Responsive Ad Slot

Slider

Ugutan dari negara Islam bakal menggugat ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah


Ekonomi Malaysia tidak mungkin terjejas dengan ugutan dari Amerika Syarikat dan negara Eropah walaupun perdagangan barangan dan perkhidmatan diantara Amerika Syarikat dan Malaysia dianggarkan berjumlah $78.3 bilion pada 2022. Ugutan dari Amerika Syarikat dan Eropah adalah retorik semata-mata. Amerika Syarikat dan negara Eropah amat memerlukan peperangan seperti di Palestin dan di Iraq semasa peperangan teluk untuk manfaat dan kepentingan ekonomi mereka. Malaysia tidak seharusnya tunduk kepada ugutan dan telunjuk negara barat tetapi harus merapatkan saf bersama negara-negara Islam untuk kepentingan hal ehwal dan ekonomi negara-negara Islam seperti mana negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Barangan import dari Amerika Syarikat ke Malaysia pada 2022 ialah $18.2 bilion, naik 20.0 peratus ($3.0 bilion) daripada 2021 dan naik 42 peratus daripada 2012. Barangan Eksport dari Malaysia ke Amerika Syarikat berjumlah $54.2 bilion pada 2022, turun 3.3 peratus ($1.9 bilion) daripada 201 bilion. 

Import Perkhidmatan Amerika Syarikat ke Malaysia dianggarkan $3.4 bilion pada 2022, 18.4 peratus ($525 juta) lebih daripada 2021, dan 32 peratus lebih besar daripada paras 2012. Eksport perkhidmatan ke Amerika Syarikat dari Malaysia dianggarkan $2.5 bilion pada 2022, 11.4 peratus ($258 juta) lebih daripada 2021, dan 52 peratus lebih besar daripada paras 2012. Import perkhidmatan terkemuka dari Amerika Syarikat ke Malaysia adalah dalam sektor perkhidmatan kewangan, perjalanan, dan profesional serta perkhidmatan pengurusan. 

Pelaburan langsung asing (FDI) Amerika Syarikat di Malaysia (saham) berjumlah $13.2 billion pada 2022, peningkatan 4.6 peratus daripada 2021. Pelaburan langsung Amerika Syarikat di Malaysia diterajui oleh syarikat perkilangan, perdagangan borong dan induk bukan bank. FDI Malaysia di Amerika Syarikat (saham) berjumlah $1.1 bilion pada 2022, meningkat 3.8 peratus daripada 2021. Pelaburan langsung Malaysia di A.S. diterajui oleh sektor pembuatan, perdagangan borong, dan perkhidmatan profesional, saintifik dan teknikal. 

Dengan jumlah FDI Amerika Syarikat di Malaysia yang tinggi serta perdagangan yang rancak, tidak mungkin Amerika Syarikat dapat melaksanakan apa-apa ugutan terhadap Malaysia. Ugutan mereka hanyalah retorik.

Tetapi jika negara Islam bersatu, ugutan dari negara-negara Islam terhadap Amerika Syarikat dan Eropah akan lebih menggugat kestabilan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah. Negara-negara Islam di bawah OIC menguasai 17.79% gabungan KDNK dunia dari segi pariti kuasa beli.

Pada tahun 1981 Malaysia pernah memperkenalkan dasar ‘Buy British Last’, atau dasar pandang ke timur dengan menjadikan hampir kesemua barangan dan perkhidmatan dari Britain sebagai pilihan terakhir. Polisi ini telah menjejas ekonomi Britain dengan kerugian beratus juta hanya dalam tempoh beberapa bulan. Pada tahun 1994, Malaysia sekali lagi memulaukan barang dan perkhidmatan Britain. Kesannya, dianggarkan banyak syarikat British yang alami kerugian berbilion-bilion pound dan hampir 25,000 orang rakyat Britain hilang pekerjaan hanya dalam jangka masa pendek sehingga Menteri Perdagangan Britain, Richard Needham dan 20 orang ahli perniagaan British terpaksa membuat lawatan sehingga 4 hari ke Malaysia untuk memperbetukkan keadaan.

Jika negara-negara Islam bersatu dan mengamalkan perdagangan terhad dengan Amerika Syarikat dan negara Eropah, ekonomi mereka akan lebih terjejas dan tiada negara yang akan mendapat manfaat.    

Pada masa yang sama, pemulihan ekonomi negara perlu dipandu bukan sahaja dari segi dasar tetapi lebih penting dari perlaksanaan dan tadbir urus. Ekonomi Malaysia perlu di pandu dengan memperkenalkan industri baru dan memperkasa sektor-sektor dan industri tertentu yang bakal menjana pendapatan kepada negara pada jangka masa pendek dan panjang melalui wawasan yang jelas. Peruntukan untuk sektor-sektor dan industri yang diperkenalkan dan yang dipilih perlu di pantau rapat dan di sediakan dengan peruntukan yang cukup supaya sektor dan industri ini boleh dibangunkan untuk manfaat ekonomi kita pada masa hadapan.  

Ketidakstabilan politik dan keberkesanan kerajaan bukan sahaja menjejas matawang Ringgit Malaysia tetapi juga keseluruhan ekonomi negara dan masalah ini dibebankan kepada rakyat melalui kenaikan harga, barangan dan kos sara hidup.

Kebergantungan Malaysia kepada bekalan import menjejas teruk ekonomi negara dan nilai matawang Malaysia. Malaysia perlu mengambil tindakan yang efektif untuk memperbaik punca masalah utama negara selain dari menamatkan harga siling ayam dan subsidi yang lebih membebankan rakyat.  

Armin Baniaz Pahamin - Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/10/1169013/pm-akui-terima-ugutan-mula-diserang-kerana-pertahan-palestin  

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo