Responsive Ad Slot

Slider

Siti Nur Syazwani binti Mohd Azman memotong rumput untuk menyara keluarga di Kota Bharu Kelantan

 


Baru baru ni Rosli Abdullah dari team Biro Ekonomi Pejuang Kota Bharu telah melawat Siti Nur Syazwani Binti Mohd Azman, seorang wanita berusia 22 tahun yang mengambil upah memotong rumput untuk menyara keluarganya. Kisah Siti Nur Syazwani yang lebih dikenali sebagai Wani pertama kali disiarkan di akhbar Berita Harian pada 3 April 2022 (link di bahagian komen).

Wani merupakan anak kedua dari enam adik beradik, juga mengidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi.

Suaminya bekerja sebagai buruh binaan dan dua bulan lepas, abangnya telah berhijrah ke Penang untuk bekerja di sebuah kilang. Adik ketiga, seorang perempuan berusia 20 tahun bersekolah setakat tingkatan 2 mengasuh anak jiran dengan kadar upah RM200 sebulan. Adiknya ke empat, ke lima dan ke enam berusia 16 tahun, 11 tahun dan 7 tahun masih bersekolah.

Berbekalkan upah RM300-RM350 sebulan memotong rumput, Wani mengambil tanggungjawab membesarkan adik-adiknya setelah ayahnya meninggal dunia akibat kanser manakala Ibunya pula telah berpindah ke Johor untuk bersama suami baru.

Keluarga mereka sangat daif dan serba kekurangan dari segi keperluan asas dan barangan dapur. Sempena bulan Ramadhan yang mulia, bagi pihak keluarga Wani saya meminta jasa baik rakan-rakan, kenalan dan keluarga untuk memberi sedikit sumbangan dan derma kepada Keluarga Wani untuk meringankan beban mereka sekeluarga dan juga sedikit bekalan untuk menyambut hari raya.

Semoga Allah taala murahkan rezeki, memberkati dan melindungi saudara dan saudari di dunia dan akhirat.

Untuk sumbangan, boleh salurkan terus kepada Wani di akaun Bank Islam: 03-018-02-149291-6
Nama: Cik Siti Nur Syazwani Binti Mohd Azman.

Kami juga bantu Wani untuk mendigitasi kemahiran Wani memotong rumput supaya Wani boleh mendapat lebih ramai pelanggan dan meningkatkan pendapatan. Untuk menggunakan perkhidmatan memotong rumput dari Wani, boleh muat turn dan pinta servis potong rumput (dan berbagai servis lain) melalui aplikasi Hyred. Terima kasih diatas sokongan.

Jazakallahu Khayron.







0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo