Responsive Ad Slot

Showing posts with label Featured. Show all posts
Showing posts with label Featured. Show all posts

KENAIKAN OPR PERLU DIBENDUNG, RAKYAT DAN INDUSTRI KECIL PERLU DIBANTU



KENAIKAN OPR PERLU DIBENDUNG, RAKYAT DAN INDUSTRI KECIL PERLU DIBANTU

Bank Negara Malaysia perlu semak kembali kadar Dasar Semalaman (OPR) ke 2.75 peratus untuk mengurangkan beban isirumah dan perniagaan kecil. Kerajaan juga boleh memperkenalkan bajet tambahan untuk program yang dapat mengatasi kemurungan ekonomi yang dijangka akan berterusan.

 

Kenaikan kadar OPR tidak memberi kesan kepada aliran tunai dalam pasaran untuk membendung perbelanjaan dan mengawal inflasi. Beberapa faktor menyumbang kepada keberkesanan ini seperti faktor pinjaman alternatif yang amat mudah di pohon dan diluluskan di atas talian juga memainkan peranan. 

 

Perkhidmatan ‘Ceti alaf baru’ ini seperti ‘SPay Later Shopee’, Grab Pay Later, Lazada LazPay Later Credit, Touch & Go- Go Pinjam dan lain-lain. Ini tidak termasuk khidmat ‘Ah long’ yang sentiasa agresif mencari pelanggan.

 

Kadar faedah pinjaman melalui aplikasi ini adalah amat tinggi dengan kadar faedah sehingga 36 peratus setahun dan lebih tinggi dari kadar faedah dari Bank tetapi rakyat akan terus meminjam dan terpaksa meminjam kerana mereka terbeban dengan kenaikan harga barang. 

 

Hasrat kerajaan untuk membendung permintaan melalui kenaikan kadar OPR bagi menyeimbang harga barangan tidak akan berjaya. Harga barangan terutamanya keperluan asas akan terus meningkat. 

 

Kerajaan terlalu yakin dengan pertumbuhan ekonomi 5.6% bagi suku pertama 2023 dan kenaikan kadar OPR kepada 3.0 peratus adalah konsisten dengan data yang menunjukkan prestasi ekonomi yang kukuh. Tetapi kerajaan gagal mengambil kira laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang melaporkan kemerosotan ekspot sehingga 17.4 peratus bulan April, tahun ke tahun. 

 

Kemerosotan ekspot ini adalah penunjuk dan indikator kepada ekonomi Malaysia yang akan terus merudum selaras dengan hasil pendapatan komoditi yang menurun dan prospek pertumbuhan global yang dijangka lemah sepanjang tahun 2023.

 

Kita mempunyai enam Kementerian yang mengawal selia ekonomi negara. Ini termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan dalam negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Kementerian Ekonomi Malaysia. Kementerian ini di ketuai oleh sendiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kanan.

 

Yang nyata, masalah kenaikan kos sara hidup, matawang ringgit yang semakin lemah dan pembangunan ekonomi masih kritikal dan menjejas kelestarian hidup rakyat dan perusahaan kecil. 

 

Jumlah kebangkrapan masih kekal tinggi walaupun kerajaan telah membuat pindaan Akta untuk mengurangkan jumlah kebangkrapan. Golongan M40 juga menghadapi masalah membayar makanan, sewa dan hutang. 

 

Kerajaan memerlukan polisi radikal yang boleh memandu kita keluar dari krisis ekonomi. Solusi ekonomi memerlukan pemikiran di luar kotak yang kreatif. Sebagai contoh, ramai yang tidak menyokong tindakan Dr Mahathir untuk tambatan ringgit semasa krisis kewangan 1997 tetapi ianya berjaya memulihkan ekonomi Malaysia. 

 

Kebanyakan isirumah dan perniagaan kecil telah kehausan simpanan yang di pakai untuk bertahan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) pandemik COVID-19 dan mereka masih belum pulih.  Sebahagian besar rakyat dan juga perniagaan kecil tidak mungkin dapat bertahan dengan kenaikan kos sara hidup yang berterusan. Sebilangan besar kelas pertengahan juga menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan belanjawan bulanan mereka.  

 

Malaysia perlu menyemak semula indikator atau aras penunjuk kemiskinan. Kadar Kemiskinan dalam negara semakin meningkat dan ramai yang tercicir dari data yang direkod melalui aras penunjuk sedia ada. Dengan erti kata lain, aras penunjuk sedia ada gagal merekodkan mereka yang tergolong dalam kemiskinan dan golongan ini mungkin tidak mendapat apa-apa bantuan. Ini bermakna, lebih ramai rakyat yang sebenarnya terkesan dan terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan OPR. 

 

Data-data yang tepat dan realistik amat penting kerana data ini diguna sebagai analisa Bank Negara dalam menentukan kadar pengurusan monetari serta polisi-polisi dan dasar-dasar berkaitan.

 

Kami menggesa kerajaan untuk menyemak semula aras penunjuk kemiskinan, kadar OPR dan memperkenalkan dasar ekonomi yang bukan sahaja mesra rakyat dan bisnes tetapi berupaya memacu ekonomi negara dengan dasar yang mampu membuka banyak peluang baru kepada usahawan tempatan.

 

Armin Baniaz Pahamin

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

 

Rujukan:

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/opr-dijangka-naik-lagi-separuh-kedua-2023-cgscimb-research-419589 

 https://www.bnm.gov.my/-/letter-to-editor-mkini  

Satu Tetingkap Tunggal untuk Semua Insentif Digital akan memudahkan permohonan tetapi tidak menyelesaikan masalah.


Satu Tetingkap Tunggal untuk Semua Insentif Digital dan Teknologi akan memudahkan permohonan tetapi tidak menyelesaikan masalah.

 

Pihak Gerakan Ekonomi Malaysia mengalu-alukan konsep Satu Tetingkap tunggal or ‘one-stop center’ untuk memudahkan permohonan geran dan bantuan kepada pemilik serta syarikat pemula niaga perniagaan teknologi dan digital termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tetapi ini masih tidak dapat menyelesaikan masalah utama usahawan-usahawan digital.

 

Pada 19 Mei 2023, Menteri Ekonomi memaklumkan Kementerian Ekonomi sedang merangka dasar tetingkap tunggal bagi permohonan insentif digital dan teknologi untuk mengatasi pemilik syarikat pemula teknologi dan yang mahu bermula tetapi tidak menyedari bantuan yang tersedia.

 

Masih ramai yang sebenarnya usahawan teknologi digital dan PKS yang tidak tahu kewujudan insentif dan bantuan yang tersedia, dan pelancaran aplikasi satu tetingkap tunggal ini akan buntu dengan masalah yang sama. Masalah utama ialah dari segi penyebaran maklumat. Aplikasi ini seperti juga maklumat insentif dan bantuan yang tersedia, memerlukan promosi yang berterusan supaya rakyat di setiap negeri dan daerah cakna dan mendapat manfaat. 

 

Banyak PKS juga masih jauh ketinggalan dari segi adaptasi teknologi dan mungkin tidak akan menggunakan aplikasi digital Menteri Ekonomi kerana kurang mahir memohon di atas talian. Dasar Satu Tetingkap Tunggal juga perlu menyelesaikan pertindihan tanggungjawab diantara agensi dan kementerian. 

 

Dasar Satu Tetingkap Tunggal untuk semua insentif adalah agak remeh berbanding keperluan dasar-dasar yang lebih penting yang boleh memaju ekonomi digital Malaysia. 

 

Dasar yang lebih penting yang perlu di pacu oleh Kementerian Ekonomi ialah dari segi hala tuju ekonomi digital. Menteri Ekonomi perlu memandu sektor-sektor dalam ekonomi dengan membangun syarikat teknologi digital tempatan supaya Malaysia boleh menjadi juara dalam sesuatu bidang. 

 

Dengan melabur, membangun dan mempromosi syarikat teknologi tempatan di dalam sektor atau bidang terpilih, syarikat ini berpotensi untuk mengembangkan perkhidmatan mereka ke pasaran luar negara. Aplikasi seperti Grab, Shopee, Lazada dan MySejahtera yang di promosikan secara hebat oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang dimiliki oleh syarikat asing. 

 

Grab yang dahulunya dimiliki penuh oleh Malaysia kini juga telah dimiliki oleh negara asing kerana Kerajaan Malaysia pada waktu itu tidak yakin dan gagal untuk melabur dalam syarikat tersebut.

 

Saya juga menggesa YB Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi untuk memacu hala tuju syarikat-syarikat pemula teknologi supaya ia bukan sahaja dapat memenuhi permintaan tetapi dapat melonjak ekonomi negara. 

 

Contohnya, syarikat pemula Fintech yang menyediakan berbagai eWallet di pasaran. Apakah tujuan dan hala tuju kerajaan untuk syarikat Fintech di Malaysia? Adakah kita ingin membangun beratus syarikat Fintech atau kita hanya memerlukan beberapa syarikat yang kita oleh bangun dan majukan dengan sokongan kerajaan untuk pasaran tempatan dan pasaran luar.

 

Malah bukan sahaja syarikat Fintech tetapi kerajaan perlu mendokong syarikat dalam semua bidang supaya kita boleh mengelak dari membiayai melalui geran atau bantuan kepada beberapa syarikat yang bakal bersaing diantara satu sama lain. Ini akan menjadi satu kerugian kepada dana yang terhad kerana syarikat tersebut tidak mungkin dapat bertahan akibat dari saingan sengit.

 

Buat masa kini, terdapat berpuluh syarikat yang menawar perkhidmatan eWallet di Malaysia. Berapa lama syarikat ini boleh bertahan dengan saingan yang terlampau banyak khususnya dari syarikat gergasi asing? 

 

Diantara e-Wallet yang berada di pasaran ini termasuk Touch n Go TNG, Boost, Grabpay, Lazada, Shopeepay,  Fave, Shopeepay, CIMBPay, Vcash, Upay, Wechat Pay, Bigpay, Alipay, Aeon Wallet, MAE by Maybank, Bigpay, MYMy, B-Infinite, GoPayz by Umobile, Zapp, JuruPay, Presto, Setel by Petronas, Sarawak Pay, 1Pay by 1 Utama, Kedah Pay, Mydin, Wang Merchantrade, Instapay, Samsung Pay, Vircle, eWANG, Apple Pay dan lain-lain.

 

Negara China merupakan salah satu negara terawal yang menggunakan teknologi eWallet dengan jayanya kerana mereka hanya bermula dengan satu aplikasi sahaja iaitu aplikasi WeChat. 

 

Dasar dan pelaksanaan ekonomi digital juga perlu memainkan lebih peranan untuk memajukan syarikat tempatan dalam berbagai bidang dan sektor. Sebagai contoh dalam sektor rumah pintar (‘Smart Homes’) dan kereta pintar (‘Smart Vehicles’). Adaptasi teknologi rumah pintar dan kereta pintar sedang membangun dengan pesatnya di dunia tetapi di Malaysia kita masih di berebut di peringkat mengeluarkan berbagai aplikasi mudah alih. 

 

Di peringkat Universiti pula, agenda ekonomi digital di jalankan secara persaingan dan tidak memberi impak komersial kerana data mereka berasingan dan tidak di tambah nilai kerana ianya disimpan dan tersembunyi di dalam Universiti.

 

Ekonomi Digital perlu di pandu oleh kerajaan dengan menarik dan memberi tumpuan kepada usahawan digital tempatan untuk memberi fokus kepada sektor-sektor penting yang terpilih seperti ‘smart vehicles’ dan ‘smart homes’ yang bakal mengubah landskap dan gaya hidup rakyat seiring dengan pembangunan ekonomi digital dunia. 

 

Armin Baniaz Pahamin

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia


Rujukan:

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kementerian-ekonomi-rangka-dasar-tetingkap-tunggal-bagi-permohonan-insentif-digital-teknologi-420118?s=08 

 

https://malayadaily.com/berita/kementerian-ekonomi-cadang-semua-insentif-digital-dan-teknologi-digabung-satu-tetingkap-tunggal/ 

Apakah dasar holistik dan tindakan kerajaan untuk menangani fenomena cuaca panas yang bakal menjejas ekonomi negara?


Apakah dasar holistik dan tindakan kerajaan untuk menangani fenomena cuaca panas yang bakal menjejas ekonomi negara?

 

Perubahan iklim dengan cuaca panas terik berpanjangan boleh melumpuh ekonomi negara dan kerajaan perlu bersedia dengan rancangan tindakan yang holistik untuk mengatasi sebarang masalah. 

 

Cuaca panas berpanjangan adalah masalah perubahan iklim yang tidak teratur dan ini telah menimbulkan berbagai bencana alam yang berbahaya seperti banjir yang mencetus kemusnahan harta benda yang besar seperti yang berlaku pada tahun 2021.

 

Pemanasan global adalah salah satu faktor yang menjadi pemangkin kepada hujan yang sangat lebat, pembakaran hutan dan bencana ribut taufan.

 

Sektor pertanian adalah salah satu sektor yang terkesan dengan sumbangan sebanyak 7.4 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

 

Sektor pertanian yang merangkumi pengeluaran komoditi seperti getah, koko, beras dan minyak sawit telah pun terjejas. Cuaca panas dan kemarau mengakibatkan daun pokok getah gugur, susu getah berkurangan dan tanaman dijangkiti berbagai penyakit.

 

Kalau kebiasaannya 700 batang pokok getah dapat mengeluarkan 200 kilogram susu getah, kini ianya hanya dapat menghasilkan 100 kilogram susu getah sahaja.

 

Sesetengah petani juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air untuk penanaman padi dan jika tidak di atasi, masalah ini mampu menjejas bekalan beras dalam negara. 

 

Mengikut kenyataan dari Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Badrul Hisham Mohd Sektor pertanian mengalami 30% impak negatif akibat dari cuaca panas.

 

Selain dari pertanian, sektor-sektor lain juga terkesan dengan cuaca panas dan perubahan iklim termasuk sektor Perikanan yang terancam apabila suhu meningkat dan menjejas sumber makanan hidupan akuatik. Perubahan suhu panas juga mengancam terumbu karang yang menjadi tempat bergantung ikan-ikan di lautan. 

 

Kenaikan suhu juga akan menghasilkan ombak besar apabila sel-sel tekanan rendah di permukaan laut berkembang. Ombak yang besar mengganggu aktiviti perikanan di pinggir pantai. Keadaan cuaca amat penting kepada nelayan dan hasil tangkapan. Pendapatan nelayan akan terjejas teruk.

 

Perubahan iklim juga menjejas sistem pengangkutan apabila hujan dan ribut yang lebat merosakkan jalan; jalan raya berlubang, tenggelam dan pengangkutan terhenti. Hujan, ribut dan ombak yang besar juga mengakibatkan pengangkutan laut terhenti dan menjejas perdagangan.

 

Gerakan Ekonomi Malaysia khuatir ekonomi Malaysia yang sedang di landa inflasi dan pertumbuhan merudum akan terbeban dan terus terjejas akibat dari perubahan iklim tanpa perancangan awal untuk mengatasi sebarang masalah yang bakal mengganggu bekalan.  Kami menggesa Kerajaan mengambil tindakan yang holistik, lebih pro-aktif dan bukan setakat memantau dan menunggu bencana melanda sebelum mengambil tindakan. 

 

Armin Baniaz Pahamin

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

 

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/974748/perubahan-iklim-boleh-jejas-ekonomi-sektor-komoditi-negara-zuraida 

 

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/cuaca-panas-jejaskan-pendapatan-penoreh-getah/ 

 

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2189543  

Pelaksanaan gaji progresif tidak sesuai dalam keadaan ekonomi semasa.


Pelaksanaan gaji progresif dan gaji minima tidak sesuai dalam keadaan ekonomi semasa. 

 

Dalam keadaan negara di landa inflasi dengan kenaikan harga barang yang tinggi khususnya barangan keperluan asas, kenaikan gaji hanya akan melemahkan lagi nilai matawang ringgit dan bukannya penyelesaian. 

 

Pada 9 Mei Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan kerajaan sedang meneliti secara dasar sistem gaji progresif untuk menggantikan model gaji minima. Sebelum itu pada 8 Mei Perdana Menteri memaklumkan cadangan untuk menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan kepada 20 peratus.

 

Keadaan ekonomi semasa memerlukan dasar yang boleh membantu syarikat mengekalkan jumlah pekerja atau membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Dasar-dasar yang menaikkan kos operasi syarikat akan menjejas keuntungan syarikat dan berkemungkinan banyak majikan terpaksa mengurangkan jumlah pekerja atau berisiko menutup terus operasi syarikat. 

 

Samada model gaji minima atau pemberian gaji progresif atau kenaikan caruman KWSP majikan, kos operasi syarikat akan meningkat dengan keuntungan yang merudum. Malah banyak juga syarikat yang mengalami kerugian dan masih belum pulih dari kesan pandemik. 

 

Masalah utama ekonomi negara ialah masalah kebergantungan kepada barangan impot yang menjejas harga barangan jualan terutamanya produk yang bergantung kepada bahan mentah impot contohnya baja untuk tanaman dan dedak untuk ternakan. Kenaikan gaji akan di bebankan kepada pelanggan dengan harga jualan yang lebih tinggi.

 

Ekonomi negara perlu di pacu oleh Kerajaan dengan tumpuan dan hala tuju yang nyata supaya sumber negara yang terhad dapat di salurkan untuk memajukan industri-industri tempatan yang terpilih. Apabila barangan dan produk tempatan yang di majukan dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan dan di ekspot untuk pasaran dunia, permintaan untuk warga kerja tempatan akan meningkat dan pembayaran gaji yang setimpal dengan keuntungan syarikat dapat di nikmati. Industri perlu di pacu secara strategik. 

 

Walaupun secara logik, pendapatan warga kerja perlu di naikkan sekurang-kurangnya bersamaan dengan kadar inflasi supaya rakyat tidak terbeban tetapi kesannya amat mudarat kepada ekonomi secara keseluruhan. Kenaikan gaji adalah kos tambahan kepada kos operasi syarikat yang akan diselaraskan melalui kenaikan harga jualan barang atau perkhidmatan dan kitaran kenaikan harga ini akan terus meninggalkan kesan kepada kuasa beli.

 

Akibatnya ramai pekerja terpaksa di berhentikan kerja kerana majikan tidak mampu untuk terus membayar gaji yang bertambah, dengan permintaan jualan yang semakin kurang akibat kenaikan harga serta kuasa beli pelanggan yang semakin lemah.

 

Syarikat yang terpaksa menampung kenaikan kos akibat dari kenaikan gaji akan menaikkan harga produk mereka dan dengan kenaikan harga, jualan produk mereka tentunya akan terkesan. 

 

Untuk menjamin peluang pekerjaan sentiasa terbuka dan pekerjaan sedia-ada terjamin, syarikat-syarikat harus berdaya tahan dan mampu meneruskan perniagaan dengan kos operasi yang rendah. Sebab itu saya berpendapat kerajaan perlu memberi kelonggaran kepada syarikat untuk menentukan gaji yang perlu di bayar. Pelaksanaan kawalan gaji boleh di tetapkan hanya kepada industri yang terpilih yang telah dikenalpasti mendapat keuntungan besar. 

 

Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada dasar-dasar yang boleh menjamin pekerjaan dengan memperkenalkan dasar-dasar yang boleh mengukuhkan atau memperkenalkan ekosistem industri tempatan baru supaya permintaan untuk warga kerja terus meningkat. Setidaknya memperkenalkan dasar yang boleh meningkatkan permintaan dari ekonomi.

 

Apabila industri mencatat keuntungan dan berdaya saing, kerajaan bolehlah memperkenalkan gaji minima atau gaji progresif tetapi apabila syarikat-syarikat masih belum berdaya tahan dan belum kukuh dari segi keuntungan, kerajaan tidak patut memperkenalkan apa-apa dasar yang boleh menaikkan kos operasi yang pada akhirnya akan di bebankan kepada pelanggan dan menjejas kedudukan pekerja. 

 

Armin Baniaz Pahamin

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

 

Rujukan: 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1099018/kerajaan-teliti-dasar-sistem-gaji-progresif-rafizi 

 

https://www.sinarharian.com.my/article/257416/berita/nasional/syor-kwsp-majikan-naik-20-peratus-belum-dibincang---pm  

ANWAR BERDOLAK DALIH UNTUK BANTU ORANG MELAYU DENGAN MENCABAR TUN DR MAHATHIR



ANWAR BERDOLAK DALIH UNTUK MEMBANTU ORANG MELAYU DENGAN MENCABAR TUN DR MAHATHIR
 

Cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bekas pemimpin dan pembesar Melayu kaya untuk membantu orang-orang Melayu miskin semasa menyampaikan Amanat di Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang jelas menunjukkan Perdana Menteri memang tiada ide dan cadangan untuk membantu orang-orang Melayu. 

 

Dato Seri Anwar Ibrahim mungkin sudah lupa yang beliau juga bekas pemimpin terdahulu bersama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga didakwa memperkayakan diri sendiri, keluarga dan kroni. Kedua-dua Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi adalah pemimpin terdahulu dan sekarang ini mempunyai kuasa dan kedudukan tertinggi dalam kerajaan. 

 

Apakah bantuan yang mereka telah salurkan samada secara peribadi atau dari segi dasar kerajaan kepada orang melayu sedangkan mereka berdua juga didakwa mempunyai kekayaan luar biasa dari jawatan terdahulu. Melontar cabaran adalah satu alasan untuk menolak bantuan kepada orang melayu. 

 

Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim tiada memperkenalkan sebarang dasar baru atau mengutamakan apa-apa dasar yang boleh membantu kemiskinan orang melayu dan menyamaratakan ekonomi orang Melayu setaraf dengan kaum bukan Melayu. Dato Seri Anwar Ibrahim juga tidak ada sebarang dasar untuk membasmi kemiskinan samada untuk orang Melayu atau bukan Melayu. 

 

Malah Perdana Menteri tidak ada sebarang dasar baru yang boleh melonjakkan ekonomi orang Melayu mahupun ekonomi negara. Kuasa Perdana Menteri tidak digunakan untuk menggubal dasar-dasar baru tetapi di gunakan beterusan untuk membuat fitnah terhadap Tun Dr Mahathir.

 

Dasar Perindustrian Dr Mahathir pada awal tahun 80an sebenarnya amat senang untuk di fahami. Sebidang ekar tanah pertanian pada waktu itu hanya dapat memberi pekerjaan kepada 10 pekerja tetapi sebidang tanah yang dijadikan kilang dapat membuka peluang pekerjaan kepada 500 atau lebih pekerja di kilang. Jadi rakyat boleh mendapat lebih manfaat bila Malaysia menjadi negara perindustrian. 

 

Sektor pertanian dan perikanan yang majoritinya adalah pengusaha Melayu merupakan satu industri yang perlu di pandu erat oleh kerajaan. Petani dan nelayan adalah golongan miskin kerana saiz perusahaan mereka kecil. Dengan ladang atau bot yang kecil, hasilnya juga kecil. Mereka tidak dapat menggunakan teknologi terkini yang mahal kerana tiada ‘economy of scale’.

 

Anak-anak petani-petani yang mengusahakan ladang kecil mereka juga tidak berminat untuk meneruskan usaha pertanian keluarga mereka mengakibatkan banyak ladang-ladang yang terbiar. Begitu juga anak-anak nelayan. Anak-anak petani dan nelayan juga tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran tinggi kerana terpaksa bekerja mencari rezeki untuk menyara hidup. 

 

Apakah pendekatan Perdana Menteri untuk keluarga Petani dan Nelayan yang majoritinya adalah orang Melayu? Mereka sentiasa memerlukan bantuan samada bantuan kewangan, pendidikan atau lain-lain kerana halatuju dan masa depan industri ini tidak di kemudi dengan baik. 

 

Petani dan nelayan di Malaysia adalah pengusaha-pengusaha kecil dan akan sentiasa berada dalam kitaran kemiskinan.

 

Perdana Menteri membidas niat suci Proklamasi Orang Melayu yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai propaganda politik Dr Mahathir sedangkan gerakan ini di mulakan oleh orang-orang melayu persendirian dan bukan parti politik. Orang-orang Melayu persendirian yang menganjur Proklamasi ini kerana orang Melayu berpecah dan memang memerlukan bantuan pemimpin yang boleh memimpin mereka keluar dari belenggu kemiskinan dan menjamin masa depan orang Melayu.

 

Orang-orang Melayu sekarang ini berpecah belah dan miskin sehingga ramai yang meluat untuk keluar mengundi kerana periuk nasi mereka terjejas. Parti politik Melayu keramat sendiri yang sepatutnya memperjuangkan masa depan orang melayu telah terpesong dan bersekongkol untuk menyamaratakan hak dan bukan menyamaratakan kekayaan kaum bukan Melayu dan Melayu. 

 

Masalah orang Melayu tidak akan selesai dengan fitnah-fitnah Perdana Menteri terhadap Tun Dr Mahathir. Kami khuatir masa depan orang melayu akan terus terkubur di bawah pentadbiran Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim. Berhentilah memfitnah Tun Dr Mahathir dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri.

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Sekretariat Tanahair 

 

Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-cabar-pemimpin-kaya-kongsi-kekayaan-dengan-orang-melayu-418346 

 

P. RAMASAMY SEORANG RASIS TIDAK BERHAK MENYENTUH SOAL DAN INISIATIF ORANG MELAYU


P. RAMASAMY SEORANG RASIS TIDAK BERHAK MENYENTUH SOAL MELAYU DAN INISIATIF ORANG MELAYU 

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang tidak layak mengulas perjuangan pemimpin Melayu khususnya berkenaan dengan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Semua kenyataan-kenyataan dari P. Ramasamy berbaur perkauman terhadap orang Melayu dan segala inisiatif dan usaha untuk memajukan bangsa Melayu di anggap sia-sia. 

Adakah orang Melayu patut menyerahkan masa depan mereka dan bergantung harapan kepada P Ramasamy? atau DAP? Adakah Ramasamy akan menyelesaikan masalah orang Melayu yang berpecah belah? atau Ramasamy lebih suka kalau orang Melayu berpecah supaya dapat memberi kemenangan besar kepada DAP?

Kami yakin melalui Proklamasi Orang Melayu, lebih ramai akan sedar permasalahan orang Melayu dan bersatu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan orang-orang Melayu yang menjadi masalah utama.  
 
Ramasamy adalah seorang pemimpin rasis yang sentiasa menyerang penyatuan orang Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu yang mewakili orang Melayu. Sifat dan kenyataan Ramasmylah yang menimbulkan kemarahan dan provokasi orang Melayu terhadap kaum bukan Melayu. 

Proklamasi Orang Melayu bukanlah agenda politik tetapi inisiatif yang dimulakan oleh sebilangan orang-orang Melayu yang sayangkan bangsa dan risaukan masa depan orang-orang Melayu. Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang nasionalis veteran tentulah menyokong usaha kami.

Tun Dr Mahathir telah pun memfailkan saman fitnah RM150 juta keatas Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh Dr Mahathir memperkayakan ahli keluarga dan kroninya. Ramasamy boleh mula menabung sebagai persediaan untuk disaman jika terus membuat fitnah. 

Kami juga menggesa pihak polis untuk menegakkan undang-undang dan mengambil tindakan keatas  Ramasamy yang rasis dan ternyata telah banyak menyinggung perasaan orang Melayu.

Armin Baniaz Pahamin
Setiausaha Sekretariat Tanahair

 NOTA: Rujukan kenyataan Ramasamy: https://malaysiagazette.com/.../mahathir-hadi-tak-layak.../

© all rights reserved
made with by templateszoo