Responsive Ad Slot

Adakah Penyatuan Melayu Masih Relevan? Menangani Fragmentasi dalam Lanskap Politik Baharu


Adakah Penyatuan Melayu Masih Relevan? Menangani Fragmentasi dalam Lanskap Politik Baharu (English version is at the bottom)
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin

1. Dalam landskap politik Malaysia hari ini, persoalan perpaduan Melayu bukan lagi sekadar wacana identiti, tetapi telah menjadi isu strategik yang menentukan keseimbangan kuasa politik dan hala tuju ekonomi negara.


2. Kenyataan terbaru oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kepentingan perpaduan Melayu harus dilihat dalam kerangka ini, bukan sebagai retorik nostalgia, tetapi sebagai respons terhadap perubahan struktur kuasa yang semakin kompleks.


3. Persoalan sebenar bukanlah sama ada naratif ini lama atau baharu, tetapi sama ada ia masih relevan dalam menentukan struktur kuasa politik dan ekonomi negara hari ini.


4. Dari perspektif ekonomi politik, hujah Tun Mahathir bukan sekadar retorik identiti, tetapi berakar kepada satu realiti asas: kuasa politik menentukan pengagihan sumber ekonomi. 


5. Dalam konteks Malaysia, sejarah telah menunjukkan bahawa dominasi politik Melayu memainkan peranan penting dalam membentuk dasar-dasar pembangunan, termasuk penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.


6. Apabila Tun Mahathir menegaskan bahawa perpecahan Melayu akan melemahkan kedudukan politik mereka, implikasinya jauh lebih besar daripada sekadar kehilangan kerusi Parlimen. 


7. Ia melibatkan potensi perubahan dalam orientasi dasar, keutamaan pembangunan, dan akses kepada peluang ekonomi.


8. Namun begitu, cabaran utama kepada naratif perpaduan Melayu hari ini adalah perubahan dalam kesedaran politik rakyat, khususnya dalam kalangan generasi muda dan kelas menengah bandar. 


9. Bagi segmen ini, politik tidak lagi dilihat semata-mata melalui lensa etnik, tetapi melalui kecekapan tadbir urus, integriti, dan prestasi ekonomi.


10. Di sinilah wujudnya ketegangan utama: antara politik berasaskan identiti dan politik berasaskan dasar.


11. Golongan reformis berhujah bahawa Malaysia perlu bergerak ke arah politik yang lebih inklusif dan merentas kaum. Mereka melihat penekanan terhadap perpaduan Melayu sebagai satu langkah ke belakang yang berpotensi mengukuhkan polarisasi etnik.


12. Namun, pandangan ini juga perlu dinilai secara realistik. Malaysia masih merupakan sebuah negara dengan struktur politik yang sangat dipengaruhi oleh demografi dan identiti. 


13. Dalam keadaan ini, mengabaikan sepenuhnya dimensi etnik dalam politik mungkin bukan sahaja tidak praktikal, tetapi juga berisiko dari segi kestabilan sosial.


14. Apa yang lebih membimbangkan ialah keadaan semasa di mana perpecahan Melayu bukan sahaja berlaku di peringkat parti politik, tetapi juga di peringkat naratif dan kepimpinan. 


15. Pelbagai inisiatif dan gagasan kini bergerak secara berasingan. 


16. Ahmad Zahid Hamidi, misalnya, mengangkat konsep “Rumah Bangsa” dalam kerangka UMNO, manakala Muhyiddin Yassin menonjolkan pendekatan tersendiri melalui gagasan Ikatan Prihatin Rakyat. 


17. Dalam masa yang sama, dinamika politik melibatkan Hamzah Zainudin serta perbincangan mengenai pembentukan platform baharu turut mencerminkan usaha yang bergerak selari tetapi tidak terselaras.


18. Walaupun setiap inisiatif ini mempunyai rasional tersendiri, kewujudannya secara terpisah berpotensi memperkukuh satu pola yang sama iaitu fragmentasi strategi dan persaingan dalaman yang akhirnya melemahkan kekuatan kolektif.


19. Ketiadaan penyelarasan strategik antara elit politik Melayu telah mewujudkan situasi persaingan dalaman. Keadaan ini akhirnya mengurangkan keupayaan kolektif untuk mempengaruhi hala tuju dasar negara.


20. Dalam istilah teori politik, ini boleh dilihat sebagai satu bentuk “elite coordination failure”, di mana kegagalan untuk bekerjasama menghasilkan kerugian kepada kumpulan secara keseluruhan.


21. Dalam konteks inilah, cadangan penubuhan ‘payung besar Melayu’ seperti yang digagaskan oleh Tun Mahathir perlu difahami sebagai satu institusi koordinasi strategik, bukan sekadar gagasan politik.


22. Ia berperanan sebagai platform penyatuan kepimpinan Melayu dan Bumiputera rentas parti, mekanisme penyelarasan dasar dan naratif, serta nod pemikiran strategik (strategic coordination node) yang mampu menyusun semula kekuatan kolektif Melayu dan Bumiputera dalam menghadapi persaingan politik dan ekonomi yang semakin kompleks.


23. Tanpa institusi sebegini, fragmentasi yang berterusan akan terus menghasilkan keadaan di mana persaingan dalaman melemahkan keupayaan kolektif untuk mempengaruhi hala tuju negara.


24. Justeru, seruan Tun Mahathir untuk perpaduan Melayu perlu dilihat bukan sebagai usaha untuk mengembalikan politik lama, tetapi sebagai satu peringatan terhadap risiko fragmentasi dalam sistem yang masih belum sepenuhnya beralih kepada politik pasca-etnik.


25. Namun, perpaduan yang dimaksudkan tidak boleh bersifat sempit atau eksklusif. 


26. Ia perlu ditafsir semula dalam konteks semasa sebagai perpaduan yang berasaskan kepentingan strategik, bukan sekadar sentimen.


27. Dalam erti kata lain, perpaduan Melayu mesti bergerak seiring dengan:

  • peningkatan daya saing ekonomi,
  • pengukuhan institusi,
  • dan komitmen terhadap kerangka perlembagaan, termasuk Perkara 153, serta keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia..

28. Akhirnya, isu ini bukan tentang memilih antara politik Melayu atau politik Malaysia. 


29. Sebaliknya, ia tentang bagaimana memastikan bahawa dalam proses menuju sebuah negara yang lebih inklusif, tiada mana-mana kumpulan yang merasa terpinggir, ditarik hak atau kehilangan suara.


30. Perpaduan Melayu, dalam kerangka ini, bukanlah satu penghalang kepada perpaduan nasional, tetapi merupakan prasyarat kepada kestabilan yang lebih luas jika diurus secara strategik dan inklusif.


31. Dalam realiti politik yang semakin kompetitif, persoalannya bukan lagi sama ada perpaduan Melayu diperlukan, tetapi sama ada ia dapat dibentuk dengan cukup matang dan terselaras untuk memastikan kelangsungan pengaruh, kestabilan, dan masa depan negara.


Salam Hormat,

Dr Armin Baniaz Pahamin


ENGLISH

Is Malay Unity Still Relevant? Addressing Fragmentation in the New Political Landscape

By: Dr Armin Baniaz Pahamin


1. In today’s Malaysian political landscape, the question of Malay unity is no longer merely a discourse of identity, but has evolved into a strategic issue that determines the balance of political power and the direction of the nation’s economic trajectory.


2. The recent statements by Tun Dr Mahathir Mohamad on the importance of Malay unity should be viewed within this framework and not as nostalgic rhetoric, but as a response to increasingly complex shifts in the structure of power.


3.The real question is not whether this narrative is old or new, but whether it remains relevant in shaping the political and economic power structure of Malaysia today.


4. From a political economy perspective, Mahathir’s argument is not merely identity-driven rhetoric, but is grounded in a fundamental reality: political power determines the allocation of economic resources.


5. In the Malaysian context, history has demonstrated that Malay political dominance has played a significant role in shaping development policies, including the participation of Bumiputera in the economy.


6. When Mahathir asserts that Malay fragmentation will weaken their political position, the implications extend far beyond the loss of parliamentary seats.


7. It encompasses potential shifts in policy orientation, development priorities, and access to economic opportunities.


8. However, a key challenge to the narrative of Malay unity today lies in the evolving political consciousness of the rakyat, particularly among younger generations and the urban middle class.


9. For this segment, politics is no longer viewed primarily through an ethnic lens, but rather through governance competence, integrity, and economic performance.


10. This is where a central tension emerges: between identity-based politics and policy-driven politics.


11. Reformist groups argue that Malaysia should move towards a more inclusive, cross-ethnic political framework, viewing the emphasis on Malay unity as a potential step backward that may reinforce ethnic polarisation.


12. Nevertheless, this perspective must be assessed realistically. Malaysia remains a country where political structures are still heavily influenced by demographics and identity.


13. In this context, completely disregarding the ethnic dimension in politics may not only be impractical, but could also pose risks to social and political stability.


14. More concerning is the current state in which Malay fragmentation occurs not only at the level of political parties, but also at the level of narratives and leadership.


15. Various initiatives and political constructs are now operating independently.


16. Ahmad Zahid Hamidi, for instance, has introduced the concept of “Rumah Bangsa” within the UMNO framework, while Muhyiddin Yassin advances his own approach through the Ikatan Prihatin Rakyat initiative.


17. At the same time, political developments involving Hamzah Zainudin, alongside discussions on the formation of new platforms, further reflect parallel efforts that remain uncoordinated.


18. While each of these initiatives may have its own rationale, their existence in isolation risks reinforcing a broader pattern of strategic fragmentation and internal competition that ultimately weakens collective strength.


19. The absence of strategic coordination among Malay political elites has created a condition of internal rivalry, which in turn reduces the collective capacity to influence national policy direction.


20. In political theory, this can be understood as a form of “elite coordination failure,” where the inability to cooperate leads to collective losses.


21. It is within this context that the proposal for a “Malay umbrella” (payung besar Melayu), as advocated by Mahathir, should be understood as a strategic coordination institution rather than merely a political concept.


22. Such a platform could function as a unifying mechanism for Malay and Bumiputera leadership across party lines, a coordinating body for policy and narrative alignment, and a strategic thinking node capable of restructuring collective strength in an increasingly competitive political and economic environment.


23. Without such an institution, continued fragmentation will likely perpetuate internal competition, thereby weakening the collective ability to influence the nation’s direction.


24. Therefore, Mahathir’s call for Malay unity should not be seen as an attempt to revive old politics, but as a cautionary signal regarding the risks of fragmentation in a system that has yet to fully transition into post-ethnic politics.


25. At the same time, the notion of unity must not be narrow or exclusionary.


26. It must be reinterpreted within the current context as a form of strategic alignment, rather than mere sentiment.


27. In other words, Malay unity must evolve in tandem with:

  • enhanced economic competitiveness,
  • strengthened institutions,
  • and a firm commitment to the constitutional framework, including Article 153, alongside social justice for all Malaysians.
28. Ultimately, this is not about choosing between Malay politics and Malaysian politics.

29. Rather, it is about ensuring that in the process of building a more inclusive nation, no group feels marginalised, deprived of its rights, or excluded from having a voice.

30. Within this framework, Malay unity should not be seen as an obstacle to national unity, but as a prerequisite for broader stability if managed strategically and inclusively.

31. In an increasingly competitive political environment, the question is no longer whether Malay unity is necessary, but whether it can be shaped in a sufficiently mature and coordinated manner to ensure continuity of influence, stability, and the nation’s future.


Kind regards,
Dr Armin Baniaz Pahamin

 

KOS HIDUP NAIK BUKAN PERSEPSI TETAPI REALITI YANG RAKYAT TANGGUNG SETIAP HARI (BM & ENGLISH)

 

KOS HIDUP NAIK BUKAN PERSEPSI TETAPI REALITI YANG RAKYAT TANGGUNG SETIAP HARI

Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin (English version is at the bottom)

1. Rakyat Malaysia hari ini bukan sekadar berdepan dengan kenaikan harga, tetapi sedang melalui satu perubahan struktur ekonomi yang meningkatkan kos hidup, mengecilkan kuasa beli, dan memberi tekanan yang semakin berat kepada golongan pertengahan serta berpendapatan rendah.

2. Dalam menilai keadaan ekonomi, rakyat tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada angka rasmi seperti kadar inflasi atau pertumbuhan KDNK. 

3. Sebaliknya, rakyat menilai melalui pengalaman hidup harian berdasarkan harga barang di pasar, kos makan dan minum di kedai kopi, bil elektrik yang semakin meningkat, serta kos pengangkutan untuk berulang-alik bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

4. Dalam sektor makanan, persatuan peniaga dan laporan media menunjukkan bahawa kos telah meningkat antara 30% hingga 50% dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. 

5. Kesan ini dapat dilihat secara langsung pada harga makanan harian. Sebagai contoh, harga roti canai yang sebelum ini sekitar RM1.20 kini boleh mencecah RM2.00 hingga RM2.50 di kawasan bandar. 

6. Begitu juga dengan minuman seperti Nescafé tarik, yang dahulu sekitar RM1.80, kini berada dalam lingkungan RM3.00 atau lebih, bergantung kepada lokasi dan kos operasi premis.

7. Pada masa yang sama, tarif elektrik telah meningkat sekitar 14% dalam kitaran pelarasan semasa, manakala perbelanjaan subsidi sebelum ini mencecah berbilion ringgit sebelum langkah rasionalisasi dilaksanakan.

8. Dalam konteks ini, realiti ekonomi yang dirasai oleh rakyat wajar diberi perhatian setara, jika tidak lebih penting, daripada statistik rasmi yang sering digunakan untuk menggambarkan kestabilan makroekonomi.

9. Apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini bukan lagi soal persepsi, tetapi satu realiti ekonomi yang semakin jelas dan tidak boleh disangkal.

10. Sejak pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan di bawah kerangka MADANI, negara telah melalui satu gelombang pelarasan dasar yang membawa kepada kenaikan kos hidup secara berlapis, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

11. Walaupun sebahagian tekanan berpunca daripada faktor global seperti harga komoditi dan kadar pertukaran mata wang, dasar domestik tetap memainkan peranan penting dalam menentukan sejauh mana beban tersebut dipindahkan kepada rakyat.

12. Penarikan subsidi diesel telah meningkatkan kos bahan api dalam sektor logistik. 

13. Dalam struktur ekonomi Malaysia yang sangat bergantung kepada rangkaian pengangkutan, kenaikan ini hampir pasti dipindahkan kepada pengguna melalui harga runcit yang lebih tinggi.

14. Pada masa yang sama, pelarasan tarif elektrik telah meningkatkan kos operasi industri dan perniagaan, yang seterusnya memberi kesan rantaian kepada harga barangan dan perkhidmatan.

15. Perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pula menambah tekanan kos apabila lebih banyak barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai secara langsung atau melalui rantaian bekalan.

16. Secara keseluruhan, langkah-langkah ini membentuk satu tekanan inflasi yang bersifat menyeluruh dalam ekonomi domestik.

17. Kerajaan menggunakan istilah seperti “rasionalisasi subsidi” dan “subsidi bersasar” untuk menggambarkan pendekatan ini sebagai sebahagian daripada reformasi fiskal yang perlu. 

18. Dari sudut dasar, rasional ini boleh difahami, khususnya dalam usaha mengurangkan defisit dan memastikan kemampanan kewangan negara dalam jangka panjang.

19. Namun, realiti pelaksanaan menunjukkan bahawa sebahagian besar beban kewangan telah dialihkan secara berperingkat daripada kerajaan kepada rakyat. 

20. Apa yang dahulu ditanggung oleh negara kini dipindahkan kepada pengguna, sama ada melalui kenaikan harga secara langsung atau melalui kesan rantaian dalam struktur kos ekonomi.

21. Kesan yang paling membimbangkan ialah berlakunya fenomena yang boleh digambarkan sebagai “inflasi senyap” atau inflasi berlapis. 

22. Kenaikan kos tidak berlaku dalam satu sektor secara terasing, tetapi meresap ke seluruh sistem ekonomi melalui pelbagai saluran. 

23. Apabila kos pengangkutan meningkat, harga barang turut naik. Apabila kos tenaga meningkat, harga makanan dan perkhidmatan juga meningkat. 

24. Apabila cukai diperluas, harga akhir kepada pengguna turut meningkat. Akhirnya, rakyat merasakan hampir semua perkara menjadi lebih mahal, walaupun tiada satu punca tunggal yang dapat dikenal pasti secara langsung.

25. Dalam keadaan ini, jurang antara naratif rasmi kerajaan dan pengalaman sebenar rakyat semakin melebar.

26. Kerajaan sering menekankan bahawa majoriti rakyat tidak terkesan secara signifikan, namun pengalaman sebenar rakyat menunjukkan sebaliknya. Rakyat berdepan dengan realiti kos hidup yang semakin meningkat dan kuasa beli yang semakin terhakis. 

27. Jurang ini telah berkembang menjadi satu krisis kepercayaan terhadap kepimpinan ekonomi negara.

28. Pendapatan rakyat tidak berkembang seiring dengan kenaikan kos hidup. 

29. Akibatnya, tekanan terhadap isi rumah semakin ketara, manakala mekanisme perlindungan yang menyeluruh masih belum dirasai secara efektif di peringkat akar umbi.

30. Reformasi ekonomi seharusnya menyeimbangkan antara keperluan fiskal negara dan kesejahteraan rakyat, bukan sekadar mengurangkan beban kerajaan tanpa mengambil kira implikasi sosial yang lebih luas.

31. Pendirian rakyat jelas. Reformasi tidak boleh dilaksanakan dengan mengorbankan kesejahteraan rakyat. 

32. Apa yang diperlukan ialah pendekatan yang lebih telus, bersasar dan berimbang, termasuk pelaksanaan subsidi bersasar yang lebih efisien, pemantauan margin industri yang lebih ketat, serta usaha berterusan untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

33. Ekonomi negara tidak boleh dipulihkan dengan cara memindahkan beban secara senyap kepada rakyat yang sudah pun terbeban.

34. Kerajaan perlu menangani krisis kos sara hidup ini dengan segera dan berkesan. 

35. Jika tidak, kenaikan kos hidup yang sedang berlaku hari ini berpotensi berkembang menjadi cabaran yang lebih besar, iaitu krisis kepercayaan terhadap keupayaan kerajaan untuk mengurus ekonomi secara adil, inklusif dan berkesan.

36. Apabila rakyat mula hilang keyakinan terhadap keadilan ekonomi, maka yang terhakis bukan sekadar kuasa beli, tetapi asas kepercayaan terhadap sistem itu sendiri.

Salam hormat, 
Dr Armin Baniaz Pahamin

ENGLISH
RISING COST OF LIVING: NOT A PERCEPTION, BUT A DAILY REALITY BORNE BY THE PEOPLE
By: Dr Armin Baniaz Pahamin

1. Malaysians today are not merely facing higher prices; they are undergoing a structural economic shift that is increasing the cost of living, eroding purchasing power, and placing growing pressure on the middle- and lower-income groups.


2. In assessing the state of the economy, the public no longer relies solely on official indicators such as inflation rates or GDP growth. 

3. Instead, people evaluate economic conditions through their daily lived experiences: prices at the market, the cost of meals and drinks at local eateries, rising electricity bills, and the rising cost of commuting to work and sending children to school.

4. In the food sector, traders’ associations and media reports indicate that costs have risen by 30%-50% over the past few years. 

5. This is clearly reflected in everyday food prices. For example, a roti canai that previously cost around RM1.20 can now reach RM2.00 to RM2.50 in urban areas. Similarly, beverages such as Nescafé tarik, which once cost about RM1.80, are now typically priced at RM3.00 or more, depending on location and operating costs.

6. At the same time, electricity tariffs have increased by approximately 14% in the current adjustment cycle, while government subsidy expenditures had previously reached billions of ringgit before rationalisation measures were introduced.

7. In this context, the economic reality experienced by the public deserves equal, if not greater, attention than official statistics often used to portray macroeconomic stability.

8. What is happening in Malaysia today is no longer a matter of perception but it is an undeniable economic reality.

9. Since the administration of Prime Minister Anwar Ibrahim assumed office under the MADANI framework, the country has undergone a series of policy adjustments that have resulted in a layered increase in the cost of living, both directly and indirectly.

10. While part of this pressure stems from global factors such as commodity prices and exchange rates, domestic policies play a critical role in determining how much of this burden is ultimately borne by the people.

11. The removal of diesel subsidies, for instance, has increased fuel costs within the logistics sector. 

12. In an economy like Malaysia’s, which relies heavily on transportation networks, these increases are almost inevitably passed on to consumers through higher retail prices.

13. Similarly, adjustments to electricity tariffs have raised operating costs for industries and businesses, which, in turn, are passed through the supply chain, contributing to higher prices for goods and services.

14. The expansion of the Sales and Services Tax (SST) has further intensified cost pressures, as more goods and services become subject to taxation either directly or indirectly through the supply chain.

15. Collectively, these measures have created a form of inflation that is broad-based and systemic.

16. The government has framed these changes as “subsidy rationalisation” and “targeted subsidies,” presenting them as necessary fiscal reforms. 

17. From a policy perspective, this rationale is understandable, particularly in efforts to reduce the fiscal deficit and ensure long-term financial sustainability.

18. However, the reality of implementation suggests that a significant portion of the financial burden has been gradually shifted from the state to the people. 

19. What was previously absorbed through subsidies is now borne by consumers, either directly through higher prices or indirectly through rising costs across the economic value chain.

20. The most concerning outcome is the emergence of what may be described as “silent inflation” or layered inflation. 

21. Price increases are no longer confined to a single sector but are diffused across the entire economy through multiple channels. 

22. When transportation costs rise, the price of goods increases. 

23. When energy costs rise, the price of food and services follows. 

24. When taxes expand, the final price paid by consumers increases. As a result, people feel that almost everything has become more expensive, even if no single cause is immediately apparent.

25. In this environment, the gap between official government narratives and the lived realities of the public is widening. 

26. While the government may emphasise macroeconomic stability, the people are confronting rising living costs and declining purchasing power. 

27. This gap is increasingly evolving into a crisis of trust in the country’s economic leadership.

28. Household incomes are not growing at a pace that matches the rise in living costs. 

29. Consequently, financial pressure on households is intensifying, while comprehensive protection mechanisms remain insufficiently felt at the grassroots level.

30. Economic reform must strike a balance between fiscal discipline and public welfare. It cannot be pursued solely by reducing the government’s burden without adequately considering its social implications.

31. The position is clear. Reform must not come at the expense of the people’s well-being.

32. What is needed is a more transparent, targeted, and balanced approach. 

33. One that includes more efficient implementation of targeted subsidies, stricter monitoring of industry margins, and sustained efforts to increase incomes.

34. The economy cannot be stabilised by quietly transferring the burden onto a population that is already under strain.

35. The government must address the cost-of-living crisis urgently and effectively. Failing this, the current trajectory risks escalating into a more profound challenge. A crisis of public trust in the government’s ability to manage the economy in a fair, inclusive, and effective manner.

36. When people begin to lose confidence in economic fairness, what is eroded is not only purchasing power, but the very foundation of trust in the system itself.

Kind regards,
Dr Armin Baniaz Pahamin


Mengapa Negara Pengeluar Minyak Gagal Melindungi Rakyat daripada Kenaikan Harga?


Dual Language (BM/English)
Mengapa Negara Pengeluar Minyak Gagal Melindungi Rakyat daripada Kenaikan Harga?
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin

1. Malaysia adalah negara pengeluar minyak, tetapi rakyatnya masih membayar harga bahan api seperti negara pengimport. Ini bukan sekadar ironi, ini adalah kegagalan dasar.

2. Apabila harga minyak dunia naik akibat konflik geopolitik seperti di Iran, kerajaan seolah-olah tidak mempunyai pilihan selain memindahkan tekanan itu kepada rakyat. 

3. Persoalannya, mengapa sebuah negara yang memiliki sumber sendiri masih gagal melindungi rakyatnya daripada kejutan luar?

4. Di sinilah kelemahan sebenar terserlah. Masalahnya bukan pada krisis global, tetapi pada kegagalan struktur domestik yang telah lama dibiarkan tanpa pembetulan yang serius.

5. Kegagalan ini mencerminkan keterbatasan kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI dalam menterjemahkan realiti ekonomi global kepada perlindungan domestik yang berkesan.

6. Akibat dari kegagalan ini, kesan ini akhirnya diterjemahkan kepada kos pengangkutan, harga makanan, dan tekanan sara hidup yang semakin menghimpit rakyat.

7. Kerajaan MADANI mengambil pendekatan yang bersifat jangka pendek dan reaktif, dan gagal membentuk satu kerangka dasar yang strategik dan mampan untuk melindungi rakyat dalam jangka panjang. 

8. Dalam erti kata lain, kerajaan hanya mengurus kesan daripada krisis, tetapi belum menangani punca struktur yang mendasarinya.

9. Kredibiliti kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam menangani krisis global sebegini menjadi faktor utama yang membentuk persepsi rakyat terhadap keupayaan kerajaan, khususnya apabila tindak balas dasar dilihat belum mampu memberikan perlindungan yang mampan daripada tekanan ekonomi semasa.

10. Ketidakpuasan ini dapat dilihat melalui jurang antara janji reformasi dan realiti pelaksanaan, ketidakseimbangan antara naratif rasmi dan pengalaman hidup rakyat, serta kegagalan menangani isu struktur yang berulang.

11. Malaysia amat terkesan dengan konflik geopolitik di Timur Tengah, khususnya melibatkan Iran, yang telah melonjakkan harga minyak global. Namun, hakikat yang lebih mendalam ialah struktur ekonomi tenaga negara sendiri yang menjadikan kita terdedah kepada kejutan luar.

12. Walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, realitinya lebih kompleks. 

13. Negara mengeksport minyak mentah tetapi masih bergantung kepada import produk petroleum bertapis, manakala kapasiti penapisan domestik belum mencukupi dan sistem harga kekal terikat kepada pasaran global.

14. Keadaan ini mewujudkan paradoks dasar: negara mendapat manfaat daripada harga minyak tinggi di peringkat fiskal, tetapi rakyat menanggung kos di peringkat pengguna.

15. Isu sebenar bukanlah kenaikan harga minyak dunia semata-mata, tetapi kegagalan membina mekanisme penebatan harga domestik. 

16. Negara pengeluar yang berkesan seharusnya mampu menyerap dan menapis kesan volatiliti global sebelum ia sampai kepada rakyat.

17. Dalam keadaan semasa, pendekatan Malaysia kekal bersifat tindak balas jangka pendek. 

18. Subsidi diperluaskan apabila harga meningkat, tetapi tiada pembaharuan asas yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada mekanisme ini. 

10. Justeru, negara kekal terdedah kepada kitaran yang sama setiap kali berlaku kejutan global.

20. Secara prinsipnya, beberapa langkah strategik sepatutnya telah dilaksanakan lebih awal. 

21. Antaranya ialah penubuhan dana penstabil harga minyak berasaskan lebihan hasil petroleum bagi menyerap kejutan harga tanpa membebankan fiskal secara berterusan. 

22. Ketiadaan mekanisme ini menyebabkan kerajaan bergantung kepada subsidi ad hoc yang menelan kos besar tanpa jaminan kelestarian.

23. Selain itu, kelemahan kapasiti penapisan domestik yang berlarutan masih belum ditangani secara agresif. 

24. Selagi negara bergantung kepada import bahan api bertapis, selagi itulah Malaysia kekal sebagai “price taker” walaupun memiliki sumber minyak mentah sendiri.

25. Mekanisme harga domestik juga belum benar-benar dipisahkan daripada harga global. 

26. Walaupun subsidi bersasar diperkenalkan, ia belum mampu melindungi rakyat sepenuhnya daripada turun naik pasaran dunia. Tanpa sistem harga yang lebih kukuh, kejutan global akan terus memberi tekanan kepada domestik.

27. Di samping itu, Malaysia masih belum mempunyai doktrin keselamatan tenaga yang menyeluruh. Tanpa simpanan strategik yang mencukupi, strategi lindung nilai, dan diversifikasi tenaga yang agresif, negara kekal dalam posisi reaktif terhadap setiap krisis global.

28. Langkah seperti mengekalkan harga RON95 melalui subsidi, bantuan tunai, serta rasionalisasi subsidi sememangnya membantu dalam jangka pendek tetapi dari sudut ekonomi, ia kekal sebagai mekanisme bantuan sementara, bukan penebat struktur. 

29. Malah, pengapungan harga diesel dan pengurangan subsidi pukal meningkatkan kebergantungan harga domestik terhadap pasaran global.

30. Dari sudut ekonomi politik, isu ini melangkaui soal harga bahan api dan menyentuh asas kepercayaan rakyat terhadap keupayaan kerajaan mengurus krisis. 

31. Apabila naratif rasmi menekankan faktor global, tetapi rakyat masih mempersoalkan mengapa negara pengeluar minyak tidak mampu menawarkan harga yang lebih stabil, maka wujud jurang persepsi yang berbahaya.

32. Jika jurang ini tidak ditangani dengan reformasi yang nyata, ia berpotensi menjadi liabiliti politik yang signifikan.

33. Kesimpulannya, kenaikan harga petrol dan diesel hari ini sememangnya berkait dengan konflik Iran dan dinamika pasaran global. Namun, masalah sebenar bukanlah faktor luaran semata-mata, tetapi kelemahan struktur dasar tenaga domestik yang gagal melindungi rakyat.

34. Malaysia bukan sekadar mangsa kepada krisis global tetapi mangsa kepada kegagalan kita sendiri membina sistem yang mampu melindungi rakyat.

35. Krisis ini bukan lagi soal pilihan dasar, tetapi keperluan mendesak untuk perubahan.

36. Kerajaan perlu berhenti bergantung kepada pendekatan subsidi sementara dan segera melaksanakan reform struktur yang telah lama tertangguh. 

37. Ini termasuk penubuhan dana penstabil harga minyak, pengukuhan kapasiti penapisan domestik, pelaksanaan mekanisme harga yang benar-benar melindungi rakyat, serta pembentukan doktrin keselamatan tenaga nasional yang jelas.

38. Tanpa langkah-langkah ini, setiap krisis global akan terus menjadi alasan, dan rakyat akan terus menjadi mangsa kepada kegagalan dasar yang sama berulang kali.

39. Pengurusan krisis minyak semasa akhirnya mencerminkan kegagalan sistemik yang lebih luas di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI dalam menyediakan penyelesaian yang menyeluruh dan mampan.

Salam hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin
Pengerusi Gerakan Ekonomi Malaysia
31.03.2026

English

Why Is an Oil-Producing Nation Failing to Protect Its Citizens from Rising Fuel Prices?

By Dr Armin Baniaz Pahamin

1. Malaysia is an oil-producing nation, yet its citizens continue to pay fuel prices comparable to those in importing countries. This is not merely an irony, but it is a policy failure.

2. When global oil prices rise due to geopolitical conflicts such as those involving Iran, the government appears to have little choice but to pass the pressure on to the rakyat.

3. This raises a fundamental question: why is a country with its own resources unable to shield its people from external shocks?

4. The answer lies in a deeper structural weakness. The issue is not the global crisis itself, but a long-standing failure to address domestic structural deficiencies.

5. This failure reflects the limitations of leadership under Anwar Ibrahim and the MADANI government in translating global economic realities into effective domestic protection.

6. The consequences are evident: rising transportation costs, increasing food prices, and mounting pressure on the cost of living.

7. The government’s response has been largely short-term and reactive, lacking a strategic and sustainable policy framework to protect the rakyat over the long term.

8. In essence, the government is managing the symptoms of the crisis rather than addressing its structural causes.

9. The credibility of the Prime Minister’s leadership in managing such global crises is therefore central to public perception of the government’s capability, particularly when policy responses are seen as insufficient in providing lasting protection.

10. Public dissatisfaction is increasingly shaped by the gap between reform promises and actual delivery, the disconnect between official narratives and lived realities, and the persistence of unresolved structural issues.

11. Malaysia is indeed affected by geopolitical tensions in the Middle East, particularly involving Iran, which have driven global oil prices upward. However, the deeper issue lies within the country’s own energy structure.

12. Although Malaysia is an oil-producing nation, the reality is far more complex.

13. The country exports crude oil but remains dependent on imported refined petroleum, while domestic refining capacity is insufficient and pricing mechanisms remain tied to global markets.

14. This creates a clear policy paradox: the state benefits from higher oil prices at the fiscal level, while citizens bear the cost at the consumer level.

15. The real issue, therefore, is not merely rising global oil prices but the failure to establish an effective domestic price insulation mechanism.

16. A well-managed oil-producing country should be able to absorb and filter global price volatility before it reaches its citizens.

17. In Malaysia’s case, the current approach remains reactive and short-term.

18. Subsidies are expanded when prices rise, yet there is no fundamental reform to reduce reliance on such measures.

19. As a result, the country remains trapped in a recurring cycle, with each global shock translating directly into domestic pressure.

20. In principle, several strategic measures should have been implemented earlier.

21. One such measure is the establishment of an oil price stabilisation fund based on petroleum windfall revenues to absorb price shocks without placing continuous strain on fiscal resources.

22. The absence of such a mechanism has forced the government to rely on costly ad hoc subsidies without long-term sustainability.

23. In addition, the longstanding weakness in domestic refining capacity has yet to be addressed decisively.

24. As long as Malaysia depends on imported refined fuel, it will remain a price taker despite possessing its own crude resources.

25. Domestic pricing mechanisms also remain insufficiently decoupled from global markets.

26. While targeted subsidies have been introduced, they do not fully shield citizens from global price volatility. Without a more robust pricing framework, external shocks will continue to translate into domestic pressure.

27. Furthermore, Malaysia lacks a comprehensive national energy security doctrine. Without adequate strategic reserves, hedging strategies, and aggressive energy diversification, the country remains reactive to global crises.

28. Measures such as maintaining RON95 subsidies, providing cash assistance, and rationalising blanket subsidies offer short-term relief but remain temporary solutions rather than structural insulation.

29. In fact, diesel price liberalisation and subsidy reductions have increased domestic exposure to global market fluctuations.

30. From a political economy perspective, this issue goes beyond fuel prices and touches on public trust in the government’s ability to manage crises.

31. When official narratives emphasise global factors, yet citizens continue to question why an oil-producing nation cannot ensure stable prices, a dangerous perception gap emerges.

32. If left unaddressed, this gap risks becoming a significant political liability.

33. In conclusion, the rise in petrol and diesel prices is indeed linked to global dynamics, including the Iran conflict. However, the core issue is not external. It is rooted in structural weaknesses within domestic energy policy.

34. Malaysia is not merely a victim of global crises, but also of its own failure to build a system capable of protecting its people.

35. This is no longer a matter of policy choice, but an urgent necessity for reform.

36. The government must move beyond short-term subsidy dependence and implement long-overdue structural reforms.

37. These include establishing a stabilisation fund, strengthening domestic refining capacity, implementing a truly protective pricing mechanism, and developing a clear national energy security doctrine.

38. Without such reforms, every global crisis will continue to serve as justification, and the rakyat will remain the recurring victims of the same policy failures.

39. The handling of the current oil crisis ultimately reflects a broader systemic failure under Prime Minister Anwar Ibrahim and the MADANI government to deliver a comprehensive and sustainable solution. 

Salam hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin

Chairman, Gerakan Ekonomi Malaysia
31.01.2026




© all rights reserved
made with by templateszoo