Responsive Ad Slot

Slider

RMK13: PROJEK MEGA LRT PULAU PINANG BUKTI PEMBANGUNAN DIJADIKAN ALAT MENYAKAU DUIT RAKYAT

RMK13: PROJEK MEGA LRT PULAU PINANG BUKTI PEMBANGUNAN DIJADIKAN ALAT MENYAKAU DUIT RAKYAT

Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin - Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia


Kuala Lumpur 8 Ogos 2025. Peruntukan RM16 bilion bagi projek 29 kilometer Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang bukan sekadar isu perbelanjaan melampau, ia adalah cerminan jelas kecacatan yang lebih besar dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Rancangan yang diwar-warkan sebagai pelan untuk “Melakar Semula Pembangunan” ini hakikatnya hanyalah ilusi besar reformasi, menutup kesinambungan politik projek mega yang tidak telus di bawah jenama baharu: Ekonomi MADANI.


RMK13 menjanjikan pembangunan inklusif, disiplin fiskal, dan pengukuhan institusi. Namun, projek LRT Pulau Pinang membongkar segala percanggahan itu. Dengan kos RM552 juta setiap kilometer, projek ini kini tergolong antara LRT paling mahal di dunia. Malah mengatasi kos sistem metro bawah tanah di bandar-bandar maju. Walhal projek ini majoritinya berbentuk jejambat, tanpa komponen terowong besar, namun harganya melebihi projek MRT2 dan MRT3 di Lembah Klang yang jauh lebih kompleks.


Apa justifikasi untuk kos yang sebegitu tinggi?


Kenyataan rasmi kerajaan bahawa projek ini hanya akan menelan RM10 bilion “tanpa kerja penambakan” membuktikan wujudnya pembungkusan projek yang tidak perlu, dipacu bukan oleh keperluan pengangkutan awam tetapi oleh spekulasi hartanah dan agenda politik. 


Tambahan RM6 bilion itu tidak memberi nilai tambah kepada rakyat. Ia hanya memberi pulangan besar kepada pemaju yang mempunyai hubungan politik.


Inilah masalah asas RMK13. Ia bukan pelan reformasi yang berteraskan akauntabiliti institusi, tetapi senarai hajat politik yang dibungkus dengan bahasa teknokratik. 


Di sebalik retorik mengenai kecerdasan buatan, transformasi digital, dan pertumbuhan saksama, pelaksanaannya mendedahkan kejatuhan kembali kepada ekonomi berteraskan naungan (patronage-driven economics) yang menguntungkan segelintir, sambil membebankan rakyat.


Projek LRT Pulau Pinang adalah contoh nyata:

  1. Tiada butiran tender terbuka yang diumumkan.
  2. Tiada analisis kos-faedah bebas didedahkan.
  3. Tiada pemisahan jelas antara infrastruktur pengangkutan dan projek hartanah penambakan laut.
  4. Tiada penjelasan mengapa projek ini diutamakan berbanding keperluan pengangkutan kritikal di Lembah Klang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Lebih membimbangkan, struktur RMK13 itu sendiri membenarkan pembaziran seperti ini. Dengan memusatkan kuasa membuat keputusan tetapi menangguhkan akauntabiliti fiskal kepada pelan berperingkat (rolling plans) dan jaminan persekutuan yang kabur, RMK13 memberi ruang luas untuk perbelanjaan tanpa kawalan dan tanpa semakan Parlimen.


Jika RMK13 benar-benar mahu “melakar semula pembangunan,” ia mesti bermula dengan membongkar dan menghapuskan seni bina lama kapitalisme kroni yang diselindungkan sebagai pembangunan infrastruktur. Jika tidak, ia akan tercatat dalam sejarah sebagai rancangan paling mahal dalam perancangan negara. Mahal dari segi kos, mahal dari segi penafian akauntabiliti, dan mahal dari segi kegagalan reformasi institusi.


Kami mendesak kerajaan untuk:

•       Mendedahkan segera pecahan kos penuh projek LRT Pulau Pinang.

•       Menangguhkan semua komponen penambakan sehingga siasatan awam selesai.

•       Memperkasakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara untuk mengaudit setiap projek mega di bawah RMK13.

•       Melaksanakan kewajipan pendedahan projek bagi semua infrastruktur yang melebihi kos RM1 bilion.


Tanpa langkah-langkah ini, RMK13 bukanlah visi. ia hanyalah tirai. Dan di sebalik tirai itu, terselindunglah budaya pembaziran dan penyelewengan yang sama, yang pernah melahirkan skandal 1MDB, rundingan semula ECRL, dan peningkatan hutang negara tanpa kawalan.

 

 

*********************************************************************************** 


RMK13: PENANG LRT IS A MONUMENT TO CRONY CAPITALISM FUNDED BY THE PEOPLE

By: Dr Armin Baniaz Pahamin - President Gerakan Ekonomi Malaysia


Kuala Lumpur 8 August 2025. The RM16 billion price tag for the 29-kilometre Penang Light Rail Transit (LRT) project is not an isolated case of fiscal extravagance. It is a clear manifestation of the broader flaws embedded within the 13th Malaysia Plan (RMK13). Touted as a blueprint to “Redesign Development” (Melakar Semula Pembangunan), RMK13 instead emerges as a grand illusion of reform, concealing a continuation of opaque mega-project politics under a new name: Ekonomi MADANI.


RMK13 promised inclusive development, fiscal prudence, and institutional strengthening. Yet, the Penang LRT alone exposes its contradictions. At RM552 million per kilometre, this project now ranks among the most expensive LRT systems in the world, surpassing even fully underground metro systems in developed cities. Despite being predominantly elevated, the project cost rivals and even exceeds Malaysia’s own MRT2 and MRT3 projects, which included expensive tunnelling components.


What justification is there for such an inflated cost?


The government’s clarification that the project could cost RM10 billion “without reclamation” confirms the existence of non-essential project bundling, driven not by public transport needs but by speculative land development and political vanity. 


The additional RM6 billion is not about a better public service. It is about better returns for politically linked developers.


This is precisely the problem with RMK13. It is not a plan rooted in reform or institutional accountability. 


It is a political wishlist dressed in technocratic language, riddled with vague ambitions and financed by future generations. Despite its rhetorical flourishes about artificial intelligence, digital transformation, and equitable growth, the actual implementation reveals a retreat into patronage-driven economics that benefits the few while burdening the rakyat.


The Penang LRT is a glaring example:

  1. No open tender details made public.
  2. No independent cost-benefit analysis released.
  3. No transparent separation between transport infrastructure and real estate reclamation.
  4. And no justification as to why this project was prioritised over more critical urban transit needs in the Klang Valley, Johor, or Sabah and Sarawak.


Moreover, the very structure of RMK13 allows such excess. By centralising decision-making while deferring fiscal accountability to rolling plans and vague federal guarantees, the Plan gives wide leeway for unchecked spending without parliamentary scrutiny.

 

If RMK13 is truly about “redesigning development,” then it must start with dismantling the old architecture of crony capitalism disguised as infrastructure development. Otherwise, it will go down in history as the most expensive denial in Malaysian planning, denial of accountability, denial of equity, and denial of institutional reform.


We urge the government to:

  • Immediately publish the full cost breakdown of the Penang LRT project.
  • Suspend all reclamation-related components until a full public inquiry is completed.
  • Empower the Public Accounts Committee (PAC) and Auditor General to audit every RMK13 mega-project.
  • Implement mandatory project disclosures for any infrastructure exceeding RM1 billion.

Anything less would prove that RMK13 is not a vision, but it is a veil. And behind that veil lies the same excesses that brought us 1MDB, ECRL renegotiations, and ballooning national debt. 

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo