keceriaan dan bibik wajah makcik yang jelas bersyukur diatas bantuan yang kami sediakan. Perasaan terharu tersebut menjadi motivasi bagi kami untuk terus menawarkan bantuan Gerakan ekonomi pejuang kepada umum Subhanallah

Rezeki Jodoh Semasa Santuni Rakyat

 Kami menyantuni sesetengah rumah yang menjemput kami untuk masuk ke dalam rumah. Di setiap rumah kami pasti menawarkan berbagai peluang untuk membantu ekonomi rakyat sambil mengambil catatan rintihan dan maklumbalas dari masyarakat. Sambil kami menawarkan bantuan Gerakan Ekonomi Pejuang, Makcik ni menawarkan anak perempuannya untuk dijadikan jodoh aiiks..

Masya Allah rezeki. Terima kasih makcik. Ambo doh empunya.
Selepas memberi sedikit sumbangan dan menerangkan usaha dan inisiatif kami, kami meneruskan perjalanan ke rumah seterusnya. Alhamdulillah lepas kejutan dari mokcik tadi, koho naik semangat

Berjumpa dengan peniaga homebase di Kota Bharu

 Berbagai perniagaan di usahakan oleh orang Kelantan untuk menyara hidup. Sepasang suami isteri ini pula mengambil tempahan untuk kuih tepung pelita. Mereka juga mengambil tempahan untuk infaq sempena puasa. Begitulah caranya sebilangan besar rakyat kelantan menyara keluarga mereka. Tidak mengharapkan bantuan tetapi berdikari dan berusaha untuk menyara perbelanjaan sekeluarga.

Kepada yang berminat untuk menempah kuih tepung pelita, boleh menghubungi penyelaras pejuanita kami Puan Shikin 019-976 8808 yang akan menghubungkan umum kepada peniaga-peniaga kecil. Kami juga cuba membantu peniaga peniaga kecil untuk mendapatkan lebih banyak tempahan melalui rangkaian kami.
Setelah menerangkan dan memberi risalah Gerakan Ekonomi Pejuang, kami terus berjalan ke rumah sererusnya. Sasaran kami untuk menziarah rumah-rumah di setiap PDM di semua tiga DUN sebelum pulang.

Melawat makcik sakit kencing manis di Kota Bharu

 Di salah sebuah rumah yang kami ziarah, kami dimaklumkan ada makcik yang sakit kencing manis di tahap kritikal. Makcik tersebut tinggal berseorangan. Pada siang hari, adik makcik yang juga sakit datang kerumah untuk menjaga kakaknya. Kakaknya dah berumur dan diserang sakit yang mengakibatkan anggota badannya (tangan & kaki) tak boleh berhenti bergerak. Mungkin sarafnya terganggu. Ini menyukarkan pergerakan makcik.

Kami hanya mampu memberi doa dan sedikit sumbangan. Semoga Allah taala permudahkan urusan makcik dan moga makcik kembali pulih dan dapat meneruskan aktiviti harian. Syafakillah

Ore Kelantan pandai berdikari

 Di beberapa rumah yang kami singgah, kami berjumpa dan berkongsi pandangan dengan anak anak muda. Ore kelate ni memang gemar untuk berniaga. Ramai anak muda berniaga di Pasar. Betul kata Abe Joe, ore kelatae ni boleh hidup di merata rata sebab mereka pandai mencari rezeki. Kalau campak di laut, mereka menjadi pulau, campak di darat, puok ni jadi gunong; kata Ayah Ali. Begitulah ore kelate ni di ibaratkan.

Tetapi ramai juga yang tidak berpeluang untuk bekerja. Golongan inilah yang kami nak membantu.

Gerakan Ekonomi Pejuang terus di perkenalkan di Kota Bharu

 Kami singgah dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan peluang-peluang pekerjaan, kemahiran, perniagaan dibawah program Gerakan Ekonomi Pejuang. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mendengar rintihan rakyat dan mengambil nota maklumbalas serta pandangan yang dikongsi. Perubahan hanya boleh berlaku dengan mengambil iktibar suara rakyat InnSya Allah

Santuni penduduk untuk memperkenalkan Gerakan EKonomi Pejuang

 Walaupun dibawah matahari terik, rombongan kami terus rancak berjalan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan bantuan Gerakan Ekonomi Pejuang. Program Walkabout bermula dari pagi sehingga ke petang. Seronok mendengar pandangan, rintihan dan maklumbalas terus dari penduduk. Banyak pandangan yang diterima dari penduduk berbeza dari apa yang di sampaikan dan dibaca dalam media. Perubahan perlu berlaku untuk kesejahteraan dan masa depan rakyat.

Saya amat berbangga dengan semangat membara jentera-jentera rombongan kami.
Ps- gambar oleh Kai, unit media.

Berkenalan dengan Pok Soh Kota Bharu

Kami terus menyantuni warga Kota Bharu dengan melawat rumah ke rumah. Rumah seterusnya amat menarik. Rumah Pok Soh. Pok Soh ni orang kelantan panggil ore berisi. Dia ada ilmu. Umurnya dah lebih 80 tahun tetapi masih gagah. Lepas kami perkenalkan diri dan Parti Pejuang, Pok Soh menawarkan satu ‘barang’ yang boleh bagi err… ‘Rahsia’ (tak boleh cakap).

Barang tersebut mempunyai pantang larangnya tetapi Pok Soh kata, Kalau nak masuk politik, mesti kena ada. Wah lepas ni ambo jadi Superman 🤣 Yang lucu, semua Pejuanita yang hadir pong nok jugo. Nok jadi Superwomen gamoknyo.

Menyantuni penduduk Kampung Dusun Muda


Selepas berjumpa dengan pasukan Pejuang di PDM Kampung Dusun Muda, kami menyantuni penduduk berdekatan. Kami berjalan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan Parti Pejuang dan menawarkan program ekonomi Pejuang untuk membantu penduduk yang memerlukan pekerjaan dan kemahiran.
Rombongan kami terdiri dari Ali Nordin (Ayah Ali) selaku penyelaras parlimen pejuang Koa Bharu, Faizul Hisham atau lebih dikenali sebagai Abe Joe merangkap Timbalan Penyelaras parlimen pejuang Kota Bharu, Muhammad Ahzan selaku Setiausaha Parlimen Pejuang Kota Bharu, Che Aminah Marican Penerangan Kota Bharu, Norasikim Yusuf Penyelaras Pejuanita Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Muhammad Khairul (nickname Kai) unit media, Rosli Abdullah Biro Ekonomi Kota Bharu, Emir Rostam Ketua Unit Sukarelawan Kota Bharu, Wan Azira Ketua Unit Pacaba, Muhammad Ansori Unit tugas tugas khas, Zuelina Hanim Ketua Data center dan beberapa jentera-jentera lain (minta maaf Kalau tertinggal nama).
Kami di terima baik oleh penduduk kampung Dusun Muda terutamanya apabila mereka faham niat kami untuk menghulurkan bantuan dengan menyediakan joran melalui penempatan kerja, dan latihan kemahiran tanpa memerlukan apa apa kos atau bayaran. Kami juga cuba untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan dan bantuan khidmat nasihat untuk peniaga.
Kami berhasrat untuk membantu penganggur di Kota Bharu melalui program Gerakan Ekonomi Pejuang InnSya Allah.
Armin Baniaz Pahamin
Pimpinan Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia Parti Pejuang Tanahair

#pejuangkelantan







 

Perjumpaan bersama Jentera Kota Bharu

Agenda pertama di Kota Bharu ialah untuk berjumpa dengan pasukan di setiap PDM. Semasa sesi libat urus bersama jentera di Kampung Dusun, kami terserempak dengan Ketua Bahagian Bersatu Pengkalan Chepa (gambar pertama 3 dari kiri).

Lepas berkenalan, kami sambung berbincang program program yang akan dilancarkan di Kota Bharu dan juga mendengar pandangan dan cadangan-cadangan dari ahli-ahli dan jentera.
Lepas sesi bersama pasukan Kampung Dusun, kami meneruskan program dengan sesi walkabout ke rumah rumah dipersekitaran.

#Kota Bharu

Nasi Tumpang Ayang Cafe

 Sampai je Kota Bharu, terus sambar nasi tumpang udang dari Ayang Cafe cafe sarapan pagi di kota Bharu. Makan tak banyak setakat 2 bungkus je. Next food hunt, kena cari nasi sup keting dan sup perut

Kalau boleh dapat sup perut muda lagi syiok.




MEP Bil 66 dari Kota Bharu

Menghadiri Mesyuarat Eksekutif Pusat bil 66 dari Kota Bharu secara atas talian. Alhamdulillah, Presiden memaklumkan Tun M dah boleh berjalan dan berada dalam keadaan yang memuaskan. Sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan Tun supaya Tun kembali pulih sepenuhnya untuk mengepalai Parti kita InnSya Allah.



Terserempak Kawan Lama Sayf

 Selamat pagi. Hari ni ambo kelik Kota Bharu jupo jentera Parti. Kat airport, terserempak dengan Sayf Ismail, kawan lama zaman Fasfik dulu di airport. Punya lama tak jumpa sampai rambut Saif dah sampai ke bahu. Glad to bumped into you bro. Nanti kita minum kopi.

Pagi ni drama sikit. Bangun awal pagi pergi ke KLIA2. Sampai je, tercari cari tak jumpa kaunter Malaysia Airlines. Tanya kat customer service, dia Kata MH di KLIA main airport. Terus call Aaraf suruh patah balik. Nasib baik dia bawa kereta slow. Sempat patah balik dan speeding ke KLIA. Sempat sampai airport on time… Pheww
Sekarang tunggu boarding. Have a good day.

Malaysia jatuh ke tangga 62 dari tangga 57 pada tahun 2020 Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah

 Tengah hari tadi jam 1230pm, saya mendapat jemputan menghadiri sidang media Transparency International Malaysia yang mengumumkan keputusan Indeks Persepsi Rasuah 2021 (Corruption Perception Index (CPI) 2021.

Tahniah Kerajaan Keluarga Malaysia kerana berjaya meletakkan Malaysia ditangga 62 (Dari 57).
Ps- Terima kasih Cik Nurrizati Mohamad Nor diatas jemputan.
***********************************************
SINAR HARIAN: Indeks Persepsi Rasuah 2021: Malaysia jatuh ke tangga 62
Oleh: Raiham Mohd Sanusi & Muhammad Amnan Hibrahim | 25 Januari 2022

Gerakan EKonomi Pejuang di Kubang Pasu, Kedah

Memberi taklimat kepada YB Dato Wira Amiruddin Hamzah dan pengunjung-pengunjung Karnival Pejuang di Kubang Pasu.

Gambar oleh Abang Zulkiflie Alfia, seorang Pengarah Kreatif yang amat berbakat dan berpengalaman. Kubang Pasu beruntung ada photographer dalaman macam Abg Zul.

50 pe­ratus individu dewasa Malaysia mempunyai masalah berat badan

Jom jogging setiap pagi khususnya wanita muda umur 30an - 40an. Jom jaga kesihatan

Lebih 50 pe­ratus atau kira-kira 11.5 juta individu dewasa negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan ketika ini, sekali gus berisiko menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kira-kira 60 peratus atau 6.9 juta individu dewasa itu melibatkan golongan wanita yang mengalami masalah obesiti terutama mereka berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.

Peluang Perniagaan dengan BlackBixon


Hari ini kami membuat lawatan ke syarikat BlackBixon Sdn Bhd yang terletak di Balakong. Kami di sambut oleh Pengarah Eksekutif syarikat Mr Lai Kian Huat dan Rizki Abd Halim.

Syarikat Blackbixon menawarkan peluang pekerjaan berkonsep baru dan peluang menarik menanti golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan dengan modal rendah.

SASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN

 KENYATAAN MEDIA

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA

PARTI PEJUANG TANAHAIR MENSASAR BANTUAN KEPADA 100,000 MASYARAKAT MENGANGGUR DAN KOMUNITI PERNIAGAAN

Kajang, 2 Januari 2022. Parti Pejuang Tanahair mensasar untuk membantu 100,000 penganggur dan usahawan melalui program gerakan ekonomi Pejuang yang dilancarkan pada 19 Disember 2021.

Gerakan ekonomi Pejuang merupakan satu program yang menggerakkan semua jentera-jentera parti untuk membantu masyarakat yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan dan membantu komuniti bisnes dan usahawan dengan mendigitasikan perniagaan atau kemahiran mereka serta menyediakan platfom pemasaran dan latihan. Sasaran utama kami adalah kepada golongan B40 terbawah.

Kami telah berjaya mendigitasikan lebih 2,000 kemahiran melalui program GIG, mendaftar 2,000 perniagaan dan memberi penempatan kerja kepada lebih 1,000 orang terutamanya di negeri Kelantan, Selangor dan Perak dan bercadang untuk menggerakkan jentera parti di seluruh Malaysia untuk membantu lebih ramai masyarakat.

© all rights reserved
made with by templateszoo