Responsive Ad Slot

Slider

SELAMATKAN MALAYSIA SIRI 12: APAKAH KESAN DARI PENYEMAK TURUN PENARAFAN KREDIT MALAYSIA

 

SELAMATKAN MALAYSIA SIRI 12: APAKAH KESAN DARI PENYEMAK TURUN PENARAFAN KREDIT MALAYSIA. BAB-1

1. Pada 4 Disember 2020, Fitch Rating Inc telah menyemak semula Issuer Default Rating (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia dengan menurunkan penarafan dari 'A-' kepada 'BBB+'.

2. Fitch Ratings Inc. ialah salah satu daripada 'agensi penarafan kredit Tiga Besar' yang mana dua lagi ialah Moody's dan Standard & Poor's. Ia merupakan salah satu daripada tiga organisasi penarafan statistik yang diiktiraf secara nasional serta antarabangsa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran AS pada tahun 1975.

3. Apakah kesan dari penurunan Penarafan Fitch Ratings Inc. ini?

4. Setiap individu, syarikat atau negara mempunyai penarafan kredit yang tersendiri yang ditetapkan oleh institusi kewangan atau agensi yang diiktiraf. Penarafan kredit untuk individu atau syarikat, lebih dikenali sebagai skor kredit atau 'credit worthiness'. Untuk tujuan blog ini, kita akan merujuk kredit skor atau credit worthiness individu itu sabagai penarafan kredit.

5. Apabila seseorang individu atau syarikat memohon untuk mendapatkan pinjaman Bank samada untuk pinjaman peribadi (atau korporat), pinjaman untuk membeli kereta atau membeli rumah (atau pejabat), penarafan kredit (atau skor kredit/'credit worthiness') pemohon akan disemak oleh institusi kewangan untuk menentukan kelayakan kredit atau 'credit worthiness'.

6. Penarafan kredit pemohon yang memberangsangkan akan membolehkan pemohon mendapat jumlah pinjaman yang tinggi dengan kadar faedah yang rendah kerana risiko pembayaran untuk pinjaman adalah lebih rendah. Pemohon yang mempunyai penarafan kredit yang tinggi ditawarkan berbagai kemudahan seperti fasiliti overdraft tanpa komitment fi (comitment fee), kad kredit tanpa caj tahunan dan sebagainya.

7. Diantara faktor yang memberi kesan kepada penarafan kredit pemohon individu/syarikat ialah kebolehan pemohon untuk membayar ansuran pinjaman berdasarkan jumlah hutang sedia-ada seperti kad kredit, overdraf, pinjaman sewa-beli, pinjaman rumah/pejabat dan lain lain. Jika pemohon telah mempunyai kemudahan kewangan, permohonan pinjaman baru kemungkinan ditawarkan (atau ditolak) dengan kadar faedah yang lebih tinggi kerana risiko pinjaman tidak berbayar menjadi lebih tinggi dengan tanggungan pinjaman keseluruhan yang banyak.

8. Saya pasti ramai pernah memohon pinjaman dari institusi kewangan untuk membeli kereta atau rumah dan di tawarkan faedah yang tinggi atau telah ditolak (reject) sama-sekali kerana skor kredit yang rendah.

9. Begitulah pentingnya untuk kita menjaga had hutang (dan pembayaran tanpa tunggakan) kita kerana kita akan terus menjalankan kehidupan dengan rekod kewangan kita seumur hidup.

10. Begitu penting juga penarafan kredit yang ditetapkan kepada negara kita, Malaysia. 

11. Penurunan penarafan kredit Malaysia bermakna kebolehan negara kita untuk membayar pinjaman dan/atau faedah (contoh: kepada pinjaman seperti Bon) tepat pada masanya dipertikaikan. Ini akan menjejaskan kebolehan Malaysia untuk mendapatkan lebih dana melalui pinjaman dengan faedah yang rendah dan kompetitif.

12. Agensi penarafan seperti Fitch Inc memberi maklumat kepada pelabur global mengenai kemampuan negara untuk membayar hutang - contohnya, bolehkan Malaysia membuat pembayaran faedah tepat pada waktunya, atau akan gagal bayar.

13. Dengan jumlah hutang terkumpul yang mencecah RM1.3 trilion dan kadar faedah lebih tinggi yang mungkin dikenakan dengan penarafan kredit 'BBB+', hutang ini berkemungkinan besar, terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang dalam bentuk cukai lebih tinggi.

14. Keadaan negara Malaysia seumpama keadaan Makcik Kiah yang mengalami ketidaktentuan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan dibelenggu hutang kad kredit (5 kad kredit), hutang overdraf, hutang sewa-beli kereta, hutang rumah, hutang ahlong, dan hutang dengan saudara-mara. Oleh sebab penarafan kredit Makcik Kiah terjejas, Makcik Kiah kemungkinan terpaksa memohon pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang tinggi.

15. Sanggupkah kita meninggalkan beban hutang negara kepada anak-anak dan cucu-cucu kita yang mungkin terpaksa bekerja 3 syif sehari kerana sebahagian besar pendapatan mereka terpaksa ditolak untuk membayar cukai pendapatan yang tinggi.

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN ~ Usahawan teknologi, Mantan Pengerusi & President Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia.

 

#selamatkanmalaysia #pejuangberprinsip #tolakbelanjawan #muhyidinout

Siri 1: https://bit.ly/2IHW2Mp    

Siri 2: https://bit.ly/3jqUeV2   

Siri 3: https://bit.ly/31AKWPW   

Siri 4: https://bit.ly/3mzLGNB  

Siri 5: https://bit.ly/3mBoLBj    

Siri 6: https://bit.ly/3mEoP3j 

Siri 7: https://bit.ly/34NmgG8

Siri 8: https://bit.ly/34R4bH2

Siri 9: https://bit.ly/3kbI1Uy 

Siri 10: https://bit.ly/3n2gq9S

Siri 11: https://bit.ly/38I0aXX
0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo