KERAJAAN FOR SALE

KERAJAAN BOLEH DIBELI

 

“Saya mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen yang kuat dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan”, kata Dato Sri Anwar Ibrahim pada 22 September 2020. Ini 6 bulan selepas Tan Sri Muhyidin Yassin, ketua Perikatan Nasional, gabungan parti politik baru mendakwa dan mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen kepada DYMM Tuanku Yang Dipertuan Agong dan kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7. Semenjak hari itu, sokongan majoriti Tan Sri Muhyidin sentiasa diragu dan dipertikaikan.

 

Ramai yang berasa cuak, muak atau marah, letih, benci dan mungkin berasa kesemuanya dengan situasi politik di Malaysia terutamanya apabila kita dilanda wabak pandemik Covid-19.

 

Kita tidak memilih kerajaan Perikatan Nasional malah rakyat menolak sama-sekali UMNO dan Barisan Nasional. Perikatan Nasional langsung tidak wujud semasa rakyat keluar berkempen dijalanan beramai-ramai mempamerkan semangat solidariti dan patriotisma yang tidak pernah dilihat dunia sambil sama-sama menyanyi lagu Setia semasa Pilihanraya Umum ke 14. Rasa sebak tak terhingga dirasai ramai apabila Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah kembali menjadi Perdana Menteri ke 6.  I have to admit, I have never experienced such a strong sentiment of solidarity and felt so much and deeper in love with our country, Malaysia than that day when Tun Dr Mahathir was sworn in as our 6th Prime Minister.

 

Itulah satu detik yang yang penuh dengan emosi yang tak pernah dialami oleh sesiapa pun sepanjang hayat. Emosi dan saat inilah yang hilang dan dirindui oleh ramai semenjak Tan Sri Muhyidin Yasin diangkat menjadi Perdana Menteri ke 7.

 

People believe what they wanted to believe. Memang senang untuk menuding jari terutamanya untuk menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad diatas kejadian perubahan kerajaan.

 

Terdapat 2 hakikat yang mesti di perbetulkan yang telah di putar-belitkan bekali-kali di media sosial.

 

1.          Pertamanya Kerajaan Pakatan Harapan tidak jatuh sebab Tun Dr Mahathir meletak jawatan. Kerajaan Pakatan Harapan runtuh apabila Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menarik diri dari gabungan Pakatan Harapan untuk membentuk gabungan baru, Perikatan Nasional. Tun Dr Mahathir diberi masa seminggu untuk memberi keputusan untuk memimpin gabungan baru itu. Gabungan yang terdiri dari Kelptokrat yang memang Tun M dan rakyat amat membenci. Tun Dr Mahathir meletak jawatan kerana tidak bersetuju untuk memimpin gabungan baru itu. Hakikatnya, Pada masa Tun Dr Mahathir meletak jawatan, keputusan telah pun dibuat oleh President dan kononnya Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk keluar dari gabungan Pakatan harapan.

 

Kalau Tun ingin terus menjadi Perdana Menteri, jalan yang senang ialah untuk dia piih untuk memimpin gabungan baru Perikatan Nasional itu tapi itu memang salah dan satu pengkhianatan lah. Fikir-fikir lah.

 

2.          Keduanya yang ramai gagal untuk faham, bukan Tun Dr Mahathir yang tidak mahukan Dato Seri Anwar Ibrahim tetapi Dato Sri Anwar yang tidak mahukan Tun Dr Mahathir. Ini hakikat sebenar tetapi ramai gagal untuk faham atau memang tak nak faham mungkin kerana terpengaruh dengan emosi tetapi terdapat banyak peristiwa yang membuktikan hakikat ini. Salah satunya, apabila jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan, Anwar terus menawarkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir (walaupun Tun Dr Mahathir masih bercadang untuk kekal sebagai Perdana Menteri jangkamasa pendek). Tetapi oleh kerana Dato Sri Anwar tidak mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk dikemukakan kepada DYMM Tuanku YDPA, jadi gabungan parti dibawah Pakatan Harapan (tanpa Bersatu) memilih Tun Dr Mahathir untuk kembali sebagai pemimpin tetapi seperti kita sedia maklum, Tun Dr Mahathir tidak dapat sembah perkenan untuk bertemu dengan DYMM Tuanku YDPA. Hakikatnya, Tun Dr Mahathir tidak pernah memungkiri janji untuk melepaskan jawatan dan untuk melepaskan pucuk kepimpinan kepada Dato Sri Anwar. Itu janji Tun Dr Mahathir dan dia tetap berpegang pada janji. Itu tidak perlu dipertikaikan.

 

Tun Dr Mahathir bukanlah DYMM Tuanku YDPA yang boleh melantik Anwar jadi PM. Kuasa terletak di Dewan dan YDPA. Sendiri fikir la. Jadi tak perlulah Tun Dr Mahathir dipersalahkan, serah sahaja melalui undi di Dewan Rakyat!!

 

Macam mana dan apa yang dipamerkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin kepada DYMM Tuanku YDPA, sampai YDPA boleh percaya Tan Sri Muhyidin Yasin ada majoriti kita tak akan tahulah, tapi satu lagi hakikat yang perlu kita ingat, pada masa itu juga Tun Dr Mahathir pun memang ada majoriti. Sebab tu sampai sekarang ramai yang mempertikaikan majoriti Tan Sri Muhyidin Yasin. Satu pengajaran yang kita boleh pelajari dari episod ini, merupakan kesahihan sokongan majoriti melalui Akuan Bersumpah (Statutory Declaration). Akuan Bersumpah tidak boleh digunapakai kerana telah berkali-kali disalah-guna.

 

Ketidakpastian majoriti inilah yang menyebabkan ketidakstabilan sosio, ekonomi dan memburukan lagi keadaan Malaysia yang sekarang ini terpaksa juga mengharungi pandemik COvid-19, kadar pengangguran yang tinggi dan suasana ekonomi yang tidak kondusif untuk berniaga dan perniagaan.

 

Ketidakpastian majoriti ini juga akan sentiasa menimbulkan lagi tuntutan dan dakwaan dari pelbagai parti politik untuk bertemu dengan YDPA kononnya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Episod seperti ini akan terus berterusan sehingga samada parlimen dibubarkan atau sehingga pilihanraya umum ke 15 yang hanya akan berlaku dalam masa 3 tahun lagi.

 

Selagi episod ini tidak selesai, sokongan ahli-ahli parlimen akan menjadi satu komoditi yang akan di perniagakan dengan jawatan, imbuhan dan yang paling menakutkan menghalalkan atau membatalkan jenayah yang masih aktif di mahkamah untuk mendapat sokongan. Ramai ahli-ahli parlimen kita yang masih melalui proses penghakiman.

 

Itulah yang berlaku sekarang ini di Malaysia seumpama Kerajaan boleh dibeli.

 

Penyelesaian terbaik ialah melalui pembubaran Parlimen tetapi ini tidak boleh berlaku tanpa risiko penularan dan pendedahan kepada wabak Covid-19. Ini telah terbukti semasa Pilihanraya Negeri Sabah. Pembubaran parlimen harus dan mesti di elak sama sekali. Penyelesaian terbaik tanpa pilihanraya ialah melalui Pengundian di Parlimen, di Dewan Rakyat. Biarlah ahli-ahli parlimen yang menjadi wakil rakyat memilih dan mengundi secara telus dan tulus, dan kemudiannya mempersembahkan pilihan kepada DYMM Tuanku YDPA.

 

Kenapa sungguh susah dan payah untuk memberi kuasa kepada undian di parlimen? Sesiapa yang dipilih melalui undi di Parlimen samada Dato Sri Anwar Ibrahim atau Tan Sri Muhyidin Yasin atau Tun Dr Mahathir atau Dato Sri Zahid Hamidi atau Dato Sri Hishamudin Hussein (atau sesiapa sahaja lah) akan menjadi penutup kepada pergolakan politik di Malaysia sehingga Pilihanraya Umum ke 15 atau selepas selesai gejala pandemik Covid-19. 

 

Selepas selesai undian di Parlimen, semua ahli politik harus bersatu (tidak mengira parti dan perbezaan) untuk mengatasi masalah Covid-19 dan ekonomi Malaysia.

 

Biarlah ahli-ahli Parlimen menentukan didalam Dewan Rakyat, siapa sebenarnya yang mempunyai majoriti sokongan. Tak perlulah menyusahkan DYMM Tuanku Agong dengan drama-drama politik yang tidak berkesudahan.

 

ARMIN BANIAZ PAHAMIN

 

#malaysiapolitik #pejuang #GE14 #TunDrMahathir #DatoSriAnwarIbrahim

Comments