Responsive Ad Slot

Showing posts with label Featured. Show all posts
Showing posts with label Featured. Show all posts

TUN MAHATHIR SELAMATKAN NEGARA - HAJI HADI ABDUL AWANG


Tun Mahathir Selamatkan Negara


#PAS ketika meniadi pembangkang yang tegar, tidak lupa akan peranan Tun Mahathir yang menyelamatkan negara ketika krisis ekonomi daripada diheret oleh Menteri Kewangan (yang dinobatkan paling hebat di Asia) masuk ke dalam mulut buaya Tabung

Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa peristiwa yang lain"


YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Minda Presiden PAS, 'Malaysiakini Mempromosikan

ICERD dan Malaysian Malaysia', 23 Mac 2023 


Proklamasi Orang Melayu

Proklamasi Orang Melayu

1. Secara keseluruhan hanya 65% rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 berbandingkan dengan 98% rakyat bukan Melayu yang keluar mengundi. 35% rakyat berbangsa Melayu tidak mengambil kisah soal pemilihan wakil rakyat.

2. Sebahagian besar yang keluar mengundi ini, keluar mengundi untuk mendapat sogokan wang kecil berjumlah RM100-RM500 setiap seorang.

3. Matlamat utama Proklamasi Orang Melayu ialah untuk menimbul kesedaran dan mendorong lebih ramai orang-orang Melayu untuk mengambil kisah tanggung jawab mereka untuk keluar mengundi. Tanggung-jawab untuk menyedarkan orang-orang Melayu ini perlu di pikul bersama oleh semua pemimpin-pemimpin Melayu merentasi kepentingan politik.

4. Saya amat kecewa dengan tindakan kerajaan menghalang inisiatif murni Sekretariat Tanahair untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tanggung-jawab mereka terhadap Negara.

5. Untuk pelancaran proklamasi ini, empat dewan dengan kapasiti hanya 300 hadirin telah membatalkan tempahan yang telah pun dibayar di atas arahan tangan ghaib. Majlis tertutup kecil dengan jemputan rasmi hanya 80 hadirin telah di labelkan sebagai perkauman. 

6. Inikah yang di namakan demokrasi oleh kerajaan Perpaduan?

7. Orang-orang Melayu tidak sedar kejahilan mereka dalam melaksanakan tanggung jawab untuk keluar mengundi atau mengundi pemimpin yang memberi wang sogokan akan merugikan mereka pada jangka masa panjang.

8. Ini telah terbukti melalui statistik dengan jumlah pegangan ekuiti orang Melayu yang kecil dan semakin merosot, jumlah tanah rizab melayu yang semakin pupus. Jumlah kemiskinan yang tertinggi dan semakin besar di tanah Melayu, adalah orang-orang Melayu. 

9. Dengan Lafaz Bimimillah, saya Armin Baniaz Pahamin seorang warganegara berbangsa Melayu menandatangani Proklamasi ini.

10. Marilah orang-orang Melayu bersama, bersatu membina bangsa kita. Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini.

ARMIN BANIAZ PAHAMIN
Orang Melayu


Berikut adalah Proklamasi yang di tandatangani.


PROKLAMASI ORANG MELAYU 

  1. Orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini. Gerai-gerai kecil mereka pun sudah diambil orang.
  2. Mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka. 
  3. Nasib orang Melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka. 
  4. Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri. 
  5. Parti Melayu atas nama Agama, Bangsa dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri. 
  6. Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu. 
  7. Lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini pun bakal terlepas dari tangan mereka. 
  8. Masa depan Melayu kini amat gelap. Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka. 
  9. Pemulihan bangsa Melayu hanya akan Berjaya jika mereka kembali bersatu. 
  10. Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan. 
  11. Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri. 
  12. Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Negara.

Jika sayangkan bangsa, turunkanlah tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini. 





TUN DR MAHATHIR MEMECAH BELAH ORANG MELAYU?

 


TUN DR MAHATHIR MEMECAH BELAH ORANG MELAYU?

1. Semenjak beberapa tahun ini, nama Tun Dr Mahathir sering dikaitkan sebagai punca orang melayu berpecah. Setiap kali nama Tun Dr Mahathir di petik di sosial media ataupun di blog, pasti ada yang meninggalkan komen bahawa Tunlah penyebab melayu berpecah. Betul ke Tun Dr Mahathir yang memecah-belahkan orang melayu?
2. Sebenarnya yang mula memecah-belahkan perpaduan orang melayu ialah Parti PAS, Dato Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyidin Yassin.
3. Perpecahan orang melayu bermula apabila Tan Sri Dato' Sri Paduka Raja Dato' Haji Mohd Asri bin Haji Muda, Dato’ Seri Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi bersama kumpulan ulama-ulama yang pada mulanya menubuhkan kumpulan ulama UMNO, meninggalkan UMNO untuk menubuhkan parti PAS supaya mereka boleh bertanding dan menjadi wakil rakyat.
4. Ulama-ulama ini keluar dari UMNO kerana mereka berpendapat Tunku Abdul Rahman tidak akan pilih orang agama untuk menjadi wakil rakyat. Tunku hanya memilih orang yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan kebiasaannya mereka yang berpelajaran dalam pendidikan Inggeris sahaja di pilih. Tunku berpendapat orang agama hanya mahir dalam urusan agama sahaja dan tidak berkemampuan untuk mentadbir selain dalam urusan agama. Bagi Tunku, orang agama ini tidak ada peranan.
5. Perasaan marah dan tidak puas hati ulama-ulama inilah yang akhirnya tertubuh Parti PAS.
6. PAS menggunakan agama untuk menarik sokongan. Mereka menggunakan agama khususnya di kampung-kampung dengan naratif kalau menolak PAS seolah-olah menolak agama Islam. Pada waktu itu PAS sanggup menggelar UMNO ini kafir kerana UMNO bekerjasama dengan orang kafir.
7. Itulah cara PAS dan buat pertama kali orang-orang Melayu berpecah kepada orang melayu UMNO dan orang melayu PAS.
8. Walaupun orang melayu telah berpecah tetapi UMNO masih kuat. UMNO masih memenangi pilihanraya dan terus menang selama 60 tahun sehinggalah era Tun Abdullah Badawi dan kerajaan Dato Seri Najib Tun Razak. Semenjak itu, Pemimpin UMNO tidak lagi berjuang untuk orang-orang Melayu. Tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Mereka berjuang untuk keluarga mereka, untuk kepentingan mereka.
9. Tun Abdullah berjuang untuk memberi peluang kepada anak dan menantu beliau. Pada mulanya Tun Abdullah mendapat sokongan yang luar biasa dengan memenangi 90% pada pilihanraya tahun 2004.
10. Hanya dalam jangka masa 4 tahun sahaja, rakyat dapat melihat cara dan gerakan Tun Abdullah. Tun Abdullah bukan membangunkan negara tetapi mempraktikkan nepotisma dengan memberi keutamaan kepada anak dan menantu beliau. Anak dan menantu Tun Abdullah berkuasa sehingga boleh menyertai mesyuarat kerajaan yang sepatutnya sulit. Sebab itu dalam pilihanraya 2008 selepas kemenangan besar, UMNO kehilangan 5 negeri termasuk Wilayah Persekutuan.
11. Atas sebab itu jugalah Tun Dr Mahathir telah keluar dari Parti UMNO kerana perjuangan UMNO telah tersasar dari perjuangan orang melayu.
12. Kemudiannya ramai yang mendesak supaya Tun Abdullah meletak jawatan. Beliau meletak jawatan dan menyerah jawatan kepada Dato Seri Najib Tun Razak kerana Dato Seri Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri. Najib adalah anak Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang rakyat sanjung tinggi kerana Tun Abdul Razak banyak berjasa membantu rakyat khususnya orang-orang melayu. Rakyat meraikan pelantikan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri kerana ramai beranggapan Dato Seri Najib seumpama ayah beliau.
13. Tun Dr Mahathir kembali menjadi ahli UMNO.
14. Tetapi apabila Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Dato Seri Najib terus menukar dasar. Keperluan dan syarat 30% ekuiti bumiputera di Bursa juga di hapuskan. Kementerian pembangunan usahawan juga di hapuskan pada masa itu. Dia berpendapat soal politik tak penting. Yang penting adalah duit. Cash is King menjadi mantra Dato Seri Najib. Duit menjadi segala-galanya. Kalau bagi duit, UMNO boleh menang.
15. Tun sekali lagi keluar dari Parti UMNO kerana UMNO telah korup dan menjadi kerajaan Kleptokrat.
16. Apabila pemimpin-pemimpin UMNO menyeleweng, perlembagaan UMNO memberi ruang dan peruntukan kepada ahli-ahli UMNO untuk menolak pemimpin mereka. Ahli- ahli UMNO boleh jatuhkan pemimpin melalui undi sahaja tetapi dengan jumlah dedak yang banyak, ahli-ahli UMNO terus menyokong Dato Seri Najib dan Dato Seri Najib kekal berkuasa.
17. Oleh kerana ahli-ahli UMNO sendiri terus menyokong Dato Seri Najib, Tun Dr Mahathir terpaksa menubuhkan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk melawan Kleptokrasi tetapi Parti Bersatu adalah parti baru dan kecil. Dengan sendirinya, parti Bersatu susah untuk menang.
18. Semasa Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO, hanya 2-3 pengikut sahaja yang mengikuti jejak beliau. Kemungkinan betullah mantra Najib Cash is King. Semua berdiri kukuh bersama Najib apabila mendapat dedak. Kesan dari Tun yang keluar dari UMNO ini berbeza semasa Tengku Razaleigh dan Dato Seri Anwar Ibrahim keluar dari UMNO dengan berpuluh atau ratusan ribu pengikut menyertai mereka. Kenapa Tengku Razaleigh dan Dato Seri Anwar tidak di gelar pemecah bangsa?
19. Untuk menjatuhkan kerajaan Kleptokrat Dato Seri Najib dengan sendirinya Bersatu tak mungkin boleh menang. Tun Dr Mahathir menganggap adalah amat penting untuk Dato Seri Najib tidak menjadi Perdana Menteri kerana Dato Seri Najib mencuri, menyalahgunakan kuasa, Najib menghasut orang sehingga orang-orang melayu hanya impikan duit percuma sahaja. Untuk melawan Kerajaan Kleptokrat, Bersatu harus bekerjasama dengan parti lawan. Parti-parti pembangkang mesti bersatu dan telah terbukti apabila kita bersatu dan bekerjasama dengan parti lawan, barulah kerajaan Kleptokrat Dato Seri Najib berjaya di jatuhkan.
20. Pakatan Harapan dapat menubuhkan kerajaan dan Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Pada ketika itu, Tan Sri Muhyidin juga impikan jawatan Perdana Menteri. Muhyidin menerima hasutan dari Dato Seri Najib yang mengatakan kerajaan yang didirikan ini adalah kerajaan bukan melayu. Itu memang benar tetapi semasa Tun menjadi Perdana Menteri, Tun dapat menangani pengaruh kaum-kaum lain. Pembentukan kabinet kerajaan di kuasai oleh Menteri-menteri Melayu walaupun nisbah wakil rakyat kaum bukan melayu lebih besar. Tun dapat mengawal keadaan dan situasi. Malah Lim Guan Eng juga tidak boleh mempengaruhi Tun.
21. Dato Seri Najib membawa cerita kononnya kerajaan Pakatan Harapan ini bukan kerajaan melayu. Dia menuntut kononnya beliau dan PAS boleh menubuh kerajaan Melayu Islam. Ini merupakan hasutan. Tan Sri Muhyidin melihat peluang untuk dia menjadi Perdana Menteri. Muhyidin, Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin bertiga berusaha untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan. Langkah pertama mereka ialah untuk menolak Tun sebab itu dalam mesyuarat Bersatu, nasihat Tun untuk tunggu dan lihat apa yang akan berlaku ditolak. Mereka berkeras untuk keluar dari gabungan Pakatan Harapan pada waktu itu juga. Mereka memilih Tan Sri Muhyidin.
22. Tan Sri Muhyidin keluar dari Pakatan Harapan bersama 6 orang wakil rakyat Bersatu dan Tun bersama 6 wakil rakyat di pecat. Masa tu Bersatu ada 12 wakil rakyat. Separuh bersama Tan Sri Muhyidin dan separuh bersama Tun. Tun perlu meneruskan Perjuangan untuk orang melayu sebab Tun memang mengenali Tan Sri Muhyidin. Muhyidin akan merosakkan kerajaan. Sebab itu Tun Dr Mahathir terpaksa menubuhkan parti baru sekali lagi dan tertubuhlah Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).
23. Semasa berada bersama Parti Pejuang, tak ada siapa yang sangka Dato Seri Utama Mukhriz sanggup membawa parti Pejuang untuk keluar dari gabungan Gerakan Tanah Air (GTA). Tun Dr Mahathir terpaksa keluar dari parti Pejuang kerana ia bercanggah dengan niat dan hasrat Tun Dr Mahathir yang berjuang untuk menyatupadukan orang- orang melayu yang telah berpecah semenjak PAS ditubuhkan.
24. Pada waktu itu GTA belum diluluskan tetapi gerakan dan usaha untuk menyatupadukan orang-orang melayu telah digerakkan. Dengan gerakan ini, sedikit sebanyak telah menyatu-padukan orang melayu melalui empat parti-parti politik. Dalam gabungan GTA juga terdiri dari badan-badan bukan kerajaan atau NGO dan ada juga orang-orang perseorangan. Perpaduan orang melayu telah dimulakan.
25. Tun Dr Mahathir tidak boleh mengambil terima penyangak, pembelot, pencuri dan penyamun masuk dalam perpaduan orang melayu. Kita kena lawan mereka bukan nak pecah melayu tetapi nak pulihkan orang melayu supaya kerajaan tidak di pimpin oleh pemimpin yang korup dan belot.
26. Itulah yang berlaku. Bukan Tun Dr Mahathir yang memecah-belahkan orang-orang Melayu. Yang pada permulaan sekali ialah PAS kerana mereka yang mula-mula tinggalkan UMNO. Yang kedua yang memecahbelahkan orang melayu ialah Dato Seri Najib kerana menyeleweng. Yang memecah-belahkan orang melayu ialah Tan Sri Muhyidin kerana rakus untuk menjadi Perdana Menteri.
27. Tun Dr Mahathirlah yang cuba, berusaha dan tidak pernah jemu untuk menyatu- padukan balik orang-orang Melayu. Tun tubuhkan GTA kerana nak tarik balik orang melayu yang bebas dari jenayah. Tapi seperti mana yang kita tahu rakyat tidak faham perjuangan Tun Dr Mahathir dan Tun kalah. Tuduhan yang Tun memecah-belahkan orang-orang Melayu tidak berasas dan tidak benar sama sekali.
Armin Baniaz Pahamin
Penganalisa Politik
13 Mac 2023

PERJUANGAN YANG HILANG?


Alhamdulillah usai program pertama anjuran pertububan MyVoice.my dan Sekretariat Tanahair dengan Tajuk “Perjuangan yang hilang?”. Tetamu kehornat untuk sesi ala mini town hall bersama Tun Mahathir hari ini ialah Tan Sri Noh dan Dato Seri Zuraidah.

Tahniah hos dan penganjur Tun Fiqa Mohammad dan rakan-rakan diatas program yang membawa mesej yang jelas. Bangsa termiskin dan terpinggir dari segi peratusan terbesar kemiskinan, peratusan terkecil pemilikan tanah dan pegangan terkecil pemilikan ekuiti saham adalah orang-orang melayu. Kita harus sedar dan kita perlu ambil iktibar untuk membina bangsa kita. Oleh sebab yang sama jugalah, parti berteraskan bangsa adalah relevan dan masih penting.
Saya suka cadangan Dato Seri Zuraidah yang mencadangkan di antara langkah-langkah yang perlu diambil perlu bermula dengan pembudayaan semula keluarga melayu agar lebih cenderong ke arah dunia perniagaan dan keusahawanan. Alhamdulillah sebenarnya kami telah pun bermula semenjak awal tahun 2022.
Saya juga tertarik dengan ulasan mantan Menteri Pembangunan Usahawan Tan Sri Noh. Pembabitan melayu dalam perindustrian mikro, kecil dan sederhana telah banyak meningkat. Secara peribadi semasa berkempen di parlimen Tanjung Karang untuk calon GTA semasa PRU15, saya kagum mendengar maklum balas masyarakat terhadap Tan Sri Noh. Hampir semua warga tempatan yang saya berjumpa di Tanjong Karang amat menyayangi Tan Sri Noh semasa beliau menjadi wakil rakyat disitu. Dia banyak membantu masyarakat dan rakyat khususnya warga Usahawan.
Perjuangan ABATA sudah semakin pudar dan cair bersama peredaran masa dan hanya tinggal nama. Perjuangan yang hilang bersama naratif kerajaan yang berjuang untuk kesaksamaan bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Orang melayu pula di label rasis hanya kerana mereka berjuang diatas peruntukan yang sedia ada dalam perlembagaan persekutuan. Orang melayu di gelar rasis sedangkan bangsa lain yang menuntut kesaksamaan hak. Orang melayu bukan rasis, mereka yang telah menguasai ekonomi dan politik tetapi terus mencabar dan menuntut peruntukan orang melayu lah yang sebenarnya rasis.
Perjuangan ABATA hilang kerana orang-orang melayu lebih setia kepada Parti dan bukan perjuangan membina bangsa. Orang melayu harus terus bersatu merentasi Parti politik dan saling membantu untuk membina bangsa supaya menjadi lebih kompetitif wallahu a’lam.
Sekretariat Tanah Air adalah satu badan penyatuan bangsa di luar batasan parti Politik. Semoga kita bersatu dan bersama membina bangsa demi agama dan tanah air.

KERJASAMA ANTARA GERAKAN EKONOMI MALAYSIA & MARDI CORPORATION DALAM USAHA MERUBAH LANSKAP PERTANIAN MALAYSIA

 

 

FOR IMMEDIATE RELEASE
GERAKAN EKONOMI MALAYSIA - GEM
KENYATAAN AKHBAR

KERJASAMA ANTARA GERAKAN EKONOMI MALAYSIA & MARDI CORPORATION DALAM USAHA MERUBAH LANSKAP PERTANIAN MALAYSIA

1.    Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) mengorak langkahnya dalam memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan keupayaan  MARDI Corporation, sebuah anak syarikat milik penuh Institut Penyelidikan & Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), dalam usaha memberikan nafas baharu sektor pertanian negara.

2.    Sehubungan dengan itu, GEM dan MARDI Corporation telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman untuk menetapkan terma dan syarat untuk penubuhan ladang pertanian campuran pada 26 Mac 2021 dengan disaksikan mantan Perdana Menteri, YB Tun Dr Mahathir Mohamad.

3.    Berkonsepkan penggabungan tanah-tanah pertanian yang menggunakan pertanian campuran berskala besar, usaha ini akan dilakukan dengan nasihat dan kerjasama dari MARDI. MARDI Corporation bakal menawarkan nasihat kepada GEM mengenai konsep, mekanisme dan unjuran pendapatan serta benih yang terbaik untuk memastikan hasil pulangan pertanian secara optimum. Sementara itu, GEM pula akan memberi tumpuan dalam mengenal pasti kawasan-kawasan tanah yang sesuai, perancangan korporat dan pengaturan pembiayaan untuk tujuan tersebut.

Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) aims to leverage on the knowledge, expertise and past successes of MARDI Corporation, the wholly-owned subsidiary of the Malaysia Agricultural Research & Development Institute (MARDI), in the effort of revamping the nation’s agriculture sector.

 

 

FOR IMMEDIATE RELEASE
GERAKAN EKONOMI MALAYSIA - GEM
PRESS RELEASE

Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) aims to leverage on the knowledge, expertise and past successes of MARDI Corporation, the wholly-owned subsidiary of the Malaysia Agricultural Research & Development Institute (MARDI), in the effort of revamping the nation’s agriculture sector.

1.    On March 26, GEM and MARDI Corporation signed a Memorandum of Understanding to establish the terms and conditions in establishing mix-farming estate(s) for production of crops. The ceremony was witnessed by former Prime Minister YB Tun Dr Mahathir Mohamad.

2.    The concept, which involves the amalgamation of agriculture land to be utilized for mixed farming on a big scale will be carried out with the support from MARDI in the areas of production of mix farming crops. 

3.    MARDI Corporation will advise on the concept, mechanism and forecast revenue of the best mix crops and seeds to ensure the best return.

4.    GEM on the other hand would focus on identifying the suitable land areas and financing arrangements for the said purpose.

5.    During the signing ceremony, Armin Baniaz Pahamin, GEM President amplified GEM’s intention to professionally operate and adopt the latest technology through a Cooperative to optimize crops production and to pilot test the concept on at least 1,000 acres of land.

1 MAC HARI YANG PENUH MAKNA

 

Alhamdulillah dapat menghembus 47 batang lilin pada harijadiku hari ini. Nak boleh sampai umur 47 tahun, macam-macam cabaran, suka dan duka terpaksa di lalui. Dari cabaran seorang pesakit kanser darah semasa remaja, cabaran sebagai seorang pelajar MARA di Buckingham University, cabaran mendaki gunung dimerata negeri termasuk 4 kali ke puncak Gunung Kinabalu. Pelari marathon berdozen kali di merata Malaysia, Indonesia, Singapore, Australia, London, Thailand, dan Cambodia. Yang paling mencabar, kehidupan sebagai seorang usahawan yang telah melalui 3 kitar kegawatan ekonomi. Hidup ni tak pernah tak ada cabaran dan setiap cabaran itu memberi pelbagai pengalaman. Yang pasti, ‘I have always live life to the extreme fullest’ Alhamdulillah.

Syukur pada usia ini, saya diberi peluang untuk berkhidmat dan berbakti di dunia politik pula yang tentunya, akan mengundang berbagai lagi cabaran-cabaran baru.

Sekeping Kertas Yang Penuh Bermakna.


Sekeping Kertas Yang Penuh Bermakna.
 
Pada suku ketiga tahun lepas saya menerima panggilan dari Pejabat Tun Dr Mahathir mengatakan Tun M ingin bertemu dengan saya. ‘Terkejut badak’ sekejap (Short of a better word). Selama saya memegang jawatan President PEDA hampir 2 dekad, tak pernah Tun memohon untuk berjumpa. Masa Tun M menjadi penasihat dan Pengerusi PROTON pun, kami banyak juga berdialog tetapi tak pernah Tun M meminta untuk berjumpa. Kebiasaannya, kita yang nak berjumpa. jadi saya dengan perasaan bercampur suspen, excited, happy atau confused terus bersetuju untuk berjumpa Tun.
 
Pada hari dan tarikh yang ditetapkan, saya hadir berseorangan untuk berjumpa dengan Tun di Yayasan Al Bukhary tanpa apa-apa persediaan. Sebenarnya, tak tahu nak sedia apa-apa pun. Nak sedia resume atau CV, tak ada la nak minta kerja. Nak sedia memorandum, saya dah lepaskan jawatan Presiden PEDA. Nak minta project, tak ada project yang nak minta pun. 
 
Bila bertanya dengan pejabat Tun, depa pun tak tahu. Depa kata Tun nak berjumpa sahaja, agenda atau maklumat tidak diberitahu.
 
© all rights reserved
made with by templateszoo