Responsive Ad Slot

Slider

JPJ TUKAR HAK MILIK 2019- PROSES & PANDUAN




Link untuk Pemeriksaan Puspakom B5 - http://bit.ly/2qASBPaJPJ

- Proses tukar milik kereta Syarikat.

1. Mesti kena ada Puspakom Inspection Borang B5 untuk tukar milik kenderaan secara sukarela.

2. Download borang Tukar Hak Milik Kereta secara sukarela di Link - http://bit.ly/armin_jpjk3

3. Isi dengan penuh borang JPJ K3 (Panduan dalam video Youtube)
4. Ambil Insurans diatas nama pemilik kereta baru. Kalau tak tau nak beli insurans kat mana, boleh walk-in je ke JPJ - akan ada meja insuran agent disitu.

5. Batalkan insurance atas nama pemilik kereta lama (hubungi syarikat insurance).

6. Pergi ke JPJ - saya syorkan pergi ke JPJ Petaling Jaya kerana tak ramai orang dan perkhidmatan/servis amat bagus dan friendly. Tak ada pasiiti untuk booking.

7. Ambil nombor Que.

8. Tunggu giliran, apabila giliran dipanggil, pegawai JPJ akan menyemak semua dokumen

9. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
i. Photocopy KP director/pengarah yang menandatangani surat wakil.
ii. Kalau individu - IC penjual.
iii. Surat Wakil (Surat wakil mestilah atas penama lain & bukan orang yang sama yang membeli -sila rujuk ke video)
iv. Borang 9 (dan 13), borang 49 (senarai nama pengarah),
v. GERAN KERETA original.
vi. Insurance atas nama pembeli kereta baru yang telah dibayar.
vii. Bayaran untuk JPJ sebanyak RM100.
viii. Bayaran untuk road tax. Kalau road tax masih hidup, boleh sambung sahaja.

TIP 1: 1. Pastikan kereta tiada pinjaman atau semua pinjaman telah diselesaikan. Dengan adanya e-Hakmilik, pembatalan hak milik oleh bank disempurnakan secara automatic dan online sahaja.
2. SUSUN SEMUA DOKUMEN DENGAN LENGKAP KEMUDIAN STAPLE.
3. Surat wakil hendaklah di atas nama staff atau pekerja yang bukan diatas seseorang yang ingin membeli kereta tersebut.
4. Pastikan Insuran telah diambil atas nama pemilik baru 5. Insuran lama boleh batal dan dapatkan refund. Kalau dokumen lengkap, proses untuk menukar nama dibuat dikaunter dan memakan masa kurang dari 2-3 minit.

Disclaimer: Video Panduan ini tidak diendorsekan oleh JPJ tetapi adalah berpandukan dari pengalaman peribadi saya.

 .
0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo