Responsive Ad Slot

Slider

TANAH RIZAB MELAYU TIADA DI NEGERI YANG DI PERINTAH OLEH KERAJAAN BUKAN MELAYU

Foto dari Sinar Harian

TANAH RIZAB MELAYU TIADA DI NEGERI YANG DI PERINTAH OLEH KERAJAAN BUKAN MELAYU

 

Isu keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Kedah tidak perlu di pertikaikan. Selaku Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tentu mempunyai maklumat yang lebih terkini dan tepat.

 

Adalah amat mengecewakan apabila Nik Nazmi Nik Ahmad seorang Menteri yang bertanggung-jawab ke atas TRM tidak menyalurkan maklumat terkini yang tepat tetapi maklumat lama. Kemudian menuding jari ke arah Pejabat Tanah dan Galian Kedah yang tidak mengemaskini maklumat kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. 

 

Menteri sepatutnya meminta maaf di atas kenyataan beliau berdasarkan maklumat yang tidak tepat dan mengambil tindakan ke atas Pejabat Tanah dan Galian Kedah yang tidak mengemaskini maklumat. 

 

Isu yang perlu di pertikaikan ialah jumlah TRM yang semakin berkurangan di sesetengah negeri seperti di Perak. Di Pulau Pinang dan Melaka pula tiada usaha untuk mengadakan TRM dan TRM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula jumlah TRM terlalu kecil. Negeri-negeri yang di kuasai oleh kerajaan bukan melayu memang tiada TRM. 

 

Mengikut laporan Ketua Audit Negara, penilaian output berdasarkan prestasi keseluruhan TRM sehingga Disember 2021 menunjukkan sasaran keluasan Tanah Rizab Melayu seperti yang ditetapkan oleh Wasiat Raja-Raja Melayu masih belum dicapai, iaitu 20.5 peratus berbanding 50 peratus yang disasarkan. Jumlah 20.5 peratus ini akan menjadi lebih kecil jika di tolak hutan simpanan, gunung, tasik dan sungai seperti di maktubkan dalam Wasiat Raja-Raja Melayu

 

Isu TRM berkait dengan 3 isu utama yang perlu di ambil tindakan dengan kadar segera. 

 

Pertamanya, sebanyak 1,881.80 hektar atau 42.5 peratus keluasan Tanah Rizab Melayu yang telah di batalkan status tanah rizab masih belum diganti setakat Disember 2021 (Sumber Laporan Ketua Audit Negara). Penggantian Tanah Rizab Melayu perlu di beri keutamaan dan di beri jangka masa pencapaian.

 

Kedua, berkenaan pembangunan TRM yang boleh memanfaatkan orang Melayu. Sehingga kini, Tanah Rizab Melayu tiada nilai malah Bank juga tidak menerima untuk cagaran dan menilai TRM dengan nilai teramat rendah. Jawatankuasa Khas Pengurusan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu yang diwujudkan juga tidak ada perancangan khusus untuk memajukan Tanah Rizab Melayu yang berpotensi serta inisiatif usaha sama bagi menggalakkan pembangunan TRM.

 

Ketiga, mekanisma atau langkah-langkah yang perlu di ambil untuk mencapai jumlah keluasan tanah 50 peratus TRM seperti yang ditetapkan oleh Wasiat Raja-Raja Melayu. Satu masterplan dan dasar untuk mencapai 50% di perlukan. Adalah amat mendukacitakan apabila sasaran dan wasiat ini di permainkan dan di ambil remeh tanpa tindakan oleh kerajaan. 

 

Di Selangor, mengikut laporan Ketua Audit Negara Inisiatif yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor tidak memanfaatkan orang melayu dengan menyeluruh.

 

Kami menggesa Menteri untuk memberi fokus kepada masalah sebenar Tanah Rizab Melayu dan bukannya menegakkan benang yang basah dengan pendirian maklumat Menteri adalah tepat mengikut laporan lama. 

 

Negeri-negeri selat iaitu Melaka, Penang dan Singapura memang tiada TRM tetapi ianya tidak bermakna TRM tidak perlu adakan. Kuasa untuk gazet Kawasan TRM terletak di bawah Artikel 89, Perlembagaan Persekutuan. Tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan TRM perlu di lindungi dan di pelihara. 

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Sekretariat Tanahair

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo