LESEN MEMANDU ANTARABANGSA~ PENGALAMAN & PANDUAN PEMOHONAN




Special shoutout to Cik Aziah, counter 12 - JPJ Cawangan Petaling Jaya. ************************************************************************** Semasa saya belajar di University di United Kingdom dahulu pada awal tahun 1992, saya pernah di tahan polis British kerana memandu menggunakan lesen memandu Malaysia. Saya terpaksa hadir di Mahkamah untuk membela diri dan saya hadir tanpa peguam (MARA student - tak ada duit). Semasa di mahkamah, saya maklumkan kepada Hakim bahawa saya pelajar dari Malaysia, dan saya diberitahu lesen memandu dari negara Commonwealth sepatutnya diterima di UK). Hakim bersetuju dan saya dilepaskan tanpa apa-apa penalti (Alhamdulillah). Memandu diluar negara mempunyai risiko tersendiri. Kalau lesen kita diterima di negara Commonwealth atau negara ASEAN sekalipun, saya tak pasti samada insuran perlindungan motokar menerima pemandu yang memandu dengan lesen luar (kalau berlaku apa-apa kemalangan yang memerlukan tuntutan insuran). Oleh kerana saya merancang untuk memandu jauh dari Bangkok ke Chaiyapum di Thailand, saya pun pohon jugalah lesen memandu antarabangsa walaupun memang saya sedia maklum lesen Malaysia (diterima di semua negara ASEAN termasuk Thailand). Saya tak pasti samada syarikat insuran di Thailand menerima pemandu dengan lesen dari Malaysia jika terdapat tuntutan insuran untuk apa-apa kemalangan. Lagipun, lesen memandu antarabangsa diterima di 136 negara. Saya sekali lagi terkejut dengan Pengalaman berurusan di JPJ. Video ini direkodkan khas untuk rekod pengalaman saya di JPJ semasa memohon lesen memandu antarabangsa. Link untuk rujukan: 1. Perjanjian Pengiktirafan Lesen Memandu yang dikeluarkan di Negara-Megara ASEAN 1985) (AGREEMENT ON THE RECOGNITION OF DOMESTIC DRIVING LICENCES ISSUED BY ASEAN COUNTRIES Kuala Lumpur, 9 July 1985) - https://asean.org/?static_post=agreement-on-the-recognition-of-domestic-driving-licences-issued-by-asean-countries-kuala-lumpur-9-july-1985 2. Rujukan Dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen memandu Antarabangsa - https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/permohonan-permit-memandu-antarabangsa

Comments