Responsive Ad Slot

Showing posts with label AMANAH IKHTIAR MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label AMANAH IKHTIAR MALAYSIA. Show all posts

CAPAI PERSETUJUAN DENGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA (EDARAN SEGERA)

1. Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan media yang telah dibuat pada 11.10.2021 dan 8.11.2021 yang mana telah dibuat membabitkan Amanah Ikhtiar Malaysia (“AIM”) di atas kapasiti saya selaku Ketua Biro Ekonomi Pusat Parti PEJUANG.

2. Sepanjang perjalanan proses Mahkamah yang melibatkan perkara-perkara yang diadukan di dalam kenyataan-kenyataan media saya tersebut dan berdasarkan perkembangan terkini tindakan di Mahkamah tersebut, PEJUANG menerima penjelasan-penjelasan daripada pihak AIM dan dengan itu tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini dengan lebih lanjut.

3. Matlamat PEJUANG yang menjunjung nilai-nilai murni dengan berteraskan prinsip memerangi rasuah dan menolak kleptokrasi serta melaksanakan hak untuk bersuara bagi tujuan semak dan imbang ke atas pentadbiran dan pengurusan badan-badan Kerajaan, telahpun dilaksanakan selaras dengan sistem demokrasi negara ini.

4. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak AIM dan saya telah mencapai persetujuan dan persepakatan untuk menghentikan tindakan Mahkamah tersebut dan memfokuskan ke arah perkhidmatan kepada rakyat.

Sekian, salam hormat.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Mantan Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Mantan Ketua Biro Ekonomi Pusat
Parti Pejuang Tanahair
18.01.2023

PEJUANG MENGGESA KERAJAAN MEMPERUNTUKKAN GERAN KEPADA PENIAGA KECIL DIBAWAH AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

 KENYATAAN MEDIA

BIRO EKONOMI PUSAT PARTI PEJUANG TANAHAIR

PEJUANG MENGGESA KERAJAAN MEMPERUNTUKKAN GERAN KEPADA PENIAGA KECIL DIBAWAH AMANAH IKHTIAR MALAYSIA.

  1. Parti Pejuang menggesa kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah wang dari dana COVID-19 sebagai geran untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang meminjam dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kami juga menggesa kerajaan untuk memberi laporan terkini tunggakan-tunggakan pembayaran oleh peminjam pinjaman AIM.

  2. Lebih RM800 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada AIM semenjak ditubuhkan; untuk tujuan memberi pinjaman kredit-mikro kepada golongan miskin untuk mereka memulakan perniagaan kecil.

  3. Merujuk kepada kenyataan Pengerusi AIM, Datuk Shabudin Yahya pada 24 September 2021 di Berita Harian, kesan pandemik daripada sudut bayar balik pinjaman memang ketara. Kami amat prihatin dan risau terhadap masa depan 378,507 peminjam kredit mikro di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang tidak dapat beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD sepanjang pandemik.

© all rights reserved
made with by templateszoo