Responsive Ad Slot

Showing posts with label Pejuang Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Pejuang Kelantan. Show all posts

Bubur Lambuk Kota Bharu


Pasukan parlimen Pejuang Kota Bharu tidak ketinggalan untuk bersama gotong royong masak dan edar bubur lambuk di bulan yang mulia ini. Jentera mula berkumpul di rumah penyelaras Parlimen Kota Bharu Nor Ali Nordin Yaman atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Ali seawal 10 pagi.
Bahan-bahan mentah untuk memasak telah di beli terlebih awal. Ada banyak resipe untuk memasak bubur lambuk tapi resipe tersedap ialah resipe bubur lambuk Mami Zie. Memang resipe turun termurun. Walaupun harganya mungkin berbeza sedikit dari bubur lambuk lain, tetapi memang berbaloi.
Ramai yang turun membantu, hadir pada pagi ini Wan Azrita binti Wan Wan Mohamad aka Mami Zie selaku tuan rumah merangkap master chef. Zailina Abdul Hamid aka K.long Lyn Penyelaras PDM Khatib Ali, Kak Norjihan Sheikh Abdullah Penyelaras PDM Kg Sireh,

Siti Nur Syazwani binti Mohd Azman memotong rumput untuk menyara keluarga di Kota Bharu Kelantan

 

Baru-baru ini, Saudara Rosli Abdullah daripada Biro Ekonomi Pejuang Kota Bharu telah menziarahi Siti Nur Syazwani binti Mohd Azman, atau lebih mesra dipanggil Wani. Beliau merupakan seorang wanita berusia 22 tahun yang menyara keluarga dengan mengambil upah memotong rumput. Kisah Wani mula mendapat perhatian apabila disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 3 April 2022 (pautan di bahagian komen).

Wani ialah anak kedua daripada enam beradik. Beliau sendiri menghidap penyakit buah pinggang serta darah tinggi. Suaminya bekerja sebagai buruh binaan, manakala abangnya berhijrah ke Pulau Pinang dua bulan lalu untuk bekerja di sebuah kilang. Adiknya yang ketiga, seorang gadis berusia 20 tahun yang hanya sempat bersekolah hingga Tingkatan Dua, kini mengasuh anak jiran dengan upah RM200 sebulan. Adik-adik yang lain masing-masing berusia 16 tahun, 11 tahun, dan 7 tahun masih bersekolah.

Dengan hanya berbekalkan upah sekitar RM300 hingga RM350 sebulan daripada kerja memotong rumput, Wani memikul tanggungjawab besar menjaga adik-adiknya. Ayah mereka telah meninggal dunia akibat kanser, manakala ibu pula berpindah ke Johor selepas berkahwin lain.

Kehidupan keluarga ini amat daif serta serba kekurangan, termasuk dari segi keperluan asas dan barangan dapur. Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, saya merayu kepada sahabat handai, kenalan serta keluarga agar dapat bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga Wani serta menyediakan sedikit bekalan menjelang Aidilfitri.

Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki, memberkati kehidupan, dan melindungi tuan-tuan serta puan-puan di dunia dan akhirat.

Maklumat Sumbangan:
Bank Islam: 03-018-02-149291-6
Nama: Cik Siti Nur Syazwani binti Mohd Azman

Selain bantuan kewangan, kami juga sedang berusaha mendigitalkan kemahiran Wani dalam kerja-kerja memotong rumput supaya beliau dapat memperoleh lebih ramai pelanggan dan meningkatkan pendapatan. Bagi mereka yang ingin menggunakan khidmat Wani, bolehlah memuat turun aplikasi Hyred untuk menempah perkhidmatan memotong rumput (serta pelbagai servis lain) secara terus.

Terima kasih atas sokongan anda.

Jazakallahu khayran.








Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor

Komitmen kontinjen Pejuang Kelantan amat saya hargai. Saya benar-benar kagum dengan semangat kental pejuang-pejuang Kelantan yang sanggup memandu lebih 12 jam dalam konvoi beberapa buah kereta dari Kelantan ke Johor, semata-mata untuk memperkukuh jentera negeri Johor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri.

Bukan Kelantan sahaja, malah konvoi dari setiap negeri turut membanjiri Johor. Jentera dari Sabah pula tiba dengan tiga pesawat — bayangkanlah betapa jitu dan membaranya semangat perjuangan mereka semua.

Semalam, saya berkesempatan berbual panjang bersama pimpinan dan jentera dari Kelantan sehingga lewat jam 1 pagi. Seronok bertukar pandangan dan berkongsi ideologi bersama Kapten JP Marzudi SUN, Dato’ Sazmi Miah selaku Ketua Negeri Kelantan, serta ramai lagi pejuang akar umbi. Jika tidak disekat masa, pasti sampai ke pagi pun perbualan itu tidak akan habis!

Pertemuan seperti ini amat penting kerana ia menyatukan fikrah, mengukuhkan idealisme, dan memperteguhkan semangat perjuangan kita.

InnSya-Allah, kita akan terus berjuang sehingga ke saat terakhir, sehingga ke penghabisan, demi bangsa, agama, dan negara.

#PejuangBerprinsip
#PRNJohor
#PejuangJohor





Ziarah Pejuang Kota Bharu: Rumah Pok Soh

Kami terus menyantuni warga Kota Bharu dengan mengadakan lawatan rumah ke rumah. Salah satu rumah yang amat menarik ialah rumah Pok Soh.

Pok Soh ni kalau orang Kelantan kata memang ore berisi. Ada ilmu. Walaupun usianya sudah lebih 80 tahun, beliau masih kelihatan gagah. Selepas kami memperkenalkan diri dan Parti Pejuang, Pok Soh menawarkan satu ‘barang’ istimewa yang katanya wajib ada kalau nak masuk dunia politik. Katanya ada pantang larangnya… tapi itulah “rahsia” 🤫.

Terus terasa macam nak jadi Superman lepas ni 🤣. Yang lebih lucu, semua Pejuanita yang hadir pun nak jugak??!! Demoni teringin nak jadi Superwomen!

Lebih mengujakan, Pok Soh sempat mengubat kaki Ayah Ali yang sedang bertongkat. Alhamdulillah, selepas berubat, Ayah Ali boleh berjalan tanpa tongkat 😱. Memang rasa macam Superman sungguh lepas tu!

Selain itu, Pok Soh juga berkongsi pelbagai cerita!! Ada cerita sensasi, cerita panas, cerita hantu, malah cerita kubur 😳 ..Semua membabitkan kawasan sekeliling.

Yang paling penting, Pok Soh bersama kita. Beliau bukan sahaja menyatakan sokongan, tetapi turut menghadiahkan ‘barang’ tersebut kepada kita.

#GerakanEkonomi
#PejuangKotaBharu
#PejuangKelantan











Menziarahi Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.


Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 3): Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.
Selepas selesai berjumpa dan bertemu bual peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah, konvoi kami, Dato Sazmi Miah bersama pemimpin MPN, jawatankuasa dan jentera Pejuang Kota Bharu meneruskan perjalanan kami untuk melawat tapak rumah sederet terbakar yang terletak di Jalan Sultanah Zainab atau jalan yang lebih dikenali sebagai Jalan Gajah Mati.
Mangsa kebakaran ditempatkan sementara di Masjid Jamek Pakistan . Saya diiringi oleh Dato Sazmi Miah Ketua MPN Kelantan, Abdul Muthalib dari Biro Ekonomi Pusat, Norasikim Yusof Penyelaras Pejuanita Parlimen Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Alinordin Yaman Penyelaras Pejuang Kota Bharu serta jawatankuasa MPN dan jentera Pejuang sempat berbual mesra dengan beberapa keluarga. Salah seorang dari peniaga disitu berniaga barangan elektrik dan telah berada disitu agak lama. Beliau memaklumkan masalah utama kawasan itu merupakan dadah. Dadah dijual di kaki lima secara terbuka. Penagih dadah juga mengambil dadah secara terbuka.

Jelajah MEP ke Kota Bharu, Kelantan. Walkabout di Pasar Siti Khadijah bersama Jentera Pejuang Kelantan

Jelajah MEP ke Kota Bharu | Walkabout di Pasar Siti Khadijah 

Dengan konvoi 8 kenderaan dan 5 motorsikal, kami berangkat ke Pasar Siti Khadijah. Rata-rata terdapat banyak bangunan kosong terbengkalai. Banyak bangunan langsung tidak dihuni. Banyak pasar raya dan hotel terus tutup. Keadaan dan suasana Kota Bharu amat lengang dan kurang meriah kemungkinan kesan akibat Covid-19.

Tibanya kami di Pasar Siti Khadijah yang menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga rakyat tempatan, kami berjalan jalan dalam pasar sambil bertemu bual dan bertanyakan khabar peniaga-peniaga kecil dijalanan dan peniaga dalam pasar.

Saya juga berkesempatan berbicara berbual mesra bersama dua belas presiden dan wakil-wakil persatuan-persatuan peniaga di Pasar Khadijah. Banyak keluhan disampaikan oleh peniaga-peniaga melayu. Kelangsungan hidup mereka amat terjejas akibat pandemik.

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah

Dengan konvoi 8 kenderaan dan 5 motorsikal jentera Pejuang Kota Bharu, kami berangkat ke Pasar Siti Khadijah. Saya bersama Norasikim Yusof Penyelaras Parlimen Pejuanita Kota Bharu, Farid Fakhrullah bin Abdul Samad Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu dan Abdul Muthalib dari pasukan Biro Ekonomi Pusat Pejuang dalam satu kereta. Dato Sazmi Miah Ketua Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Tuan Nor Alinordin bin Yaman Penyelaras SPP Parlimen Kota Bharu di Kereta hadapan mengetuai rombongan konvoi.
Dalam perjalanan, rata-rata terdapat banyak bangunan kosong terbengkalai. Banyak bangunan langsung tidak dihuni. Banyak pasar raya dan hotel terus tutup. Keadaan dan suasana Kota Bharu amat lengang dan kurang meriah kemungkinan kesan akibat Covid-19.

Jelajah Pimpinan Pusat ke Kota Bharu Kelantan (Part 1) | Berkumpul di Ayang Cafe

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 1) | Berkumpul di Ayang Cafe

Pada hari Sabtu saya balik ke Kelantan untuk merapatkan silaturahim bersama jentera parlimen Kota Bharu serta mendapat maklumbalas masyarakat dalam mengharungi pandemik. Sesampai saya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, saya di sambut oleh Penyelaras Pejuanita Kota Bharu merangkap Pengerusi Biro Ekonomi Pejuang Kelantan Cik Norasikim Yusof dan Farid Fakrullah Bin Abdul Samad Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu. Bersama saya, Abdul Muthalib Zulkarnain, pasukan saya dari Biro Ekonomi Pusat Pejuang.
Kami kemudiannya tiba di Ayang Cafe dimana lebih 30 puluh jentera-jentera Pejuang kota Bharu telah berkumpul. Kami disambut oleh Dato Sazmi Miah selaku Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan dan jawatankuasa MPN. 7 orang dari pasukan saya di Biro ekonomi Pusat yang dipimpin oleh Tuan Mohd Norsharryadi Shaarai yang datang dengan kereta telah juga sampai lebih awal.
© all rights reserved
made with by templateszoo