Responsive Ad Slot

Slider

1 MAC HARI YANG PENUH MAKNA

 

Alhamdulillah dapat menghembus 47 batang lilin pada harijadiku hari ini. Nak boleh sampai umur 47 tahun, macam-macam cabaran, suka dan duka terpaksa di lalui. Dari cabaran seorang pesakit kanser darah semasa remaja, cabaran sebagai seorang pelajar MARA di Buckingham University, cabaran mendaki gunung dimerata negeri termasuk 4 kali ke puncak Gunung Kinabalu. Pelari marathon berdozen kali di merata Malaysia, Indonesia, Singapore, Australia, London, Thailand, dan Cambodia. Yang paling mencabar, kehidupan sebagai seorang usahawan yang telah melalui 3 kitar kegawatan ekonomi. Hidup ni tak pernah tak ada cabaran dan setiap cabaran itu memberi pelbagai pengalaman. Yang pasti, ‘I have always live life to the extreme fullest’ Alhamdulillah.

Syukur pada usia ini, saya diberi peluang untuk berkhidmat dan berbakti di dunia politik pula yang tentunya, akan mengundang berbagai lagi cabaran-cabaran baru.

 Kepada semua rakan-rakan dan sahabat dari SK Sultan Ismail 1 Kelantan, SK Iskandar Kedah, SK Kampung Tunku PJ, SMK Bukit Bintang, MSMKL (NCUK) Cheras, Holborn College, University of Buckingham, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari perjalanan hidupku sehingga hari ini.

Tidak dilupakan juga kawan-kawan bekas rakan sekerja dari Kumpulan Guhtrie Berhad, Commerce International Merchant Bankers Berhad, Jackspeed Malaysia, Jackspeed Singapore, Jackspeed Thailand, Proton, Proton Edar, ABP Auto Ventures Sdn Bhd, ABP Autoservices Sdn Bhd, Fasfik, Proton, Fiat, Chevrolet, NAZA-KIA, DRB-Hicom, Airasia dan Carbengkel. Kawan-kawan dari Chief’s Original Bootcamp, Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia, Perdasama, PEKEMA dan rakan-rakan seperjuangan PEJUANG.

Terima kasih semua untuk 47 tahun memori dan kenangan-kenangan manis yang tak mungkin dapat dibalas. Selepas 47 tahun, rambut dah semakin berkurangan, berat badan semakin susut, rambut putih semakin lebat dan wrinkle semakin menjadi-jadi tetapi orangnya tetap sama. Masih penuh dengan bersemangat.

Alhamdulillah hari jadiku yang ke 47 ini dapat diraikan bersama Pok, Ibu, adik beradik seisi keluarga. Pada usia ini, tidak ada lagi yang lebih penting berbandingkan dengan masa yang di luangkan bersama keluarga.

Terima kasih diatas ingatan dan ucapan selamat harijadi. Minta maaf kalau tak sempat jawab semua.

P/s- Tahun ni panjang sikit tulis blog. Tulis blog dalam Bahasa Malaysia pun sangat mencabar. Vocabulary BM kurae sikit sebab sokmo kecek kelatae jah. Kalu dok kecek kelatae, sembang kok Utara.

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo