Responsive Ad Slot

Slider

RATIFIKASI CPTPP HANYA JADI LIABILITI KEPADA NEGARA - ARMIN PEJUANG

RATIFIKASI CPTPP HANYA JADI LIABILITI KEPADA NEGARA - PEJUANG | Oleh Wartawan MalaysiaGazette - 29 October 2021
“Ratifikasi CPTPP hanya jadi liabiliti kepada negara - Pejuang”
KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menolak sekeras-kerasnya ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Kerjasana Trans Pasifik (CPTPP)) setelah mendapati terma dan syarat perjanjian ini bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan hala tuju negara.
CPTPP juga akan menjadi satu liabiliti kepada negara pada masa hadapan dengan membolehkan syarikat swasta negara asing untuk menyaman kerajaan Malaysia berbilion ringgit di atas pelbagai sebab walaupun ianya bertentangan dengan dasar-dasar, akta-akta dan perlembagaan negara.
Pengerusi Biro Ekonomi Pusat Pejuang, Armin Baniaz Pahamin berkata, penolakan itu berdasarkan 3 faktor utama dengan faktor pertama merupakan dasar senarai negatif perjanjian CPTPP yang meliberalisasikan semua sektor termasuk pengliberalisasian perolehan kerajaan dan hanya tidak meliberalisasikan sektor yang dimasukkan secara rasmi dengan bertulis dalam senarai negatif mengikut perjanjian.
”Adalah mustahil untuk sesebuah kerajaan menyenarai dengan penuh dan lengkap semua sektorsektor yang perlu di kecualikan dan tanpa senarai yang lengkap, ianya boleh meninggalkan impak kerugian yang besar kepada industri khususnya industri mikro, kecil dan sederhana.
”Faktor kedua dari segi pasaran tambahan yang disediakan oleh negara-negara CPTPP. Faedah dari 3 negara sebagai pasaran tambahan tidak memadai dengan kos yang teramat besar bagi negara. Apabila kita meratifikasikan perjanjian CPTPP, kita mempunyai akses eksport tambahan hanya kepada Canada, Mexico dan Peru,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut beliau, Malaysia telah mempunyai hubungan perdagangan bebas dengan negara-negara CPTPP lain.
Malah hubungan perdagangan bebas itu masih belum dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh usahawan-usahawan Malaysia dan hanya beberapa syarikat besar sahaja yang akan mendapat manfaat dari tiga pasaran tambahan ini.
Armin menambah, faktor ketiga ialah dari segi ‘kos’ meratifikasikan perjanjian CPTPP tidak terhad dan termasuk kerugian yang bakal dialami oleh syarikat-syarikat tempatan yang sekarang ini menikmati hampir 100% perolehan dari kerajaan persekutuan dan syarikat-syarikat milik kerajaan tetapi dengan meratifikasi perjanjian CPTPP ianya dihadkan hanya kepada 40% untuk diagih kepada syarikat bumiputera, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat berlokasi di Sabah & Sarawak.
”Menghadkan 40% ini juga termasuk perolehan oleh Petronas yang sebelum ini mengamalkan 70% perolehan kepada syarikat bumiputera dan tiada sekatan untuk mengamalkan 100% perolehan untuk syarikat tempatan.
”Kos yang perlu diambil kira juga termasuk risiko kerajaan disaman berbilion ringgit seperti tertakluk dalam peraturan ISDS.
”Kerajaan boleh disaman tanpa had di bawah peraturan ISDS. Kenapakah kita ingin membenarkan kerajaan kita disaman oleh syarikat asing dan diikat pergerakan kita tanpa mampu bergerak dan mampu memperkenalkan atau mengubah dasar negara demi kepentingan rakyat,” soal beliau.
Sebagai contoh. Pakistan terpaksa berhutang untuk membayar saman sebanyak AS$5.9 bilion (2019) kepada sebuah syarikat perlombongan Australia setelah disaman kerana melanggar pertauran ISDN.
Mesir telah disaman kerana melaksanakan peraturan gaji minima pada tahun 2012. Afrika Selatan pula terpaksa menarik- balik sesetengah tindakannya dibawah dasar penyusunan semula stuktur ekonomi Black Economic Empowerment setelah disaman.
”Kami menyeru semua dewan-dewan perniagaan dan parti-parti politik untuk sama-sama menggesa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri supaya tidak meratifikasikan perjanjjian CPTPP kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada seluruh industri mikro, kecil, sederhana dan akan menjadi liabiliti kepada negara.

”Hanya beberapa syarikat gergasi sahaja yang akan mendapat manfaat,” jelasnya. – MalaysiaGazette




 

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo