Responsive Ad Slot

Slider

Perkenal dasar-dasar baharu untuk lonjak ekonomi negara – GEM


Perkenal dasar-dasar baharu untuk lonjak ekonomi negara – GEM |
Utusan Malaysia | Oleh NUR NAZLINA NADZARI | 4 Mei 2023, 5:54 pm

PETALING JAYA: Malaysia tiada pilih selain menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR) kerana negara ini dipengaruhi kuat oleh dasar monetari Amerika Syarikat (AS), menurut Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM).
Presidennya, Armin Baniaz Pahamin berkata, AS telah mempertingkatkan kadar faedah sebanyak 10 kali semenjak bulan Mac 2022 kepada lima peratus dan ini menjejas ekonomi dunia.
Katanya, ini berlaku apabila mata wang negara-negara membangun mengalir kembali ke AS menjadikan mata wang asing semakin lemah.
“Kita tiada pilihan melainkan kita berani mengambil pendekatan drastik seperti langkah tambatan ringgit (Fix-Currency) yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa krisis kewangan 1997.
“Pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memandu ekonomi dengan memperkenalkan dasar-dasar baharu dan drastik untuk melonjak ekonomi negara keluar dari krisis ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, dasar-dasar baharu tersebut perlu diperkenalkan untuk membangun industri tempatan melalui eksport supaya dapat mengimbangi transaksi perdagangan ekonomi.
“Dengan kenaikan OPR, negara mengambil risiko pengucupan ekonomi yang boleh membawa kepada kegawatan.
“Lebih baik kita bersedia dengan menjadual semula pembayaran pinjaman dan membatalkan kad-kad kredit untuk menjaga rekod kewangan demi masa hadapan,” ujarnya.
Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.
Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Ia merupakan kenaikan kali kelima bermula Mei, Julai, September dan November tahun lalu sebelum dikekalkan kepada 2.75 peratus pada mesyuarat pertama 2023 MPC Januari lalu dan sekali lagi pada Mac lalu. – UTUSAN

0

No comments

Post a Comment

Stay Tuned~

TRENDS

both, mystorymag
© all rights reserved
made with by templateszoo