Responsive Ad Slot

Slider

Sekeping Kertas Yang Penuh Bermakna.


Sekeping Kertas Yang Penuh Bermakna.
 
Pada suku ketiga tahun lepas saya menerima panggilan dari Pejabat Tun Dr Mahathir mengatakan Tun M ingin bertemu dengan saya. ‘Terkejut badak’ sekejap (Short of a better word). Selama saya memegang jawatan President PEDA hampir 2 dekad, tak pernah Tun memohon untuk berjumpa. Masa Tun M menjadi penasihat dan Pengerusi PROTON pun, kami banyak juga berdialog tetapi tak pernah Tun M meminta untuk berjumpa. Kebiasaannya, kita yang nak berjumpa. jadi saya dengan perasaan bercampur suspen, excited, happy atau confused terus bersetuju untuk berjumpa Tun.
 
Pada hari dan tarikh yang ditetapkan, saya hadir berseorangan untuk berjumpa dengan Tun di Yayasan Al Bukhary tanpa apa-apa persediaan. Sebenarnya, tak tahu nak sedia apa-apa pun. Nak sedia resume atau CV, tak ada la nak minta kerja. Nak sedia memorandum, saya dah lepaskan jawatan Presiden PEDA. Nak minta project, tak ada project yang nak minta pun. 
 
Bila bertanya dengan pejabat Tun, depa pun tak tahu. Depa kata Tun nak berjumpa sahaja, agenda atau maklumat tidak diberitahu.
 
Jadi pertemuan secara peribadi pertama sekali mengambil masa 1 jam. Berbagai soalan dan pendapat ditanya oleh Tun. Nak pendekkan cerita, saya menghadiri 3 pertemuan yang semuanya memakan masa yang hampir sama lama dan pada akhirnya Tun bertanya dan menjemput saya menyertai parti barunya PEJUANG. Bila balik kerumah, saya terus pergi berjumpa Pok (orang Kelantan menyebut Pak, sebagai Pok) dan menceritakan sesi-sesi bersama Tun.
 
Pok terus mengucapkan tahniah sambil berkata, itulah cara Tun interview seseorang. Bila fikir balik, cara Tun Interview memang unik.
 
Semenjak dari hari itu, setiap hari Khamis 3pm, kami bertemu sebagai ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) dan sebagai MEP, semua ahli majlis kena mengangkat sumpat seperti lampiran gambar dibawah. Termasuk hari ini, MEP penaja telah bersidang dalam 23 mesyuarat.
 
Episod-episod pertemuan dan pengalaman sebagai MEP dari hari pertama akan dikongsi setiap minggu di Blog ini. Agenda dan perbincangan perjumpaan tidak boleh dikongsi tetapi pengalaman boleh dikongsi supaya umum dapat mengetahui bagaimana pengalaman belajar, berguru dan bekerja dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 


 
0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo