Responsive Ad Slot

Slider

Jenayah Scam Perlu di Banteras

KENYATAAN MEDIA

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PUSAT | PENGERUSI BIRO EKONOMI MALAYSIA

 

JENAYAH SCAM PERLU DIBANTERAS

 

1.     PETALING JAYA. Parti Pejuang Tanahair memandang serius isu jenayah ‘Macau Scam’ yang semakin meningkat di seluruh negara. Jenayah Macau Scam ini telah berleluasa semenjak beberapa tahun dan setiap tahun, ia semakin berkembang. 

 

2.     Di Negeri Sembilan sahaja, kes meningkat 336 peratus berbanding tahun sebelumnya; melibatkan kerugian kira-kira RM4.56 juta bagi tempoh Januari hingga 21 April lepas. Di Johor pula, kes meningkat dengan ketara pada tahun ini berbanding tahun lalu melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM9.5 juta setakat 18 April 2022.

 

3.     Kebiasaannya modus operandi Macau Scam ialah dengan menyamar sebagai anggota Polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau sebagai kakitangan kerajaan. Mereka mendakwa orang yang dihubungi mempunyai kes dengan jabatan tertentu sebelum meminta butir-butir dan maklumat dari mangsa.

 

4.     Carian Google juga mendapati hampir setiap hari, pasti ada kes baru yang dilaporkan seolah-olah tiada hasil langsung dari segala inisiatif oleh pihak berkuasa dan kerajaan. Jenayah Macau Scam ini akan lebih agresif tanpa sekatan atau tindakan drastik oleh kerajaan. Dengan teknologi terkini, tentulah kerajaan boleh bertindak dengan lebih agresif dan efektif.

 

5.     Yang pasti, semakin ramai rakyat telah menjadi mangsa ketidakcekapan atau ketiadaan tindakan oleh pihak berkuasa. 

 

6.     Jenayah scam ini juga semakin rancak di platform e-commerce dimana kes penipuan e-dagang dan tipu kerja sambilan dalam talian di Kelantan merekodkan peningkatan mendadak, sebanyak 309 kes penipuan e-dagang dengan jumlah kerugian RM1.44 juta dicatatkan pada 2021 berbanding 229 kes dan kerugian lebih RM800,000 pada tahun sebelumnya, sebanyak 309 kes penipuan e-dagang dengan jumlah kerugian RM1.44 juta dicatatkan pada 2021 berbanding 229 kes dan kerugian lebih RM800,000 pada tahun sebelumnya, manakala kes penipuan kerja sambilan dalam talian pula mencatatkan 51 kes dengan jumlah kerugian lebih RM650,000 berbanding sifar kes pada 2020.

 

7.     Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, sebanyak 5,848 kes penipuan e-dagang dilaporkan sepanjang tahun 2020 di seluruh negara membabitkan kerugian kepada mangsa lebih RM41 juta.

 

8.     Jumlah kes jenayah ini meningkat hampir 80 peratus berbanding 3,511 kes direkodkan sepanjang tahun 2019 dengan kerugian sebanyak RM28 juta.

 

9.     Pejuang menggesa kerajaan untuk menggunakan teknologi Jejak dan kesan (track & trace) terkini untuk mengesan dan membasmi operasi scam. Tubuhkan satu unit di bawah Jabatan Siasatan jenayah Siber dan Multimedia yang terdiri dari pakar penggodam atau hacker yang boleh memasuki firewall scammer untuk mengesan lokasi mereka. 

 

10.  Parti Pejuang juga mengingatkan jentera dalam rangkaian kami untuk sentiasa mengingatkan rakyat semasa menyantuni masyarakat, tentang modus operandi terutamanya Macau Scam supaya rakyat tidak mudah tertipu.  

 

11.  Operasi Scammer bukan sahaja menipu dan mencuri wang rakyat tetapi ia juga terbabit dalam pemerdagangan manusia. Ramai rakyat Malaysia telah ditipu dengan berbagai bentuk pekerjaan di luar negara dengan gaji yang lumayan tetapi akhirnya dipaksa bekerja di gedung scammer (tempat operasi scammer).

 

12.  Ekosistem operasi scammer bukan sahaja merosakkan ekonomi rakyat tetapi juga membuntut ekonomi negara dan harus dibanteras dengan kadar segera.

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Ahli Majlis Eksekutif Pusat | Ketua Biro Ekonomi Pusat Parti PEJUANG Tanahair 

25.04.2022





0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo