Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
(English version is at the bottom)
"Lonjakan harga diesel bukan sekadar isu fiskal atau subsidi, tetapi ia adalah krisis pengurusan isi rumah yang ditanggung secara senyap oleh kaum ibu, tanpa respons dasar yang sewajarnya."
1. Lonjakan mendadak harga diesel di Semenanjung Malaysia sehingga mencecah lebih 70 peratus dalam tempoh yang singkat telah membebani rakyat dengan kos sara hidup yang melampau.
2. Namun, dalam kegawatan ini, satu kumpulan yang paling terdedah masih belum menerima pembelaan yang sewajarnya. Mereka adalah kaum ibu.
3. Apabila diesel naik, yang paling awal terkesan bukan sektor pengangkutan — tetapi ibu yang mengurus kelangsungan hidup sebuah keluarga.
4. Wacana awam mengenai kenaikan diesel sering memfokuskan kepada petani, nelayan dan pengusaha lori. Namun, beban yang ditanggung oleh kaum ibu bersifat berlapis dan lebih sukar dilihat dalam statistik.
5. Kaum ibu adalah pengurus utama perbelanjaan harian isi rumah. Apabila kos pengangkutan meningkat akibat lonjakan diesel, harga beras, ayam, ikan, sayur-sayuran dan minyak masak turut melonjak.
6. Ibu terpaksa membuat pilihan yang menyakitkan seperti mengurangkan kualiti makanan keluarga atau memotong perbelanjaan pendidikan anak-anak.
7. Ibu tunggal adalah golongan yang paling terkesan kerana terpaksa menanggung beban yang berganda dengan satu pendapatan.
8. Dengan lebih 300,000 ibu tunggal di Malaysia dan purata pendapatan sekitar RM1,200 hingga RM1,500 sebulan, kebanyakan mereka tidak mempunyai penampan kewangan untuk menyerap kenaikan kos sara hidup yang mendadak ini.
9. Bantuan seperti STR dan SARA pula mudah terhakis dalam tempoh yang singkat apabila harga barangan asas meningkat.
10. Kesan kenaikan diesel turut dirasai dalam aspek mobiliti dan pengangkutan anak-anak. Pengusaha van sekolah yang bergantung kepada diesel secara langsung terpaksa menaikkan caj perkhidmatan apabila harga bahan api meningkat.
11. Kenaikan ini akhirnya jatuh ke atas bahu ibu yang perlu menanggung kos pengangkutan harian anak-anak.
12. Di kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang kekurangan pengangkutan awam, ibu tidak mempunyai pilihan selain menerima kenaikan tersebut.
13. Selain itu, golongan ibu yang terlibat dalam perniagaan kecil turut terkesan secara langsung. Ramai wanita menjalankan perniagaan seperti katering, gerai makanan dan penjajaan.
14. Apabila harga diesel meningkat, kos bahan mentah dan kos penghantaran turut melonjak. Mereka terpaksa membuat keputusan sukar antara menaikkan harga dan berisiko kehilangan pelanggan, atau menyerap kerugian sendiri.
15. Dalam keadaan margin keuntungan yang sedia nipis, tekanan ini boleh menjejaskan kelangsungan perniagaan mereka.
16. Kajian oleh UNICEF dan UNFPA menunjukkan bahawa majoriti isi rumah terkesan oleh kenaikan kos sara hidup, dengan ramai terpaksa bekerja lebih masa dan mengurangkan perbelanjaan.
17. Dalam isi rumah berpendapatan rendah, tanggungjawab mengurus kewangan ini lebih berat ditanggung oleh ibu, sekali gus meningkatkan tekanan emosi dan kebimbangan yang berpanjangan.
18. Lebih membimbangkan, semakan menyeluruh terhadap dokumen rasmi, siaran akhbar, ucapan bajet dan program KPWKM dari Jun 2024 hingga April 2026 menunjukkan bahawa tiada kenyataan, program atau dasar yang secara langsung menangani kesan kenaikan harga diesel terhadap kaum ibu.
19. Ketiadaan respons ini menimbulkan persoalan serius mengenai keutamaan dasar dan sensitiviti gender dalam perancangan kerajaan.
20. Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, tidak boleh terus berdiam diri dan perlu memberikan penjelasan dan penilaian kementerian terhadap kesan kenaikan diesel ke atas kaum ibu, khususnya dalam kalangan ibu tunggal dan ibu peniaga kecil.
21. Rakyat juga ingin mengetahui mengapa kementerian tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan khusus sejak isu ini mula timbul pada Jun 2024, serta sama ada KPWKM terlibat dalam perbincangan dasar bahan api di peringkat Kabinet.
22. Lebih penting, apakah langkah segera yang akan diambil untuk meringankan beban kaum ibu dalam menghadapi tekanan kos sara hidup ini.
23. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu segera mengiktiraf bahawa kenaikan diesel bukan sekadar isu ekonomi, tetapi juga isu keadilan sosial.
24. KPWKM perlu tampil mengakui kesan ini secara terbuka dan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan dimensi gender dimasukkan dalam sebarang bentuk bantuan.
25. Selain itu, keperluan untuk data yang lebih tepat juga amat kritikal, dan peranan Jabatan Perangkaan Malaysia serta Jabatan Pembangunan Wanita perlu diperkukuh untuk menjalankan kajian impak gender yang komprehensif.
26. Program sedia ada juga perlu disesuaikan dengan realiti semasa. Inisiatif seperti Kasihnita tidak boleh kekal dalam kerangka pembangunan kapasiti semata-mata, tetapi perlu diperluas kepada pengurusan kewangan dalam situasi krisis.
27. Pada masa yang sama, satu mekanisme respons segera perlu diwujudkan di bawah KPWKM bagi melindungi kaum ibu apabila berlaku kejutan harga yang mendadak, setaraf dengan mekanisme yang sedia ada untuk sektor lain.
28. Hakikatnya, kaum ibu ialah tulang belakang isi rumah Malaysia. Mereka mengurus kewangan keluarga, membesarkan anak-anak dan dalam banyak keadaan menjadi penyara utama. Apabila kos bahan api meningkat secara mendadak, mereka adalah yang paling awal merasai kesannya di dapur, di pasar dan dalam pengurusan harian keluarga.
29. Sebuah kementerian yang membawa mandat pembangunan wanita tidak seharusnya berdiam diri ketika kaum ibu menanggung beban tersembunyi akibat krisis ini. Dalam krisis seperti ini, diam bukan lagi neutral, tetapi kegagalan untuk melindungi mereka yang paling terkesan.
30. Rakyat mendesak KPWKM untuk segera bangkit dan memainkan peranannya sebagai pelindung dan pembela utama kepentingan kaum ibu Malaysia.
Salam Hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin
Presiden - Gerakan EKonomi Malaysia
ENGLISH
Rising Diesel Prices and the Hidden Burden on Mothers: Without Protection
By Dr Armin Baniaz Pahamin
“The surge in diesel prices is not merely a fiscal or subsidy issue — it is a household management crisis quietly borne by mothers, without adequate policy response.”
1. The sharp increase in diesel prices in Peninsular Malaysia, rising by more than 70 per cent within a short period, has placed immense pressure on the cost of living.
2. Yet, amid this crisis, one of the most vulnerable groups remains largely unprotected. They are mothers.
3. When diesel prices rise, the earliest and most immediate impact is not on the logistics sector, but on mothers who manage the daily survival of their families.
4. Public discourse on diesel price increases often focuses on farmers, fishermen, and logistics operators. However, the burden borne by mothers is layered, indirect, and far less visible in official statistics.
5. Mothers are the primary managers of household expenditure. As transport costs rise, the prices of essential goods such as rice, poultry, fish, vegetables, and cooking oil, inevitably increase.
6. This forces mothers into difficult and often painful decisions, such as compromising on the quality of family nutrition or reducing expenditure on their children’s education.
7. Single mothers are among the most severely affected, bearing a double burden on a single income.
With over 300,000 single mothers in Malaysia earning an average monthly income of RM1,200 to RM1,500, most lack the financial buffer to absorb sudden increases in the cost of living.
8. Financial assistance such as Sumbangan Tunai Rahmah (STR) and Sumbangan Asas Rahmah (SARA) is quickly eroded when the prices of essential goods rise.
9. The impact of rising diesel prices is also felt in mobility and transportation. School van operators, who depend directly on diesel, are compelled to increase their fees.
10. These increases are ultimately borne by mothers, who are responsible for ensuring their children’s daily commute to school.
11. In rural and peri-urban areas with limited public transport, mothers have little choice but to absorb these additional costs.
12. Women involved in small businesses are also directly affected. Many operate catering services, food stalls, and small-scale trading businesses.
13. As diesel prices rise, so do the costs of raw materials and delivery. These women are forced into difficult trade-offs — either increase prices and risk losing customers, or absorb the losses themselves.
14. With already thin profit margins, such pressures threaten the sustainability of their businesses.
15. Studies by UNICEF and UNFPA indicate that the majority of households are affected by rising living costs, with many resorting to longer working hours and reduced household spending.
16. In lower-income households, the responsibility of managing these financial pressures falls disproportionately on mothers, resulting in sustained emotional stress and anxiety.
17. More concerning is the absence of a clear policy response to this dimension.
18. A comprehensive review of official documents, press statements, budget speeches, and programmes by the Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM) from June 2024 to April 2026 reveals no targeted initiative addressing the impact of rising diesel prices on mothers.
19. This absence raises serious questions about policy priorities and the extent to which gender sensitivity is incorporated into national economic planning.
20. In this context, the Minister of Women, Family and Community Development, Nancy Shukri, cannot remain silent and must provide a clear assessment of the impact of rising diesel prices on mothers, particularly among single mothers and women small-business owners.
21. The public also deserves to know why no specific statement or action has been taken since the issue emerged in June 2024, and whether KPWKM has been involved in fuel policy discussions at the Cabinet level.
22. More importantly, what immediate measures will be taken to alleviate the burden faced by mothers in navigating rising living costs?
23. At the same time, the government must recognise that rising diesel prices are not merely an economic issue, but a matter of social justice.
24. KPWKM must take the lead in acknowledging this impact and work closely with the Ministry of Finance to ensure that gender considerations are embedded in any form of assistance.
25. Furthermore, the need for accurate and comprehensive data is critical. The role of the Department of Statistics Malaysia and the Department of Women Development must be strengthened to conduct robust gender impact assessments.
26. Existing programs must also be adapted to current realities. Initiatives such as Kasihnita should be expanded beyond capacity building to include financial resilience and crisis management.
27. In parallel, an emergency response mechanism should be established under KPWKM to protect mothers during periods of sharp price shocks, comparable to mechanisms available in other sectors.
28. The reality is that mothers are the backbone of Malaysian households. They manage family finances, raise children, and in many cases serve as the primary breadwinners. When fuel prices surge, they are the first to feel the impact; in the kitchen, at the market, and in the daily management of family life.
29. A ministry mandated to advance women’s development cannot remain passive while mothers bear the hidden burden of this crisis. In times like this, silence is not neutral — it is a failure to protect those most affected.
30. The public calls on KPWKM to rise to its responsibility and act decisively as the primary defender of the interests of mothers in Malaysia.
Kind regards
Dr Armin Baniaz Pahamin
President – Gerakan Ekonomi Malaysia

No comments
Post a Comment
Stay Tuned~