Responsive Ad Slot

MELAYU MEMPUNYAI 128 KERUSI PARLIMEN, TETAPI MASIH GAGAL MENCAPAI KONSENSUS POLITIK


MELAYU MEMPUNYAI 128 KERUSI PARLIMEN, TETAPI MASIH GAGAL MENCAPAI KONSENSUS POLITIK
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin

(English version at the bottom)

"Apabila sesuatu bangsa mempunyai terlalu banyak ketua tetapi tiada arah yang dipersetujui bersama, maka kekuatan angka akhirnya tidak lagi diterjemahkan menjadi kekuatan politik."


Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia di mana kaum majoriti mempunyai begitu banyak parti politik yang mendakwa memperjuangkan kepentingan bangsa mereka, namun pada masa yang sama gagal membentuk satu konsensus politik yang kukuh dan berkekalan.


Orang Melayu mewakili kira-kira 60 peratus daripada penduduk Malaysia. Secara teori, angka ini sepatutnya menjadikan orang Melayu kelompok politik paling dominan dan paling stabil dalam menentukan hala tuju negara.


Namun realitinya berlaku sebaliknya.


Baru-baru ini, sebuah lagi parti Melayu diumumkan penubuhannya, iaitu Parti Wawasan Negara. Dengan kemunculan parti baharu ini, jumlah parti politik Melayu di peringkat nasional yang berdaftar dengan ROS kini mencecah sekurang-kurangnya 15 parti, termasuk UMNO, PAS, Bersatu, Pejuang, Putra, Amanah, Berjasa, IMAN, IKATAN, PCM, PBM, Gagasan, Aspirasi, PKN dan GIMMA.


Jika definisi diperluaskan kepada parti-parti Melayu dan Bumiputera yang diasaskan, dipimpin atau berteraskan agenda Melayu-Muslim termasuk di Sabah dan Sarawak, jumlahnya boleh melebihi 30 platform politik yang berasingan.


Ini bermaksud orang Melayu dan Bumiputera mempunyai lebih banyak saluran politik berbanding mana-mana kelompok etnik lain di Malaysia. Namun, kepelbagaian tersebut tidak semestinya menghasilkan kekuatan politik yang lebih besar. 


Dalam banyak keadaan, ia menghasilkan perpecahan pengaruh, pertindihan agenda dan persaingan yang melemahkan kedudukan kolektif mereka sendiri.


Hakikatnya, lebih 30 platform politik Melayu dan Bumiputera ini bertanding secara berasingan dalam PRU16, kadar keluar mengundi Melayu mungkin tidak berubah dengan ketara. Yang berubah hanyalah bagaimana undi tersebut dipecahkan kepada begitu banyak saluran sehingga gagal diterjemahkan kepada kemenangan yang signifikan.


Daripada 222 kerusi Parlimen Malaysia, sekitar 128 kerusi di Semenanjung mempunyai lebih daripada 50 peratus pengundi Melayu berdaftar. 


Secara matematik politik, jumlah ini sudah melepasi ambang 112 kerusi yang diperlukan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna masalah politik Melayu bukanlah kekurangan pengundi atau kekurangan kerusi. Orang Melayu sebenarnya mempunyai kekuatan demografi yang mencukupi untuk menentukan kerajaan.


Persoalan sebenar ialah mengapa kelebihan tersebut masih gagal diterjemahkan kepada satu kekuatan politik yang lebih tersusun dan stabil.


Ironinya, orang Melayu mungkin merupakan satu-satunya kaum majoriti di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 128 kerusi majoriti pengundi Melayu untuk menentukan kerajaan, tetapi pada masa yang sama mempunyai lebih 15 parti nasional yang saling bersaing untuk merebut pengundi yang sama.


Masalah politik Melayu hari ini bukan kekurangan pengundi, bukan kekurangan kerusi dan bukan kekurangan parti. Masalah sebenar ialah kekurangan konsensus.


Jika terdapat sekurang-kurangnya 15 parti Melayu nasional yang aktif dan lebih 30 platform politik Melayu serta Bumiputera secara keseluruhan, maka sebahagian besar parti tersebut sebenarnya sedang bersaing untuk kumpulan pengundi yang hampir sama, memperjuangkan isu yang hampir sama dan menyasarkan kerusi yang hampir sama.


Keadaan ini menjadikan pertandingan sesama sendiri lebih sengit daripada usaha memperluaskan pengaruh politik Melayu secara keseluruhan.


Dalam sistem First-Past-The-Post, pihak yang paling mendapat manfaat daripada perpecahan lawan tidak semestinya parti yang paling kuat, tetapi parti yang mempunyai blok pengundi yang paling tersusun dan konsisten.


Dalam banyak kerusi campuran dan bandar, keadaan ini akhirnya boleh memberi kelebihan kepada DAP atau mana-mana parti yang mempunyai sokongan pengundi yang lebih terkonsolidasi.


Masalah Melayu Bukan Kekurangan Parti, Tetapi Terlalu Banyak Parti


Sejak merdeka, orang Melayu tidak pernah kekurangan parti politik. Apa yang berlaku ialah setiap kali muncul perbezaan pendapat, perebutan kuasa atau krisis kepimpinan, sebuah parti baharu akan muncul.

Daripada UMNO lahir PAS.

Daripada UMNO lahir Semangat 46.

Daripada UMNO juga lahir PKR yang pada peringkat awal dipimpin dan didokong oleh ramai tokoh Melayu.

Daripada PAS lahir Amanah.

Daripada UMNO lahir Bersatu.

Daripada Bersatu lahir Pejuang.

Daripada Bersatu lahir Wawasan.

Setiap perpecahan menghasilkan organisasi baharu.


Akhirnya jumlah parti semakin bertambah, tetapi kekuatan politik Melayu semakin berpecah.


Bangsa lain lazimnya menyelesaikan perbezaan pandangan di dalam organisasi yang sama. Sebahagian pemimpin Melayu pula cenderung menyelesaikan konflik melalui penubuhan parti baharu.


Politik Melayu Terlalu Dipengaruhi Personaliti


Salah satu kelemahan terbesar politik Melayu ialah pergantungan yang terlalu besar kepada tokoh.


Apabila tokoh berselisih, penyokong turut berpecah. Apabila tokoh meninggalkan parti, sebahagian ahli mengikut jejak yang sama.

Apabila tokoh bersara atau tidak lagi berpengaruh, parti yang dibina di sekeliling tokoh tersebut turut menjadi lemah.

Akibatnya, banyak parti gagal berkembang menjadi institusi yang lebih besar daripada individu yang menubuhkannya.

Sedangkan parti yang kukuh sepatutnya dipacu oleh idea, dasar dan visi jangka panjang, bukannya semata-mata bergantung kepada karisma seseorang pemimpin.

Dalam banyak keadaan, politik Melayu cenderung memilih tokoh yang paling popular berbanding tokoh yang paling berkaliber.

Populariti sering dianggap ukuran kepimpinan, sedangkan kepimpinan sebenar memerlukan keupayaan mentadbir, membina konsensus, menyelesaikan konflik dan merancang masa depan.

Akibatnya, parti menjadi terlalu bergantung kepada individu tertentu dan sukar berkembang menjadi institusi yang matang.


Orang Melayu Semakin Hilang Keyakinan Terhadap Kepimpinan Politik Melayu


Perpecahan yang berpanjangan menyebabkan sebahagian masyarakat Melayu mula hilang keyakinan terhadap keseluruhan ekosistem politik Melayu.

Mereka melihat pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Mereka melihat budaya cantas-mencantas.

Mereka melihat perebutan jawatan dan kedudukan.

Mereka melihat isu bangsa dan negara sering diketepikan apabila bertembung dengan kepentingan politik jangka pendek.

Akibatnya, semakin ramai rakyat mula bersikap sinikal terhadap semua parti Melayu tanpa mengira ideologi atau latar belakang.


PRU16 Memerlukan Konsensus Baharu


Menjelang PRU16, persoalan yang lebih besar bukan lagi parti mana yang paling kuat.


Persoalan sebenar ialah sama ada orang Melayu mampu mencapai sekurang-kurangnya satu konsensus minimum mengenai masa depan bangsa dan negara.


Konsensus itu tidak semestinya bermaksud semua parti bergabung menjadi satu parti.


Tetapi sekurang-kurangnya terdapat persetujuan mengenai beberapa perkara asas:


• Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan
• Institusi Raja-Raja Melayu
• Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara
• Agenda pendidikan kebangsaan
• Pembangunan ekonomi Bumiputera
• Integriti dan tadbir urus yang baik
• Keadilan sosial untuk seluruh rakyat Malaysia


Jika perkara-perkara asas ini dapat dipersetujui, maka persaingan politik boleh diteruskan tanpa mengorbankan kepentingan jangka panjang bangsa dan negara.


Payung Besar Melayu Bukan Tentang Satu Parti


Ramai yang salah faham bahawa gagasan Payung Besar Melayu bermaksud mewujudkan satu parti tunggal Melayu.


Hakikatnya, apa yang diperlukan bukan semestinya penyatuan melalui parti politik. Kesedaran terhadap keperluan mencari titik persamaan inilah yang melahirkan pelbagai inisiatif seperti Rumah Bangsa, Ikatan Prihatin Rakyat - IPR, RESET dan pelbagai platform lain.


Apa yang diperlukan ialah satu platform bersama yang membolehkan semua orang melayu tanpa mengira parti, pertubuhan, golongan bergerak di atas prinsip-prinsip asas yang dipersetujui bersama.


Dalam dunia yang semakin mencabar, kekuatan sebenar bukan terletak pada jumlah parti yang dimiliki oleh sesuatu bangsa, atau jumlah NGO, atau jumlah professional dan lain-lain. Kekuatan sebenar terletak pada kemampuan bangsa tersebut mencari titik persamaan yang lebih besar daripada perbezaan mereka.


Jika orang Melayu yang merupakan kaum majoriti masih gagal mencapai konsensus minimum walaupun mempunyai puluhan parti yang mendakwa memperjuangkan kepentingan mereka, maka persoalannya bukan lagi tentang kekurangan pemimpin.


Persoalannya ialah sama ada pemimpin-pemimpin tersebut benar-benar bersedia meletakkan kepentingan bangsa dan negara mengatasi kepentingan parti, kedudukan dan ego politik masing-masing.


Kerana sejarah membuktikan bahawa sesuatu bangsa jarang menjadi lemah kerana kekurangan bilangan. Sebaliknya, bangsa menjadi lemah apabila terlalu berpecah sehingga tidak lagi mampu bertindak sebagai satu kekuatan politik yang mempunyai tujuan dan arah yang sama.


Hakikatnya, orang Melayu sudah mempunyai angka, pengundi, kerusi dan institusi yang diperlukan untuk membentuk kekuatan politik yang besar.


Apa yang masih belum dimiliki ialah kesediaan untuk meletakkan persamaan mengatasi perbezaan dan mencapai konsensus politik.


Selagi itu tidak berlaku, jumlah parti yang semakin bertambah tidak akan menambah kekuatan politik Melayu, sebaliknya hanya menambah lagi perpecahan yang sedia ada. Parti politik hanyalah kenderaan untuk bertanding dalam pilihan raya. Namun kekuatan sesuatu bangsa tidak diukur melalui jumlah kenderaan yang dimilikinya, tetapi melalui keupayaannya menentukan destinasi yang ingin dituju bersama.


Masa depan politik Melayu bukan ditentukan oleh berapa banyak parti yang dapat ditubuhkan, tetapi sejauh mana parti-parti yang wujud mampu mencapai kesepakatan mengenai perkara-perkara yang benar-benar penting untuk bangsa dan negara.


~ Dr Armin Baniaz Pahamin

14 Jun 2026



ENGLISH

THE PARADOX OF MALAY POLITICS: 128 PARLIAMENTARY SEATS, YET NO POLITICAL CONSENSUS

By Dr Armin Baniaz Pahamin


"When a community has too many leaders but no shared direction, its numerical strength can no longer be translated into political strength."


Malaysia may be one of the few countries in the world where the majority ethnic community is represented by such a large number of political parties, all claiming to champion the interests of the same community, yet still struggling to build a durable political consensus.


The Malays constitute approximately 60 percent of Malaysia's population. In theory, this demographic advantage should make them the country's most politically dominant and stable electoral bloc.


Yet the reality appears to be quite different.


The recent emergence of Parti Wawasan Negara adds another name to an already crowded landscape of Malay-based political parties. At the national level alone, there are now at least 15 registered Malay-oriented political parties, including UMNO, PAS, Bersatu, Pejuang, Putra, Amanah, Berjasa, IMAN, IKATAN, PCM, PBM, Gagasan, Aspirasi, PKN and GIMMA.


If the definition is expanded to include Malay and Bumiputera parties in Sabah and Sarawak that are led by, founded by, or primarily represent Malay-Muslim and Bumiputera interests, the number of separate political platforms exceeds thirty.


This means that Malays and Bumiputeras possess more political vehicles than any other ethnic group in Malaysia. However, greater numbers do not necessarily translate into greater political influence.


In many cases, they produce overlapping agendas, fragmented leadership and intense competition for the same pool of voters.


If more than thirty Malay and Bumiputera political platforms were to contest independently in GE16, Malay voter turnout would likely remain largely unchanged. What would change is the distribution of votes across multiple competing parties, reducing the ability of those votes to be translated into meaningful electoral victories.


Of Malaysia's 222 parliamentary constituencies, approximately 128 seats in Peninsular Malaysia have more than 50 percent registered Malay voters.


From a purely electoral perspective, this number exceeds the 112 seats required to form the Federal Government.


This suggests that the challenge facing Malay politics is not a shortage of voters or parliamentary constituencies. The Malay community already possesses sufficient demographic strength to influence the formation of government.


The real question is why this advantage has yet to be translated into a more cohesive and sustainable political force.


Ironically, Malays may be the only majority community in Malaysia that possesses more than 128 Malay-majority parliamentary constituencies while simultaneously being represented by more than fifteen national political parties competing for the same electorate.


The problem facing Malay politics today is not a shortage of voters, parliamentary seats or political parties.


The real problem is a shortage of consensus.


With at least fifteen active national Malay-based parties and more than thirty Malay and Bumiputera political platforms overall, most are competing for the same voter base, advocating similar issues and targeting many of the same constituencies.


As a result, intra-Malay political competition often becomes more intense than efforts to expand collective political influence.


Under Malaysia's First-Past-The-Post electoral system, the greatest beneficiary of a divided opposition is not necessarily the strongest party, but the party with the most organised and consolidated voting bloc.


In many mixed and urban constituencies, such fragmentation may ultimately benefit parties with more disciplined and concentrated support bases, including DAP and other well-organised political actors.


The Problem Is Not Too Few Parties, But Too Many


Since independence, Malays have never suffered from a shortage of political parties.


Instead, political disagreements, leadership disputes, and internal power struggles have frequently led to the formation of new parties.


PAS emerged from the early Islamic movement within UMNO.


Semangat 46 emerged from UMNO's internal crisis.


PKR was born from the Reformasi movement, which was initially driven largely by Malay political figures.


Amanah emerged from PAS.


Bersatu emerged from UMNO.


Pejuang emerged from Bersatu.


More recently, Parti Wawasan Negara emerged from political developments involving former Bersatu leaders.


Each political split has produced another organisation.


The result is a growing number of parties but an increasingly fragmented political landscape.


While many communities resolve differences within existing institutions, Malay politics has often responded to differences by creating new institutions.


Malay Politics Remains Highly Personality-Driven


One of the enduring weaknesses of Malay politics is its heavy dependence on personalities.


When leaders disagree, supporters often divide.


When leaders leave, followers frequently leave with them.


When influential figures retire, the organisations built around them often weaken.


As a result, many political parties struggle to evolve into institutions that are larger than the individuals who founded them.


Strong political institutions should be driven by ideas, policy frameworks and long-term visions rather than personal charisma alone.


Too often, popularity is mistaken for leadership.


Yet effective leadership requires the ability to govern, build consensus, resolve conflicts and shape long-term national direction.


Declining Confidence in Political Leadership


Years of political fragmentation have contributed to declining public confidence in Malay political leadership.


Many voters observe endless political infighting, factional manoeuvring, leadership struggles and short-term political calculations.


They increasingly perceive national and community interests being subordinated to organisational interests.


As a consequence, political cynicism continues to grow across ideological lines.


GE16 Requires A New Consensus


As Malaysia approaches GE16, the most important question is no longer which party is strongest.


The more important question is whether Malays can achieve a minimum political consensus regarding the future direction of the nation.


Such a consensus does not require the creation of a single political party.


Instead, it requires agreement on several foundational principles:


• The constitutional position of Islam

• The institution of the Malay Rulers

• The role of Bahasa Melayu as the national language

• National education priorities

• Bumiputera economic development

• Good governance and institutional integrity

• Social justice for all Malaysians


If these fundamentals can be agreed upon, political competition can continue without undermining long-term national interests.


The "Payung Besar Melayu" Is Not About One Political Party


Many misunderstand the concept of a "Payung Besar Melayu" or Malay Big Tent as a call for a single unified political party.


That is not the central idea.


The growing recognition of the need for common ground has already inspired initiatives such as Rumah Bangsa, Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), RESET and other platforms seeking broader engagement across political divides.


What is required is not necessarily another political party, but a shared platform that enables Malays from different parties, organisations, professions and social backgrounds to rally around common principles.


In an increasingly complex world, the true strength of a community is not measured by the number of parties, NGOs or organisations it possesses.


It is measured by its ability to identify common ground that is greater than its differences.


If the Malay community, despite being the majority and possessing significant demographic and electoral advantages, continues to struggle to achieve even a minimum political consensus, then the issue is no longer a shortage of leaders.


The real question is whether political leaders are willing to place the interests of the nation and community above party interests, positions and personal ambitions.


History demonstrates that communities rarely decline because they lack numbers.


They decline when they become so fragmented that they can no longer act with a common purpose.


The reality is that Malays already possess the numbers, the voters, the parliamentary seats and the institutions required to build substantial political influence.


What remains missing is the willingness to place common interests above differences and to build political consensus.


Until that happens, the creation of more political parties will not strengthen Malay politics. It will merely add another layer to an already fragmented landscape.


Political parties are simply vehicles for contesting elections. The strength of a community is not measured by the number of vehicles it owns, but by its ability to agree on a common destination.


Ultimately, the future of Malay politics will not be determined by how many political parties are created, but by how effectively existing political actors can reach consensus on matters that truly matter for the nation and its future.


~ Dr Armin Baniaz Pahamin

14 June 2026

 

PERPISAHAN PAS DAN BERSATU MEMBUKA LEMBARAN BAHARU PENYATUAN POLITIK MELAYU


PERPISAHAN PAS DAN BERSATU MEMBUKA LEMBARAN BAHARU PENYATUAN POLITIK MELAYU
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin

“Kadangkala penyatuan yang lebih besar hanya dapat dicapai selepas keberanian dibuat untuk mengakui bahawa kerangka lama tidak lagi mampu menampung aspirasi yang lebih luas.”

1. Perpisahan antara PAS dan Bersatu bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba. Ia juga bukan pilihan yang diinginkan oleh mana-mana pihak sejak awal. Hakikatnya, untuk PAS mengambil keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu menunjukkan bahawa PAS telah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kerjasama yang sedia ada dan telah meneliti pelbagai pilihan sebelum sampai ke tahap ini. 

2. Keputusan tersebut juga memberi gambaran bahawa PAS melihat ruang untuk memperluaskan agenda penyatuan politik Melayu dan Bumiputera tidak lagi dapat dicapai secara optimum dalam kerangka kerjasama yang sedia ada.

3. Struktur organisasi PAS berbeza daripada kebanyakan parti politik lain di Malaysia. Dalam PAS, terdapat Majlis Syura Ulamak yang berperanan sebagai badan tertinggi dalam menentukan hala tuju dasar dan perjuangan parti. Sebarang keputusan strategik yang besar tidak dibuat secara individu, sebaliknya melalui proses syura dan perbincangan yang melibatkan pelbagai peringkat kepimpinan parti.

4. Sudah tentu, seperti mana-mana hubungan politik, kedua-dua pihak mempunyai pandangan, keutamaan dan pertimbangan strategik masing-masing yang akhirnya menyumbang kepada perbezaan yang tidak dapat dirapatkan. Namun apabila pelbagai usaha untuk mencari titik persamaan gagal menghasilkan penyelesaian yang memuaskan, maka perpisahan sering kali menjadi jalan yang tidak dapat dielakkan.

5. Dalam politik, penyatuan yang berasaskan matlamat, prinsip dan kepercayaan bersama sentiasa lebih bernilai daripada penyatuan yang hanya wujud pada nama. Namun apabila perbezaan yang wujud tidak lagi dapat dirapatkan dan kos untuk mengekalkan kerjasama menjadi terlalu tinggi, maka penyusunan semula sering kali menjadi pilihan yang lebih realistik demi mencapai matlamat yang lebih besar.

6. Sejak sekian lama, PAS konsisten membawa pendekatan penyatuan ummah dan perpaduan Melayu-Islam sebagai agenda utama. PAS membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk bersama dalam usaha memperkukuhkan kekuatan politik Melayu dan Bumiputera. Semangat ini turut diterjemahkan melalui kesediaan PAS menerima kehadiran parti-parti politik lain yang berkongsi aspirasi yang sama.

7. Antara parti yang sering dikaitkan dengan usaha penyatuan ini ialah Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Parti IMAN, BERJASA serta pelbagai kumpulan masyarakat sivil dan gerakan politik lain yang mempunyai matlamat memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

8. Namun persoalan yang sering dibangkitkan ialah mengapa terdapat tentangan terhadap usaha memperluaskan penyatuan tersebut. Lebih menghairankan, parti-parti seperti PEJUANG, PUTRA, IMAN dan BERJASA boleh diterima untuk bekerjasama di bawah Ikatan Prihantin Rakyat (IPR) yang diterajui sendiri oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi tidak dalam Perikatan Nasional. 

9. Jika matlamatnya adalah memperkukuhkan penyatuan kuasa politik Melayu dan Bumiputera, apakah perbezaan prinsip yang menghalang penyertaan mereka dalam PN?

10. Persoalan ini memerlukan penjelasan yang jujur dan terbuka kepada rakyat. Apakah matlamat sebenar sesebuah gabungan politik? Adakah untuk membina kekuatan yang lebih besar bagi menghadapi pilihan raya dan menawarkan alternatif kepada rakyat, atau sekadar mengekalkan struktur kuasa sedia ada tanpa membuka ruang kepada penyertaan pihak lain?

11. Rakyat berhak memahami mesej yang cuba disampaikan melalui tindakan sedemikian.

12. Jika penyatuan parti-parti yang berkongsi perjuangan pun berdepan halangan, bagaimana pula keadaan apabila tiba masanya untuk membincangkan isu yang lebih sensitif seperti pembahagian kerusi pilihan raya, calon, kepimpinan dan pembentukan kerajaan nanti?

13. Hakikatnya, isu penyertaan parti-parti kecil hanyalah sebahagian kecil daripada cabaran yang wujud. Isu pembahagian kerusi dan pengagihan kuasa jauh lebih kompleks dan berpotensi menimbulkan konflik yang lebih besar.

14. Atas sebab itu, perpisahan PAS dan Bersatu perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas daripada sekadar hubungan antara dua parti. Ia mencerminkan kegagalan untuk mencapai kesepakatan mengenai hala tuju penyatuan politik Melayu yang lebih menyeluruh dan inklusif.

15. Perkembangan ini terjadi pada waktu yang sangat penting. Malaysia sedang menghampiri fasa persediaan menuju PRU16 ketika rakyat semakin terbeban dengan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dan kekecewaan terhadap landskap politik semasa. Dalam keadaan sebegini, persoalan terbesar bukan lagi siapa menguasai sesebuah gabungan politik, tetapi siapa yang mampu menawarkan satu alternatif yang lebih meyakinkan kepada rakyat.

16. Malah, perpisahan ini juga membuka satu lembaran baharu yang sebelum ini sukar direalisasikan. Dengan berakhirnya kerjasama antara PAS dan Bersatu, PAS kini berpotensi mempunyai ruang politik yang lebih luas untuk meneroka bentuk kerjasama baharu bersama parti-parti Melayu dan Bumiputera yang lain tanpa sebarang kekangan atau halangan daripada mana-mana pihak.

17. Keadaan ini membolehkan PAS memperluas agenda penyatuan ummah dan penyatuan politik Melayu dengan lebih terbuka melalui kerjasama yang lebih inklusif, melibatkan PEJUANG, PUTRA, IMAN, BERJASA serta pelbagai pertubuhan dan gerakan masyarakat yang berkongsi aspirasi mempertahankan kedudukan Islam, Melayu, Bumiputera dan institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

18. Dalam konteks menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), penyusunan semula ini berpotensi menjadi pemangkin kepada pembentukan satu blok politik Melayu dan Bumiputera yang lebih besar, lebih tersusun dan lebih menyeluruh. Jika penyatuan ini berjaya direalisasikan, ia bukan sahaja mampu memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu, malah berpotensi mengelakkan perpecahan undi yang selama ini melemahkan kedudukan parti-parti Melayu dalam banyak kerusi strategik di seluruh negara.

19. Apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan perbezaan yang berlaku tidak bertukar menjadi permusuhan yang akhirnya menguntungkan pihak lawan. Politik Melayu telah terlalu banyak kali dilemahkan oleh perpecahan sesama sendiri.

20. Sejarah politik negara menunjukkan bahawa setiap kali kuasa politik Melayu berpecah kepada terlalu banyak blok yang bersaing sesama sendiri, pihak yang paling mendapat manfaat bukanlah mana-mana kumpulan Melayu tersebut, tetapi pihak lawan yang berhadapan dengan mereka.

21. Masa depan politik Melayu tidak boleh terus bergantung kepada persaingan siapa lebih dominan atau siapa lebih berkuasa. Sebaliknya, ia perlu kembali kepada persoalan yang lebih besar iaitu bagaimana membina satu kekuatan politik yang mampu menyatukan sebanyak mungkin pihak yang berkongsi matlamat dan aspirasi yang sama.

22. Dalam politik, sejarah tidak mengingati siapa yang paling dominan dalam sesebuah gabungan. 

23. Sejarah mengingati siapa yang berjaya menyatukan kekuatan yang berpecah untuk mencapai matlamat yang lebih besar. Jika penyatuan baharu berjaya dibina hasil daripada penyusunan semula ini, maka perpisahan PAS dan Bersatu mungkin akan dikenang bukan sebagai pengakhiran sebuah kerjasama, tetapi sebagai titik mula kepada kebangkitan semula kuasa politik Melayu dan Bumiputera menjelang PRU16.

~ Dr Armin Baniaz Pahamin

JOHOR AKAN MENJADI UJIAN SEBENAR KEUPAYAAN PERIKATAN NASIONAL MENAWAN PUTRAJAYA

 

JOHOR AKAN MENJADI UJIAN SEBENAR KEUPAYAAN PERIKATAN NASIONAL MENAWAN PUTRAJAYA
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin

“Pilihan Raya Negeri Johor bukan sekadar pertarungan untuk menguasai sebuah negeri. Ia adalah ujian sama ada Perikatan Nasional mampu berkembang daripada sebuah blok pembangkang kepada alternatif kerajaan yang diyakini rakyat.”

1. Johor mempunyai kedudukan yang sangat unik dalam landskap politik negara. Negeri ini merupakan kubu tradisi UMNO dan menjadi antara negeri yang paling penting dalam menentukan hala tuju politik Melayu.

2. Jika Perikatan Nasional mahu mencipta kejutan di Johor, PN tidak boleh bergantung semata-mata kepada sentimen penolakan terhadap kerajaan. Strategi menyerang kelemahan lawan sahaja tidak lagi mencukupi.

3. PN perlu tampil dengan naratif yang lebih besar, iaitu menawarkan harapan, kestabilan dan keyakinan bahawa mereka mempunyai pasukan yang bersedia mentadbir negeri dan negara.

4. Antara cabaran terbesar PN di Johor ialah persepsi bahawa gabungan tersebut masih terlalu bergantung kepada sentimen protes. Ramai pengundi mahu melihat penyelesaian kepada isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, perumahan generasi muda, pendidikan dan pembangunan ekonomi negeri.

5. PN juga perlu memperluaskan sokongan di luar kelompok penyokong teras Melayu-Muslim. Walaupun pengundi Melayu kekal menjadi faktor penentu utama, kemenangan di Johor memerlukan PN menembusi kawasan bandar, separa bandar dan pengundi atas pagar yang mahukan politik lebih sederhana dan pragmatik.

6. Selain itu, PN perlu mengelakkan pertikaian dalaman serta memperlihatkan kesatuan kepimpinan yang jelas. Pengundi Johor secara tradisinya menghargai kestabilan politik dan kurang gemar kepada konflik kuasa yang berpanjangan.

7. Satu lagi faktor penting ialah pemilihan calon. PN perlu mengetengahkan calon yang mempunyai kredibiliti, rekod perkhidmatan yang baik, dikenali masyarakat setempat serta mampu membawa imej profesional dan berwibawa.

8. Dalam keadaan BN dijangka mempertahankan kekuatan tradisinya dan PH bergelut dengan persepsi terhadap prestasi kerajaan Persekutuan, PN mempunyai peluang untuk muncul sebagai pilihan alternatif. 

9. Namun peluang tersebut hanya akan menjadi realiti jika PN berjaya meyakinkan rakyat bahawa mereka bukan sekadar pembangkang yang lantang, tetapi sebuah kerajaan menunggu yang kompeten.

10. Johor bukan sekadar medan pilihan raya negeri. Ia merupakan medan ujian yang akan menentukan sama ada Perikatan Nasional benar-benar mempunyai laluan yang realistik untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang.

11. Akhirnya, kemenangan bukan hanya ditentukan oleh kelemahan lawan. Kemenangan sebenar datang apabila rakyat melihat bahawa Perikatan Nasional mempunyai visi yang lebih baik, pasukan yang lebih kukuh dan pelan yang lebih meyakinkan untuk masa depan negara.

~ Dr Armin Baniaz Pahamin

RESET MALAYSIA: MEMBETULKAN SEMULA HALA TUJU NEGARA


RESET MALAYSIA: MEMBETULKAN SEMULA HALA TUJU NEGARA


Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
(English version at the bottom)

“Apabila majoriti rakyat mula merasakan bahawa identiti negara semakin terhakis, ekonomi semakin sempit, dan masa depan semakin tidak jelas, maka negara sebenarnya sedang berdepan krisis hala tuju yang serius.”

1. Malaysia hari ini bukan sahaja berdepan masalah ekonomi atau persaingan politik biasa. Negara sedang mengalami krisis keseimbangan nasional yang semakin membimbangkan.

2. Sebahagian besar orang Melayu mula melihat bahawa hala tuju dan qiblat Kerajaan Madani semakin dipengaruhi oleh prinsip kesamarataan ala “Malaysian Malaysia” yang sekian lama menjadi teras perjuangan DAP.

3. Persepsi ini semakin kuat apabila banyak pendekatan kerajaan dilihat cuba mentafsir semula struktur sosial negara atas nama kesaksamaan mutlak tanpa mengambil kira realiti sejarah dan kerangka Perlembagaan Persekutuan.

4. Hakikatnya, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dibina atas konsep bahawa semua kaum berada dalam kedudukan yang seratus peratus sama dari sudut sejarah dan tanggungjawab kenegaraan.

5. Sebaliknya, Perlembagaan diwujudkan atas prinsip keseimbangan nasional. Ia melindungi hak semua rakyat, tetapi pada masa sama mengiktiraf kedudukan Melayu dan Bumiputera, Islam sebagai agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja Melayu sebagai asas utama negara.

6. Dalam beberapa isu, terdapat juga pemimpin politik dalam kerajaan yang dilihat semakin berani mempertikaikan atau mempersoalkan titah dan pendirian institusi Raja-Raja Melayu secara terbuka.

7. Sebab itu apabila naratif politik mula bergerak terlalu jauh ke arah kesamarataan mutlak tanpa sensitiviti terhadap struktur asal negara, ramai orang Melayu mula merasakan bahawa kedudukan mereka sedang dipersoalkan secara perlahan-lahan.

8. Dalam keadaan inilah gagasan RESET mula mendapat perhatian. RESET membawa pendekatan bahawa kestabilan Malaysia hanya boleh dicapai melalui keseimbangan semula antara legitimasi majoriti dan keyakinan minoriti.

9. Penekanan RESET bahawa kerajaan perlu mendapat sokongan majoriti kaum majoriti dan pada masa sama diterima oleh majoriti kaum minoriti merupakan formula politik rentas kaum yang lebih realistik dan stabil untuk Malaysia.

10. Malaysia memerlukan kerajaan yang bukan sahaja inklusif, tetapi juga mempunyai legitimasi kukuh daripada majoriti rakyat Melayu sebagai tunjang utama struktur kenegaraan negara.

11. Namun RESET bukan sekadar soal politik identiti atau kestabilan kaum. Ia turut memberi penekanan besar terhadap pembetulan hala tuju ekonomi negara.

12. Sudah terlalu lama Malaysia ketandusan idea besar untuk membangunkan industri baharu yang mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi nasional.

13. Negara seolah-olah terus bergantung kepada model ekonomi lama tanpa keberanian politik untuk mencipta sektor strategik generasi baharu yang boleh melonjakkan pendapatan negara dan membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat.

14. Malaysia suatu ketika dahulu pernah dikenali sebagai Harimau Asia, sebuah negara yang agresif membina sektor baharu seperti automotif nasional, minyak dan gas, kewangan Islam, perkapalan, MSC serta pembangunan industri berat.

15. Hari ini momentum itu semakin hilang.

16. Kerajaan Madani dilihat lebih banyak tertumpu kepada pengurusan persepsi, slogan politik dan pendekatan fiskal jangka pendek berbanding membina ekosistem ekonomi baharu yang benar-benar mampu mentransformasikan struktur ekonomi negara.

17. Hakikatnya, rakyat terutama Bumiputera memerlukan lebih banyak peluang pemilikan ekonomi, peluang perniagaan, peluang perindustrian dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

18. Golongan muda Bumiputera hari ini semakin berdepan tekanan kos sara hidup, peluang pekerjaan yang terhad dan kesukaran membina kekayaan jangka panjang.

19. Tanpa agenda ekonomi baharu yang agresif, jurang ekonomi akan terus melebar dan rasa kecewa dalam kalangan rakyat akan semakin mendalam.

20. RESET dilihat cuba membawa semula idea bahawa kerajaan mesti mempunyai visi ekonomi nasional yang jauh lebih berani dan strategik.

21. Malaysia memerlukan pelancaran industri baharu berimpak tinggi dalam bidang teknologi pertahanan, kecerdasan buatan, ekonomi digital, semikonduktor, tenaga baharu, bioteknologi, automasi, keterjaminan makanan, dan industri strategik Bumiputera yang mampu mencipta gelombang pertumbuhan baharu bagi negara.

22. Rakyat hari ini mula mempertikaikan sama ada kerajaan Madani benar-benar mempunyai kepakaran, keupayaan serta political drive untuk melaksanakan transformasi ekonomi sebesar itu. Setakat ini, kerajaan dilihat lebih bersifat defensif dan reaktif berbanding mempunyai pelan transformasi nasional yang mampu mengubah trajectory ekonomi negara secara menyeluruh.

23. Sebab itu RESET menjadi seruan untuk membetulkan semula arah politik, ekonomi dan struktur nasional sebelum Malaysia terus kehilangan momentum sebagai kuasa ekonomi utama rantau ini.

24. Negara tidak boleh terus dipimpin hanya dengan naratif. Malaysia memerlukan hala tuju baharu yang lebih berani, lebih seimbang dan lebih berpaksikan realiti rakyat majoriti serta masa depan negara.

~ Dr Armin Baniaz Pahamin - Presiden, Gerakan Ekonomi Malaysia

ENGLISH

RESET MALAYSIA: RESETTING THE NATION’S DIRECTION
By: Dr Armin Baniaz Pahamin

“When the majority of citizens begin to feel that the nation’s identity is gradually eroding, the economy is becoming increasingly restrictive, and the future appears more uncertain, the country is in fact facing a serious crisis of direction.”

1. Malaysia today is no longer merely facing ordinary economic challenges or routine political competition. The nation is increasingly experiencing a growing crisis of national balance and cohesion.

2. A significant segment of the Malay community has begun to perceive that the direction and political orientation of the Madani Government are becoming increasingly influenced by the egalitarian principles associated with the “Malaysian Malaysia” concept long championed by DAP.

3. This perception has strengthened as various government approaches are seen as attempting to reinterpret the country’s social structure in the name of absolute equality, without sufficient consideration for historical realities and the framework of the Federal Constitution.

4. In reality, the Federal Constitution was never constructed on the premise that all ethnic groups occupy an entirely identical position in terms of historical context and nation-building responsibilities.

5. Instead, the Constitution was founded upon the principle of national balance. It protects the rights of all citizens while simultaneously recognising the special position of the Malays and Bumiputera, Islam as the religion of the Federation, and the institution of the Malay Rulers as fundamental pillars of the nation.

6. In several recent issues, political leaders within the government have also been perceived as increasingly willing to openly question or challenge the decrees and positions of the Malay Rulers.

7. Consequently, when political narratives move excessively towards the concept of absolute equality without sensitivity towards the nation’s original constitutional structure, many Malays begin to feel that their position is being gradually questioned and diluted.

8. It is within this context that the RESET agenda has begun attracting greater attention. RESET advances the idea that Malaysia’s long-term stability can only be achieved through restoring equilibrium between majority legitimacy and minority confidence.

9. RESET’s emphasis that any government must secure the support of the majority ethnic community while simultaneously being accepted by the majority of minority communities represents a more realistic and sustainable cross-ethnic political formula for Malaysia.

10. Malaysia requires a government that is not only inclusive, but also possesses strong legitimacy from the Malay majority as the principal pillar of the nation’s state structure.

11. However, RESET is not merely about identity politics or ethnic stability. It also places significant emphasis on correcting the nation’s economic direction.

12. For far too long, Malaysia has suffered from a shortage of bold ideas capable of developing new industries that could become catalysts for national economic growth.

13. The country appears to remain dependent on outdated economic models without the political courage to create next-generation strategic sectors capable of increasing national income and generating high-value employment opportunities for the rakyat.

14. Malaysia was once recognised as one of the “Asian Tigers”, a nation that aggressively developed strategic sectors such as the national automotive industry, oil and gas, Islamic finance, shipping, MSC, and heavy industries.

15. Today, that momentum appears to be steadily fading.

16. The Madani Government is increasingly perceived as focusing more on perception management, political slogans, and short-term fiscal approaches rather than building a new economic ecosystem capable of genuinely transforming the country’s economic structure.

17. In reality, the rakyat, particularly the Bumiputera community, require greater opportunities for economic ownership, entrepreneurship, industrial participation, and access to high-income employment.

18. Young Bumiputeras today are increasingly burdened by rising living costs, limited employment opportunities, and growing difficulties in building long-term wealth and economic security.

19. Without an aggressive and forward-looking economic agenda, economic disparities will continue to widen, while frustration among the rakyat will deepen further.

20. RESET seeks to revive the idea that the government must possess a far more strategic and courageous national economic vision.

21. Malaysia requires the development of new high-impact industries in areas such as defence technology, artificial intelligence, the digital economy, semiconductors, renewable energy, biotechnology, automation, food security, and strategic Bumiputera industries capable of creating a new wave of national growth.

22. Today, many citizens are beginning to question whether the Madani Government genuinely possesses the expertise, capability, and political drive required to execute such a large-scale economic transformation. Thus far, the government is increasingly perceived as defensive and reactive rather than possessing a comprehensive national transformation plan capable of fundamentally changing the country’s economic trajectory.

23. This is why RESET has emerged as a call to recalibrate the nation’s political direction, economic priorities, and national structure before Malaysia continues losing momentum as one of the region’s major economic powers.

24. A nation cannot continue to be governed solely through narratives and slogans. Malaysia requires a new direction that is bolder, more balanced, and more firmly grounded in the realities of the majority rakyat and the long-term future of the nation.

~ Dr Armin Baniaz Pahamin
President, Gerakan Ekonomi Malaysia


APABILA SISTEM PENDIDIKAN TERPISAH, PEMAHAMAN RUKUN NEGARA JUGA AKAN BERBEZA


APABILA SISTEM PENDIDIKAN  TERPISAH, PEMAHAMAN RUKUN NEGARA JUGA AKAN BERBEZA

Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin

(English version at the bottom)


Dalam sebuah negara yang dibina di atas kerangka Perlembagaan Melayu, Islam dan institusi Raja-Raja, sistem pendidikan bukan sekadar tempat untuk melahirkan tenaga kerja. Ia juga menentukan sejauh mana generasi baharu menghayati identiti nasional, memahami  keseimbangan sosial dan sejarah yang membentuk negara ini, serta menghormati asas pembentukan negara.”


1. Kebelakangan ini, beberapa kenyataan dan tindakan pemimpin tertentu daripada DAP terhadap institusi Kesultanan Selangor sekali lagi menimbulkan persoalan yang lebih besar daripada sekadar perbezaan pandangan politik.


2. Persoalan yang semakin timbul ialah sama ada sistem pendidikan yang terlalu terpisah dan berorientasikan identiti etnik akhirnya mewujudkan sebahagian elit politik yang kurang menghayati asas budaya dan sejarah nasional Malaysia.


3. Malaysia mempunyai model kenegaraan tersendiri yang berbeza daripada kerangka sekular liberal Barat sepenuhnya. 


4. Malaysia dibentuk di atas kerangka Perlembagaan yang jelas, dengan kedudukan Melayu dan Bumiputera sebagai teras sejarah pembentukan negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan dan institusi Kesultanan Melayu sebagai payung kestabilan negara.


5. Ini bukan sentimen perkauman. Ini ialah struktur asas negara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


6. Namun, apabila sebahagian pemimpin politik dilihat berulang kali mempertikaikan titah Sultan, memperlekehkan sensitiviti masyarakat majoriti atau menggunakan pendekatan politik yang terlalu konfrontasional terhadap perkara-perkara berkaitan hak Bumiputera, persoalan mengenai proses pembentukan pemikiran mereka tidak dapat dielakkan.


7. Sistem pendidikan memainkan peranan besar dalam membentuk orientasi budaya seseorang.


8. Sekolah yang terlalu terpisah daripada arus perdana kebangsaan berpotensi mewujudkan generasi yang lebih selesa melihat Malaysia melalui lensa komuniti sendiri berbanding kerangka nasional yang lebih luas.


9. Apabila interaksi sosial, sejarah nasional, simbol kenegaraan dan penghayatan terhadap kerangka budaya nasional tidak benar-benar diintegrasikan dalam proses pendidikan, maka jurang psikologi terhadap identiti kebangsaan boleh menjadi semakin besar.


10. Pemerhatian umum terhadap kepimpinan utama DAP menunjukkan representasi yang ketara daripada latar pendidikan vernakular Cina dan sekolah persendirian Cina, walaupun data lengkap semua pemimpin tidak sentiasa tersedia secara terbuka. 


11. Corak ini tidak semestinya membuktikan hubungan sebab-akibat secara langsung terhadap orientasi politik mereka, namun ia menunjukkan kewujudan ekosistem sosial dan pendidikan yang berbeza daripada arus utama kebangsaan.


12. Sebagai contoh, ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dilaporkan menerima pendidikan rendah di SJK(C) Poi Lam Ipoh sebelum melanjutkan pendidikan menengah di SMK Poi Lam dan ACS Ipoh. Bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew pula diketahui aktif dalam DAP sejak zaman sekolah menengah, namun rekod pendidikan sekolah beliau tidak dapat disahkan secara terbuka setakat ini. 


13. Manakala Tony Pua Kiam Wee secara umum diketahui berasal daripada latar pendidikan Cina dan kemudiannya melanjutkan pengajian tinggi di luar negara, walaupun rekod lengkap sekolah rendah dan menengah beliau juga tidak dinyatakan secara terperinci dalam sumber awam yang boleh disahkan. 


14. Perbahasan sebenar bukan soal menolak pendidikan ibunda atau kepelbagaian budaya, tetapi persoalan sama ada sistem pendidikan yang terlalu terpisah akhirnya mewujudkan jurang identiti nasional yang semakin melebar.


15. Akibatnya, sebahagian elit politik dilihat semakin sukar menghayati sepenuhnya keseimbangan sejarah, struktur Perlembagaan dan asas kenegaraan Malaysia.


16. Dalam konteks ini, kebimbangan sebahagian rakyat terhadap orientasi sesetengah sekolah vernakular dan sistem UEC tidak boleh terus dilabel sebagai ekstremisme atau rasisme secara simplistik.


17. Ia adalah perbahasan tentang integrasi nasional.


18. Negara-negara lain juga memahami bahawa pendidikan ialah instrumen pembinaan negara. Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand meletakkan identiti nasional sebagai komponen utama dalam sistem pendidikan mereka.


19. Malah di banyak negara maju, penghormatan terhadap simbol negara, bahasa kebangsaan dan institusi tradisi dianggap sebahagian daripada pembentukan warganegara.


20. Malaysia tidak boleh menjadi kuat jika generasi masa depannya membesar dalam ekosistem pendidikan yang terlalu terpisah antara satu sama lain sehingga gagal membina identiti nasional bersama.


21. Ini tidak bermaksud budaya atau bahasa ibunda perlu dihapuskan. Kepelbagaian budaya ialah kekuatan Malaysia.


22. Namun kepelbagaian hanya mampu bertahan jika terdapat satu identiti nasional dominan yang diterima bersama sebagai asas penyatuan negara.


23. Hakikatnya, identiti nasional Malaysia lahir daripada sejarah, peradaban dan tradisi Melayu yang menjadi asas pembentukan negara serta kerangka kenegaraan Malaysia.


24. Atas sebab itu, proses integrasi terhadap asas budaya dan kerangka kenegaraan Malaysia sepatutnya diperkukuh, bukannya semakin dipinggirkan.


25. Jika tidak, kita akan terus melahirkan elit politik yang melihat segala-galanya semata-mata dari sudut tuntutan komuniti masing-masing tanpa memahami keseimbangan sejarah yang membentuk Malaysia sejak merdeka.


26. Akhirnya, isu ini bukan soal membenci mana-mana kaum atau sistem sekolah tertentu.


27. Ia ialah persoalan sama ada sistem pendidikan negara hari ini benar-benar berjaya membentuk rakyat Malaysia yang berkongsi rasa hormat terhadap identiti nasional, institusi monarki negara dan asas pembentukan negara.


28. Kerana tanpa asas bersama itu, perpaduan nasional hanya akan tinggal sebagai slogan politik semata-mata.


~ Dr Armin Baniaz Pahamin


ENGLISH

WHEN EDUCATIONAL SYSTEMS BECOME TOO SEGREGATED, THE RUKUN NEGARA MAY BE UNDERSTOOD DIFFERENTLY

By: Dr Armin Baniaz Pahamin


“In a nation built upon the constitutional foundations of Malay civilisation, Islam, and the institution of the Malay Rulers, the education system is not merely a mechanism for producing manpower. It also determines the extent to which future generations internalise national identity, understand the social and historical balance that shaped the country, and respect the fundamental principles upon which the nation was formed.”


1. Recent statements and actions by certain DAP leaders towards the Selangor Sultanate institution have once again raised questions that go far beyond ordinary political differences.


2. An increasingly important question is whether an educational system that is excessively segregated and heavily oriented around ethnic identity has, over time, contributed to the emergence of segments of the political elite who are less connected to Malaysia’s national historical and cultural foundations.


3. Malaysia possesses its own unique nationhood model, one that differs significantly from a fully secular liberal Western framework.


4. Malaysia was formed upon a clear constitutional structure, with the Malays and Bumiputera forming part of the historical foundation of the nation, Bahasa Melayu established as the national language, Islam recognised as the religion of the Federation, and the Malay Sultanate institution serving as a pillar of national stability.


5. This is not a matter of racial sentiment. These are the foundational structures of the nation as enshrined in the Federal Constitution.


6. However, when certain political leaders are repeatedly seen questioning royal decrees, dismissing the sensitivities of the majority community, or adopting highly confrontational approaches towards matters related to Bumiputera rights, questions surrounding the formation of their worldview inevitably arise.


7. Education plays a major role in shaping an individual’s cultural orientation.


8. Schools that remain overly detached from the national mainstream risk producing generations that are more comfortable viewing Malaysia primarily through the lens of their own communities rather than through a broader national framework.


9. When social interaction, national history, civic symbols, and appreciation of the national cultural framework are not meaningfully integrated into the educational process, the psychological gap towards national identity may gradually widen.


10. General observations of DAP’s senior leadership also indicate a significant representation of individuals from Chinese vernacular and Chinese independent school backgrounds, although complete educational data for all leaders is not always publicly available.


11. This pattern does not necessarily establish a direct causal relationship with their political orientation. However, it does suggest the existence of social and educational ecosystems that differ from the national mainstream.


12. For example, Seri Kembangan assemblyperson Wong Siew Ki was reportedly educated at SJK(C) Poi Lam Ipoh before continuing her secondary education at SMK Poi Lam and ACS Ipoh. Former Selangor EXCO member Ronnie Liu Tian Khiew is also known to have been politically active since his school years, although his detailed educational background cannot currently be publicly verified.


13. Similarly, Tony Pua Kiam Wee is generally known to come from a Chinese educational background before pursuing higher education overseas, although detailed records of his early schooling are not comprehensively available in publicly verifiable sources.


14. The real debate is not about rejecting mother tongue education or cultural diversity. The larger issue is whether an excessively segregated education system has gradually widened the national identity gap within Malaysian society.


15. As a consequence, segments of the political elite may increasingly struggle to fully appreciate the historical balance, constitutional structure, and nationhood foundations that shaped Malaysia since independence.


16. In this context, concerns expressed by sections of society regarding the orientation of certain vernacular schools and the UEC system should not be simplistically dismissed as extremism or racism.


17. This is fundamentally a debate about national integration.


18. Other nations also recognise that education is an instrument of nation-building. Japan, South Korea, Indonesia, and Thailand place national identity as a central component within their education systems.


19. Even in many developed nations, respect for national symbols, the national language, and traditional institutions is regarded as part of responsible citizenship formation.


20. Malaysia cannot become a strong nation if future generations continue growing up within educational ecosystems that are excessively segregated from one another to the extent that they fail to develop a shared national identity.


21. This does not mean that mother tongue languages or cultural traditions should be abolished. Cultural diversity remains one of Malaysia’s strengths.


22. However, diversity can only endure sustainably if there exists a commonly accepted national identity that serves as the foundation of national unity.


23. The reality is that Malaysia’s national identity emerged from Malay history, civilisation, and traditions, which form the foundation of the nation and Malaysia’s constitutional framework.


24. For that reason, the process of integrating citizens into Malaysia’s core cultural and constitutional foundations should be strengthened rather than gradually marginalised.


25. Otherwise, Malaysia risks continuing to produce political elites who view national issues solely through the lens of communal demands without fully understanding the historical balance that shaped the nation since Merdeka.


26. Ultimately, this is not about hatred towards any race or any particular school system.


27. It is about whether the country’s education system today is genuinely succeeding in producing Malaysians who share a common respect for national identity, the constitutional monarchy institution, and the foundational principles upon which the nation was built.


28. Because without that common foundation, national unity will eventually remain nothing more than a political slogan.


~ Dr Armin Baniaz Pahamin


© all rights reserved
made with by templateszoo