Responsive Ad Slot

Slider

KERAJAAN SELANGOR DI GESA HENTIKAN PEMBERIAN TANAH UNTUK BIAYAI PROJEK PEMBANGUNAN

Kerajaan Selangor digesa hentikan pemberian tanah untuk biaya projek pembangunan - Tanahair | DagangNews | mohdzulfadli@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 April - Kaedah pemberian tanah kepada syarikat milik swasta untuk membiayai projek Kerajaan Selangor ala ‘land swap’ perlu dihentikan segera kerana ia hanya merugikan kerajaan dan rakyat.

Sekretariat Tanahair, Armin Baniaz Pahamin berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sepatutnya menjadi pemegang amanah dan penjaga kepada tanah-tanah Melayu dan seharusnya membangunkan tanah-tanah Selangor untuk membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat bumiputera, tetapi tanah-tanah tersebut diberikan kepada syarikat bukan bumiputera.

Katanya, Amirudin Shari pada 6 Mac melalui satu sidang media telah mengesahkan bahawa mesyuarat kerajaan negeri telah meluluskan kaedah membiayai projek RM700 juta pedalaman Sungai Klang projek Gerbang Maritime Selangor melalui pemberian tanah seluas 202.34 ekar tanpa perlu membayar apa-apa premium dan tanpa perlu membayar balik hutang pinjaman kepada kerajaan Selangor.

"Melalui kaedah ini dengan mudahnya syarikat swasta Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB) dapat memiliki tanah Selangor dengan nilai RM117 juta dan melangsaikan pembayaran premium tanah yang tertunggak serta hutang pinjaman.

"Difahamkan dari sumber, tarikh kelulusan tanah tersebut luput bulan Januari 2023 dan sepatutnya telah dibayar. Tanah-tanah tersebut mempunyai unjuran pembangunan bernilai RM10 bilion".

"Kaedah yang dipanggil 'round tipping exercise' ini merugikan negeri dan rakyat Selangor. Anak syarikat milik penuh Menteri Besar Incorporated (MBI) Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) hanya memiliki 45% saham dalam LLB".

"Kami difahamkan tanah 202.34 ekar itu hanya sebagai permulaan dan MBI telah bersetuju melalui perjanjian bertulis untuk memberi tanah lebih dari 600 ekar termasuk tanah rizab melayu kepada LLB," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Armin, pada 14 Mac, Menteri Besar Selangor telah mengumumkan kaedah yang sama land swap pemberian tanah di Klang dan Hulu Selangor untuk membina Kompleks Sukan Shah Alam.

Katanya, pada Januari 2023, sejumlah 536 ekar tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dipengerusi oleh Menteri Besar telah dijual kepada Gamuda Bhd melalui perjanjian usaha sama di antara PKNS dan IGB Bhd.

"Pada 30 Ogos 2021, 536.7 hektar tanah di hutan simpanan Utara Kuala Langat dinyah warta untuk pembangunan kepada syarikat swasta Gabungan Indah Sdn Bhd. Walaupun projek ini telah ditarik balik tetapi ia menunjuk kecenderungan Menteri Besar menganugerahkan tanah Selangor kepada syarikat bukan bumiputera," katanya.

Tambah beliau, tanah-tanah di bawah milikan kerajaan adalah tanah Melayu dan Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak untuk menukar status tanah dan menjual tanah tersebut.

"Kami menggesa Menteri Besar untuk berhenti menggunakan tanah-tanah Selangor untuk membiayai pembangunan negeri tetapi membangunkan tanah-tanah tersebut bersama usahawan bumiputera," katanya. - DagangNews.com (dagangnews.com)

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo