Responsive Ad Slot

Slider

Mengapa Petronas Buang Pekerja Ketika Syarikat Luar Tambah Pelaburan – NGO

Mengapa Petronas Buang Pekerja Ketika Syarikat Luar Tambah Pelaburan – NGO
KUALA LUMPUR, 28 Jun 25 – Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia Dr Armin Baniaz Pahamin mempersoalkan hala tuju ekonomi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya lebih mengutamakan pelabur asing berbanding syarikat tempatan.
Katanya, situasi semasa yang menyaksikan Petronas dilapor akan membuang 5,000 kakitangannya bertentangan dengan laporan syarikat Shell yang mengumumkan akan menambah pelaburan lebih RM9 bilion di negara ini.
Beliau menyifatkan situasi Petronas yang semakin melemah sebagai ironi, tatkala pelabur asing yakin dengan potensi Malaysia.
“Petronas bukan sekadar syarikat, tetapi institusi nasional yang banyak menyumbang kepada negara. Namun kini, hasil keuntungan menurun, beban dividen semakin berat, dan lebih 5,000 rakyat hilang kerja,” katanya, dalam satu kenyataan.
Beliau turut mempersoalkan mengapa pelaburan berbilion ringgit lebih banyak datang daripada luar, sedangkan Petronas sendiri dilihat terhad peluangnya untuk berkembang.
Tambah Armin, kerajaan seolah-olah lebih meraikan pelaburan asing berbanding membela nasib pekerja tempatan.
“Kerajaan perlu jelaskan pelan jangka panjang untuk menyelamatkan Petronas daripada menjadi ‘mesin ATM’, serta pelan pemulihan untuk ribuan pekerja yang terkesan,” tegas beliau.
Negara katanya memerlukan kerajaan yang menjaga syarikat milik negara dan pada masa sama gigih seperti menarik pelaburan asing, demi kestabilan ekonomi dan masa depan rakyat.
Awal bulan ini, Perdana Menteri menerusi kenyataan berkata, Shell bakal menambah pelaburan melebihi RM9 bilion di Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.
Perkembangan itu dimaklumkan selepas Anwar Ibrahim menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Global Shell, Wael Sawan bersama delegasinya. Politiko.my

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo