Responsive Ad Slot

ANWAR BERDOLAK DALIH UNTUK BANTU ORANG MELAYU DENGAN MENCABAR TUN DR MAHATHIR



ANWAR BERDOLAK DALIH UNTUK MEMBANTU ORANG MELAYU DENGAN MENCABAR TUN DR MAHATHIR
 

Cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bekas pemimpin dan pembesar Melayu kaya untuk membantu orang-orang Melayu miskin semasa menyampaikan Amanat di Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang jelas menunjukkan Perdana Menteri memang tiada ide dan cadangan untuk membantu orang-orang Melayu. 

 

Dato Seri Anwar Ibrahim mungkin sudah lupa yang beliau juga bekas pemimpin terdahulu bersama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga didakwa memperkayakan diri sendiri, keluarga dan kroni. Kedua-dua Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi adalah pemimpin terdahulu dan sekarang ini mempunyai kuasa dan kedudukan tertinggi dalam kerajaan. 

 

Apakah bantuan yang mereka telah salurkan samada secara peribadi atau dari segi dasar kerajaan kepada orang melayu sedangkan mereka berdua juga didakwa mempunyai kekayaan luar biasa dari jawatan terdahulu. Melontar cabaran adalah satu alasan untuk menolak bantuan kepada orang melayu. 

 

Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim tiada memperkenalkan sebarang dasar baru atau mengutamakan apa-apa dasar yang boleh membantu kemiskinan orang melayu dan menyamaratakan ekonomi orang Melayu setaraf dengan kaum bukan Melayu. Dato Seri Anwar Ibrahim juga tidak ada sebarang dasar untuk membasmi kemiskinan samada untuk orang Melayu atau bukan Melayu. 

 

Malah Perdana Menteri tidak ada sebarang dasar baru yang boleh melonjakkan ekonomi orang Melayu mahupun ekonomi negara. Kuasa Perdana Menteri tidak digunakan untuk menggubal dasar-dasar baru tetapi di gunakan beterusan untuk membuat fitnah terhadap Tun Dr Mahathir.

 

Dasar Perindustrian Dr Mahathir pada awal tahun 80an sebenarnya amat senang untuk di fahami. Sebidang ekar tanah pertanian pada waktu itu hanya dapat memberi pekerjaan kepada 10 pekerja tetapi sebidang tanah yang dijadikan kilang dapat membuka peluang pekerjaan kepada 500 atau lebih pekerja di kilang. Jadi rakyat boleh mendapat lebih manfaat bila Malaysia menjadi negara perindustrian. 

 

Sektor pertanian dan perikanan yang majoritinya adalah pengusaha Melayu merupakan satu industri yang perlu di pandu erat oleh kerajaan. Petani dan nelayan adalah golongan miskin kerana saiz perusahaan mereka kecil. Dengan ladang atau bot yang kecil, hasilnya juga kecil. Mereka tidak dapat menggunakan teknologi terkini yang mahal kerana tiada ‘economy of scale’.

 

Anak-anak petani-petani yang mengusahakan ladang kecil mereka juga tidak berminat untuk meneruskan usaha pertanian keluarga mereka mengakibatkan banyak ladang-ladang yang terbiar. Begitu juga anak-anak nelayan. Anak-anak petani dan nelayan juga tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran tinggi kerana terpaksa bekerja mencari rezeki untuk menyara hidup. 

 

Apakah pendekatan Perdana Menteri untuk keluarga Petani dan Nelayan yang majoritinya adalah orang Melayu? Mereka sentiasa memerlukan bantuan samada bantuan kewangan, pendidikan atau lain-lain kerana halatuju dan masa depan industri ini tidak di kemudi dengan baik. 

 

Petani dan nelayan di Malaysia adalah pengusaha-pengusaha kecil dan akan sentiasa berada dalam kitaran kemiskinan.

 

Perdana Menteri membidas niat suci Proklamasi Orang Melayu yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai propaganda politik Dr Mahathir sedangkan gerakan ini di mulakan oleh orang-orang melayu persendirian dan bukan parti politik. Orang-orang Melayu persendirian yang menganjur Proklamasi ini kerana orang Melayu berpecah dan memang memerlukan bantuan pemimpin yang boleh memimpin mereka keluar dari belenggu kemiskinan dan menjamin masa depan orang Melayu.

 

Orang-orang Melayu sekarang ini berpecah belah dan miskin sehingga ramai yang meluat untuk keluar mengundi kerana periuk nasi mereka terjejas. Parti politik Melayu keramat sendiri yang sepatutnya memperjuangkan masa depan orang melayu telah terpesong dan bersekongkol untuk menyamaratakan hak dan bukan menyamaratakan kekayaan kaum bukan Melayu dan Melayu. 

 

Masalah orang Melayu tidak akan selesai dengan fitnah-fitnah Perdana Menteri terhadap Tun Dr Mahathir. Kami khuatir masa depan orang melayu akan terus terkubur di bawah pentadbiran Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim. Berhentilah memfitnah Tun Dr Mahathir dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri.

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Sekretariat Tanahair 

 

Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-cabar-pemimpin-kaya-kongsi-kekayaan-dengan-orang-melayu-418346 

 

P. RAMASAMY SEORANG RASIS TIDAK BERHAK MENYENTUH SOAL DAN INISIATIF ORANG MELAYU


P. RAMASAMY SEORANG RASIS TIDAK BERHAK MENYENTUH SOAL MELAYU DAN INISIATIF ORANG MELAYU 

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang tidak layak mengulas perjuangan pemimpin Melayu khususnya berkenaan dengan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Semua kenyataan-kenyataan dari P. Ramasamy berbaur perkauman terhadap orang Melayu dan segala inisiatif dan usaha untuk memajukan bangsa Melayu di anggap sia-sia. 

Adakah orang Melayu patut menyerahkan masa depan mereka dan bergantung harapan kepada P Ramasamy? atau DAP? Adakah Ramasamy akan menyelesaikan masalah orang Melayu yang berpecah belah? atau Ramasamy lebih suka kalau orang Melayu berpecah supaya dapat memberi kemenangan besar kepada DAP?

Kami yakin melalui Proklamasi Orang Melayu, lebih ramai akan sedar permasalahan orang Melayu dan bersatu mencari solusi untuk menyelesaikan masalah kemiskinan orang-orang Melayu yang menjadi masalah utama.  
 
Ramasamy adalah seorang pemimpin rasis yang sentiasa menyerang penyatuan orang Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu yang mewakili orang Melayu. Sifat dan kenyataan Ramasmylah yang menimbulkan kemarahan dan provokasi orang Melayu terhadap kaum bukan Melayu. 

Proklamasi Orang Melayu bukanlah agenda politik tetapi inisiatif yang dimulakan oleh sebilangan orang-orang Melayu yang sayangkan bangsa dan risaukan masa depan orang-orang Melayu. Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang nasionalis veteran tentulah menyokong usaha kami.

Tun Dr Mahathir telah pun memfailkan saman fitnah RM150 juta keatas Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh Dr Mahathir memperkayakan ahli keluarga dan kroninya. Ramasamy boleh mula menabung sebagai persediaan untuk disaman jika terus membuat fitnah. 

Kami juga menggesa pihak polis untuk menegakkan undang-undang dan mengambil tindakan keatas  Ramasamy yang rasis dan ternyata telah banyak menyinggung perasaan orang Melayu.

Armin Baniaz Pahamin
Setiausaha Sekretariat Tanahair

 NOTA: Rujukan kenyataan Ramasamy: https://malaysiagazette.com/.../mahathir-hadi-tak-layak.../

BAHASA MERUPAKAN IDENTITI SESEBUAH NEGARA


Perlembagaan Malaysia tidak menyebut negara Malaysia adalah negara berbilang kaum. Perlembagaan Malaysia juga tidak pernah menyebut tentang ‘Malaysian Malaysia’ yang di promosikan oleh Pakatan Harapan.

Yang mula menyebut tentang Malaysian Malaysia ialah DAP pada tahun 1964. Yang menyambut dan memaksa kita untuk menerima konsep Malaysian Malaysia ialah Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini berlaku Ketika Anwar di buang dari UMNO dan tidak mendapat sokongan dari orang-orang Melayu untuk menubuhkan sebuah parti politik baru.

Anwar kemudiannya mendekati kaum Cina dan menuduh orang melayu perkauman. Anwar yang mula menuduh orang melayu bersikap perkauman untuk mendapat sokongan dari orang-orang bukan melayu.

Malangnya orang melayu tidak tahu untuk menjawab tuduhan perkauman ini dan mereka mula berasa bersalah. Memang benar negara kita mempunyai penduduk berbilang kaum dan kita tidak pernah menidakkan kaum dan bangsa lain.

Negara ini adalah negara tanah air Melayu dan orang melayu memang ada keistimewaan seperti termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak menyifatkan orang melayu sebagai perkauman.

Semasa Merdeka kita membenarkan bangsa lain untuk menjadi warganegara dengan pemahaman mereka akan mengadaptasi dan mengasimilasi budaya dan bahasa kita.

Seperti juga di Amerika yang menerima bangsa luar sebagai warganegara Amerika dengan syarat mereka harus menerima bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca, menerima budaya orang Amerika dan kesetiaan kepada negara Amerika. Kita tak dapat pembudayaan yang sama.

Di Malaysia ini tidak berlaku. Yang pertama sekali mereka tidak menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional. Mereka menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bukan sebagai bahasa nasional.

Bahasa Rasmi dan bahasa nasional berbeza. Bahasa rasmi contohnya bahasa dalam dokumen dan surat menyurat manakala bahasa nasional adalah bahasa yang dipertuturkan di rumah diantara anak beranak, saudara-mara dan juga rakan-rakan.

Pemimpin Melayu ketika itu seolah-olah tidak memberi penekanan walaupun kita mempromosi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selepas kemerdekaan berbagai kempen di buat secara besar-besaran untuk mempromosi bahasa Melayu malah Dewan Bahasa dan Pustaka juga turut aktif terlibat tetapi orang cina masih tidak menerima dan masih mengekalkan Bahasa cina mereka sebagai bahasa utama.

Lebih mengeruhkan keadaan, orang cina di Malaysia mengikut bahasa rasmi negara China untuk menjadi bahasa utama mereka. Pada suatu ketika orang Cina di Malaysia bertutur dialek  Kantonis, Hokien dan lain-lain yang kita kenali sebagai Bahasa Cina.

Tulisan bahasa Cina mengikut abjad karakter. Dengan penulisan karakter yang sama ianya mempunyai beberapa sebutan dan makna yang berbeza begitu juga Bahasa Jepun yang mempunyai karakter penulisan yang sama tetapi berbeza dari segi sebutan dan makna. Jadi bahasa Cina pada masa dahulu bukan bahasa kebangsaan. Orang Cina tak ada bahasa Kebangsaan.

Mereka ada dialek masing-masing dan semasa merdeka kita berpendapat orang cina akan menggunakan dialek mereka sebagai bahasa perantaraan orang Cina di Malaysia. Tetapi apabila negara China membuat keputusan untuk menjadikan Bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan negara China, orang-orang Cina di Malaysia juga menukar bahasa mereka kepada Mandarin.

Ini menunjukkan kiblat dan identiti orang-orang Cina di Malaysia adalah negara China. Ini tidak pula di bincang, dipersetujui atau diminta persetujuan dari kerajaan sebagai rakyat Malaysia. Orang-orang  Cina Malaysia sesama mereka sahaja membuat keputusan.

Walaupun kerajaan Melayu membenarkan orang Cina menggunakan bahasa mereka di sekolah tetapi harapan kita ialah supaya pada akhirnya mereka sebagai rakyat Malaysia akan menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dan ini menjadi identiti rakyat Malaysia.

Hakikatnya, orang cina semakin jauh dari Bahasa Melayu. Bahkan ada segelintir kaum cina yang mengharapkan Bahasa Cina akan menjadi bahasa kebangsaan Malaysia seperti di Singapura.

Semenjak merdeka, kaum Cina tidak mahu menghapuskan bahasa mereka dan terima bahasa Melayu, kita benarkan mereka terus bertutur dan belajar dialek mereka. Yang di benarkan adalah dialek mereka. Kita tak pernah benarkan bahasa Mandarin untuk menjadi bahasa kebangsaan orang-orang Cina di Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak menyebut negara Malaysia sebagai negara berbilang kaum tetapi media dan orang-orang bukan Melayu dengan bebas dan bangganya merujuk Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan menuntut kesaksamaan dan kesamarataan hak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka inilah yang sebenarnya bersifat perkauman. Bahasa merupakan identiti sesebuah negara. Sesebuah negara dikenali melalui bahasa kebangsaan negara.

Armin Baniaz Pahamin – Seorang Penganalisis Politik dan Kolumnis di Malaya Daily setiap hari Khamis.


ANWAR DISARAN GUNA FORMULA TUN M LONJAK EKONOMI NEGARA



Anwar disaran guna formula Tun M lonjak ekonomi negara' | Sinar Harian | oleh IZWAN ROZLIN04 | Mei 2023 07:54pm

SHAH ALAM – Malaysia perlu mengambil pendekatan drastik menggunakan kaedah tambatan Ringgit (Fix-Currency) yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa krisis kewangan 1997.
Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia, Armin Baniaz Pahamin berkata, malah pentadbiran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memandu ekonomi dengan memperkenalkan dasar-dasar baru dan drastik untuk melonjak ekonomi negara keluar dari krisis ekonomi.
Menurutnya, dasar-dasar baru perlu diperkenalkan untuk membangun industri tempatan melalui eksport supaya dapat menyeimbang transaksi perdagangan ekonomi.
"Dengan kenaikan kadar Dasar Semalaman (OPR), negara mengambil risiko penguncupan ekonomi yang boleh membawa kepada kegawatan.
“Jadi lebih baik kita bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Armin Baniaz berkata, Malaysia juga tidak mempunyai pilihan selain perlu meningkatkan OPR bagi mengukuhkan nilai mata wang dan ini menstabilkan harga barangan import.
“Ringgit semakin susut nilai kerana berada dalam pasaran dalam bentuk tunai yang banyak termasuk dana stimulus fiskal dan RM145 bilion dari pengeluaran Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) semasa pandemik.
Jelasnya, keadaan ini ditambah dengan bekalan barangan terhad mengakibatkan harga barang menjadi lebih mahal.
“Peningkatan OPR, akan mengurangkan aliran tunai dalam pasaran dan mendorong kepada simpanan. Malah kadar pinjaman rumah, kad kredit, overdraf dan pinjaman kereta baru juga menjadi lebih mahal dan ini akan membendung perbelanjaan.
“Walaupun langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar OPR untuk memulihkan kadar inflasi dan mengukuhkan nilai mata wang ringgit tetapi ia bukanlah tanpa kesan kepada rakyat.
“Sebab itu langkah ini bukan langkah populis kerana tahun lepas sahaja, BNM menaikkan kadar OPR sebanyak empat kali,” ujarnya.
Tambahnya, sebagai salah satu negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar dari rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR.
“Ramai individu dan isi rumah dijangka, malah telah pun terjejas dalam menguruskan perbelanjaan melibatkan makanan, utiliti dan pendidikan anak-anak.
“Jadi adakah sekarang ini masa yang sesuai dan patutkah Kerajaan menaikkan kadar OPR sedangkan rakyat dalam kesusahan dan perniagaan masih belum pulih?
Ujarnya, Malaysia tiada pilihan kerana dipengaruhi kuat oleh dasar monetari Amerika.
“Amerika telah mempertingkatkan kadar OPR sebanyak 10 kali semenjak Mac tahun lalu kepada lima peratus dan ini menjejas ekonomi dunia apabila mata wang negara-negara membangun mengalir kembali ke Amerika menjadikan mata wang asing semakin lemah,” tegasnya.

Perkenal dasar-dasar baharu untuk lonjak ekonomi negara – GEM


Perkenal dasar-dasar baharu untuk lonjak ekonomi negara – GEM |
Utusan Malaysia | Oleh NUR NAZLINA NADZARI | 4 Mei 2023, 5:54 pm

PETALING JAYA: Malaysia tiada pilih selain menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR) kerana negara ini dipengaruhi kuat oleh dasar monetari Amerika Syarikat (AS), menurut Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM).
Presidennya, Armin Baniaz Pahamin berkata, AS telah mempertingkatkan kadar faedah sebanyak 10 kali semenjak bulan Mac 2022 kepada lima peratus dan ini menjejas ekonomi dunia.
Katanya, ini berlaku apabila mata wang negara-negara membangun mengalir kembali ke AS menjadikan mata wang asing semakin lemah.
“Kita tiada pilihan melainkan kita berani mengambil pendekatan drastik seperti langkah tambatan ringgit (Fix-Currency) yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa krisis kewangan 1997.
“Pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memandu ekonomi dengan memperkenalkan dasar-dasar baharu dan drastik untuk melonjak ekonomi negara keluar dari krisis ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, dasar-dasar baharu tersebut perlu diperkenalkan untuk membangun industri tempatan melalui eksport supaya dapat mengimbangi transaksi perdagangan ekonomi.
“Dengan kenaikan OPR, negara mengambil risiko pengucupan ekonomi yang boleh membawa kepada kegawatan.
“Lebih baik kita bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan,” ujarnya.
Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.
Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Ia merupakan kenaikan kali kelima bermula Mei, Julai, September dan November tahun lalu sebelum dikekalkan kepada 2.75 peratus pada mesyuarat pertama 2023 MPC Januari lalu dan sekali lagi pada Mac lalu. – UTUSAN

Kenaikkan OPR Beri Kesan Kepada Individu, Isi Rumah – Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

 Kenaikkan OPR Beri Kesan Kepada Individu, Isi Rumah – Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

Armin Baniaz – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2023 – Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR) akan memberi kesan kepada individu dan isi rumah dalam mengurus perbelanjaan melibatkan makanan, utility dan pendidikan anak-anak.

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia, Armin Baniaz Pahamin berkata sebagai salah satu negara dengan hutang isirumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar dari rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR.

“Sebagai salah satu negara dengan hutang isirumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar dari rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR.

“Ramai individu dan isi rumah dijangka, malah telah pun terjejas dalam menguruskan perbelanjaan melibatkan makanan, utiliti dan pendidikan anak-anak. Katanya.

Armin juga berkata walaupun langkah Bank Negara Makaysia (BNM) menaikkan kadar OPR untuk memulihkan kadar inflasi dan mengukuhkan nilai matawang Ringgit tetapi ia bukanlah tanpa kesan kepada rakyat.

“Jadi adakah sekarang ini masa yang sesuai dan patutkah kerajaan menaikkan kadar OPR sedangkan rakyat dalam kesusahan dan perniagaan masih belum pulih?

Beliau turut berkata bahawa pentadbiran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memandu ekonomi dengan memperkenalkan dasar-dasar baru dan drastik untuk melonjak ekonomi negara keluar dari krisis ekonomi.

“Dasar-dasar baru perlu di perkenalkan untuk membangun industri tempatan melalui export supaya dapat menyeimbang transaksi perdagangan ekonomi.

Dalam kenyataan yang sama, Armin turut menasihatkan agar rakyat bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan. – malayadaily.com

Artikel asal di https://malayadaily.com/berita/kenaikkan-opr-beri-kesan-kepada-individu-isi-rumah-presiden-gerakan-ekonomi-malaysia/

Wajarkah kadar OPR dinaikkan sekarang?

 


Wajarkah kadar OPR dinaikkan sekarang?


MASALAH utama yang dihadapi oleh masyarakat ialah kenaikan harga barang. Rata-rata harga barangan semuanya naik. Salah satu faktor yang mendorong kenaikan harga barang ialah nilai matawang ringgit yang semakin lemah dan menyebabkan barangan import menjadi mahal. Kita terlalu bergantung kepada import sama ada untuk makanan atau rantaian bekalan.


Apabila kadar Dasar Semalaman (OPR) dipertingkatkan, jumlah simpanan negara akan meningkat dan mengukuhkan nilai matawang kita dan ini akan menstabilkan harga barangan import.

Keduanya, ringgit semakin susut nilai kerana berada dalam pasaran dalam bentuk tunai yang banyak termasuk dana stimulus fiskal dan RM145 bilion daripada pengeluaran KWSP semasa pandemik. Sedangkan bekalan barangan pula yang terhad mengakibatkan harga barang menjadi lebih mahal.


Peningkatan OPR, akan mengurangkan aliran tunai dalam pasaran dan mendorong kepada simpanan. Malah kadar pinjaman rumah, kad kredit, overdraf dan pinjaman kereta baru juga menjadi lebih mahal dan ini akan membendung perbelanjaan.


Walaupun langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar OPR untuk memulihkan kadar inflasi dan mengukuhkan nilai matawang ringgit tetapi ia bukanlah tanpa kesan kepada rakyat. Sebab itu langkah ini bukan langkah populis. Tahun lepas sahaja, BNM menaikkan kadar OPR sebanyak 4 kali.


Sebagai salah satu negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar dari rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR. Ramai individu dan isi rumah dijangka, malah telah pun terjejas dalam menguruskan perbelanjaan melibatkan makanan, utiliti dan pendidikan anak-anak.

Jadi apakah sekarang ini masa yang sesuai dan patutkah Kerajaan menaikkan kadar OPR sedangkan rakyat dalam kesusahan dan perniagaan masih belum pulih?


Jawapan mudah ialah kita tiada pilihan. Malaysia dipengaruhi kuat oleh dasar monetari Amerika. Amerika telah mempertingkatkan kadar OPR sebanyak 10 kali semenjak bulan Mac 2022 kepada 5% dan ini menjejas ekonomi dunia apabila mata wang negara-negara membangun mengalir kembali ke Amerika menjadikan matawang asing semakin lemah.


Kita tiada pilihan melainkan kita berani mengambil pendekatan drastik seperti langkah tambatan ringgit (fix currency) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-4 Dr Mahathir semasa krisis kewangan 1997.


Pentadbiran pimpinan Anwar Ibrahim perlu memandu ekonomi dengan memperkenalkan dasar-dasar baru dan drastik untuk melonjak ekonomi negara keluar dari krisis ekonomi. Dasar-dasar baru perlu diperkenalkan untuk membangun industri tempatan melalui eksport supaya dapat menyeimbang transaksi perdagangan ekonomi.


Dengan kenaikan OPR, negara mengambil risiko penguncupan ekonomi yang boleh membawa kepada kegawatan. Lebih baik kita bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan. – 4 Mei, 2023.

* Armin Baniaz Pahamin, Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia.

KENAIKAN OPR TAMBAH BEBAN KEPADA RAKYAT - GEM

 


KUALA LUMPUR 5 Mei - Walaupun langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar asas semalaman (OPR) bagi memulihkan kadar in_asi serta mengukuhkan nilai mata wang ringgit, tetapi ia dilihat menambahkan beban peminjam terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Armin Baniaz Pahamin berkata, sebagai salah satu negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR.

"Ramai individu dan isi rumah telah terjejas dalam menguruskan perbelanjaan melibatkan makanan, utiliti dan pendidikan anak-anak," katanya dalam kenyataan.

Pada 3 Mac 2023, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR bank pusat sebanyak 25 mata asas kepada 3%.

Kadar siling dan tingkat lantai koridor OPR juga masing-masing meningkat kepada 3.25% dan 2.75%.

Menurut Armin, peningkatan OPR akan mengurangkan aliran tunai dalam pasaran dan mendorong kepada simpanan.
"Malah, kadar pinjaman rumah, kad kredit, overdraf dan pinjaman kereta baharu juga menjadi lebih mahal dan ini akan membendung perbelanjaan," katanya.

Beliau berkata, dengan kenaikan OPR, negara mengambil risiko pengucutan ekonomi yang boleh membawa kepada kegawatan.
"Adalah lebih baik kita bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan," katanya.

Armin berkata, Malaysia tiada pilihan selain menaikkan kadar OPR kerana dipengaruhi kuat dasar monetari Amerika Syarikat (AS).
Katanya, AS telah menaikkan OPR sebanyak 10 kali sejak Mac 2022 kepada 5% dan menjejaskan ekonomi dunia apabila mata wang negara-negara membangun mengalir kembali ke negara itu menjadikan mata wang asing semakin lemah.

"Kita tiada pilihan melainkan kita berani mengambil pendekatan drastik seperti langkah tambatan Ringgit (Fix-Currency) yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa krisis kewangan 1997," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pentadbiran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memperkenalkan dasar-dasar baharu dan drastik untuk melonjakkan ekonomi negara sekali gus keluar daripada krisis ekonomi.

Tambahnya, dasar-dasar baharu perlu diperkenalkan untuk membangunkan industri tempatan melalui eksport supaya dapat menyeimbang transaksi perdagangan ekonomi. - DagangNews.com (dagangnews.com)

WAJARKAH OPR DI PERTINGKATKAN SEKARANG?


Masalah utama yang di hadapi oleh masyarakat ialah masalah kenaikan harga barang. Rata-rata harga barangan semuanya naik. Salah satu faktor yang mendorong kenaikan harga barang ialah nilai matawang Ringgit yang semakin lemah dan menyebabkan barangan impot menjadi mahal. Kita terlalu bergantung kepada impot samada untuk makanan atau rantaian bekalan. 

Apabila kadar Dasar Semalaman (OPR) di pertingkatkan, jumlah simpanan negara akan meningkat dan mengukuhkan nilai matawang kita dan ini akan menstabilkan harga barangan impot. 


Keduanya Ringgit semakin susut nilai kerana berada dalam pasaran dalam bentuk tunai yang banyak termasuk dana stimulus fiskal dan RM145 bilion dari pengeluaran KWSP semasa pandemik. Sedangkan bekalan barangan pula yang terhad mengakibatkan harga barang menjadi lebih mahal. 


Peningkatan OPR, akan mengurangkan aliran tunai dalam pasaran dan mendorong kepada simpanan. Malah kadar pinjaman rumah, kad kredit, overdraf dan pinjaman kereta baru juga menjadi lebih mahal dan ini akan membendung perbelanjaan.


Walaupun langkah Bank Negara Makaysia (BNM) menaikkan kadar OPR untuk memulihkan kadar inflasi dan mengukuhkan nilai matawang Ringgit tetapi ia bukanlah tanpa kesan kepada rakyat. Sebab itu langkah ini bukan langkah populis. Tahun lepas sahaja, BNM menaikkan kadar OPR sebanyak 4 kali. 


Sebagai salah satu negara dengan hutang isirumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar dari rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR. Ramai individu dan isi rumah dijangka, malah telah pun terjejas dalam menguruskan perbelanjaan melibatkan makanan, utiliti dan pendidikan anak-anak.


Jadi adakah sekarang ini masa yang sesuai dan patutkah Kerajaan menaikkan kadar OPR sedangkan rakyat dalam kesusahan dan perniagaan masih belum pulih?


Jawapan mudah ialah kita tiada pilihan. Malaysia di pengaruhi kuat oleh dasar monetari Amerika. Amerika telah mempertingkatkan kadar OPR sebanyak 10 kali semenjak bulan Mac 2022 kepada 5% dan ini menjejas ekonomi dunia apabila matawang negara-negara membangun mengalir kembali ke Amerika menjadikan matawang asing semakin lemah.  


Kita tiada pilihan melainkan kita berani mengambil pendekatan drastik seperti langkah tambatan Ringgit (Fix-Currency) yang di perkenalkan oleh Perdana Menteri ke 4, Tun Dr Mahathir semasa krisis kewangan 1997. 


Pentadbiran pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim perlu memandu ekonomi dengan memperkenalkan dasar-dasar baru dan drastik untuk melonjak ekonomi negara keluar dari krisis ekonomi. Dasar-dasar baru perlu di perkenalkan untuk membangun industri tempatan melalui expot supaya dapat menyeimbang transaksi perdagangan ekonomi.


Dengan kenaikan OPR. negara mengambil risiko pengucutan ekonomi yang boleh membawa kepada kegawatan dan adalah lebih baik kita bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan.


Armin Baniaz Pahamin

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

BANGSA MELAYU TIADA KEISTIMEWAAN TETAPI DI GELAR RASIS

Armin - Oorang Melayu tiada keistimewaan

BANGSA MELAYU TIADA KEISTIMEWAAN, TETAPI DIGELAR RASIS.

 

Istilah penggunaan ‘Hak Istimewa’ orang melayu sebenarnya adalah punca masalah perkauman di Malaysia. 

 

Oleh sebab itu ramai yang mempertikaikan hak dan ‘keistimewaan’ yang di peruntukkan di bawah Artikel 153 Perlembagaan Malaysia untuk orang Melayu dan bumiputera di Malaysia, negara yang dahulunya di kenali sebagai Tanah Melayu.

 

Sebenarnya penggunaan hak istimewa kepada orang Melayu adalah salah dari segi penggunaan ayat dan telah menyebabkan banyak kekeliruan, salah faham dan telah menimbulkan banyak masalah sehingga di gelar peruntukan rasis oleh sebilangan warganegara termasuk orang melayu sendiri. Secara logiknya tiada hak istimewa sebenarnya yang di peruntukkan kepada orang melayu yang asalinya adalah miliknya. 

 

Yang istimewa sebenarnya ialah hak yang orang Melayu beri kepada warga asing untuk menjadi warga negara Tanah Melayu sebelum Merdeka dan hak ini telah dinikmati sehingga kini. Orang Melayu memberi kerakyatan kepada berjuta warga asing secara percuma dan ini dinikmati juga oleh anak-anak dan cucu cicit mereka. Ini hak istimewa yang pertama iaitu kerakyatan tanah melayu kepada kaum Cina dan India. 

 

Hak istimewa ini termasuklah keistimewaan kepada kaum bukan pribumi untuk mengundi pemimpin pilihan mereka sebagai wakil rakyat di Dewan Negeri dan di Dewan Rakyat. Hak istimewa untuk mengundi ini telah mereka gunakan dengan sepenuhnya pada Pilihan Raya Umum ke Lima Belas dengan kehadiran lebih 90% kaum bukan Melayu yang keluar mengundi. 

 

Kaum bukan Melayu juga menikmati keistimewaan dari segi peluang-peluang perniagaan dan ini amat jelas dengan berdozen warga bukan Melayu yang bergelar ‘Bilionair’. Malah kek ekonomi yang dikuasai oleh kaum bukan melayu melebihi 80% kuasa ekonomi Malaysia. Hak istimewa ini memberi ruang tanpa batasan kepada kaum bukan melayu untuk maju dalam bidang masing-masing.

 

Orang bukan Melayu juga mendapat keistimewaan dari segi pendidikan di sekolah mengikut kaum dan adat mereka seperti Sekolah jenis Cina dan India. Sekolah-sekolah ini bukan sahaja dibenarkan beroperasi dengan pembelajaran dalam bahasa negara asal mereka tetapi juga belajar sejarah negara asal mereka dengan sistem pendidikan yang amat berlainan dengan Sekolah-Sekolah Kebangsaan. 

Adakah kerana mereka menganggap mereka juga adalah warganegara negara asal dan akan kembali ke negara asal satu hari pada masa hadapan? Kenapa mereka tidak boleh menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan dan menerima sepenuhnya kerakyatan Malaysia tanpa perlu rujukan kepada negara asal mereka? 

 

Secara logik, kalau mereka berbangga dan menuntut hak sepenuhnya sebagai rakyat Malaysia mereka harus berbahasa dan menyelami budaya orang Melayu dan bukan mengekalkan Bahasa dan budaya negara asal.

 

Keistimewaan orang Cina lebih menyerlah bukan sahaja untuk hak mendapat pendidikan dalam bahasa dan sejarah negara asal mereka, tetapi mendapat peruntukan tahunan berjuta-juta ringgit untuk semua 63 sekolah persendirian Cina. Keistimewaan ini tidak dinikmati oleh bangsa Melayu dan bangsa lain. Malah banyak sekolah-sekolah Kebangsaan swasta yang menggunakan sukatan pendidikan nasional dan institusi pendidikan Tahfiz yang daif dari segi fasiliti jauh memerlukan bantuan dan serba kekurangan juga tidak mendapat keistimewaan peruntukan yang sama. 

 

Terkini, bantuan kewangan tahunan untuk sekolah persendirian Cina yang menggunakan sistem pendidikan yang dikelola sendiri oleh Dong Zong dan bukan sistem nasional mendapat peningkatan peruntukan kepada RM15.75 juta atau RM250,000 setiap sekolah persendirian Cina. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh kerajaan? 

 

Hak istimewa orang bukan Melayu juga memberi peluang kepada orang Cina untuk memiliki tanah-tanah di Malaysia dan ini terbukti dengan jumlah pemilik tanah terbesar dengan keluasan 135,000 hektar adalah orang Cina. Malah 13 pemilik dari 15 pemilik tanah terbesar di Malaysia adalah orang Cina dengan hanya 2 orang Melayu sahaja di dalam senarai itu. 


Kedua-dua orang Melayu yang memiliki tanah terbesar di Malaysia hanya memiliki 5,000 hektar dan 1,000 hektar tanah sahaja berbanding pemilik tanah Cina yang memiliki tanah melebihi 100,000 hektar setiap pemilik. 

 

Hak-hak orang melayu perlu di pertahankan bukan kerana orang Melayu angkuh atau istimewa tetapi ke rana orang Melayu adalah penduduk pribumi dan adalah golongan yang termiskin dalam negara ini mengikut statistik.

 

Orang Melayu perlu di bimbing dan diberi ruang untuk mereka berjaya dalam bidang yang di ceburi dengan peluang yang perlu di sediakan oleh Pemimpin yang berjiwa nasionalis. Hanya pemimpin nasionalis yang memikirkan bangsa melangkaui kepentingan peribadi dapat memimpin bangsa Melayu untuk menjadi bangsa yang berjaya setanding dengan bangsa lain.

 

Segala bantuan yang dinamakan ‘Istimewa’ adalah untuk menyamaratakan jurang yang amat besar di antara orang Melayu dan bukan Melayu. Yang istimewanya adalah orang bukan Melayu yang mendapat segala kemudahan dan kemewahan di bumi Melayu yang tak mungkin dapat mereka capai di negara asal mereka. 

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia

27.04.2023 

© all rights reserved
made with by templateszoo