Responsive Ad Slot

Slider

KITA DALAM DARURAT

KITA DALAM DARURAT

Oleh: Armin Baniaz Pahamin


1.  Setiap hari Khamis, 3pm Tun Dr Mahathir akan mempengerusikan Majlis Eksekutif Pusat Pejuang bersama dengan unit-unit & jabatan-jabatan dalaman Pejuang. Berbagai isu dibincang dan dibahaskan. Dalam Mesyuarat MEP yang ke 24 hari ini, isu ketidakstabilan negara, isu pengangguran, isu sosial, kesihatan dan kebajikan rakyat terus hangat dibincangkan. Mesyuarat bersurai beberapa jam kemudian.


2.  Perintah Kawalan Pergerakan tidak menghalang MEP untuk terus bersidang. Kami bersidang melalui Zoom. Kami patuh kepada perintah.


3.  Perincian perbincangan tidak dapat di kongsilah. Disini beberapa perkara yang perlu disentuh.


4.  Situasi negara amat kritikal. Yang kaya boleh membeli kerajaan dah jadi macam cerita hollywood. 2 buah kerajaan di Malaysia telah dibeli. Kerajaan mahu kekal berkuasa tanpa saingan. Parti MUDA, Parti Pejuang terus ditolak. Parti Hindraf dibatalkan. Jangan terperanjat kalau UMNO pun dibatalkan nanti. 


5.  Parlimen masih tidak dibenarkan bersidang walaupun DYMM YDP Agong telah perkenan membenarkan parlimen bersidang. Malah persidangan Majlis Raja-raja juga ditangguh.


6.  70 ahli-ahli parlimen dari 7 negara Asean juga menggesa Parlimen Malaysia untuk kembali bersidang. Memang luar biasa untuk sesebuah negara dipimpin tanpa suara dari wakil-wakil rakyat dan tidak menepati piawaian antarabangsa


7.  Tanpa persidangan parlimen, tidak ada semak dan imbang terhadap segala aktiviti dan perbelanjaan oleh kerajaan dan terbuka kepada salah guna kuasa. Kalau dengan persidangan parlimen pun duit rakyat boleh dicuri berbilion-bilion melalui 1MDB, cuba bayangkan apa yang boleh berlaku tanpa sebarang suara dari wakil-wakil rakyat.


8.  Kebelakangan ini, RM15bilion peruntukan telah diluluskan untuk membiayai konsesi 10 tahun pembentukan rangkaian 5G kepada sebuah entiti khusus milik kerajaan, Government of Malaysia Special Purpose Vehicle (GOMSPV) tanpa sebarang tender. Dahulu pun beratus juta dibelanjakan melalui direct nego kepada Bestari net dan lain-lain.  


9.  Projek sebegini penting dan besar harus di buka tender kepada pakar-pakar dalam kemahiran teknologi 5G ataupun diadakan satu konsortium. GOMSPV tidak ada pengalaman dan kepakaran teknikal mahupun sebarang kepakaran dan kemungkinan besar ia akan diterajui oleh ahli politik. Tanpa proses tender, ia mampu menjadi 1MDB 2.0 atau bestari.net 2.0 yang telah merugikan dan menjadi beban kepada rakyat. 


10.  Minggu depan sekolah akan dibuka. Cikgu-cikgu sekolah akan berhadapan dengan ramai murid-murid. Sudahkah Cikgu-cikgu di beri suntikan vaksin? Perdana Menteri yang tidak pergi ke Parlimen pun telah diberi suntikan Vaksin. Cikgu yang perlu ke sekolah pula bagaimana?


11.  Dalam situasi kritikal sebegini rupa, eloklah kita semua bersatu untuk satu tujuan. Tujuan utama kita ialah untuk membina semula ekonomi melalui berbagai usaha seperti menaik-taraf kehidupan rakyat. Bila pendapatan rakyat meningkat, rakyat tidak perlu bergantung kepada bantuan kerajaan dan kepercayaan rakyat tidak boleh dijual beli dengan wang.


12.  Walaupun kita pembangkang, kita masih boleh memainkan peranan InnSya Allah.


13.  Bantulah kami untuk memerangi semua jenis rasuah dan sogokan dengan memberi pandangan yang constructive dan sokongan. . Kalau saudara-saudara belum mendaftar, sebagai ahli Pejuang, saudara boleh daftar di www.daftarpejuang.com 


Nota: Gambar screen shot secara candid. Tak sempat nak posing. Minta maaf Tun, gambar (bukan Tun) kurang handsome.




0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo