Responsive Ad Slot

Showing posts with label Himpunan Alam Melayu. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Alam Melayu. Show all posts

HIMPUNAN ALAM MELAYU BUKAN SIMBOL — IA ISYARAT


HIMPUNAN ALAM MELAYU BUKAN SIMBOL — IA ISYARAT
By: Dr Armin Baniaz Pahamin
(English version is at the bottom)

1. Himpunan Alam Melayu yang berlangsung pada 1hb - 4 April 2026 di Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini bukan sekadar satu acara atau deklarasi biasa, tetapi merupakan satu isyarat strategik yang semakin sukar untuk diabaikan. 

2. Ia mencerminkan kesedaran yang semakin mendalam dalam kalangan dunia Melayu dan umat Islam di rantau ini bahawa perpecahan bukan lagi satu pilihan yang boleh ditoleransi. 

3. Sebaliknya, penyatuan telah menjadi satu keperluan strategik untuk mempertahankan kedudukan politik, kekuatan ekonomi dan kelangsungan masa depan.

4. Apa yang lebih signifikan, himpunan ini turut disertai oleh pelbagai tokoh dan pemimpin Melayu dari dalam dan luar negara, termasuk Hadi Awang, Ahmad Samsuri Mokhtar, Annuar Musa, Hamzah Zainudin, Mohd Nassuruddin Daud serta Mukhriz Mahathir, di samping kehadiran tokoh agama dan sarjana dari rantau Nusantara.

5. Walaupun bukan semua kepimpinan Melayu arus perdana hadir, penyertaan ini cukup untuk menunjukkan bahawa kesedaran terhadap keperluan penyatuan bukan lagi bersifat terpencil, tetapi sedang berkembang sebagai satu gerakan yang lebih luas merentasi sempadan negara dan kepartian.

6. Dari sudut analisis politik, keadaan ini menunjukkan bahawa kesedaran terhadap keperluan perpaduan sudah melangkaui batas parti, tetapi masih belum diterjemahkan kepada penyelarasan strategik di peringkat kepimpinan.

7. Apa yang lebih menarik, mesej ini sebenarnya selari dengan peringatan yang telah lama dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Selama ini, apabila beliau mengangkat gagasan “payung besar Melayu”, ramai yang melihatnya sebagai retorik politik semata-mata. 

8. Namun, Himpunan Alam Melayu telah membuktikan bahawa apa yang disebut di peringkat nasional kini turut bergema di peringkat serantau. 

9. Ini bukan kebetulan, tetapi refleksi kepada satu realiti yang semakin jelas bahawa tanpa kesatuan arah strategik, kekuatan kolektif akan terus terhakis.

10. Namun di sinilah terletaknya paradoks utama yang perlu kita akui dengan jujur. Di pentas kita bercakap tentang perpaduan, tetapi di lapangan kita masih beroperasi dalam kerangka persaingan yang berpecah.

11. Pelbagai inisiatif muncul dengan niat yang mungkin baik, namun bergerak secara berasingan tanpa satu arah yang jelas. Hakikat bahawa sebahagian pemimpin hadir manakala sebahagian lagi tidak, mencerminkan realiti sebenar politik Melayu hari ini. 

12. Kesedaran tentang keperluan bersatu sudah wujud, tetapi kesediaan untuk benar-benar menyatukan kekuatan masih belum menyeluruh.

13. Keadaan ini akhirnya bukan sahaja gagal mengukuhkan perpaduan, malah memperkukuh fragmentasi yang sedia ada. Persoalannya bukan lagi tentang kekurangan idea atau kepimpinan, tetapi tentang kegagalan untuk menyelaraskan strategi.

14. Dalam kerangka teori politik, keadaan ini mencerminkan fenomena kegagalan penyelarasan elit (elite coordination failure) yang membawa kepada kerugian kolektif.

15. Himpunan Alam Melayu telah memberi satu mesej yang amat jelas: perpaduan tidak akan terhasil dengan lebih banyak platform, tetapi hanya akan tercapai apabila wujud satu arah dan satu penyelarasan yang jelas. 

16. Dalam konteks ini, gagasan “payung besar Melayu” perlu difahami bukan sebagai simbol politik, tetapi sebagai satu keperluan strategik.Ia merupakan sebuah mekanisme institusi yang berfungsi sebagai pusat penyatuan arah strategik yang mampu menghimpunkan kekuatan yang sedia ada tanpa menghapuskan kepelbagaian pandangan.

17. Jika keadaan ini tidak ditangani, kita akan terus terperangkap dalam kitaran yang sama: bercakap tentang perpaduan tetapi bergerak dalam perpecahan. 

18. Maka sudah tiba masanya untuk kita bertanya dengan jujur kepada diri sendiri: adakah kita benar-benar mahu bersatu, atau sekadar mahu dilihat sebagai memperjuangkan perpaduan?

19. Kerana dalam realiti politik, satu hakikat tidak pernah berubah. Yang bersatu akan menentukan arah masa depan, manakala yang berpecah akan kehilangan keupayaan untuk mempengaruhi hala tuju negara.

Salam hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin 

ENGLISH
Himpunan Alam Melayu: More Than Symbolism, a Strategic Signal
By Dr Armin Baniaz Pahamin

1. The Himpunan Alam Melayu, held from April 1 to 4, 2026 in Kuala Nerus, Terengganu, was not merely an event or symbolic declaration. It represents a strategic signal that is increasingly difficult to ignore.

2. It reflects a growing awareness across the Malay world and the broader Muslim community in the region that fragmentation is no longer a tolerable condition.

3. Instead, unity has become a strategic necessity to preserve political position, economic strength and long-term continuity.

4. Significantly, the gathering brought together a range of Malay leaders and figures from within and beyond Malaysia, including Hadi Awang, Ahmad Samsuri Mokhtar, Annuar Musa, Hamzah Zainudin, Mohd Nassuruddin Daud and Mukhriz Mahathir, alongside religious scholars and intellectuals from across the Nusantara.

5. While not all mainstream Malay political leadership was present, the participation itself indicates that awareness of the need for unity is no longer isolated, but is evolving into a broader movement that transcends national and partisan boundaries.

6. From a political analysis perspective, this suggests that although recognition of unity has moved beyond party lines, it has yet to be translated into effective strategic coordination at the leadership level.

7. Notably, this message is consistent with the long-standing position articulated by Mahathir Mohamad. His call for a “Malay umbrella” has often been dismissed as rhetorical.

8. However, Himpunan Alam Melayu demonstrates that what was once framed at the national level is now resonating at a broader regional and civilisational scale.

9. This is not coincidental. It reflects a structural reality: without a shared strategic direction, collective strength will continue to erode.

10. Herein lies the central paradox that must be acknowledged. While unity is consistently advocated in public discourse, political actors continue to operate within fragmented and competitive frameworks.

11. Multiple initiatives have emerged, each potentially well-intentioned, yet functioning independently without a unified direction. The fact that some leaders participated while others did not further reflects the current state of Malay politics.

12. Awareness of the need for unity exists, but the willingness to consolidate remains incomplete.

13. The result is not merely a failure to strengthen unity, but a reinforcement of fragmentation itself. The issue is no longer a shortage of ideas or leadership, but the absence of strategic alignment.

14. In political theory, this condition is described as “elite coordination failure,” where the inability of leadership groups to align their strategies results in collective loss.

15. Himpunan Alam Melayu delivers a clear message: unity cannot be achieved through the proliferation of platforms, but through convergence of direction and coordination.

16. In this context, the concept of a “Malay umbrella” should not be understood as a symbolic political construct, but as a strategic necessity. It represents an institutional mechanism capable of aligning leadership, consolidating strategic direction and strengthening collective influence, without eliminating diversity of views.

17. Without such coordination, fragmentation will persist, and with it, the gradual erosion of collective capacity to influence national direction.

18. If left unaddressed, Malaysia risks remaining trapped in a recurring cycle — advocating unity while operating in division.

19. The critical question, therefore, is not whether unity is desired, but whether there is genuine willingness to align towards it. In political reality, one principle remains constant: those who are united determine the future, while those who remain divided lose the ability to influence it.

Kind regards,
Dr Armin Baniaz Pahamin
© all rights reserved
made with by templateszoo