Skip to main content

APA SEBENARNYA "MAI AFTERMARKET APP" ATAU "APLIKASI AFTERMARKET" INSTITUT AUTOMOTIF MALAYSIA?

YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohammad Najib bin Tun Hani Abdul Razak telah melancarkan aplikasi "MAI Aftermarket App" di Pekan pada 25 May 2015 di majlis Gegar Autoria tetapi tidak ramai yang tahu sebenarnya apakah aplikasi MAI aftermarket itu?

Aplikasi MAI Aftermarket terbahagi kepada dua aplikasi iaitu CarBengkel dan MAGIS. CarBengkel merupakan aplikasi baru berteraskan teknologi GPS, PUSH dan teknologi mudah alih bertujuan untuk memudahkan pemilik kereta untuk mendapatkan perkhidmatan servis dengan harga paling berpatutan. Ciri ciri aplikasi CarBengkel akan di terangkan dengan lebih lanjut. MAGIS pula merupakan sistem pengurusan bengkel berasaskan awan pintar. 

MAI CEO, Madani Sahari menerangkan ciri-ciri CarBengkel kepada Timbalan Menteri Kewangan

Aplikasi CarBengkel melalui teknologi GPS membolehkan pemilik kereta untuk mendapatkan perkhidmatan servis atau baik pulih kereta dimana-mana sahaja ia berada. 

Pihak Institut Automotif Malaysia (MAI) faham masalah-masalah yang dihadapi oleh pemilik kereta untuk menyelenggarakan kereta mereka dari segi masa, bajet dan juga untuk mencari bengkel yang bertauliah. 

Untuk menyelesaikan masalah ini, pemilik kereta boleh menggunakan aplikasi CarBengkel dimana-mana sahaja ia berada samada di pejabat atau rumah. Sebagai contohnya, untuk menyelenggarakan kereta sambil bekerja di pejabat (atau di rumah), pemilik kereta hanya perlu melengkapkan jenis servis/baik-pulih yang diperlukan dan menghantar Job Request (atau Pesanan Servis) melalui aplikasi CarBengkel. Job Request tersebut akan dihantar kesemua bengkel berdaftar  yang berdekatan. Bengkel akan menerima Job Request tersebut dan berpandukan GPS, boleh mencari lokasi dan mengambil kereta pelanggan untuk di servis. Pemilik kereta juga boleh pandu sendiri ke bengkel berpandukan GPS CarBengkel setelah membuat booking melalui aplikasi ini.

Team dari CarBengkel bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institute Automotif Malaysia, M.Madani Sahari

Aplikasi CarBengkel juga membolehkan pemillik kereta mendapatkan sebut harga untuk servis atau baikpulih, alat ganti kereta (termasuk harga untuk menukar Tayar) dan juga untuk caj-caj servis. Apabila pemilik kereta menghantar pesanan untuk sebut harga, pesanan itu dihantar kepada semua bengkel berdekatan atau jarak yang pemilik kereta tetapkan. Dari senarai sebut harga yang diterima, pemilik kereta boleh memilih bengkel yang paling sesuai berpandukan sebut harga dan jarak bengkel. Kemudiannya, pemilik kereta boleh membuat pesanan terus kepada bengkel yang mempunyai sebut harga paling sesuai dan berpatutan. 

 Kiri: Zaibani Md Dom (MAGIS COO), Madani Sahari (MAI CEO), Datuk IR Hamin Samuri (Dep Minister International Trade & Industry), Armin Baniaz Pahamin (CarBengkel MD), Anny Chunraem (CarBengkel), Steven Path (CarBengkel CTO), Amnan Bazli Pahamin (CarBengkel) Mel.

Kesemua ciri-ciri aplikasi CarBengkel di sediakan tanpa apa-apa bayaran atau caj samada untuk muat-turun atau untuk penggunaan aplikasi kepada pemilik kereta. Aplikasi ini disediakan "free of any charges" dan boleh dimuat turun melalui Play Store dan Apple store.

Bengkel-bengkel atau pusat servis wakil sah pengedar pengedar kereta OEM boleh menghubungi MAI atau boleh emailkan kepada armin@carbengkel.com untuk mendaftar dan mengaktifkan penyertaan. Tidak ada apa-apa kos, yuran atau pembayaran yang dikenakan kepada semua bengkel-bengkel untuk penyertaan dan pendaftaran dengan CarBengkel. Adalah menjadi matlamat MAI untuk memperkukuhkan lagi rangkaian bengkel-bengkel di Malaysia.

Pemilik kereta dinasihatkan untuk muat turun aplikasi ini dan seterusnya melengkapkan dengan penuh butir butir kenderaan dan juga butir-butir pemilik atau pemandu supaya boleh menerima maklumat terkini. Perkhidmatan ini boleh digunakan sepenuhnya oleh pemilik kereta bermula pada 16 June 2015.


Comments

Popular posts from this blog

PAHAMIN A RAJAB

There is no better birthday gift for a father whom already have everything from love, jeweleries, cars and wealth but a nice short autobiography blog to say that he is always being remembered, we are very proud of him and also for his next many generations to remember him by. Of course, a prayer for his eternal happiness and health too. This birthday write-up is from a son whom owes everything to a father that asked for nothing, except to see his family united and happy. We always love you..

HAPPY BIRTHDAY... though abit belated.


His full name is PAHAMIN ABDUL RAJAB. The 3rd in a sibling of 5; the eldest is a sister Bidah binti Abdul Razak, then Allahyarham Mahadi Abdul Razak (picture on right), Datuk Noordin Abdul Razak, my father and Hashim Abdul Razak. PAHAMIN ABDUL RAJAB was born on 23 February 1946 in Kampung Badak, Bachok Kelantan. When Pahamin was born, the registrar misread the arabic writing and wrongly recorded into romanised typing as Rajab instead of Razak, hence the diff…

PAHAMINS' ANNIVERSARIES..

.
This year marked an important year for PROTON having celebrated its 25th year anniversary and MAYBANK's 50th year anniversary but more importantly this year is also my parent's 40th year anniversary, my elder sister Chempaka Emalin & Azhar Sulaiman's 15 year anniversary, Mine's 10th YEAR, my sisters Melor Edina & Rhiza Ghazi's 10th Year and Dr Teratai Edithy & Shazrul Azwa Asari's 5th anniversary.

LOOKING FOR A CAR WORKSHOP? This Local App Will Find One That Won't Overcharge You

This article was first published at Says.com by John Lim (On behalf of CarBengkel team, thank you John & Says.com)

Looking for a reliable car workshop is not an easy feat in Malaysia. Many car workshops are known for overcharging and providing poor quality parts.
Image via Auto World Remember the last time you were overcharged for a repair? Yeah, me too.
The good news is you don't have to fret anymore! Car Bengkel, a local app set up in collaboration with the Malaysia Automotive Institute (MAI), aims to help motorists survive this ultimate road challenge.