Diantara masalah utama ialah dari segi pekerja. Pekerja yang mempunyai sijil atau seorang graduan yang berpengalaman amat susah untuk diambil bekerja. Gaji pun kenalah setaraf dengan kelulusan dan pengalaman. Yang menjadi beban, apabila kita dapat mencari pekerja yang amat bagus tetapi bengkel kita pula kosong tiada pelanggan. Pelanggan pusat servis kereta ini mengikut musim. beberapa minggu/hari sebelum musim perayaan atau cuti am, memang bengkel akan penuh. Kalau tak, mekanik kat kedai duduk terlopong, sibuk menyapu dan meluangkan masa main handphone; tak ke rugi?
Masalah mengendalikan pusat servis OEM seperti Proton Edar pula, alat-ganti tulen kena beli dan simpan dalam stok. Kalau tak simpan dan nak beli hanya apabila ada pelanggan, harga kos alat-ganti menjadi lebih tinggi. Bila simpan stok, kewangan kita pulak ketat. Situasi menjadi lebih parah kalau stok yang dibeli tidak dapat dijual dan tersimpan dalam bilik stor berbulan bulan atau mungkin bertahun. Kadang kadang duit keuntungan langsung tak ada, semua habis beli dan simpan stok. Kalau beli dengan kredit, nanti interest pula kena bayar atau akaun kredit kena blok apabila tempoh kredit telah tamat dan stok alat ganti tidak dibayar kerana stok alat ganti itu tidak dapat dijual. Kalau bengkel kita sentiasa tidak putus dengan pelanggan, masalah ini dapat di elak.