MESYUARAT MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT PEJUANG KE 26

 

04.03.2021, Khamis. Mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG (Penaja) ke 26 berjalan lancar hari ini dan dihadiri oleh lebih 30 ahli MEP, ketua unit, Ketua Jabatan dalaman dan Ketua-ketua pemimpin PEJUANG negeri. YB Tun Pengerusi mengingatkan semua betapa pentingnya pergerakan kita untuk memerangi rasuah, politik wang dan salah guna kuasa. Tun juga mengingatkan semua untuk sentiasa menghayati sumpah dan ikrar yang telah dilafazkan supaya kita tidak senang dipengaruhi nafsu dan tidak berkompromi dengan integriti.

Banyak perkara-perkara dibincangkan dalam mesyuarat yang memakan masa beberapa jam bermula jam 300pm. Mesej yang disampaikan cukup jelas untuk terus memperinci masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat, usahawan-usahawan dan untuk Pejuang menjadi parti pembangkang yang efektif dalam mendokong perjuangan.

Situasi negara tanpa persidangan parliamen semakin merisaukan. Banyak keputusan dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan tidak dapat dibahaskan dan dibuat tanpa sebarang semak dan imbang. Perbelanjaan oleh kerajaan juga tiada semakan. Wakil-wakil rakyat terpaksa mengemukakan isu-isu dan permasalahan melalui sosial media tanpa persidangan parlimen dan ini adalah situasi yang tidak sihat dalam sistem demokrasi berperlembagaan.

Biro Ekonomi akan terus mengadakan sesi ‘engagement’ bersama semua lapisan masyarakat termasuk individu-individu yang terkesan, pakar-pakar, NGO, Dewan Perniagaan, usahawan-usahawan untuk mengumpulkan fakta, maklumbalas berkenaan dengan isu-isu ekonomi untuk membangunkan ekonomi negara.

Kepada yang berminat untuk menyertai Biro Ekonomi dan/atau memberi maklumbalas berkenaan Ekonomi atau politik, boleh hubungi saya melalui Facebook Messenger.

Kepada yang belum mendaftar sebagai ahli PEJUANG, boleh daftar di www.daftarpejuang.com . Bersama kita bina negara  

#binamalaysia 

Sekian, terima kasih. Selamat Hari Minggu.

 

 

Comments