Responsive Ad Slot

Slider

KENAIKAN OPR TAMBAH BEBAN KEPADA RAKYAT - GEM

 


KUALA LUMPUR 5 Mei - Walaupun langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar asas semalaman (OPR) bagi memulihkan kadar in_asi serta mengukuhkan nilai mata wang ringgit, tetapi ia dilihat menambahkan beban peminjam terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Armin Baniaz Pahamin berkata, sebagai salah satu negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia, sebahagian besar rakyat akan terkesan dengan kenaikan kadar OPR.

"Ramai individu dan isi rumah telah terjejas dalam menguruskan perbelanjaan melibatkan makanan, utiliti dan pendidikan anak-anak," katanya dalam kenyataan.

Pada 3 Mac 2023, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR bank pusat sebanyak 25 mata asas kepada 3%.

Kadar siling dan tingkat lantai koridor OPR juga masing-masing meningkat kepada 3.25% dan 2.75%.

Menurut Armin, peningkatan OPR akan mengurangkan aliran tunai dalam pasaran dan mendorong kepada simpanan.
"Malah, kadar pinjaman rumah, kad kredit, overdraf dan pinjaman kereta baharu juga menjadi lebih mahal dan ini akan membendung perbelanjaan," katanya.

Beliau berkata, dengan kenaikan OPR, negara mengambil risiko pengucutan ekonomi yang boleh membawa kepada kegawatan.
"Adalah lebih baik kita bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan," katanya.

Armin berkata, Malaysia tiada pilihan selain menaikkan kadar OPR kerana dipengaruhi kuat dasar monetari Amerika Syarikat (AS).
Katanya, AS telah menaikkan OPR sebanyak 10 kali sejak Mac 2022 kepada 5% dan menjejaskan ekonomi dunia apabila mata wang negara-negara membangun mengalir kembali ke negara itu menjadikan mata wang asing semakin lemah.

"Kita tiada pilihan melainkan kita berani mengambil pendekatan drastik seperti langkah tambatan Ringgit (Fix-Currency) yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa krisis kewangan 1997," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pentadbiran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memperkenalkan dasar-dasar baharu dan drastik untuk melonjakkan ekonomi negara sekali gus keluar daripada krisis ekonomi.

Tambahnya, dasar-dasar baharu perlu diperkenalkan untuk membangunkan industri tempatan melalui eksport supaya dapat menyeimbang transaksi perdagangan ekonomi. - DagangNews.com (dagangnews.com)

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo