KEADAAN EKONOMI TAK TERKAWAL DAN BANYAK PERNIAGAAN AKAN LINGKUP

ENGISH (Versi Bahasa dibawah)

PRESS RELEASE

GERAKAN EKONOMI MALAYSIA (PPM-013-10-01022021)


1. We laud and welcome prominent economist, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram call for government to adopt a ‘Look East’ policy in its battle against Covid-19.


2. We are wasting resources in the wrong approach against the Covid-19 and it is at the cost of a prolonged economic downturn. 


3. The budget allocated for 2021 was for post-recovery stage 5; ‘Revitalise’ of the Strategy 6R approach namely Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise and Reform. We are far from Recovery.


4. This resulted in significantly less budgetary resources available to overcome the pandemic and as a result, the spread of Covid-19 cannot be contained. 


5. Even with the State of Emergency declared, funds are not being effectively used to contain the pandemic.  


6. A mass testing and a complete isolation of those tested positive even without symptoms must be implemented to reduce the numbers of daily cases and death. 


7. With all positive cases isolated, the State of Emergency and Movement Control Order can be lifted so the economy, businesses and government offices can return to normalcy. Our economy can then recover.


8. Similar Mass Testing and Quarantine approach was done in China at the peak of the pandemic and the same approach was successfully implemented by South Korea.


9. In Malaysia, a loose Movement Control Order was implemented and those tested positive are quarantined at home unless they are with symptoms. 


10. The number of positive cases and death are increasing and at a record high since the declaration of the State of Emergency, and the announcement of the Movement Control Order 2.0.


11. We fear the lack of effective approach by the current government will lead to the demise of more businesses, which in turn will cause people starvation and depression.


12. We are in support of our prominent economist such as Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram call for the KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong to consider having a temporary government of national unity before the situation is worsen.


ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Chairman


BAHASA MALAYSIA




KENYATAAN MEDIA

GERAKAN EKONOMI MALAYSIA (PPM-013-10-01022021)


1. Kami menyahut saranan pakar ekonomi, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram agar kerajaan menerapkan Dasar Pandang ke Timur dalam memerangi penularan pandemik Covid-19.


2. Banyak dana telah dibazirkan dengan pendekatan yang salah dalam memerangi Covid-19 dan ini mengakibatkan kemerosotan ekonomi yang lebih berpanjangan.


3. Belanjawan yang diperuntukkan untuk tahun 2021 adalah untuk peringkat selepas pemulihan iaitu Fasa ke 5; ‘Revitalize’ mengikut pendekatan Strategi 6R iaitu Resolve (Ketegasan), Resilience (Ketahanan), Restart (Memulakan Semula), Recovery (Pemulihan), Revitalize (Menghidupkan Semula) dan Reform (Penyusunan Semula). Situasi negara amat jauh dari fasa Pemulihan.


4. Ini mengakibatkan belanjawan yang disediakan amat rendah peruntukan untuk mengatasi wabak tersebut dan akibatnya, penularan wabak Covid-19 semakin tidak dapat dikawal.


5. Walaupun dengan pengisytiharan darurat, dana negara tidak digunakan secara efektif untuk mencegah wabak tersebut.


6. Ujian besar-besaran (mass testing) dan pengasingan (quarantine) mereka yang telah diuji dengan keputusan positif walaupun tanpa gejala (symptom) mesti dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kes dan kematian harian.


7. Dengan mengasingkan semua kes positif, deklarasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat ditamatkan secepatnya untuk pemulihan ekonomi, perniagaan dan urusan kerajaan dapat beroperasi sepenuhnya. Ekonomi kita kemudiannya dapat pulih.


8. Langkah ‘Mass Testing’ dan Kuarantin sebegini telah berjaya dilaksanakan di China pada puncak penularan wabak dan pendekatan yang sama telah berjaya dilaksanakan dan menampakkan hasil yang baik di Korea Selatan.


9. Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang amat longgar dilaksanakan dan mereka yang diuji positif hanya perlu di kuarantin secara kendiri di rumah melainkan jika mereka mengalami simptom.


10. Jumlah peningkatan kes positif dan kematian berada pada tahap yang tertinggi sejak pengisytiharan Darurat dan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.


11. Kami bimbang tanpa pendekatan yang berkesan oleh kerajaan sekarang, akan mengakibatkan lebih banyak perniagaan akan lingkup, rakyat kebuluran kelaparan dan kemurungan.


12. Kami menyokong sepertimana yang disarankan oleh tokoh-tokoh ekonomi tersohor negara seperti Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram agar KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan dibantu Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu mempertimbangkan pelantikan sebuah kerajaan perpaduan sebelum keadaan negara menjadi bertambah parah.


ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Pengerusi


Comments