Responsive Ad Slot

Slider

Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah

 Jelajah MEP ke Kota Bharu (part 2) | Walkabout di Pasar Besar Siti Khadijah

Dengan konvoi 8 kenderaan dan 5 motorsikal jentera Pejuang Kota Bharu, kami berangkat ke Pasar Siti Khadijah. Saya bersama Norasikim Yusof Penyelaras Parlimen Pejuanita Kota Bharu, Farid Fakhrullah bin Abdul Samad Penyelaras Pejuang Muda Kota Bharu dan Abdul Muthalib dari pasukan Biro Ekonomi Pusat Pejuang dalam satu kereta. Dato Sazmi Miah Ketua Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Tuan Nor Alinordin bin Yaman Penyelaras SPP Parlimen Kota Bharu di Kereta hadapan mengetuai rombongan konvoi.
Dalam perjalanan, rata-rata terdapat banyak bangunan kosong terbengkalai. Banyak bangunan langsung tidak dihuni. Banyak pasar raya dan hotel terus tutup. Keadaan dan suasana Kota Bharu amat lengang dan kurang meriah kemungkinan kesan akibat Covid-19.
Tibanya kami di Pasar Siti Khadijah yang menjadi tumpuan ramai pelancong dan juga rakyat tempatan, kami berjalan jalan dalam pasar sambil bertemu bual dan bertanyakan khabar peniaga-peniaga kecil dijalanan dan peniaga dalam pasar.
Saya juga berkesempatan berbicara berbual mesra bersama beberapa pemimpin dan wakil-wakil persatuan-persatuan peniaga di Pasar Khadijah. Banyak keluhan disampaikan oleh peniaga-peniaga melayu. Kelangsungan hidup mereka amat terjejas akibat pandemik.
Tetapi mereka semua takut untuk bersuara. Kata mereka sebulat suara, mereka amat takut dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu kerana setiap keluhan kepada MPKB akan disusuli dengan tindakan yang lebih keras terhadap peniaga. Peniaga-peniaga dilayan seolah-olah seperti pendatang. Pandemik merosakkan aliran tunai peniaga tetapi bantuan yang disediakan langsung tidak memadai.
Seorang peniaga berkongsi bagaimana mereka yang menyewa tapak promosi kecil di Pasar Siti Khadijah, terpaksa membayar sewa, fi, lesen dan yuran yang amat membebankan dan berganda lebih mahal berbandingkan sewa kedai tetap (shoplot) dalam pasar, yang jauh bersaiz lebih besar. Tidak masuk akal bagaimana sewa untuk tapak kecil boleh dikenakan harga lebih mahal dari sewa kedai tetap yang bersaiz lebih besar. Berbagai rayuan telah dibuat tanpa dihiraukan.
Pasar Khadijah juga dalam keadaan kotor dan tidak terurus. Sebagai salah satu pusat pelancongan penting di Kota Bharu, keadaan dan suasana pasar Siti Khadijah amat mengecewakan. Hal ini perlu dilaporkan secara rasmi kepada MPKB. Saya ralik berbual dengan peniaga sehingga terlupa ambil gambar keadaan dan suasana pasar Siti Khadijah.
InnSya Allah saya akan kembali ke Kota Bharu dalam masa terdekat dan membuat sidang media di pasar itu sendiri jika keadaan peniaga masih tidak terjaga.
Saya doakan semoga semua peniaga-peniaga di Pasar Khadijah cekal mengharungi pandemik dan Pejuang akan cuba mendesak MPKB untuk membantu serta menjaga kebajikan peniaga-peniaga dan seterusnya menjaga kebersihan Pasar yang menjadi ikon kepada Kota Bharu Inn Sya Allah.






0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo