ITU BUKAN 'MALAYSIAN DREAM'. ITU DAP DREAM.
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
(English version at the bottom)
1. Rakyat semakin sedar dan menolak cubaan untuk membungkus cita-cita politik DAP seolah-olah ia mewakili impian bersama seluruh rakyat Malaysia.
2. Sebuah impian nasional tidak boleh dibina atas slogan. Ia hanya layak dipanggil Malaysia Dream apabila ia berakar pada realiti sejarah, Perlembagaan Persekutuan, kontrak sosial, dan keadilan yang benar-benar dirasai oleh majoriti rakyat.
3. Realitinya, hari ini jurang ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera masih belum diselesaikan secara struktural.
4. Data rasmi terus menunjukkan jurang pendapatan antara isi rumah Bumiputera dan Cina masih ketara walaupun terdapat sedikit penambahbaikan dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
5. Selagi jurang asas ini belum diseimbangkan, janganlah ada pihak yang cuba menjual naratif seolah-olah kita sudah sampai ke destinasi perpaduan yang ideal.
6. Malaysia Dream yang sebenar bukan sekadar slogan “equality for all” yang sedap didengar di pentas politik.
7. Malaysia Dream yang sebenar ialah apabila anak pribumi tanah ini tidak lagi hidup dalam tekanan kos sara hidup, tidak lagi tertinggal dalam pemilikan kekayaan, tidak lagi menjadi majoriti yang lemah di tanah air sendiri, dan tidak lagi berada dalam kedudukan yang rapuh dalam struktur ekonomi negara.
8. Kalau benar mahu bercakap tentang impian Malaysia, maka mulakan dengan soalan paling asas: adakah majoriti rakyat yang menjadi tunjang negara ini benar-benar merasai keadilan ekonomi, keselamatan budaya, dan keyakinan masa depan?
9. Jika jawapannya belum, maka ini bukan Malaysia Dream. Ini hanyalah mimpi DAP - DAP Dream yang cuba dipasarkan sebagai impian nasional.
10. Saya juga ingin tegaskan: perpaduan nasional tidak akan lahir hanya melalui slogan. Perpaduan memerlukan satu kerangka kenegaraan yang dikongsi bersama.
11. Sebab itu perbahasan tentang sistem pendidikan kebangsaan tidak boleh dianggap isu remeh.
12. Sebuah negara yang benar-benar mahu membina identiti bersama perlu berani memperkukuh sekolah kebangsaan sebagai ruang penyatuan nasional yang utama, dengan standard kualiti yang tinggi, disiplin yang kuat, dan keyakinan semua kaum terhadap sistem yang sama.
13. Dalam masa yang sama, realiti semasa menunjukkan ramai rakyat masih mempertahankan sekolah vernakular, jadi kegagalan sebenar negara ialah kerana kita belum menjadikan sekolah kebangsaan cukup unggul untuk diterima sebagai pilihan utama semua.
14. Maka isu pokoknya bukan sekadar bahasa atau aliran. Isunya ialah sama ada negara ini serius mahu membina satu identiti kebangsaan yang kukuh, atau terus membiarkan politik pelbagai aliran diperalatkan menjadi modal kuasa.
15. Saya tidak menolak perpaduan. Saya menolak hipokrasi politik yang bercakap tentang perpaduan, tetapi enggan mengakui bahawa perpaduan sejati menuntut pembetulan jurang ekonomi, pengukuhan institusi kebangsaan, dan penghormatan kepada kedudukan istimewa Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan.
16. Sebuah negara tidak akan benar-benar maju jika sebagian besar pribuminya masih tertinggal.
Sebuah negara juga tidak akan benar-benar bersatu jika asas kenegaraannya sentiasa ditafsir semula mengikut selera politik semasa.
Sebuah negara juga tidak akan benar-benar bersatu jika asas kenegaraannya sentiasa ditafsir semula mengikut selera politik semasa.
17. Tanpa pembetulan asas ini, perpaduan hanya akan kekal sebagai aspirasi dan bukan realiti yang dirasai oleh rakyat.
18. Jadi, mari kita bercakap benar.
19. Malaysia Dream yang sebenar bukanlah mimpi partisan.
20. Ia mesti bermula dengan keadilan kepada Bumiputera, pengurangan jurang kekayaan antara kaum, pemerkasaan institusi nasional, dan pembinaan identiti kebangsaan yang tidak tunduk kepada tekanan politik mana-mana parti.
21. Selain daripada itu, ia bukan Malaysia Dream.
22. Ia hanyalah DAP Dream - Mimpi DAP!
~ Dr Armin Baniaz Pahamin
ENGLISH
This Is Not the “Malaysian Dream”. It Is a DAP Dream.
By Dr Armin Baniaz Pahamin
1. More Malaysians are becoming increasingly aware and are rejecting attempts to package a party’s political aspirations as though they represent the shared dream of the entire nation.
2. A national vision cannot be built on slogans. It can only be called a Malaysian Dream when it is grounded in historical realities, the Federal Constitution, the social contract, and a sense of justice that is genuinely experienced by the majority of citizens.
3. The reality today is that the economic disparity between Bumiputera and non-Bumiputera communities remains structurally unresolved.
4. Official data continues to show that the income gap between Bumiputera and Chinese households remains significant, despite modest improvements in recent years.
5. As long as these fundamental imbalances persist, any narrative suggesting that Malaysia has already achieved an ideal state of unity is, at best, premature—and at worst, misleading.
6. The true Malaysian Dream cannot be reduced to the rhetoric of “equality for all” as articulated on political platforms.
7. It must begin with substantive justice where the indigenous population is no longer disproportionately burdened by the cost of living, no longer left behind in wealth ownership, and no longer placed in a structurally disadvantaged position within the national economy.
8. If we are serious about defining a Malaysian Dream, we must begin with a fundamental question:
Do the majority of citizens, who are the foundational pillar of this nation, truly experience economic justice, cultural security, and confidence in the future?
9. If the answer is no, then what is being promoted today cannot be called a Malaysian Dream. It is, instead, a political construct - a DAP Dream - marketed as a national aspiration.
10. Let us also be clear: national unity cannot be achieved through slogans alone. It requires a shared nation-building framework that is both credible and collectively embraced.
11. This is why the debate surrounding the national education system must not be trivialized.
12. A nation that is serious about building a shared identity must be willing to strengthen national schools as the primary platform for unity through high standards, strong discipline, and the confidence of all communities in a common system.
13. At the same time, the persistence of vernacular schools reflects a deeper structural issue, not merely one of language or culture, but a failure to elevate the national education system to a level where it is widely trusted as the first choice.
14. The core issue, therefore, is not about language streams. It is about whether Malaysia is genuinely committed to building a cohesive national identity or whether it will continue to allow fragmented structures to evolve along political lines.
15. I do not reject unity. I reject political hypocrisy in which unity is preached while the underlying structural imbalances that prevent it are ignored.
16. No nation can truly progress if a significant portion of its indigenous population remains economically behind.
17. Nor can a nation truly unite if its foundational principles are continually reinterpreted to suit shifting political agendas.
18. Without addressing these structural imbalances, unity will remain an aspiration—not a lived reality.
19. So let us speak honestly.
20. The true Malaysian Dream is not a partisan construct.
21. It must begin with restoring economic balance, strengthening national institutions, and building a shared national identity that is not subject to political expediency.
22. Anything less than that is not a Malaysian Dream.
23. It is simply a DAP Dream.
~ Dr Armin Baniaz Pahamin

No comments
Post a Comment
Stay Tuned~