Responsive Ad Slot

Slider

PELANCARAN GERAKAN EKONOMI PEJUANG UNTUK MEMBANTU MASALAH PENGANGGURAN YANG SEMAKIN MENINGKAT

 KENYATAAN MEDIA

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA


PELANCARAN GERAKAN EKONOMI PEJUANG UNTUK MEMBANTU MASALAH PENGANGGURAN YANG SEMAKIN MENINGKAT MELALUI PENEMPATAN KERJA, PENDIDIKAN, PENGKOMERSIALAN KEMAHIRAN DAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN

  1. Selangor, 19 Disember 2021. Parti Pejuang Tanahair amat bimbang keadaan rakyat yang semakin terdesak akibat kehilangan kerja dan tiada sumber pendapatan. Terkini lebih 59,000 rakyat kehilangan kerja dan jumlah pengangguran telah meningkat melebihi paras 800,000. Kami risau keadaan mereka terutamanya dengan kenaikan harga barang keperluan asas yang teramat tinggi.

  2. Oleh itu, Parti Pejuang Tanahair dengan kerjasama Pertubuhan Gerakan Ekonomi Malaysia hari ini melancarkan Gerakan Ekonomi Pejuang Kebangsaan diseluruh negara bermula dengan Negeri Selangor. Pelancaran gerakan ekonomi pejuang disempurnakan oleh Armin Baniaz Pahamin selaku ahli Majlis Eksekutif Pusat merangkap Ketua Biro Ekonomi Malaysia bersama YB Tuan Harumaini Hj Omar Ketua Pimpinan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor disertai oleh Dato Hj Mohd Zaidi bin Hj Llamdin, Ketua Biro Ekonomi Selangor.

  3. Gerakan Ekonomi Pejuang menggerakkan semua jentera-jentera parti untuk membantu masyarakat yang menganggur untuk mendapat kerja dan membantu komuniti bisnes dan usahawan dengan memberi platfom pemasaran dan latihan. Sasaran kami adalah kepada golongan B40 terbawah.

  4. Penggerak-penggerak Pejuang akan dilatih dan dikelolakan oleh Biro-Biro Ekonomi Negeri dan Biro-biro Ekonomi Pejuanita Negeri.

  5. Jentera parti di semua peringkat akan keluar bertemu dan berjumpa dengan masyarakat di kawasan parlimen mereka untuk menawarkan bantuan yang disediakan dibawah gerakan ekonomi Pejuang. Perbezaan utama gerakan ekonomi Pejuang dengan program lain ialah dari segi pendekatan ini. Jentera kami keluar membantu menawarkan bantuan dan bukan mereka yang memerlukan bantuan perlu datang ke kami.

  6. Pakej bantuan Gerakan Ekonomi Pejuang yang disediakan merangkumi 4 aspek: a. Peluang pekerjaan ini terbuka kepada semua warga negara berumur 18 hingga 60 tahun dan tidak memerlukan apa-apa sijil. Pemohon yang mempunyai ijazah dan sijil boleh memohon dengan Gred dan tangga gaji yang berbeza.

EMBARGO SEHINGGA 11PAGI 19/12/2021

  1. Penempatan latihan kemahiran secara percuma kepada golongan yang berminat untuk mendapatkan kemahiran atau latihan. Latihan disediakan dalam 2 kategori: jangkamasa pendek (dalam 5 hari) atau jangkamasa panjang (beberapan bulan/tahun).

  2. Pendaftaran Perniagaan untuk bantuan khidmat nasihat, peningkatan pemasaran melalui hebahan secara berpusat, memajukan ekonomi sesama peserta.

  3. Pendaftaran Kemahiran untuk menjana pendapatan dari kemahiran.

  1. Oleh kerana sasaran kami adalah golongan B40 terbawah, kepada mereka yang memohon kerja melalui kami, segala kos perjalanan, penginapan, kelengkapan asas, kos pengangkutan pergi balik ke tempat kerja dan makan & minum untuk bulan pertama sebelum mendapat gaji akan disediakan oleh majikan yang berdaftar dengan kita.

  2. Selangor merupakan negeri pertama yang melancarkan program Gerakan

    Ekonomi Pejuang yang berlangsung di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali hari ini. Pada 26 Disember 2021 kami akan berada di Balairaya PJS 20/11 Petaling Jaya dan pada 2 Januari 2022 kami akan berjumpa di No. 32, Jalan Kajang Perdana 2/3 Selangor.

  3. Tujuan Roadshowini diadakan untuk memaklumkan kepada lebih ramai masyarakat bantuan yang kami sediakan dan untuk rakyat yang lebih selesa untuk ‘walk-in’ berjumpa dengan kita. Sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi wakil kami di kawasan parlimen terdekat seperti dilampiran.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Ketua Biro Ekonomi Pusat Parti PEJUANG Tanahair






0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo