PINJAMAN BANK 100% BELI KERETA - CARA, PROSES & IMPLIKASI. NAK BELI KERETA DENGAN 100% LOAN - TENGOK VIDEO NI DULU.



NAK BELI KERETA DENGAN 100% LOAN - TENGOK VIDEO NI DULU. Disclaimer (Penafian): saya bekas pengedar kereta & telah bersara daripada menjual kereta. Video ini dibuat berdasarkan pengalaman sebagai bekas pengedar kereta dan juga sebagai mantan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar dan tidak mewakili mana-mana pengedar, dealer atau mana-mana pihak. Semasa berkhidmat dengan PEDA lebih pada 20 tahun, saya berpeluang untuk berdialog dengan pelbagai agensi kerajaan dan Bank terutamanya semasa pindaan Akta Sewa-Beli dibuat. Saya juga bukan seorang peguam yang bertauliah. Banyak kes telah saya alami dan lalui dan channel youtube ini dikongsi supaya menjadi panduan kepada awam. Pinjaman 100% mark-up ni tidak terhad kepada kereta nasional sahaja tetapi menjadi kebiasaan dalam industri jualan kereta dan saya pasti ramai pengedar dan pembeli yang tidak faham dan kurang pemahaman tentang risiko dan implikasi mark-up harga kereta ini. 1. Kalau kita tengok iklan dalam internet, merata-rata kita nampak iklan beli kereta 100% loan. Iklan macam ni, memang berleluasa. Saya tengok, memang tak ada pemantauan atau penguatkuasaan yang melarang penjualan kereta melalui loan 100% walaupun salah dari segi undang undang. Ini terbukti melalui pelbagai iklan yang menawarkan pinjaman 100% dan zero downpayment. 2. Diantara cara yang paling berkesan untuk menjual kereta ialah dengan membolehkan pembeli membeli kereta tanpa apa-apa bayaran downpayment. bakinya di biayai oleh pinjaman yang dipohon menggunakan harga ‘mark-up’. 2. Dalam video ni, saya nak berkongsi sedikit proses-proses dan cara-cara untuk mendapatkan 100% loan dan implikasi kepada Jurujual, pengedar dan pembeli supaya semua pihak lebih arif, faham dan tahu implikasi menjual atau membeli kereta dengan memohon pinjaman 100%. 3. Isu ‘Mark-up’ ni adalah salah satu isu yang tiada jalan penyelesaian dan termasuk dalam setiap agenda sepanjang tempoh saya menjadi Presiden PEDA dahulu. Sebab, kalau tak buat mark-up - dealer tak boleh capai target. Kalau buat dan kantoi - boleh bankrap. 4. Dealer boleh di denda mengikut Akta Sewa Beli setinggi RM250,000 (Kesalahan kedua) dan/atau individu yang bersalah, dia boleh di denda setinggi RM50,000 dan/atau 5 tahun penjara (atau kedua-dua) (kesalahan kedua). Saya berharap, kalau video ini dapat menjadi pedoman kepada semua dan jika bermanfaat, minta tolong Like, share, subscribe + tekan butang loceng. Inn Sya Allah, ada banyak lagi pengalaman yang nak dikongsi. Terima Kasih di atas sokongan dan galakan. RUJUKAN: Act 212: HIRE-PURCHASE ACT 1967 (ONLINE VERSION OF UPDATED TEXT OF REPRINT) link - http://bit.ly/2vxWFlo UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1384 Akta sewa beli (pindaan) 2010 - http://bit.ly/39ytRaQ

Comments