1. Surat terbuka Ketua Pemuda Amanah Perlis Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad, kelihatan jujur dan kritikal, namun secara struktur ia membina kesimpulan yang berbahaya.
12. Apabila kuasa tergelincir, mereka kehilangan bukan sahaja jawatan, tetapi juga sumber ekonomi kerana tiada pemilikan mapan.
13. Dominasi ekonomi pihak lain pula bukan hasil ‘kegagalan Melayu sendiri’, tetapi akibat liberalisasi pasaran tanpa pemindahan teknologi, dasar terbuka tanpa perlindungan peralihan, serta ketiadaan pelan pemilikan industri nasional yang berdaya tahan.
14. Generasi muda tidak menolak Melayu, mereka menolak sistem lama yang menormalisasikan rent-seeking, nepotisme dan ekonomi tertutup.
15. Mereka bertanya bukan siapa memegang kuasa, tetapi siapa memiliki industri, teknologi, data dan rantaian nilai masa depan.
16. Hingga hari ini, jawapannya bukan Melayu!! bukan kerana Melayu gagal, tetapi kerana sistem tidak pernah membenarkan Melayu membina pemilikan sebenar.
17. Hakikat paling penting ialah kegagalan ekonomi Melayu ialah kegagalan negara.
18. Menyalahkan bangsa hanya mengalihkan fokus daripada reform struktur sebenar dan membuka ruang kepada penghakisan perlindungan perlembagaan atas nama “reformasi”.
19. Melayu tidak memerlukan slogan baharu. Melayu memerlukan rekonstruksi sistem ekonomi nasional, daripada pendidikan teknikal, pembiayaan perusahaan, rantaian bekalan, pemilikan industri hingga dasar perolehan negara.
20. Rekonstruksi ini menuntut satu reset politik nasional yang sebenar.
21. Dalam konteks ini, kesatuan Melayu bukan slogan emosi, tetapi prasyarat strategik.
22. Tanpa kesatuan, tidak wujud kekuatan legislatif mencukupi untuk merombak struktur lama dan membina ekosistem kapital rakyat.
23. Selagi kuasa politik Melayu berselerak, struktur tertutup akan terus dilindungi oleh kepentingan yang lebih tersusun.
24. Reset politik ialah pintu masuk kepada reset ekonomi. Tanpa penyatuan Melayu, pintu itu tidak akan terbuka.
25. Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad dan ahli-ahli serta pemimpin melayu parti Amanah juga boleh menyertai Payung besar melayu dan sama-sama kita reset ekonomi dan politik Malaysia.
