Responsive Ad Slot

Showing posts with label Saiful Rizan - Den Seh. Show all posts
Showing posts with label Saiful Rizan - Den Seh. Show all posts

Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor

Komitmen kontinjen Pejuang Kelantan amat saya hargai. Saya benar-benar kagum dengan semangat kental pejuang-pejuang Kelantan yang sanggup memandu lebih 12 jam dalam konvoi beberapa buah kereta dari Kelantan ke Johor, semata-mata untuk memperkukuh jentera negeri Johor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri.

Bukan Kelantan sahaja, malah konvoi dari setiap negeri turut membanjiri Johor. Jentera dari Sabah pula tiba dengan tiga pesawat — bayangkanlah betapa jitu dan membaranya semangat perjuangan mereka semua.

Semalam, saya berkesempatan berbual panjang bersama pimpinan dan jentera dari Kelantan sehingga lewat jam 1 pagi. Seronok bertukar pandangan dan berkongsi ideologi bersama Kapten JP Marzudi SUN, Dato’ Sazmi Miah selaku Ketua Negeri Kelantan, serta ramai lagi pejuang akar umbi. Jika tidak disekat masa, pasti sampai ke pagi pun perbualan itu tidak akan habis!

Pertemuan seperti ini amat penting kerana ia menyatukan fikrah, mengukuhkan idealisme, dan memperteguhkan semangat perjuangan kita.

InnSya-Allah, kita akan terus berjuang sehingga ke saat terakhir, sehingga ke penghabisan, demi bangsa, agama, dan negara.

#PejuangBerprinsip
#PRNJohor
#PejuangJohor





© all rights reserved
made with by templateszoo