Responsive Ad Slot

Slider

Malaya Daily: Kos pilihan raya PBT tinggi, hanya untuk kepuasan ahli politik DAP

Malaysia tidak memerlukan satu lagi pilihan raya yang bakal menelan belanja berjuta-juta ringgit untuk memuaskan nafsu kuasa ahli-ahli politik.

Malah pemilihan melalui pilihan raya juga telah membuktikan pemimpin yang dipilih, adalah berdasarkan populariti dan kemahiran bercakap tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin dan mengurus.

Pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya akan melakukan apa saja termasuk menyalahguna kuasa untuk kekal berkuasa. Pergelutan kuasa sebegini merugikan rakyat.

Lagipun Pihak Berkuasa Tempatan, mengurus kawasan pentadbiran mereka berlandaskan dasar dan pimpinan ahli politik yang telah pun dipilih melalui pilihan raya utama. Jadi pilihan raya untuk pihak berkuasa tempatan adalah satu ‘duplicate’ dan pembaziran yang boleh dielak.

Seseorang yang mengetuai pihak berkuasa tempatan perlu dilantik berdasarkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang mereka dan bukannya dipilih mengikut populariti dan akhirnya, tidak mampu mengurus.

Kerajaan sepatutnya menyediakan garis panduan kelayakan pelantikan ketua-ketua pihak berkuasa tempatan dan bukannya mencadang pemilihan melalui pilihanraya.

Fakta juga telah membuktikan bagaimana wujudnya ketidakseimbangan ekonomi dan demografi antara kaum di bandar-bandar besar. Kaum bukan bumiputera akan mendapat kelebihan yang nyata dari pilihan raya pihak berkuasa tempatan disebabkan demografi penduduk memihak kepada mereka.

Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik pada tahun 2010, 62% penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur contohnya terdiri dari kaum bukan bumiputera.

Kaum bumiputra di bandar-bandar besar adalah kaum minoriti dan terbukti apabila kaum bumiputera susah untuk menang semasa pilihanraya utama kerana penduduk bukan melayu merupakan penduduk majoriti.

Dengan jumlah penduduk yang lebih ramai, DAP tentulah yakin akan dapat menguasai puncak kuasa Pihak Berkuasa Tempatan melalui pilihan raya.

Sebab itu mereka mencadangkan untuk mengembalikan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan bermula dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kemungkinan besar di Pulau Pinang dan Selangor di mana penduduk bukan bumiputera mendominasi jumlah keseluruhan penduduk.

Cadangan ini hanyalah untuk DAP berkuasa dan bukannya untuk perjuangan rakyat.

Ketidakseimbangan demografi dan juga ekonomi yang memihak kepada bangsa bukan pribumi akan mendorong kepada rusuhan kaum yang juga menjadi salah satu penyebab perisitiwa 13 Mei 1969.

Dengan keadaan dan suasana ekonomi yang tidak menentu dan bertambah teruk dari segi nilai ringgit, kuasa membeli dan kos sara hidup, segala dasar seperti pilihan raya kerajaan tempatan yang tidak menguntungkan perlu di ketepikan.

Ahli-ahli parlimen khususnya ahli parlimen kerajaan perlu menitik-beratkan isu-isu yang menjejas kelestarian hidup rakyat dan bukan untuk isu untuk mengekalkan kuasa politik semata-mata.

Armin Baniaz Pahamin – Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair

Artikel asal di Kos pilihan raya PBT tinggi, hanya untuk kepuasan ahli politik DAP - malayadaily.com

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo