Responsive Ad Slot

Slider

KARTEL BANGLA PERLU DIMANSUHKAN



KARTEL BANGLA PERLU DIMANSUHKAN

PETALING JAYA. Parti Pejuang Tanahair memandang serius isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menguasai banyak perniagaan di bandar-bandar besar. Kami difahamkan, kira-kira 7 juta hingga 11 juta PATI berada di Malaysia.
Dengan jumlah PATI yang teramat besar ini, mereka telah mendominasi perniagaan peruncitan, pertanian, pemborongan, bengkel kereta dan juga reka bentuk dalaman rumah serta pejabat. Kami menyokong cadangan Ahli Majlis Tertinggi Clean Malaysia Movement (CMM), Zahir Khan Mohamad Ali dalam kenyataan beliau dalam akhbar Kosmo pada 27 Mac 2022, supaya isu ini perlu disiasat, dikaji, dan dihentikan.
Pihak kami juga menerima banyak laporan harga-harga hasil pertanian yang di jual di pasar-pasar borong di kawal dan di bekalkan oleh ‘Kartel Bangla’ dan ini telah menjejas perniagaan peniaga-peniaga tempatan dan meninggalkan kesan terhadap pengguna yang terpaksa membayar harga yang mahal untuk keperluan harian.
Parti Pejuang tidak menafikan keperluan pekerja asing di sesetengah sektor khususnya sektor perladangan tetapi pemantauan dan penguatkuasaan permit kerja mereka harus diperketatkan supaya ia tidak mengganggu ekosistem perniagaan di sektor-sektor lain.

Kami menggesa Kementerian Sumber Manusia untuk mempertingkatkan usaha untuk menarik golongan belia untuk terlibat sama dalam mencari pendapatan dalam sektor yang kekurangan warga kerja. Sektor perladangan merupakan sumber ekonomi utama negara dan angka pengangguran telah meningkat ke angka 680 ribu penganggur.
Parti Pejuang lebih cendorong supaya kerajaan melahirkan tenaga kerja dari warga tempatan supaya kadar pengangguran di Malaysia bukan sahaja dapat dikurangkan tetapi mereka mendapat pendapatan yang setimpal. Satu tempoh masa yang praktikal perlu diperkenalkan di mana jumlah pekerja asing dikurangkan dan diganti dengan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran berdasarkan permintaan berbagai industri. Dengan kenaikan kadar gaji minima kepada RM1500, amat wajarlah kementerian berusaha menarik pekerja tempatan dari kenaikan itu dinikmati oleh pekerja luar.

Berbekalkan tenaga kerja tempatan yang mencukupi, keperluan untuk pekerja asing akan dapat di atasi dan jumlah pekerja asing di Malaysia dapat dikurangkan. Malaysia telah membuka peluang pekerjaan kepada buruh asing Bangladesh dari tahun 1993 dan semenjak itu, ramai yang terus menetap di Malaysia dan mewujudkan berbagai Kartel Bangla yang menguasai perniagaan dan bekalan.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Ketua Biro Ekonomi Pusat Parti PEJUANG Tanahair
29.03.2022





0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo