Responsive Ad Slot

Slider

KERAJAAN MADANI GAGAL TINGKATKAN HASIL NEGARA DAN HALA TUJU EKONOMI.


KERAJAAN MADANI GAGAL DALAM MENINGKATKAN HASIL NEGARA DAN HALA TUJU EKONOMI.
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin - Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

Gerakan Ekonomi Malaysia menzahirkan kebimbangan serius terhadap prestasi kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam mengurus hasil negara dan hala tuju ekonomi Malaysia. Walaupun kerajaan ini tampil dengan janji reformasi fiskal, kebertanggungjawaban dan keadilan ekonomi, realitinya selepas dua tahun mentadbir, hasilnya mengecewakan dan tidak sepadan dengan harapan rakyat.

Malaysia memerlukan keberanian politik, bukan retorik populis. Kegagalan kerajaan Anwar untuk memperkukuh hasil negara dan memperjelas hala tuju ekonomi menunjukkan bahawa reformasi yang dijanjikan masih jauh daripada realiti.


Di sebalik janji perubahan, dasar fiskal dan ekonomi yang diamalkan masih bersifat konservatif, berhati-hati dan tidak membawa perubahan struktur yang mampu mengangkat kedudukan ekonomi negara secara mampan.


Secara khusus, pertumbuhan hasil negara kekal lembap dan tidak setara dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sebagai contoh, kerajaan memperkirakan hasilnya meningkat kepada kira-kira RM 322.1 bilion pada 2024, bersamaan dengan 16.5% daripada KDNK. Namun menurut laporan, nisbah cukai kepada KDNK (revenue-to-GDP ratio) kekal sekitar 12.4 % pada 2023. 


Nisbah hasil ini kekal rendah tanpa menunjukkan peningkatan struktur yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa walaupun jumlah mutlak meningkat, pertumbuhan hasil masih lebih perlahan berbanding kapasiti ekonomi negara. 


Tanpa pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap sistem percukaian, Malaysia akan terus bergantung kepada kitaran ekonomi yang tidak menentu dan sumber hasil yang tidak kekal.


Kerajaan juga gagal melaksanakan pembaharuan cukai yang menyeluruh. Langkah-langkah yang diumumkan setakat ini hanya tertumpu kepada pematuhan cukai sedia ada dan peluasan e-invoicing sedangkan reformasi sebenar seperti cukai kekayaan dan cukai karbon masih ditangguhkan atas alasan politik dan kebimbangan populariti.


Pendekatan ini menyebabkan peningkatan hasil negara kelihatan hanya pada permukaan, tanpa perubahan struktur jangka panjang yang benar-benar bermakna.


Dalam masa yang sama, kerajaan terus bergantung secara berlebihan kepada hasil tidak cukai seperti dividen, royalti dan sumbangan daripada syarikat berkaitan Kerajaan.


Kebergantungan ini amat berisiko kerana hasil sedemikian bergantung kepada harga komoditi global dan keuntungan korporat yang tidak menentu. Analisis menunjukkan bahawa pada 2022 kadar cukai negara hanya 12.2 % daripada KDNK, jauh di bawah purata Asia Pasifik iaitu 19.3%. Apabila harga minyak atau komoditi menurun, hasil kerajaan turut menjunam. 


Keadaan ini mendedahkan kelemahan asas fiskal Malaysia dan menunjukkan bahawa kerajaan masih gagal membina sumber hasil yang mapan, berdaya tahan dan berasaskan ekonomi sebenar.


Masalah ini diperburuk oleh struktur perbelanjaan kerajaan yang terus berat kepada perbelanjaan mengurus berbanding pembangunan. Sebahagian besar peruntukan masih disalurkan kepada kos operasi termasuk bayaran faedah hutang, manakala pelaburan produktif yang dapat merangsang pertumbuhan jangka panjang semakin mengecil. 


Dalam jangka panjang ia tidak menyumbang kepada produktiviti atau pertumbuhan ekonomi sebenar. Tanpa disiplin fiskal dan kecekapan pengurusan sumber, Malaysia berisiko terperangkap dalam kitaran defisit, hutang yang meningkat dan kehilangan daya saing serantau.


Lebih membimbangkan, hala tuju ekonomi kerajaan masih kabur dan gagal meyakinkan pelabur. Adakah negara sedang di pacu sebagai negara pengeluar berorientasikan industri berat dan kejuruteraan, atau lebih kepada sektor perkhidmatan? Apakah status sebenar industri automotif sebagai tulang belakang pertumbuhan ekonomi serta industri mana yang bakal memacu pembangunan negara? Slogan-slogan seperti “Ekonomi Madani” atau “Malaysia Madani” belum diterjemahkan ke dalam strategi ekonomi yang jelas dan terukur. 


Pelabur dalam serta luar negara terus melihat ketidaktentuan dasar, daripada isu pelaksanaan subsidi bersasar hinggalah kepada dasar pelaburan asing yang tidak konsisten. 


Pertumbuhan sektor strategik seperti teknologi, tenaga hijau dan ekonomi digital masih perlahan, sementara peluang pekerjaan bernilai tinggi tidak meningkat secara signifikan. Ketiadaan naratif ekonomi yang konsisten telah menjejaskan keyakinan pasaran, menyumbang kepada kelemahan berterusan nilai ringgit dan pengaliran keluar modal pelaburan.


Kelemahan dalam pengurusan hasil dan ekonomi turut memberi kesan langsung kepada legitimasi demokratik kerajaan ini. Misalnya, bajet 2025 mengunjurkan hasil RM 339.7 bilion, naik 5.5 % berbanding anggaran semula 2024 RM 322 bilion tetapi angka ini masih mencerminkan tahap asas hasil yang relatif rendah.


Kelemahan fiskal seperti ini bukan sahaja menjejaskan keupayaan kerajaan untuk menunaikan janji pembangunan sosial, tetapi juga mengganggu kredibiliti pentadbiran yang kononnya berjiwa reformis. sebuah kerajaan yang tidak mampu menjana hasil secara mampan tidak akan mampu membiayai pembaharuan yang dijanjikan, baik dari segi ekonomi mahupun demokrasi. 


Negara ini memerlukan dasar yang berpaksikan kekuatan ekonomi sebenar, bukan bergantung kepada retorik dan populisme fiskal. Tanpa anjakan paradigma dalam dasar hasil dan arah tuju ekonomi, Malaysia akan terus bergerak tanpa haluan yang jelas. Malaysia semakin jauh daripada cita-cita menjadi negara maju yang makmur, adil dan berdaya tahan.


 

ENGLISH


MADANI GOVERNMENT FAILS TO STRENGTHEN NATIONAL REVENUE AND ECONOMIC DIRECTION

By: Dr Armin Baniaz Pahamin - President Gerakan Ekonomi Malaysia


Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) expresses grave concern over the performance of the government led by Dato’ Seri Anwar Ibrahim, which continues to struggle in managing Malaysia’s national revenue and defining a clear economic direction. Despite its promises of fiscal reform, accountability, and economic justice, nearly two years into its administration, the results remain disappointing and far below public expectations.


Malaysia needs political courage, not populist rhetoric. The failure of the Anwar administration to strengthen the country’s revenue base and articulate a coherent economic roadmap proves that the much-touted “reform agenda” remains distant from reality. Behind the slogans and promises, fiscal and economic policies remain conservative, cautious, and devoid of the structural transformation needed to place Malaysia on a path toward sustainable growth.


Specifically, revenue growth remains sluggish and inconsistent with the rate of Gross Domestic Product (GDP) expansion. For example, government revenue for 2024 is projected at approximately RM322.1 billion, equivalent to 16.5% of GDP. Yet, the tax-to-GDP ratio stands at only 12.4% in 2023, showing no structural improvement. In other words, even as absolute revenue rises, the growth in government income continues to lag behind the economy’s overall capacity. Without a comprehensive reform of the taxation system, Malaysia will remain dependent on a narrow and fragile revenue base tied to cyclical and non-sustainable sources.


The government has also failed to introduce meaningful tax reforms. Measures announced thus far focus merely on improving compliance and expanding e-invoicing, while genuine reforms such as windfall taxes or carbon taxes have been repeatedly postponed due to political caution and popularity concerns. This timid approach creates the illusion of fiscal progress but lacks the structural change necessary for long-term resilience.


At the same time, the government’s overreliance on non-tax revenue including dividends, royalties, and contributions from government-linked companies (GLCs), exposes the nation to external volatility. Malaysia’s tax-to-GDP ratio of 12.2% in 2022 was far below the Asia-Pacific average of 19.3% (OECD). As global oil and commodity prices fluctuate, government revenue falls sharply, revealing the fragility of the nation’s fiscal foundation and the administration’s failure to build a stable and sustainable revenue ecosystem.


This situation is further compounded by a fiscal structure heavily skewed toward operating expenditure. In the 2024 budget, operating expenses reached RM303 billion, compared with only RM90 billion in development expenditure. The majority of allocations continue to be spent on administrative costs such as salaries, pensions, and debt servicing, while productive investments that drive long-term growth have been reduced. In the long run, this imbalance undermines productivity and economic competitiveness. Without fiscal discipline and efficient resource management, Malaysia risks being trapped in a cycle of widening deficits, rising debt, and declining regional competitiveness.


More worrying, however, is the lack of clarity in the government’s economic direction. Investors are asking fundamental questions: Is Malaysia being positioned as a manufacturing-driven industrial nation requiring expertise in engineering and production, or is it transitioning toward a service-based economy? Does the automotive industry still serve as the backbone of economic growth, or will new sectors take the lead in driving national development? To date, slogans such as “Ekonomi Madani” and “Malaysia Madani” remain unsubstantiated by a coherent and measurable economic strategy.


Both domestic and foreign investors continue to perceive uncertainty in government policies, from the inconsistent rollout of targeted subsidies to unpredictable foreign investment regulations. Strategic sectors such as technology, green energy, and the digital economy continue to grow slowly, while high-value employment opportunities have not expanded meaningfully. The absence of a consistent economic narrative has eroded market confidence, contributed to the persistent weakness of the ringgit, and accelerated capital outflows.


This weakness in fiscal and economic governance also strikes at the heart of democratic legitimacy. For instance, Budget 2025 projects total revenue of RM339.7 billion, a 5.5% increase over the revised 2024 estimate of RM322 billion—yet this still reflects a relatively shallow revenue base. Such fiscal limitations not only undermine the government’s ability to deliver on its promises of social development but also cast doubt on its credibility as a reformist administration. A government that cannot sustainably generate revenue cannot credibly finance the reforms it pledges whether economic or democratic.


Malaysia needs policies anchored in real economic strength, not rhetorical populism. Without a paradigm shift in fiscal strategy and a clear sense of economic direction, the nation will continue to drift aimlessly further away from its aspirations of becoming a prosperous, just, and resilient developed nation.

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo