Responsive Ad Slot

Slider

Bubur Lambuk Kota Bharu


Pasukan parlimen Pejuang Kota Bharu tidak ketinggalan untuk bersama gotong royong masak dan edar bubur lambuk di bulan yang mulia ini. Jentera mula berkumpul di rumah penyelaras Parlimen Kota Bharu Nor Ali Nordin Yaman atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Ali seawal 10 pagi.
Bahan-bahan mentah untuk memasak telah di beli terlebih awal. Ada banyak resipe untuk memasak bubur lambuk tapi resipe tersedap ialah resipe bubur lambuk Mami Zie. Memang resipe turun termurun. Walaupun harganya mungkin berbeza sedikit dari bubur lambuk lain, tetapi memang berbaloi.
Ramai yang turun membantu, hadir pada pagi ini Wan Azrita binti Wan Wan Mohamad aka Mami Zie selaku tuan rumah merangkap master chef. Zailina Abdul Hamid aka K.long Lyn Penyelaras PDM Khatib Ali, Kak Norjihan Sheikh Abdullah Penyelaras PDM Kg Sireh, Zuelina Hanum Alias aka Techer Naa Penyelaras PDM Kg Dusun, Mohd Zaki Mahmood aka Abe kie Penyelaras PDM Pdg Garong, Kak Za Penyelaras Pejuanita Khatib Ali, Cik Eva Fatihah Penyelaras Pejuanita PDM Bandar, Puan Nor Fazirah Ketua Pejuanita PDM Kg Sireh, Cik Qairatul Aini aka Yaya Naib Penyelaras Pejuanita muda Parlimen, Sdr Farid Fakhrullah Penyelaras Pejuang muda Parlimen dan Sdr Khai Naib Penyelaras Pejuang muda Parlimen.
Selepas selesai masak 5 periuk, bubur di masukkan dalam bekas untuk diagih. Agihan bubur lambuk bermula pada jam 2pm di lokasi utama di Kampung Khatib Ali. Penyelaras Pejuang disitu siap buka khemah dan gantung banner. Alhamdulillah. Terima kasih Kak Long Lyn diatas semangat yang membara.
Setiap penyelaras PDM juga bergerak untuk mengagihkan bubur tersebut di kawasan masing masing.
Tun pengerusi memang suka semangat gotong royong sebegini dan memang digalakkan kerana ia juga dapat merapatkan silaturahim sesama pasukan. Saya ucapkan syabas kepada Ayah Ali dan semua sukarelawan yang hadir menjayakan program.
Tahniah dan Syabas!!
Ps. Ramai yang mesej kepada saya, maklumkan yang bubur lambuk Mami Zie ni meme sedap. Sero kempunan doh pulok ko guano Muthalib? Tapi Ayah Ali janji doh, pahni Mami Zie akan buat bubur special bilo ambo kelik.

#pejuangkelantan 











0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo