Responsive Ad Slot

Slider

Satu Tetingkap Tunggal untuk Semua Insentif Digital akan memudahkan permohonan tetapi tidak menyelesaikan masalah.


Satu Tetingkap Tunggal untuk Semua Insentif Digital dan Teknologi akan memudahkan permohonan tetapi tidak menyelesaikan masalah.

 

Pihak Gerakan Ekonomi Malaysia mengalu-alukan konsep Satu Tetingkap tunggal or ‘one-stop center’ untuk memudahkan permohonan geran dan bantuan kepada pemilik serta syarikat pemula niaga perniagaan teknologi dan digital termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tetapi ini masih tidak dapat menyelesaikan masalah utama usahawan-usahawan digital.

 

Pada 19 Mei 2023, Menteri Ekonomi memaklumkan Kementerian Ekonomi sedang merangka dasar tetingkap tunggal bagi permohonan insentif digital dan teknologi untuk mengatasi pemilik syarikat pemula teknologi dan yang mahu bermula tetapi tidak menyedari bantuan yang tersedia.

 

Masih ramai yang sebenarnya usahawan teknologi digital dan PKS yang tidak tahu kewujudan insentif dan bantuan yang tersedia, dan pelancaran aplikasi satu tetingkap tunggal ini akan buntu dengan masalah yang sama. Masalah utama ialah dari segi penyebaran maklumat. Aplikasi ini seperti juga maklumat insentif dan bantuan yang tersedia, memerlukan promosi yang berterusan supaya rakyat di setiap negeri dan daerah cakna dan mendapat manfaat. 

 

Banyak PKS juga masih jauh ketinggalan dari segi adaptasi teknologi dan mungkin tidak akan menggunakan aplikasi digital Menteri Ekonomi kerana kurang mahir memohon di atas talian. Dasar Satu Tetingkap Tunggal juga perlu menyelesaikan pertindihan tanggungjawab diantara agensi dan kementerian. 

 

Dasar Satu Tetingkap Tunggal untuk semua insentif adalah agak remeh berbanding keperluan dasar-dasar yang lebih penting yang boleh memaju ekonomi digital Malaysia. 

 

Dasar yang lebih penting yang perlu di pacu oleh Kementerian Ekonomi ialah dari segi hala tuju ekonomi digital. Menteri Ekonomi perlu memandu sektor-sektor dalam ekonomi dengan membangun syarikat teknologi digital tempatan supaya Malaysia boleh menjadi juara dalam sesuatu bidang. 

 

Dengan melabur, membangun dan mempromosi syarikat teknologi tempatan di dalam sektor atau bidang terpilih, syarikat ini berpotensi untuk mengembangkan perkhidmatan mereka ke pasaran luar negara. Aplikasi seperti Grab, Shopee, Lazada dan MySejahtera yang di promosikan secara hebat oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang dimiliki oleh syarikat asing. 

 

Grab yang dahulunya dimiliki penuh oleh Malaysia kini juga telah dimiliki oleh negara asing kerana Kerajaan Malaysia pada waktu itu tidak yakin dan gagal untuk melabur dalam syarikat tersebut.

 

Saya juga menggesa YB Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi untuk memacu hala tuju syarikat-syarikat pemula teknologi supaya ia bukan sahaja dapat memenuhi permintaan tetapi dapat melonjak ekonomi negara. 

 

Contohnya, syarikat pemula Fintech yang menyediakan berbagai eWallet di pasaran. Apakah tujuan dan hala tuju kerajaan untuk syarikat Fintech di Malaysia? Adakah kita ingin membangun beratus syarikat Fintech atau kita hanya memerlukan beberapa syarikat yang kita oleh bangun dan majukan dengan sokongan kerajaan untuk pasaran tempatan dan pasaran luar.

 

Malah bukan sahaja syarikat Fintech tetapi kerajaan perlu mendokong syarikat dalam semua bidang supaya kita boleh mengelak dari membiayai melalui geran atau bantuan kepada beberapa syarikat yang bakal bersaing diantara satu sama lain. Ini akan menjadi satu kerugian kepada dana yang terhad kerana syarikat tersebut tidak mungkin dapat bertahan akibat dari saingan sengit.

 

Buat masa kini, terdapat berpuluh syarikat yang menawar perkhidmatan eWallet di Malaysia. Berapa lama syarikat ini boleh bertahan dengan saingan yang terlampau banyak khususnya dari syarikat gergasi asing? 

 

Diantara e-Wallet yang berada di pasaran ini termasuk Touch n Go TNG, Boost, Grabpay, Lazada, Shopeepay,  Fave, Shopeepay, CIMBPay, Vcash, Upay, Wechat Pay, Bigpay, Alipay, Aeon Wallet, MAE by Maybank, Bigpay, MYMy, B-Infinite, GoPayz by Umobile, Zapp, JuruPay, Presto, Setel by Petronas, Sarawak Pay, 1Pay by 1 Utama, Kedah Pay, Mydin, Wang Merchantrade, Instapay, Samsung Pay, Vircle, eWANG, Apple Pay dan lain-lain.

 

Negara China merupakan salah satu negara terawal yang menggunakan teknologi eWallet dengan jayanya kerana mereka hanya bermula dengan satu aplikasi sahaja iaitu aplikasi WeChat. 

 

Dasar dan pelaksanaan ekonomi digital juga perlu memainkan lebih peranan untuk memajukan syarikat tempatan dalam berbagai bidang dan sektor. Sebagai contoh dalam sektor rumah pintar (‘Smart Homes’) dan kereta pintar (‘Smart Vehicles’). Adaptasi teknologi rumah pintar dan kereta pintar sedang membangun dengan pesatnya di dunia tetapi di Malaysia kita masih di berebut di peringkat mengeluarkan berbagai aplikasi mudah alih. 

 

Di peringkat Universiti pula, agenda ekonomi digital di jalankan secara persaingan dan tidak memberi impak komersial kerana data mereka berasingan dan tidak di tambah nilai kerana ianya disimpan dan tersembunyi di dalam Universiti.

 

Ekonomi Digital perlu di pandu oleh kerajaan dengan menarik dan memberi tumpuan kepada usahawan digital tempatan untuk memberi fokus kepada sektor-sektor penting yang terpilih seperti ‘smart vehicles’ dan ‘smart homes’ yang bakal mengubah landskap dan gaya hidup rakyat seiring dengan pembangunan ekonomi digital dunia. 

 

Armin Baniaz Pahamin

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia


Rujukan:

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kementerian-ekonomi-rangka-dasar-tetingkap-tunggal-bagi-permohonan-insentif-digital-teknologi-420118?s=08 

 

https://malayadaily.com/berita/kementerian-ekonomi-cadang-semua-insentif-digital-dan-teknologi-digabung-satu-tetingkap-tunggal/ 

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo