Responsive Ad Slot

Showing posts with label Farid Fakhrullah bin Abdul Samad. Show all posts
Showing posts with label Farid Fakhrullah bin Abdul Samad. Show all posts

Menyantuni penduduk Kampung Dusun Muda


Selepas berjumpa dengan pasukan Pejuang di PDM Kampung Dusun Muda, kami menyantuni penduduk berdekatan. Kami berjalan dari rumah ke rumah untuk memperkenalkan Parti Pejuang dan menawarkan program ekonomi Pejuang untuk membantu penduduk yang memerlukan pekerjaan dan kemahiran.
Rombongan kami terdiri dari Ali Nordin (Ayah Ali) selaku penyelaras parlimen pejuang Koa Bharu, Faizul Hisham atau lebih dikenali sebagai Abe Joe merangkap Timbalan Penyelaras parlimen pejuang Kota Bharu, Muhammad Ahzan selaku Setiausaha Parlimen Pejuang Kota Bharu, Che Aminah Marican Penerangan Kota Bharu, Norasikim Yusuf Penyelaras Pejuanita Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Muhammad Khairul (nickname Kai) unit media, Rosli Abdullah Biro Ekonomi Kota Bharu, Emir Rostam Ketua Unit Sukarelawan Kota Bharu, Wan Azira Ketua Unit Pacaba, Muhammad Ansori Unit tugas tugas khas, Zuelina Hanim Ketua Data center dan beberapa jentera-jentera lain (minta maaf Kalau tertinggal nama).
Kami di terima baik oleh penduduk kampung Dusun Muda terutamanya apabila mereka faham niat kami untuk menghulurkan bantuan dengan menyediakan joran melalui penempatan kerja, dan latihan kemahiran tanpa memerlukan apa apa kos atau bayaran. Kami juga cuba untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan dan bantuan khidmat nasihat untuk peniaga.
Kami berhasrat untuk membantu penganggur di Kota Bharu melalui program Gerakan Ekonomi Pejuang InnSya Allah.
Armin Baniaz Pahamin
Pimpinan Majlis Eksekutif Pusat | Pengerusi Biro Ekonomi Malaysia Parti Pejuang Tanahair

#pejuangkelantan







 

Menziarahi Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 3): Mangsa Kebakaran di Jalan Gajah Mati.
Selepas selesai berjumpa dan bertemu bual peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah, konvoi kami, Dato Sazmi Miah bersama pemimpin MPN, jawatankuasa dan jentera Pejuang Kota Bharu meneruskan perjalanan kami untuk melawat tapak rumah sederet terbakar yang terletak di Jalan Sultanah Zainab atau jalan yang lebih dikenali sebagai Jalan Gajah Mati.
Mangsa kebakaran ditempatkan sementara di Masjid Jamek Pakistan . Saya diiringi oleh Dato Sazmi Miah Ketua MPN Kelantan, Abdul Muthalib dari Biro Ekonomi Pusat, Norasikim Yusof Penyelaras Pejuanita Parlimen Kota Bharu, Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu, Alinordin Yaman Penyelaras Pejuang Kota Bharu serta jawatankuasa MPN dan jentera Pejuang sempat berbual mesra dengan beberapa keluarga. Salah seorang dari peniaga disitu berniaga barangan elektrik dan telah berada disitu agak lama. Beliau memaklumkan masalah utama kawasan itu merupakan dadah. Dadah dijual di kaki lima secara terbuka. Penagih dadah juga mengambil dadah secara terbuka.

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah

 Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah

Dengan konvoi 8 kenderaan dan 5 motorsikal jentera Pejuang Kota Bharu, kami berangkat ke Pasar Siti Khadijah. Saya bersama Norasikim Yusof Penyelaras Parlimen Pejuanita Kota Bharu, Farid Fakhrullah bin Abdul Samad Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu dan Abdul Muthalib dari pasukan Biro Ekonomi Pusat Pejuang dalam satu kereta. Dato Sazmi Miah Ketua Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Tuan Nor Alinordin bin Yaman Penyelaras SPP Parlimen Kota Bharu di Kereta hadapan mengetuai rombongan konvoi.
Dalam perjalanan, rata-rata terdapat banyak bangunan kosong terbengkalai. Banyak bangunan langsung tidak dihuni. Banyak pasar raya dan hotel terus tutup. Keadaan dan suasana Kota Bharu amat lengang dan kurang meriah kemungkinan kesan akibat Covid-19.

Jelajah Pimpinan Pusat ke Kota Bharu Kelantan (Part 1) | Berkumpul di Ayang Cafe

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 1) | Berkumpul di Ayang Cafe

Pada hari Sabtu saya balik ke Kelantan untuk merapatkan silaturahim bersama jentera parlimen Kota Bharu serta mendapat maklumbalas masyarakat dalam mengharungi pandemik. Sesampai saya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, saya di sambut oleh Penyelaras Pejuanita Kota Bharu merangkap Pengerusi Biro Ekonomi Pejuang Kelantan Cik Norasikim Yusof dan Farid Fakrullah Bin Abdul Samad Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu. Bersama saya, Abdul Muthalib Zulkarnain, pasukan saya dari Biro Ekonomi Pusat Pejuang.
Kami kemudiannya tiba di Ayang Cafe dimana lebih 30 puluh jentera-jentera Pejuang kota Bharu telah berkumpul. Kami disambut oleh Dato Sazmi Miah selaku Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan dan jawatankuasa MPN. 7 orang dari pasukan saya di Biro ekonomi Pusat yang dipimpin oleh Tuan Mohd Norsharryadi Shaarai yang datang dengan kereta telah juga sampai lebih awal.
© all rights reserved
made with by templateszoo